Thursday, April 28, 2011

Chapter 140: Non-Government Organisation.


Assalamualaikum,

malam malam buta macam ni memang seronok menulis. sunyi. ilham pun tak takut nak datang menjelma.

aku ada hal sikit nak cakap. dah lama aku simpan. tapi kali ini aku cuba luahkan.

.............

ramai orang merungut, kenapa perlu ada organisasi luar selain PERMAI wujud dekat Irbid ini?

BKAN, MMJ, MMY tu tolak ketepi.

aku tahu. semua orang faham. jadi tak perlu aku tuding jari dekat mana mana pihak. takutnya kontroversi sangat.

baru baru ini MPPMJ baru repost notis yang telah dikeluarkan beberapa bulan dahulu sebagai peringatan untuk semua mahasiswa dekat Jordan ini. Aku faham, sebenarnya MPPMJ nak gesa pihak yang macam berkeras kepala untuk bertindak.

dunia dunia.

..........

aku cuba bagi dua puluh sen aku.

aku rasa tak salah pun kalau nak ikutkan bagi pihak yang membuat pertubuhan luar selain PERMAI dekat Irbid ini. Bukannya dia buat jahat apa pun. Pertubuhan tu pun benda baik. Bantu menyebarkan agama Allah.

yela. kenapa pula orang lain nak bising kalau orang buat baik? kenapa tak bising dekat pihak yang duduk melepak takde kerja tu. main game. tengok movie 24 jam. kenapa tak salahkan depa? nak salahkan juga mereka mereka yang buat kerja dakwah ini.

bukannya depa nak kacau pentadbiran PERMAI pun dengan pertubuhan mereka sendiri.

Lagipun pertubuhan depa lebih bersifat kekal berbanding PERMAI yang akan tamat bila ahli khirij. Pertubuhan lain sekurang kurangnya sampai Malaysia juga lah buat follow up.

bukan nak jatuhkan PERMAI. cuma nak kata yang rasanya takda masalah pun kan kalau orang buat kerja baik?

............

Dalam waktu yang sama, ada benda yang aku tak setuju dengan pertubuhan luar ini.

jujur aku kata, aku lebih suka pertubuhan luar yang bersikap underground. nak buat benda baik tak semestinya nak kena bagitahu orang lain yang kita kerja under siapa. cukup lah kata kita bkerja untuk orang.

karang, orang cakap kita macam tak ikhlas pula berdakwah. kenapa perlu beria ria sangat naknaikkan nama pertubuhan kalau kita betul betul nak berdakwah?

dan aku faham je. aku rasa sebenarnya tak akan ada orang bising kalau benda ini tak dijaharkan.

bila semuanya jahar, itu ramai yang bising. mungkin ada yang bising sebab tak suka pertubuhan tu, gara gara takda hubungan baik dengan pertubuhan dia sendiri.

takpun, paling kurang, yang tak da papa tu. yang tak faham kepentingan ber'pertubuhan' tu. dia akan cakap pertubuhan luar ni boleh menimbulkan pecah belah ahli.

kadangkala setuju juga aku dengan rintihan macam tu.

untuk bersikap adil, aku rasa, pihak atasan sengaja mengeluarkan notis tu untuk pihak pertubuhan luar ini mengurangkan penjarahan depa sendiri.

almaklum, dekat Jorda ni macam macam orang ada. macam pertubuhan juga ada kalau nak ikutkan.

kalau semua pihak nak jaharkan identiti masing masing, aku takut. lain pula jadinya.

untuk lebih selamat, kembalilah kepada underground.

rasanya tak salah kalau underground dekat sini tapi bila balik malaysia upperground.

balik Malaysia, buat lah apa yang kita nak buat.

cuma kadangkala kita kena belajar untuk menghormati adat sesuatu masyarakat tu. Adatnya disini, PERMAI berfungsi untuk menyatupadukan pelajar di Irbid tanpa gangguan pihak luar.

harap harap ada manfaatnya. sekadar berkongsi. sorry kalau tak dapat apa apa.

...............

kalau nak undi aku pun, tolong jangan undi aku untuk MMJ. pleasee.


sekian.

Tuesday, April 26, 2011

Chapter 139: Manifesto hati.


