lama juga aku tak buat post ni. agak macam sibuk sedikit. maklumlah, terlibat dengan program FESTBUK'10. walaupun hanya sebagai biro perhubungan je, aku kena lah buat buat sibuk sikit. cari kerja dari biro lain. biro aku serius macam takda kerja sangat. dah la takda penolong. heaven juga la. ye ye ja ?
Exam thani alhamdulillah baru ja lepas minggu lepas. semua result aku dah dapat. tak gempak mana lah. tapi aku bersyukur sangat sebab lebih baik dari exam awwal hari tu yang hancor habis.
Organic aku dapat lonjak juga. orang lain macam tak percaya. dari 15 jadi 26. aku tak boleh kata apa. yang hanya aku dapat kata kan. segala puji tu milik Dia.
fizik pun boleh tahan la. tak sehebat budak budak medic semester lepas yang duk dapat 30 aja . full mark memanjang.
subjek subjek ikhtiari aku 'adi je. biasa biasa aja. tapi walaubagaimanapun, aku bersyukur.
..........................
aku bukan nak merendah diri. tapi aku memang mengaku yang aku ni takda la sepandai mana. aku macam semua orang. biasa aja. aku pelik kalau orang kata dia bodoh. sebab dia sendiri tau dia bodoh tapi tak nak buat apa apa dekat diri sendri.
diri aku, aku bodoh bila aku malas. aku pandai bila aku rajin. bagi aku juga, rule tu aku apply dengan manusia lain juga aku rasa. kalau kau rajin, kau pandai. kalau kau malas, kau jadi bodoh.
minta maaf lah sebab aku guna perkataan 'bodoh' tu. aku bukan apa. aku pun bodo juga kadangkala.
aku kadang kadang jadi mlas, bila tengok orang lain malas. nak nak tengok kawan aku yang sememangnya genius malas. bukan pandai ye. genius. bagi aku yang genius ni, dia kalau malas pun dia punya result tetap gempak. tapi tipu la dia malas. aku rasa dia belajar sedikit. cuma aku tak nampak aja. tapi aku takleh la ikut dia sebab aku ni orang biasa. pandai bila rajin. bodoh bila malas.
dekat sekolah dulu, aku ada seorang member. dia perempuan. dia rajin sangat. tapi result dia tak gempak mana. serupa macam tak payah belajar.yang ni aku tak cakap dia bodoh. cuma kurang nasib baik.bukan bodoh ya! aku rasa Allah memang uji dia. sebab dia dah usaha habis habisan tapi macam tak berhasil. nasib baik dia banyak sabar. last last spm dia mantap juga la.
tapi itu cerita lama. namun, pengajaran dia tak boleh ditolaktepikan. pendek kata, kalau usaha banyak, tapi tak dapat tu. bukan sebab bodoh, cuma Allah nak uji. ok la jga berbanding malas.
aku takut juga. aku terbayang bayang kalau aku jadi macam dia. usaha sikit bukan main banyak lagi. tapi macam takda papa efek dekat result. harap harap aku akan terus tabah kalau aku kena macam tu . aku tak nak give up kalau boleh. siapa ja nak give up?
.......................
kawan kawan aku kata, aku macam dah lain. suka menyendiri. suka bawak diri. konon bajet mr lonely. huhu.
memang benar kata mereka. aku yang cuba ubah diri aku. aku bukan tak nak bersosial. aku menyendiri ada sebab. aku banyak menyendiri dekat jamiah aja.
bukan sedih ke apa. cuma aku tak puas hati sebab apa aku tak faham dalam kelas tadi. jadi aku cuba baca dan faham kan apa yang aku tak paham tu. sebab aku takut takut kalau aku tangguh tangguh nanti dekat rumah aku akan buang masa. lepas tu lupa macam tu ja. bila kelas kemudiannya mula la terpinga pinga. tersangat la wasted masa aku. aku tak nak macam tu kalau boleh.
