Saturday, December 31, 2011

Chapter 189: Jangan lari dari aku.


Assalamualaikum,

dengan ini aku mengisytiharkan genap seminggu aku menetap di zam-zam.

Sejujurnya, aku dah jatuh hati dengan suasana dekat Zam Zam yang begitu tenang sekali. Sangat sedikit jumlah syabab melayu di sini.

Boleh kata masa solat jumaat tadi. Tenang jugalah. tak perlu banyak tegur orang lepas solat.

Bukan tak boleh tegur, tapi kdg2 lari purpose bilaa banyak sangat borak tak tentu pasal.

Serius aman damai duduk kawasan keluarga dekat sini. aish.

takde orang main hon2. ataupun akhawat arab yang menggugat iman lalu lalang.

.........

aku pelik dengan orang yang nak cuba lari dengan aku.

apa salah aku sampai kau macam tak nak bertegur mesra dengan aku. muka panik aja bila terjumpa.

aku tahu kau ada jemaah. aku orang PERMAI. dan aku pernah tulis satu analogi.


tapi takkan lah perlu nak lari dari aku. aku tak rasa 'musuh' pun dengan kau.

sebenarnya aku rasa seronok duduk zam zam ini bila dapat jumpa kawan-kawan yang 'dipinggirkan' oleh masyarakat lain atas alasan mereka 'berkeras kepala' untuk berjemaah.

hak masing-masing. aku malas nak sentuh lagi bab ni. cuma kdangkala aku rasa kasihan sebab orang lain macam lebih2 pula nak pulau dorang. macam dorang ni buat dosa besar pulak.

aku cuba bersangka baik. barangkali kawan2 yang nak cuba lari dari aku ni mungkin dia rasa serba salah sebab dia tahu yang aku tak berkenan sangat dengan 'jemaah2' ni.

who cares?

aku kenal kau. kita saudara semuslim. kenapa kita perlu putuskan hubungan kita atas alasan paling bodoh sekali dekat dunia ini; persatuan aku tak terima jemaah kau.

entah apa-apa.


aku nak mohon kepada mana2 pihak yang terlibat sekiranya kata2 aku sebelum ni banyak lukakan hati korang. tak kisahlah dekat fb ke . dekat blog ke. twitter ke. mne2 je lah.

bersebab semuanya. still, aku masih sayang orang yang kenal dan aku gelarkan 'kawan'.

kawan bukan lawan.

..........

hilang semangat nak bersungguh-sungguh untuk exam.


kenapakah?


Bantulah aku, Ya Allah.

sekian.

Friday, December 30, 2011

Chapter 188: Sedap mata memandang.

Assalamualaikum,

Memang betul lah, kadangkala kita tak perlu nak tunggu seseorang itu betul-betul cantik baru kita boleh jatuh hati.

Apa yang aku perasan. Paling penting ialah sedap mata memandang, turun ke hati menjadi tenang.

Pakaian itu penting. kau tak perlu berusaha segala nak make up tak tentu pasal. tudung segala bagai. hana tajima segala.

Cukup sahaja kau berpakaian sederhana. Bergaya sekadar sahaja.

Aurat kau jangan nak papar sangat. sebab tak akan buat bakal suami kau saspen. sebab semua orang dah pernah tengok.

aku rasa aku cakap mewakili pihak ramai lelaki.

Nafsu siapa yang tak kata seronok tengok kau bergaya sakan sampai nak tunjuk semua.

Cuma, kebanyakan. orang lelaki tetap akan pilih yang terjaga rapi auratnya.

Percayalah. walaupun dia tak thiqoh mana.

Sekian.

Chapter 187: Terlebih-tidur.

Assalamualaikum,

pergh. angin sepoi-sepoi. aku dalam bilik. member atas katil tengok tidur. tapi tak berdengkur.

aku masih tabah cuba lagakkan diri untuk study prostho.

pharma tak start lagi. nak menangis aku. kelas terakhir dah lah tak pergi. exam punya pasal hari itu.

.........

aku rasa rumah yang aku tumpang ni sweet lah ahli-ahli rumah dia.

ahli-ahli rumah aku sweet juga. tapi tak tahu. aku nak kata depa pun sweet juga.

boleh kata nak dekat seminggu aku buat muka tembok tidur rumah orang. kalau mak aku tahu mesti dah kena torcher. tak pernah diajar oleh mak dan ayah.

apa nak buat. tenet punya pasal. rumah tenet slow bangat. orange kelentong kata nak pasang internet dalam masa seminggu. last-last kata kena tunggu lagi sebulan sebab kapasiti penuh la apa lah. geram gila.

kalau aku cakap sematamata sebab tenet. macam jahat pulak.

actually aku suka duduk sini sebab dapat semangat untuk belajar. dekat rumah tak boleh. aku perlukan semangat baru dengan keadaan yang baru.