Assalamualaikum,


kepala agak tepu. semua dah berselubung dalam selimut. abu bakar sebelah aku tidur atas sofa aku yang empuk lagi sedap ni.

aku masih teruskan berjuang. untuk pathophysiology yang bakal menempa esok hari.

stresss. serius stress. tapi rajin pulak nak update.

aku tak nak cakap hal lain. nak cakap pasal pilihanraya.

...........

Jujur aku kata, presiden PERMAI itu terlalu jauh untuk aku gapai. tak terpasang niat. cuma kadang kadang perasan sikit tu biasalah. namun apakan daya. cuba ku cermin diri ku ini.

malu ahli kalau nak mengaku aku sebagai presiden.

orang nasihat kan aku untuk ambil MMJ kalau aku mendapat undian ramai. dalam jiwa aku senyap. penuh mengeluh. kenapa MMJ pula?

serius aku cakap aku tak seberapa mahir bab bab JUST ni. aku lebih rela jadi bendahari mahupun setiausaha. rasa berminat pulak nak buat hal hal teknikal.

itupun kalau ada orang nak undi lah. kalau takda, nak buat macam mana.

perasan nya.

.........

apabila berbicara pasal kempen pulak. jujur aku kata tak sah kalau aku tak tergelak bila bukak fan page yang kawan kawan aku buat tu.

ribuan kasih kepada yang mengcreate page tu. sangat sangat aku hargai. tak lupa juga yang sudi meng'like'.

tak harap pun orang like banyak.

cuma, bila baca post post yang diberi kadang kadang geli hati pula aku baca. aku faham je mesti ada orang baca. apa kejadahnya page ni. tak serius. nampak sangat calon dia pun tak serius.

takpela. aku malas nak banyak bunyi. kawan kawan dah sudi buatkan. cukup baik dah tu. aku tak kisah pun kalau orang nak buat lawak tu. sebabnya, don't judge a book by it's cover.

style kan ayat tu?

walaupun aku menghalalkan jenaka jenaka yang kawan kawan aku buat dekat page tu, aku tetap memiliki visi aku sendiri. visi ini tak semestinya perlu menjadikan aku sebagai seorang presiden.

cukuplah sekadar menjadi seseorang yang boleh mempengaruhi semua orang untuk bergerak.

bak kata orang, "leadership is action, not position"

..........

orang semua sibuk paksa setiap calon untuk bermanifesto. aku pun tak terkecuali. bagi aku pada mulanya manifesto ini merepek. bagi aku orang yang keluarkan manifesto ialah orang yang gila kuasa. manifesto tu hanya nak tarik undi. nanti bila dah jadi. bukannya laksanakan pun manifesto tu pun.

lama kelamaan. aku berubah angin. aku kata dalam diri aku. manifesto itu penting. untuk orang ramai percayakan pada kita. dalam waktu yang sama, kita kena laksanakan juga apa yang kita manifestokan.

aku tak minat nak bermanifesto apa sangat.

cuma aku nak bervisi.

visi aku ringkas. To be frank, aku ini bukan lah seperti orang lain yang berjiwa besar. mempunya matlamat setanding dengan pemimpin pemimpin dunia. pengetahuan AM yang punya lah mantap. kealiman yang tak perlu disangkal lagi. bila berkata kata, semua orang tunduk segan dengan kehebatannya.

aku bukan macam tu.

takda la nak kata aku takde iman. takda la nak kata aku tak de pengetahuan. takde la nak kata aku tak berjiwa besar. takdala kata aku tak reti nak berkata.

cumanya orang lain tu lebih hebat. takpe. ciptaan Allah. kelebihan masing masing.

visi aku mudah. aku mahukan orang ramai betul betul hayati bahawa "PERMAI untuk semua"

aku difahamkan bahawa PERMAI sekarang sememangnya bukan seperti PERMAI yang dulu.

