Saturday, May 22, 2010

Chapter 47: Adamaya.

Assalamualaikum,

Hari ni aku pergi rumah member aku untuk ambil cerita adamaya. aku tengok sikit dekat rumah melalui internet. memandangkan internet sangat lah sesak. aku dah tak tahan lagi nak tunggu. aku terpaksa gagahkan diri untuk pergi rumah member aku tersebut walaupun dalam diri ada keberatan takut takut tak belajar.

aku terus pergi rumah dia untuk kutip cerita itu. member aku tu kaki download cerita. terima kasih der.


.....................

aku tau kau mesti cakap aku macam tak up to date. sangat terkebelakang sebab orang lain semua dah habis. aku baru terhegeh nak tengok.

tak pun. kau cakap aku ni mesti nak tengok cerita tu sebab ada lisa surihani berlakon. sebab dia cun. so, aku tengok cerita tu semata mata boleh usha dia sepanjang 26 episod tu. (betul ke 26?)

takpun. kau mesti cakap aku ni jiwang. karat. suka layan cerita jiwang jiwang. stok stok desperte cinta.

takpun kau cakap apa yang aku tak cakap dekat atas ni. iaitu etc.

...................

fuhh. okay. fine. aku tak kisah kau nak cakap apa. yang penting aku yang tengok. aku yang hayati cerita tu. mulut orang tak boleh tutp. dan aku juga tak ambil peduli orang nak cakap apa. yang penting aku happy.

yang penting aku tahu kenapa aku layan cerita tu.

bukan senang nak tarik diri aku untuk tengok sesuatu cerita tu. nak nak yang jenis berepisod episod ni. even cerita one litre of tears pun antara cerita epsd awal yang aku layan dekat jordan ni. adamaya ni kedua sepanjang hampir 10 bulan aku dekat sini. Jordan ni.

.......................

Aku suka tengok cerita ni sebab dia bagi gambaran aku tentang sebuah keluarga. ketepikan dani yang entah papa tu. aku suka tengok adam, maya, dengan mia sarah.

terlalu la hebat bila aku tengok disaat dimana mereka bersama sama dalam satu keluarga.

aku boleh cakap terlalu manis la suasana kekeluargaan yang cerita tu bawak.

aku yang ni yang lama lagi nak kahwin ni pun aku terasa bila tengok cerita tu. bukan gatal apa der. aku terbayang tanggup jawab jadi seorang bapak. dan seorang suami.

bukan senang der.

okay la. aku admit satu benda la. mia sarah terlalu la comel. sampai aku tengok cerita tu pun. aku sangat suka tengok part dia ja.

adakah aku sedang menunjukkan sifat kebapaan?

.................

ada member aku cakap cerita tu typicl la. sebab cerita melayu. semua benda cliche.

ada pulak orng tak suka. sebab cerita tu menggambarkan macam suasana yang tak elok. yang la. maya tu bukannya pakai tudung pun. duk pakai sendat2. laki pun salam ngn pmpuan gitu2 aja.

memang betul. elemen elemen kurang bersih ni memang ada. aku pun tak setuju. hdayah itu milik Allah. mari kita sama sama doakan ya.

mulut orang. biarkan dia bersuara. bagi dia puas. kita tak boleh buat apa. yang penting jangan dia kacau pasal Dia.
.............

aku teringin juga nak ada isteri secantik maya. anak secomel mia.

tapi cerita adamaya hanya sekadar cerita. starting tu pun dia dah bagi amran. takda kaitan dengan yang hidup atau pun yang mati.
ok. fine.

aku bukan nak perasan jadi Adam. sebab aku tak la sehensm adam. tapi tu la. manusia semua nak yang cantik cantik ja.

memandangkan tu hanya cerita tak salah kalau aku nak buat cerita aku sendiri.

aku terbayang aku ada isteri yang berakhlak secantik rupa dia. mungkin poyo apa yang aku tulis ni. tapi ini la realiti apa yang aku ingin kan suatu hari nanti.

aku pun nak berangan brader untuk masa depan aku selain aku berangan jadi dentist yang berjaya suatu hari nanti.

tak salah kan kalau berangan untuk ada keluarga nanti?

tapi kan tapi kan tapi kan
tapi kenapa orang selalu kata orang cantik ni tak islamik?

orang cantik ni tak bole jadi islamik ke. atau islamik tu sendiri bukan untuk orang cantik?

.......................

aku malas nak berangan lebih lebih. kang mampus aku tak dapat teruskan hidup aku sekarang. sekarang aku nak belaja betul betul dulu.

betul komen member sorang tu dalam chapter aku yang lepas. nabi sendiri ada cakap. dalam banyak banyak aspek nak carik isteri. agama tu letak tempat pertama dahulu dalam kriteria yang dicari.

aku tak da lah baik mana pun. Allah je la yang tau aku cam mana orang nya

tapi kalau betul lah aku nak isteri yang agama, akhlak, budi pekerti dia secantik muka dia.
bukan ka aku kena jadi orang yang hensem agama nya, kacak akhlaknya, macho budi pekerti nya?

kalau aku tak jadi orang camtu . harapan la nak dapat bini sebegituan rupa.

aku cerita ni bukan untuk jiwang semata mata. aku cerita ni pasal masa hadapan. soal 9 10 tahun yang akan datang.

tak berdosa kan kalau fikir sekarang?

sekian.


4 comments:

tepianmuara said...

oho.

'...tapi dia bagi saya kasih,jiwa..dunia..akhirat'

haha.

Anonymous said...

Banyak pike pasal masa depan nampak. hahahaha

azam farhan said...

okla dri aku xlayan langsung~ haha~
aku rasa kau nk kawen ni najib~ hahaha~

Anonymous said...

saya betul2 tak suka cerita tu.

mungkin kepantangan melihat isteri curang


but lisa is definitely a beauty.

tapo itukah definisi cantik untuk kamu?