Thursday, January 3, 2013

Chapter 206: Kakak dan Jodoh.

Assalamualaikum,

semenjak dua ini, banyak pekara yang aku sedar aku sudahpun ketinggalan. tanggungjawab serta pengetahuan asas aku sebagai pemuda malaysia biasa, telah aku abaikan. Banyak benda aku rasa blur-blur bila keluarga minta tolong aku buatkan. Gara-gara hidup terlalu bergantung pada orang, nescaya kita sendiri akan terkontang kanting.

Soal melabur semua dah kena fikir dah sekarang. Perancangan kewangan haruslah mantap bermula dari sekarang. Aku runsing sebentar.

Hala tuju masa hadapan, specialist apa yang aku mahukan aku kena decide. sebenarnya dentistry was not my patience at the first place. tapi bila dah naik tahun, kita semakin sedar apa fungsi kita dalam masharakat. ke mana arah hidup yang kita akan bawa. apa tanggungjawab kita pada masyarakat.

Walaupun sekadar menjaga gigi, tanggungjwab aku malahan lebih besar daripada itu.

.......

Menyedari hakikat yang kakak kandung akan pulang semula ke UK dalam 3 hari lagi, membuatkan hati aku sedikit sebak.

Kakak aku adalah seorang insan yang aku paling rapat dalam keluarga. Orang yang paling banyak aku buat lawak kurang bijak. Paling banyak bagi tazkirah. Paling banyak aku luahkan perasaan. dan etc.

Kakak adalah seorang perempuan. Lumrah seorang perempuan adalah sedikit kuat membebel. Banyak cakap kakak saya ini, tapi saya layankan sebab dia seorang sahaja kakak yang saya ada, selain kakak ipar yang sedikit pendiam.

setahun dua lagi, bakal berumah tangga. adikmu mendoakan jodoh yang terbaik untuk kakak. kakak saya seorang yang baik, dan layak baginya lelaki yang baik. :)

......

Ayah nak jodohkan dengan sepupu jauh yang ada muka arab. Ayah kata risikonya adalah kena didik hal agama dengan lebih dalam.

Aku tersengih. pilihan sendiri dalam hati sudah ada. cuma masih menunggu tindakan pertama bermula.

Mohon tembakan doa.

Sekian.