60 ahli PERMAI 4 5 tahun dahulu tak boleh disamakan dengan 700 ahli PERMAI yang sekarang ni.

apabila ahli bertambah, dalam waktu yang sama, jenis jenis orang juga bertambah.

kalau dulu, semua yang 60 orang tu, okay la. 30 syabab daripada 60 orang tu. kesemuanya senang nak jumpa dekat masjid. tapi sekarang, 350 syabab barangkali, bukan mudah nak jumpa smua dekat masjid. barangkali hanya 30% yang sudi datang ke masjid.

itu hanya analogi. dan mungkin ada realitinya.

sekarang, orang PERMAI macam macam orang. PERMAI ini sepatutnya bermanfaat untuk semua orang. bukan untuk sesetengah golongan sahaja. bukan untuk golongan yang siqoh siqoh sahaja. perlu kita tahu yang ramai sahaja ahli PERMAI yang tak seberapa nak siqoh.

aku tak bercadang untuk menyekularkan PERMAI.

cuma aku rasa tak mustahil kalau PERMAI boleh menghasilkan suasana yang boleh kedua dua golongan ni bercampur mesra dengan baik.

mereka tak minta untuk jadi tak siqoh. ini semua soal hidayah Allah. cuma kadangkala kita perlu belajar meraikan golongan golongan macam ni.

mereka tak ingin pun nak datang Jordan kalau nak ikutkan, tapi ini semua Allah dah tulis dengan cantik sekali.

aku tahu benda ni agak payah. tapi tak mustahil bukan?

sampai bila kita nak mengamalkan sikap memboikot sedangkan keadaan menjadi lebih keruh hari demi hari?

perpecahan berpunca daripada isu ini barangkali.

visi yang aku bawakan ini bukan syok syok sendiri. aku perlukan kerjasama semua orang. aku hanya cuba meluahkan apa yang aku rasa . dan aku yakin mungkin ramai pihak yang memikirkan tentang hal ini, namun agak segan untuk menyuarakan. tak pun aku yang tak perasan.

Jujur aku kata, tidak terlintas sama sekali aku nak menyekularkan PERMAI demi memudahkan golongan yang tak seberapa siqoh ini masuk ke dalam ahli PERMAI yang lain.

Islam, semestinya memudahkan. bukan?

harap semua faham apa yang aku maksud kan dengan 'tak seberapa siqoh' tu.


.......

idola aku,

nabi kita, salahuddin al ayubi, hitler, mahathir, ketua warden aku masa dekat asrama dulu.

harap tak da la kontroversi mana dengan idola idola aku ni ye.



sekian.


Wednesday, April 20, 2011

Chapter 138: Bila cinta tak terjawab.


Assalamualaikum,

cinta itu pahit. sebab tu jangan gatal gatal nak merasa cinta apabila bukan pada waktunya.

aku akui aku pernah cuba menagih rasa cinta.

sumpah bajet ayat atas ni. abaikan tolong.

............

itu bukan point nya. aku nak berbicara tentang cinta tak kesampaian. dalam erti kata lain, cinta bertepuk sebelah tangan.

aku faham. betapa payahnya nak hadapi situasi ini. sebab aku pernah ja kadang kadang syok sendiri menggilai seseorang dalam waktu yang sama dia tak da feeling pun dekat aku. bukan selalu. sekali dua ja.

sumpah menghampakan bukan?

lebih lebih lagi kita usaha bukan main hebat lagi tapi balasannya, tak seperti yang kita ingin kan.


sabar ye.
ya
sebenarnya, ada yang lebih baik untuk kita. cuma kita kena bersabar.

jangan berdegil. kita terlalu berdegil nak dengar kata hati. kononnya kata hati kata yang dia itu yang terbaik. tepat pada waktunya. Allah dah ketemukan dengan tulung rusuk kau sendiri.

walhal, itu kata hati. bukan kata ilahi.

kita bukan nya siapa nak boleh terus percaya pada instinct hati kita sendiri . dosa bertimbun.

melainkan kita ni bertahajjud setiap malam. kalau begitulah, hati kita memang suci bersih dan boleh dipercayai.

kan?
............

berdasarkan pengalaman, aku cakap kau. aku tidur pun tak lena seh. mengenangkan apa yang berlaku.

maaflah ye. sangat tak siqoh statement atas ni.

meronta hati aku. dalam doa, aku selalu doakan yang minta untuk jadikan dia milik aku. though it sounds so poyo moyo.

banyak kali la juga. makin aku doa. makin jauh daripada yang aku pinta.

