Thursday, October 10, 2013

Chapter 213: Pakaian akhawat mengancam.




HAHA.

gigih aku scroll balik semua post lama aku dari first year. 200 chapter bukan sedikit bro. Belum campur aku merapu macam apa lagi. Aku pening, dan aku senyum. haha. Ini rupanya diri aku. Aku ketawa tanda suka, tengok diri sendiri membesar dengan tulisan yang dibawa. Sekecil-kecil perkara, aku isukan. Ada juga isu, yang aku kira macam matang juga aku ni dulu sebenarnya.

Tak sangka. haha.

aku rancang untuk publikkan tulisan aku ini untuk tatapan masyarakat. Bukan untuk mencapub. Namun dengan harapan, mungkin ada pengajaran yang boleh dicuit. Kalau ada lah.

.....

Hari ini klinik prostho. Alhamdulillah bila tahun lima ni isu patient prostho bukan masalah utama. Aku berjaya buat JRR dengan baik tadi. Selesai tanggungjawab aku.

Lepas habis klinik, rutin biasa pergi JUST awal sedikit bagi menikmati makanan dan minuman di kafeteria JUST.

Aku rasa menyampah pulak bila dah jadi senior ni, perangai aku cover macho semakin menjadi-jadi. Aku selalu pesan dekat diri sendiri, kenapa harus cover macho depan akhawat. Depa ni macam adik kau sendiri je.

Aku tenang. aku kurangkan garam kemachoan aku.

......

Akhawat sekarang pakaian mengancam.

Dulu kslau tengok akhawat pakai seluar jeans, nampak pelik sudah. Walaupun tak seketat mana. Masih, kelihat gharib di mata malaziyin.

Sekarang, macam terbalik. Bukan setakat pakai seluar jean, ketatnya seluar akhawat buat sendat mata pihak yang melihat. kan.

Aku tak kisah sangat kalau orang nak style-style fesyen fesyen ni. Tapi kalau boleh, usahakan fesyen yang tak buka aurat kita. Aku malas nak sembang skema. tapi serius aku maksudkan. Aku faham kau dah terbiasa. Cuma cuba paksa diri biasakan dengan benda yang tak biasa.

tolong lah weh akhawat jaga pakaian. Sekarang bukan zaman nak main keluar qarar semua, semua dah bijak pandai dan terbuka.

......

Aku cuba konsisten coretkan apa yang termampu untuk hari-hari terakhir aku di Jordan ini.

Doakan aku dapat mutiara yang aku sembang masa post tahun 2010 dulu.

Selamat

1 comment:

Anonymous said...

sy suka ayat ni.. mohon izin copy paste.. =)

--

Akhawat sekarang pakaian mengancam.

Dulu kalau tengok akhawat pakai seluar jeans, nampak pelik sudah.

Walaupun tak seketat mana. Masih, kelihat gharib di mata malaziyin.

Sekarang, macam terbalik.
Bukan setakat pakai seluar jean, ketatnya seluar akhawat buat sendat mata pihak yang melihat. kan.

tolong lah akhawat jaga pakaian.

Sekarang bukan zaman nak main keluar qarar semua, semua dah bijak pandai dan terbuka... =)

---