Monday, March 25, 2013

Chapter 210: Menanggalkan label.



Aku bukan tak suka, tapi aku rasa macam kurang selesa. Bukan bajet zuhud, tapi aku sendiri rasa macam kurang selesa.

Aku yang pilih jalan ini. Aku tak boleh menyesal. Aku tak boleh salahkan siapa-siapa. Aku tak boleh kata aku silap. Aku tak boleh salahkan takdir.

Dalam hayatku, tercatat aku pernah menjadi presiden persatuan.

walaupun hakikatnya, lagak aku tidak selayak presiden yang seharusnya.


Aku mahu bergerak bebas selepas ini tanpa dicop sebagai 'orang pimpinan/orang berjawatan' bila dah letak jawatan. Dekat sekolah dulu aku pernah cakap benda yang sama, tapi aku mungkir bila masuk alam universiti.

Aku mahu bergerak bebas. Jauh lebih bebas. Menyiapkan kerja yang boleh aku pikul selayaknya.


Maafkan aku Tuhan.

Sunday, March 3, 2013

Chapter 209: Kematangan dan keterasaan.


Aku ingatkan, bila umur meningkat, jiwa kematangan juga akan terbentuk sekali.

Rupa-rupanya aku silap. Tidak semestinya formula asas itu akan berlaku. Alam ini volatile, apa-apa boleh berlaku. Tuhan cipta begitu supaya manusia tidak syirik dengan formula manusia.


Hati itu jangan mudah terasa. Orang yang selalu buat orang lain terasa, Allah akan balas dia pulak yang akan mudah terasa. Semakin banyak kita tidak puas hati dengan manusia, semakin banyak manusia tidak puas hati dengan kita. Sifir mudah!


Kematangan juga dikaitkan dengan bagaimana kita mengurus kritikan. Orang yang hebat, selalu melihat kritikan sebagai ruang untuk pembaikan. Manakala orang yang low-pack, selalu kira kritikan itu sesuatu yang membahayakan.


....

Semenjak dua ini, kalau orang perli aku, aku malas nak terasa sebab aku anggap diri aku membudayakan budaya arab. Tak dendam dan tidak cepat terasa. Tapi aku bimbang juga kalau aku terlalu 'tidak terasa'. Aku pun rasa malas nak hentam sangat orang lain. Aku tak faham dengan manusia yang sibuk hentam orang,tapi tak boleh dihentam orang lain.

Pffftt.


Friday, March 1, 2013

Chapter 208: Tangan-tangan ghaib


Jika benar tangan-tangan ghaib dan belakang itu wujud dalam masyarakat ini, bagiku sungguh celakalah ia jika dilakukan atas kepentingan pihak tertentu!

Aku tidak mahu sembang lebih.

Tutup mata. dan Muhasabah diri.

Aku benci labelling.

Sometimes, it's better to not knowing certain things.