dalam hati aku cakap, pergh. Allah nak uji ni. sikit bukan baik hebat lagi. takpe takpe. aku teruskan berdoa.


tiba tiba, aku rasa macam aku dah give up. bukan aku give up nak berdoa dengan Allah. tapi give up berdoa dengan doa yang aku doakan tu.

aku doa untuk dipertemukan dengan dia.

aku tukar pattern doa aku.

aku doa untuk dipertemukan dengan yang selayaknya. jika dia terbaik untuk aku. kau simpankanlah dia untuk aku. kalau sebaliknya, aku lebih rela mengikut takdir-Mu.

lebih kurang macam tu la ayat aku dalam doa. sejak baca doa tu, hati aku macam cool down sikit. takde nak serabut sangat.

lama lama, aku baru sedar hakikat bahawa bunga memang bukan sekuntum.

...............

aku yang duk menyimpan perasaan lebih daripada 3 tahun ni sepatutnya lagi lah perit nak menahan. tapi aku rasa berkat doa yang doakan tu. hati aku semakin tenteram

aku boleh je hidup macam biasa sekarang ni. tak seberapa nak kisah. walaupun dulu aku cakap kau, mak datuk ai. bajet loyal ke apa. aku pun rasa cam geli je fikir fikirkan balik.

tapi itulah. kita membesar. semakin membesar semakin matang permikiran kita.

aku cuba matangkan diri aku. aku yakinkan diri. kalau ada jodoh, ada lah. kalau tak da, nak buat macam mana kan. buat apa kau nak pening peningkan kepala fikirkan sesuatu yang susah untuk ditentukan. sedangkan jodoh tu memang kerja Allah.

kita hamba. apa je kita boleh buat melainkan berserah bukan?

.............

aku tak seberapa nak gemar untuk bangkitkan kisah lama sebab aku baru ja bukak buku baru.

LOL.

nasihat aku, kalau berkenan tu. kawal kawal lah sedikit perasaan tu. jangan terlalu excited nak terus mencurahkan perasaan. kalau tersalah curah, bukan senang cedok balik.

bagi aku, tak salah untuk meminati seseorang untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi.

minat lah. tapi jangan sampai tergila gila. ada yang lagi penting dalam kehidupan ini untuk dikejar.

bukan?

harap kau tenang dengan seadanya.

.........

katalis, aku tak berminat nak berkenalan dengan kau sekarang supaya tenang jiwa ini untuk menerima segala jenis hakikat.

aku tak berniat untuk buat attachment apa apa lagi. takut lain pula jadinya.


euw.

sekian.

Tuesday, April 19, 2011

Chapter 137: penjelasan II .


Assalamualaikum,


aku ingin memberi penjelasan sekali lagi. aku tak suka di cop sebagai emo. tak pasal pasal marah marah dalam blog. meluahkan perasaan tak tentu pasal.

aku juga tak mahu dicop sebagai tidak matang kerana tak reti nak luahkan perasaan dengan betul.

aku cakap atas dasar apa yang aku lihat dan aku rasa. aku sekadar cuba memberi diri sendiri hak kebebasan untuk bersuara.

aku minta maaf kepada pihak yang terasa. kalau terasa serta tak suka. aku nasihatkan untuk tinggalkan laman luahan ini.

..........

serius aku cakap. since aku tahu ada orang buat reply tentang post aku yang lepas. aku serius cuak. sebab tak rancang untuk jadi pengetahuan orang ramai pasal isu ni. serta aku tak dalah nak perbesarkan sangat masalah ini. yang mungkin tak semua pihak memahaminya.

setiap kali aku jalan. aku jumpa batch lain. lebih lebih senior. aku lebih suka diamkan diri. takda la nak bajet dia baca blog aku pasal isu tu. tapi kalau kot kot dia baca ka. kalau dia tanya. aku malas nak bagi huraian panjang. nasib baik lah setakat ni semua macam takda pape. sama ada tak tahu. tak pun. buat buat tak tahu.

tak kurang juga, pasti ada yang kata aku macam budak sekolah serta tidak matang. asyik nak emo je.

terus terang aku cakap. blog ni bukan blog emo. kalau kau baca ia sebagai emo. itu kau yang bermsalah. hampir genap setahun aku menulis . aku banyak bercerita tentang kehidupan.

bila aku tak puas hati, aku akan cakap dekat sini. tak bermakna aku nak kata aku bagus. aku sekadar mahu diri sendiri ambil pengajaran. dalam waktu yang sama, orang lain pun mendapat faedahnya.

kalau ada lah.

halaman ini umpama diari kehidupan aku sendiri. selagi mana aku boleh berkongsi, aku kongsi.

barangkali kau boleh judge aku melalui penulisan aku.