.............

bebalik kepada suweet-suweet ni. member aku yang tengah tidur atas katil ini baik sangat orang dia. aku dulu tak kenal sangat masa mula-mula kenal dia. orang kata dia sombong lah. macam-macam lah benda buruk yang aku dengar. bila dengar dulu macam takut nak dekat dia.

kronik benar mamat. bisik hati aku dulu-dulu.

tapi sekarang. bila aku kenal sendiri. semua itu tipu belaka. aku rasa aku nak ketuk kepala siapa yang cite bukan-bukan dulu. shoot je perangai cerita buruk pasal orang. buat orang lain rasa skeptik ja. kuajja.

member aku sorang ni dia adalah seorang yang lovely.

dia sanggup gadaikan hirom dia sebab nak bagi aku tidur dekat atas lantai. lepas tu dia guna selimut-selimut nipis dia yang ada.

alahai suweet gila. lepas tu haritu belikan breakfast roti canai untuk aku.

dia seorang abang yang baik juga. bila dia call family dia. kadang-kadang aku terdengar dia duk tanya khabar adik-adik dia. family dia macam biasa. mesra sungguh. aku dengar pun tergelak sorang-sorang.

aku tak nak puji lebih-lebih. dah lah tu. kalau berkenan, boleh PM aku. aku boleh adjustkan. har har.

housmet dia yang lain pun suweet juga. tiba-tiba tadi sorang tu datang bawak kan sobah masuk dalam bilik. dia kata dia dah habis guna. masa tu aku tengah belajar.

alahai. suweetnya.

kalau kau rasa geli aku tulis 'suweet' nya. kau anggap aku cakap macam ni.

"terharu nya aku"

haa. aku saja nak nampak bunyik keakharawatan sikit. maaf.

..........

satu benda yang aku belajar dekat jordan ini ialah belajar untuk memuliakan tetamu.

aku belajar dari arab, mahupun pelajar2 melayu dekat sini. khususnya senior2 dan kawan2.

dulu aku rasa tetamu tu macam beban.

tapi lelama. aku dapat rasakan tetamu tu macam rahmat. kalau boleh nak serve yang terbaik untuk dia bila dia datang.

errr. tetamu yang datang dalam sehari dua lah. bukan bermukim macam aku. -_-'

..........

maaflah kalau post aku sebelum ini menyentuh hati pihak mana-mana.

mama selalu pesan.

Jangan buat baik sangat dengan orang perempuan.
nanti dorang perasan.

Dulu aku tak percaya. tapi hari demi hari. aku semakin percaya. dan mula berhati-hati.

Sama juga dengan perempuan. jangan buat baik sangat dengan orang lelaki.
nanti dorang jatuh hati. payah nanti.

sekian.

Tuesday, December 27, 2011

Chapter 186: bukan gatal.


Assalamualaikum,

kawan aku usap belakang aku sambil buat muka bajet matang, berkata

" aku rasa hang patut kahwin dah ni "

wth.

..........

kau pernah tak rasa perasaan dimana kau suka seseorang tu, tapi kalau boleh kau tak nak ada apa-apa relationship dengan dia dahulu sebab kau takut benda yang tak elok akan berlaku.

kalau boleh kau nak inbox dekat dia kau cakap yang.

" boleh tak kalau awak simpankan ruang dalam hati awak untuk saya masuk dalam 3 4 tahun akan datang "

imposibru sangat kalau aku masuk minang anak orang time-time macam ni.

apatah lagi nak bertunang.

it's very awkward for a person like me to make a first move.

kau tahu tak perasaan dimana dah lama kau tak berchatting dengan perempuan lepas tu kau nak berchatting tak tentu hala sekadar untuk berkenalan.

OMG. i did this when i was in form 1 tak silap. itu pun dengan last crush.

tapi kali ini aku serius. insyaAllah cukup matang berbanding form 1 dahulu.

kawan aku selalu pesan. kau jangan lambat-lambat, nanti melepas macam member kita seorang tu.

sampah suci (baca: Holy craps).

kalau aku luahkan dekat parents aku, surely they would say ' kenal-kenal lah dulu. jadikan girlfriend dlu ke'

oh man, kau tahu tak perasaan dimana kalau boleh kau tak nak dah istilah 'girlfriend-girlfriend' ni. yang kadangkala aku sangat alergik sebab mengingatkan aku pasal 'couple' dan etc. which is benda-benda yang tak maturity sangat.

aku idamkan cara yang lebih suci, agar si dia dapat tahu yang aku ada hati untuk dia.

please. aku terus berdoa aku tak nak masuk perangkap syaitan.

aku tak desperate. cuma, aku tak boleh duduk diam bila member aku cakap

" kau jangan jadi macam member kita, melepas macam tu je".

OMG. these words have been really haunting me back few days.


...........

sesetengah orang tak faham. dia ingat kita gatal. nak sangat ada buah hati.

semua nya bersebab.

percaya tak cinta boleh buat orang jahat jadi baik. orang baik jadi jahat.

sekarang aku nak jadi baik.

maaf aku tak sehebat kalian untuk bangkit sendiri dengan kaki sendiri.

aku perlukan kepingan nasihats.

kalau jumpa aku sila buat muka tak pernah baca post ni okay.

sekian.