aku pergi library bukan untuk ikhtilat mahupun usha awek awek arab. takpun berlakon jadi rajin untuk mendapat pujian. tapi aku nak cari ruang untuk aku study. walaupun aku hanya amik gigi yang orang kata senang. kata orang la. aku rasa tak senang. aku berlakon jadi rajin sebab terpaksa. terpaksa untuk dapat markah yang baik. kalau aku tak berlakon, macam mana aku nak jadi biasa untuk rajin. hakikatnya, aku mlas. dan ingin menjadi rajin.itu hajatnya
aku lagi seronok kalau ada member member aku yang sama takhasus study sama sama dengan aku dekat library. tapi memandangkan masing masing ada hal. aku study dengan budak medic . takpun study dengan senior. mksud aku duduk satu meja. tapi study masing masing la. baru meriah. terasa orang ditemani.
jeles tengok orang lain study reramai dengan member. nak nak orang arab.
orang mungkin cakap. aku ni hangat hangat taik ayam ja pergi library. harap harap tak lah. walaupun, aku first year dentist. yang sesetengah orang kata senang tu, aku kena anggap apa yang aku amik ni susah . kalau tak aku akan amik mudah, buat bodo. tak kemana. kau kata senang sebab kau dah lepas. takpun kau tak laluinya. hakikatnya, masa kau first year pun dulu kau rasa macam susah jugak kan. mungkin.
........................
sem 2 dah nak habis. sem 3 dah nak masuk. aku kena ready untuk exam final ni. make sure muaddal aku cukup. tak target dean list. tapi aku target takyah buat takmili yakni make up. sebab aku nak balik awal. aku bimbang dengan diri aku dan kawan kawan lain yang markah macam nyawa nyawa ikan. harap harap masing ada plan masing masing sebelum terlambat. sem 3 dah susah sikit. sebab ada bio chemistry. susah juga kalau setiap sem orang semua nak amik makeup. harap harap tak begitu lah.
Lagipun tahun 2, teramat lah susah dengan ceritanya. kalau nak dibandingkan dengan tahun 1 dentstry ni. kalau maintain mindset cukup makan, memang niaya la bila tahun 2 nanti. takut takut repeat year secara berjemaah pula.
repeat year tak hina. cuma tak nak bazirkan duit rakyat ja. kalau boleh, guna lah duit rakyat secermat mungkin.
rakyat malaysia mesti sedih kalau dorang tahu aku ponteng kelas. sebab kelas aku dibayar dengan duit dorang.
aku tak nak sedihkan dorang. aku nak balas jasa dorang. kalau lah boleh. insyaAllah
walaupun bunyi macam kelakar, tapi dalam hati aku tetap ada elemen keseriusan tu. aku tak nak rakyat malaysia kecewa dan sedih kerana aku membazirkan duit mereka,
bukan bajet hero. cuma, duit orang. takkan aku nak bazirkan, kan?
sekian.
8 comments:
jgn awl2 je smngat nk meletop!
ana doakn ante.
insyaAllah.
harap harap aku cakap benda ni khas untuk diri aku. kalau orang lain nak amik iktibar. amik la. untuk tatapan diri pada masa hadapan.
:)
:)
Ciri-ciri orang yang berjaya adalah orang yang menyedari kelemahan diri sendiri dan berusaha untuk membaikinya. Good luck :)
salam..
kata2 bijak pandai:
"Allah tidak ciptakan manusia itu bodoh, tetapi kebijaksanaan yang berbeza-beza."
salam budak gigi blogger...
aku budak gigi gak..tapi dah senior dah...
belajo kat dalam negara aje...heheh
seronok baca blog ko.. yang best pasal entry kali nie la...
cam ni la...aku nak offer tolong ko...
kalau ada apa2 yang ko tak paham...Insya' Allah aku boleh tolong semana yang aku boleh tolong..perlukan penjelasan tentang apa2 berkaitan dentistry...
kalau ko sudi...
cuma kemukakan kemusyikalan anda ke email berikut oli.queen@yahoo.com
salam....
budak gigi juge
Post a Comment