............

sebenarnya, aku yakin tak semua pihak yang terlibat dalam isu lepas. sesetengah pihak sahaja yang terlibat. yang sedikt sebanyak telah mencucuk aku untuk berperasaan sebentar.

aku bersuara atas dasar aku nak orang faham perasaan aku.

tidak terlintas untuk menghasut mana mana pihak. aku tak nak salahkan pihak kepimpinan berkaitan isu ni.

terserah kepada kau untuk menilai ia bagaimana.

...........

jujur aku kata, aku tak rancang untuk naik memimpin tahun depan. apatah lagi niatkan aku nak berkempen untuk memancing undi. aku bermanifesto supaya orang ramai kalau boleh undi orang lain yang lebih bagus.

orang yang emo macam aku ni, tak seberapa nak elok kalau dijadikan pemimpin.

tak kisah lah apa jawatan pun. aku harap aku dapat lebih diam sesi yang mendatang.

dengan ini, tiada banyak pertikaian yang perlu dihadapi lagi.


sekian.





Monday, April 18, 2011

Chapter 136: penjelasan.


Assalamualaikum,

malas nak cakap panjang. aku tak emo mana. sekadar luahan. harap tak jadi kontroversi sangat.

aku agak sedih sebab ramai dah tahu blog ni siapa empunyanya.

sob sob sob.

sekian.



Chapter 135: kami ja la yang jahat.

Assalamualaikum,

aku cukup terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang cuba mengunderestimate batch aku. aku sangat kecewa.

jahat sangat ke kami?

aku tidak mahu mencipta kontroversi. tapi biar aku mahu orang baca aku punya isi hati. .

.......

memang kami tak baik.

dekat masjid, batch kami paling kurang.
dekat program, batch kami paling kurang.
dekat jamiah, batch kami yang paling takda orang pakai kopiah.
dekat mana mana, batch kami yang sesuka hati hisap rokok merata rata.
macam macam lagi.

memang kami tak baik pun.

kan?

......

orang lain je la yang terbaik. orang orang batch kami ni tak boleh pakai. lebih lebih lagi nak minta uruskan bab bab kepimpinan.

habis hancur kalau bagi dekat kami.

kan?

.........

kurangnya kami, kami tak nafikan. lebih kamu, kami juga tak nafikan.

tapi tolong jangalah gunakan 'lebihnya kamu' untuk menghentam 'kurangnya kami'

irritating ye.


maaf. batch kami tak sehebat mana untuk hantar wakil tampuk kepimpinan sesi mendatang.

lebih baik pilih batch lain. demi kemaslahtan bersama.


kami je la yang tak baik. kan?


grr..

sekian.

Sunday, April 17, 2011

Chapter 134: Head and Neck.


Assalamualaikum,

hari ni aku cuba berlagak cool sebab nak exam head and neck anatomy. kalau tak cool, nanti aku kelam kabut. cemas. hilang konfiden. susah nak jawab masa periksa.

. subuh dekat rumah dengan member. lepas tu tidur balik. bangun lewat. geram sangat sebab tak tahu apa yang aku penatkan. tekad nak pergi jamiah juga sebab nak cover kan balik apa yang perlu aku cover untuk kali terakhir. tinggal 3 chapter saja lagi.

lebih perit lagi, tidur lama punya pasal. mimpi sikit bukan main banyak lagi. 3 perkara aku ingat.

first, aku mimpi akak aku kahwin. excited aku dapat abang ipar.

kedua, aku mimpi irbid jadi tak selamat. banyak rusuhan. takut seh. dekat syari jamiah polis selamba je pegang pistol nak tembak orang. itu apa yang aku nampak.

ketiga, aku nampak ada orang nak pecah rumah akhawat arab belakang rumah aku.

aku masih kurang jelas disebalik signifikannya kesemua mimpi mimpi tersebut.