Sunday, December 25, 2011

Chapter 185: Nak bertunang pun payah sekarang.


Assalamualaikum,

memang betul lah cakap orang. kadangkala, perasaan cinta tu memang kita tak boleh nak sorok.

aku tahu aku macam merapu. tapi aku serius ni.

aku dilamun cinta. lols.

...........

sempat borak dengan mama tadi dalam phone. mama update berita pasal abang. abang baru lepas abis belajar dan sekarang tengah buat housmanship.

mama kata, mama dan babah tengah runsing sebab abang macam terdesak untuk bertunang dengan girlfriend dia.

bukan terdesak apa, sebab mak si belah perempuan kata, kalau boleh nak cepat2kan bertunang.

tapi mama dengan babah macam kata, hold on dulu. abang baru kerja. perlu bagi masa sedikit nak kumpul duit.

maklumlah, kami bukan orang senang.

kasihan abang aku tengok. family aku okay je dengan si perempuan tu sebab dah pernah jumpa semua.

tapi tu lah. keluarga si perempuan macam tak seberapa nak faham dengan keadaan keluarga kami.

orang mesti cakap. alahai. 'tunang' je pun.

nak buat macam mana. family aku lain.

..........

aku malas nak disagree banyak dengan parents aku sebab aku tahu yang parents aku akan ada pendirian yang teguh.

kalau nak ikutkan, aku on je kalau abang aku nak bertunang. tahun depan kahwin lah.

namun, parents aku masih berminded kalau nak buat majlis tu either kahwin or tunang. kena grand. takde lah grand mana. cuma agak grand.

kalau agak grand pun will cause you a lots of money jugak kan.

aku ulang. kami bukan keluarga senang. duduk je seksyen 9 dekat shah alam tu.

aku faham. bukan salah parents aku macam tu, tapi keadaan sekeliling yang mendesak.

keluarga, saudara mara mahupun kenalan rapat.

budaya ini perlu dihakis.

.........

aku bukan nak buruk kan keluarga aku. tapi barangkali ada pengajaran yang boleh diambil.

sebab tu aku runsing. macam mana lah bila masuk turn aku nanti.

kalau lagi cepat, lagi bagus.

Semoga parents aku lebih mengetahui apa yang mereka buat.

Sesungguhnya Allah juga lah sebaik-baik perancang.

sekian.

Monday, December 12, 2011

Chapter 184: Kawan saudi baik belaka.


Assalamualaikum,

pergh. memang lah takde printer seksa betul nak buat kerja JSU.

nak menangis aku menguruskan printer 2nd hand yang aku beri dari senior ni. boleh jadi aku baru refill ink ni, komputer kata takde ink.

weh, orang bayar kot.

aiesh.

..........

aku dapat offer tumpang kereta member saudi hari ni.

memang orang kata, tak sia-sia kalau kita buat baik dengan orang yang kita tak kenal. sejujurnya, aku tak kenal sangat pun member saudi tu sangat. aku dan dia tahu yang masing-masing satu kelas.

aku tak buat banyak. aku hanya senyum. tegur apa khabar. macam mana belajar. lepas tu buat kerja sendiri.

nama pun tak tahu.

tapi yang untungnya, hari ini dia offer aku naik kereta dia. lepas habis lab. rezeki yang tak pernah diduga.

tapi jangan lah buat kebaikan dekat orang lain sambil mengharapkan orang tu buat baik balik dekat kita.

tak murni gitu.

..............

seronok belajar cultural bangsa lain. aku ingatkan orang arab ni semuanya sama ja cultural dia. walhal, ada sikit sikit lain kalau ikut negara. Saudi tak sama sangat dengan jordan.

Antara benda yang sempat aku belajar dari kawan aku tadi.

kabsah saudi punya.

dia bawah scholarship kerjaan saudi. dapat duit monthly 850 Jd sebulan.

Orang syiah dekat saudi pun dapat duit scholar. baik juga kerajaan depa ni.

budak kelas aku boleh kata mostly dari saudi ialah syiah, katanya lah.

orang arab saudi kalau tetamu datang rumah, masa makan-makan, dia tak akan bangun selagi tetamu tak habis makan. kalau dia bangun sebelum tetamu tamat makan, memang aib besar katanya.

tak pasal-pasal, kawan aku belanja aku makan hindi hari ini.

Dia ajar aku satu ayat kalau kita kena belanja untuk diucapkan kepada orang yang belanja kita.

" katharallahukhoirokum"

member aku cakap, takde respon spesifik. kau boleh jawab apa-apa sahaja.

...............

rasa seronok bila dapat kenal semua orang arab dalam kelas.

baik lelaki mahupun perempuan.

aku tak ingin famous. tapi rugi kalau duduk 5 tahun sekelas tapi tak pernah kenal.

mana tahu kot-kot dah besar nanti boleh buat link balik ke kan.

mengajar kat JUST ke kan. haha.

sekian.