Tuesday, November 29, 2011

Chapter 183: Exam dan pasang gigi payah.

Assalamualaikum,

payah sebenarnya bila nak deskrip bila dapat tahu keputusan exam yang sangat mengecewakan.

lepas tekan 'finish' je. keluar markah. aku senyum.

setimpal dengan usaha.

aku terus senyum bila turun tangga. jumpa member arab kata tak berjaya. semua macam tak percaya. tapi aku masih cool. pelik juga.

Petanda aku kena lipat gandakan usaha.

sekarang aku dah nampak alasan kenapa aku kena skor exam kali ini. Selalu macam rasa takda sebab kenapa perlu skor.

Alasan? bukan. aku memang seorang yang macam ni. perlu akan kegagalan untuk bangkit. sukar untuk maintain.

insyaAllah aku target tinggi untuk 2nd dan final.

...........

Bila belajar buat gigi palsu ni, khususnya time setting teeth memang terseksa.

Jujur aku cakap, masih terkedek-kedek dekat fasa anterior maxillary.

rasa macam nak menangis pun ada bila tengok member lain dah jauh kehadapan pasang posterior teeth.

pasang bukak. pasang bukak. memang betul cakap dr esam. kali pertama nak pasang tu, make sure itu yang terbaik kalau boleh. Jika tidak, kau pasti akan merana. seperti mana yang aku dah rasa.

ingat nak ta'weed esok. insyaAllah.

............

dah terbayang dah nak repeat year.

pelik. kenapa tak rasa takut?

-_-'


jangan bimbang. insyaAllah kheir.

sekarang aku dah nampak alasan kenapa aku perlu ber'dentistbangkit'.

sekian.

Saturday, November 26, 2011

Chapter 182: Sikap yang tak perlu diikuti.


Assalamualaikum,

aku suka betul tengok sikap seorang sahabat aku ni.

hidup dia low-profile dia. banyak kerja belakang tabir dia buat. bukan sembarangan punya kerja. stok-stok kerja yang tak semua orang boleh buat.

Ramai orang tahu, dia ni sememangnya hebat. hebat dengan ilmunya, hebat dengan kata-katanya. Hafeez quran pulak tu.

Tapi diri dia maintain zuhud. setiap kata-kata yang keluar dari mulut dia. tak pernah dengan nada yang dia tu betul. walaupun memang betul dia cakap.

maksud aku, bila dia cakap tentang sesuatu. mesti dia ada sikap rendah diri dia. dia tahu diri dia ada kelemahan. jadi dia tak mengharapkan orang lain akan percaya dia 100 %.

walhal, memang betul pun dia cakap.

...........

Sayangnya, tak semua orang macam dia.

kita ni bila dah tahu kita ramai pengikut, ada pengaruh. dikagumi. direspeki dan macam-macam lagi.

bila kita buat katakan tentang sesuatu, kita susah nak tanggalkan elemen-elemen keegoan kita.

mungkin kita tak perasan. cuba cek perlahan-lahan.

memang betul apa yang kita cakap. tapi nada kita buat macam kita memang betul 100%. kata-kata ni memang orang lain perlu hormati. sebab kita ni kan hebat. kononnya.

tahu. kita perlu ada keyakinan diri. tapi kita perlu tahu bahawa tak semua orang boleh interpret kata-kata kita dengan sudut yang positif. nanti orang kata berlagak pula.

mulut orang, tak kisah, janji hati ikhlas.

jangan buat main. mula-mula boleh lah cakap ikhlas. takda niat nak berlagak mahupun riak. Tapi lama-kelamaan, takut lain pula nya yang jadi.


contohi sikap ulama-ulama kaum tua. kebanyakan mereka tak pernah bercakap besar dengan ilmu mereka. Nak ikutkan, banyak sangat sumbangan mereka. tak terkira.

tapi seboleh-bolehnya, mereka akan cuba untuk buat diri mereka seolah-olah takda pape. demi nak jaga niat punya pasal.

kita?

..........

aku sebenarnya nak merujuk kepada seseorang. untuk diambilkan iktibar kepada diri sendiri dan siapa yang terbaca.

tak tahu lah aku ja yang macam 'busuk hati' suka pandang negatif.

sekian. wasalm.

Monday, November 14, 2011

Chapter 181: ruang privasi.

Assalamualaikum,

terasa tenang jiwa bila privatekan wall.

sekarang tengah berusaha nak privatekan status. tapi tak tahu macam mana nak buat.

fikir2 balik rasa sedih bila diri rasa seronok bila tengok orang ramai 'like' status kita yang nak ikutkan takda mesej pun. tak bawak seinci pun dekat dengan tuhan.

buat diri ni sendiri jauh dari tuhan ada laah. timbul bibit-bibit keriakan.

hidup kalau low-profile sebenar sangat menenangkan. tak banyak dosa yang kita buat. tak banyak orang kita sakitkan hati. tak banyak orang nak mengata kita sebab kata-kata kita.

memang payah nak berubah kalau dah jadi peramah.

pantang jumpa semua orang ja nak crack a joke. semata-mata nak tengok orang tu senyum. tapi sebenarnya dah tergelapkan diri sendiri sebab asyik gelak je. hati pun jadi hitam.

menangisnya tidak.

..........

pendiam itu menyenangkan.

sebab tu aku minat orang macam kau. pendiam.

opposite attraction kata orang. harap kau maintain pendiam dan thiqah.

sekian.

Sunday, November 6, 2011

Chapter 180: Tolong jangan keras kepala boleh tak?

Assalamualaikum,

aku kurang selesa dengan sikap sesetengah pihak yang keras kepala.

semakin orang tak selesa, semakin itu dia mula tunjuk belang. aku bukan nak dengki apa.

tapi maklumlah, hormatilah perasaan orang lain. walaupun kalian buat kerja baik pun. tapi jangan lah sampai nak buat iklan pun merata-rata kalau buat program.

kalau nak datang program umum, pakai jaket khusus dia.

tahu lah tak haram. tak berdosa. tapi bukan kah tidak baik kalau kita tidak menjaga sensitiviti orang ramai.

" orang ramai punya sensitiviti kena jaga, ktoang?? "

perlu lah faham. kalian tidak ramai. takda orang boleh halang kalian untuk buat program ke nak tambah ahli ke apa.

cuma, belajar lah untuk hormati polisi orang lain.

tahu tak, kadangkala kalian buat orang lain rasa menyampah lagi dengan kalian ada lah.

aku tak suka cakap panjang sebab aku tahu yang terlibat itu semua kebanyakkan nya sahabat aku sendiri.

aku tak tahu. kenapa bila benda-benda macam ni aku kaku nak cakap depan depa.

aku rasa terkilan sebab punca benda kecil macam ni, kita punya perasaan kadangkala bercambur-baur bila berkawan.

sumpah aku cakap. aku memang sayang kalian, sebagai sahabat-sahabat aku. tapi aku rasa macam tak boleh kalau kita bersahabat rapat atas sebab kita se'pasukan'.

kalau kau buang lencana kau, tak sebut nama gerakan kau, pasti tenang hati aku nak bermuamalat.


..............

kadangkala aku rasa menyesal sangat sebab kenal kewujudan kepelbagaian jemaah.

lebih-lebih lagi bila tahu banyak krisis yang berlaku,

memang susah nak berlapang dada, kalau kita nampak dihadapan mata.

tolong lah.

sekian.

wasalam.