............

nasib baik exam tak susah sangat. sungguh aku cakap. dr aku sangat sangat lah baik bagi soalan direct. sebiji sebiji beliau copy paste dalam slides.

alhamdulillah. aku dapat jawab. konfiden sikit. tapi aku cuba kawal supaya tak overkonfiden.

walaupun budak budak arab ni selalu ja kurang ajar dengan dr. dr masih baik hati untuk tidak bagi depa semua soalan killer.

terima kasih dr.

........

balik daripada exam aja. member ajak singgah arabella. katanya nak shopping pakaian. almaklum, summer la katakan. walaupun splash aja.

akhirnya aku beli satu kemeja hitam. setelah lama tak bershopping. tekadnya nak nampak lebih matang dengan kemeja. lol.

lepas beli kemeja. aku terpandang kasut onitsuka aku yang usang ni. sejak semalam, aku kepingin nak pergi balad. nak pergi usha kasut. aku tak dapat lepaskan waktu keemasan ni. nak tak nak. aku kena pergi jugak balad. kesian kasut hitam n kasut onitsuka yang telah aku lenjan sepanjang semester ni.

teringin pula rasa nak kasut baru sejak balik dari UK tempoh hari.

aku pergi balad. jalan punya jalan. sangat lah lama tak pergi bundle. rasa heaven je dengan suasananya. bermacam rupa manusia ada. seperti biasa lah. walaupun agak huru hara. jujur aku kata. aku dah immun.

badan start berpeluh. buat pertama kalinya berpeluh tanpa bersukan setelah sekian lama. mula mula rasa macam hampa fikir tak jumpa kasut.

dipendekkan cerita, Allah permudahkan urusan aku. Allah ketemukan aku dengan kasut fred perry.

wahhh. lega hati. harga 5 jd. not bad la. walaupun ada kotoran sedikit. aku tetap berpuas hati sebab dapat beli kasut branded yang murah.


masa balik. singgah kebab macam biasa. konfiden ja makan. sedap sangat sangat. gua rasa nak bawak bini gua nanti makan situ suatu hari nanti insyaAllah.

tiba tiba , tiba seorang makcik dengan anak comel datang minta sedekah.

atas meja aku standby duit aku beli air botol tadi. dengan rasa kesiannya, aku hulurkan makcik tu baki duit aku beli air tadi.

sedih. jiwa aku merintih. kesian makcik ni. kesian lagi anak kecil tu. comel pulak tu. muka innocent nya lagi.

fikir nak belanja kebab sedinar. tiba dia dah jalan.

next time insyaAllah. kalau ada rezeki.

............

aku nak pergi papa john ni.

selamat selamat


sekian.






Saturday, April 16, 2011

Chapter 133: isu kahwin awal.


Assalamualaikum,

kawan aku ada buat post pasal baitul muslim. dia macam komplen yang budak budak zaman sekarang kepala otak asik fikir nak kahwin ja. belajar tak habis. dah sibuk sibuk nak kahwin.

kata beliau. daripada fikir nak kahwin tu. lebih baik la bina diri dahulu. bina keimanan. bina kekuatan. baiki diri. dan segalanya lah.

aku tersenyum baca post ni sebab aku pernah berfikiran macam tu. tapi sejak dua menjak ni aku berfikiran pada sudut yang berlainan pula.

.........

memang tak dinafikan kita kena lengkapkan diri sebelum nak langkah ke bahtera perkahwinan. soal kahwin bukan soal mudah.

tapi kadangkala kita tak boleh main sesuka hati je cakap dalam hal ini. maksud nya kalau seseorang tu menyatakan hasrat nak kahwin. kita terus cop dia sebagai gatal.

tak semestinya.

daripada dia buat maksiat tak tentu arah. baik dia kahwin cepat kan?

tapi kahwin tu bukan soal batin semata mata. banyak lagi benda perlu dititikberatkan.

..........

aku tak kata aku nak kahwin dalam waktu terdekat ni. cuma aku rasa kalau ada orang yang nak kahwin awal tu, kalau ada duit. ada kemampuan. family bagi green light. mertua bagi greenlight. segalanya green light. jangan lewat lewatkan. kahwin ja.

kalau kau baca chapter chapter aku yang lepas, aku sangat menentang idea kahwin awal ni.

tapi lately, sebaliknya pula berlaku.

manusia berubah. :)

..........

aku rancang nak kahwin 5 tahun daripada sekarang. insyaAllah.

lusa exam head and neck anatomy.

sekian.

Wednesday, April 13, 2011

Chapter 132: masa berlari.


Assalamualaikum,

aku dapat rasakan perbezaan pembelajaran aku antara dulu dengan sekarang.

dahulu aku belajar semata mata nak exam. kadang kadang tak faham. aku cuba untuk serap dalam kepala otak.

sekarang aku belajar semata mata nak exam juga. tapi aku cuba untuk faham semuanya apa yang aku baca. aku baru sedar. yang kalau aku faham, aku lagi senang nak menghafal.

.............

hari semakin cepat berlalu. esok dah khamis dah. cepat gila masa berlalu. kalau tak dimanfaatkan setiap saat. terasa sia sia sangat.

iman semakin tumpul.

T_T

.........

bahasa arab semakin berkarat. aku belajar satu perkataan. aku tiba tiba terfikir untuk tahu apa itu "tembak' dalam bahasa arab.

bukan tembak pistol. tapi tembak masa exam.

kawan aku ajar aku dia kata tembak ialah. SYAIR. aku tatau nak eja macam mana dalam bahasa arab. tapi kalau nak cakap ' aku main tembak je exam tadi'

boleh cakap. ' ana syairtu bil imtihan gobal syuway'

style kan?


............

memang susah betul nak jadi mukmin sejati ni. cakap lebar lebur boleh la.

kena uji sikit tahu terkincit.


sob sob sob.

sekian,

Friday, April 8, 2011

chapter 131: pesanan untuk seorang kawan.


Assalamualaikum,

kawan, tolong jangan buat sesuatu yang orang lain tak selesa dengan kau. cuba tanya balik diri. apa yang buat orang tak suka kau.

aku tak suka boikot boikot orang ni. tapi aku kasihan tengok bila orang boikot kau. sebab aku tahu perasaan diboikot itu macam mana.

cuma, tolong sedar.

kalau orang tegur. tolong jangan melenting. sebab itu buat lagi orang tak suka dekat kau.

silap dan salah tu benda biasa. tak ngaku salah tu yang takbiasa.

jangan ego. orang ego selalu rugi.

tolong ye kawan.

I LOVE YOU, habibi !

sekian.

Wednesday, April 6, 2011

Chapter 130: Exam dengan katalis.


Assalamualaikum,

aku rasa ini merupakan waktu paling sempurna untuk menulis. bertemankan lagu superman. memang feel lah cakap kau.

walaupun exam pukul 3 sat gi.

................

aku tengah cuak nak exam ni. sebab sejak kebelakangan ni aku mcam mudah hilang konfiden.

geram tak tahu kenapa. terasa macam hilang sentuhan. hati berkecamuk. bukan berkecamuk pasal cinta. tapi macam macam perasaan aku terfikir dalam kepala.

banyak gila benda nak cover untuk study. aku cuba latih untuk tak suka study last minute. study awal memang best gila. sumpah cakap lu.

................

secara jujurnya, aku jarang blog walking. aku baca bila aku nak baca je. blog yang aku follow pun tak terbaca kadang kadang.

sebentar tadi, aku baru blogwalking blog blog budak Jordan.

memang betul dekat Jordan ni macam mcam ragam orang nya.

aku harap itu bukan sesuatu yang berdosa.

..............

duhai katalis, jaga diri molek molek. by the time, aku dah nak habis study. aku masuk minang okay?

sekarang tak boleh. takda duit dengan parents tak bagi. minta maaf.

serius bila tengok kau. buat hati terasa tenang mengingatkan tuhan. jangan risau aku tak usha kau selalu pun. sebabnya aku pun ada hati untuk dijaga.

:)

aku harap kau baca.



sekian.