Saturday, September 29, 2012

Chapter 204: Korupsi jiwa.


Assalamualaikum WBT,

Afiq tumpang komputer sekejap nak menulis blog. Kerajinan menjelma secara tiba-tiba pulak pagi-pagi buta ini.

Semua orang sudah tumbang, tinggal aku dan ulya dua orang sahaja. Kami sedang berusaha menyediakan juadah untuk lakonan hari raya aidiladha sempena permintaan pihak tv9 yang sekarang tengah  buat shooting di Jordan.

Atas dasar menyambut baik permintaan rancangan tv safiyyah, kami berpakat untuk masa sendiri bagi pelakon-pelakon yang akan hadir esok. Takda lah pelakon sangat pun. just buat majlis makan-makan sambil pakai baju raya dan menghidupkan suasana raya tu sahaja.

...........

Malam tadi aku telah hadirkan diri ke program Back To Campus junior. Pada mulanya kawan aku yang patut menjadi panelis utama, tapi dia terpaksa tarik diri atas alasan ada program. Aku pun dengan rasa tidak layaknya mengambil alih tugas tersebut. Sebenarnya aku yang ada tawarkan diri untuk bagi BTC sebab entahlah, aku rasa aku teringin nak sumbangkan sesuatu untuk adik-adik junior, walaupun aku bukan seorang scorer.

Sejujurnya, aku minat tengok batch junior ni. baik syabab mahupun akhawat.

Tak faham kenapa.
..........

Aku dapat rasakan bahawa jiwa aku dilanda oleh penyakit hati yang kronik.

Perasaan negatif yang bukan-bukan mula memenuhi ruang jiwa ini yang membuatkan aku sesak menghirup udara keikhlasan.

Aku hilang fokus dalam kehidupan. Aku terlalu mengharapkan pada pujian, sampai sukar menerima kritikan. JIwa aku kurang senang bila lihat ada orang yang lebih senang.

Busuknya hati aku ini.

Jika hati aku busuk, nabi kata, maka busuklah seluruh anggota jasad ku keseluruhannya.

Sedang berusaha mencari jalan penyelesaiannya.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk jauhkan diri sebentar daripada kelekaan hidup bersama si manusia.
Silapnya terjatuh pada diri aku sendiri yang terlalu mengikutkan perasaan dan nafsu yang merosakkan.

Aku tengah tunggu masa je menangis puas-puas atas dosa-dosa yang telah aku lakukan.

Semoga dipermudahkan.

Sekian.

Monday, September 24, 2012

Chapter 203: Harapan dan kekecewaan.



Assalamualaikum,

jumlah ahli PERMAI yang begitu ramai hari ini, buat aku semakin bingung tentang isu bagaimana aku nak pastikan risalah keimanan itu sampai pada setiap rumah-rumah yang ada.

Aku hampir buntu.

Aku sedih melihat keadaan adik-adik yang kelihatan memerlukan bimbingan abang-abang dan kakak-kakak yang kemampuan.

.........

Dakwah itu tanggungjawab bersama. Aku bukan orang terbaik untuk cakap pasal dakwah. Tetapi aku sangat berharap orang disekeliling aku orang yang merasai sentuhan dakwah, dekatkan diri kepada Tuhan, meninggalkan segala kemungkaran yang nyata.


Aku bimbang, nanti akhirat aku kena soal balik apa yang aku dah buat bila jadi presiden.

Aku faham, mereka belum cukup faham, tetapi  kenapa tidak ada rasa benci pada perkara yang mereka lakukan ?

mereka tidak salah, sekiranya benar mereka tidak tahu. aku yang tahu kenapa tak tahu nak memberi tunjuk ajar.

Aku sayang adik-adik baru ini. Aku bukan terlalu tamak dengan mereka.


.........

Kasihan gerakan dakwah yang ada, selalu kena hentam bila mereka cuba untuk berdakwah. Orang bising sebab lihat, mereka lebih usahakan untuk kumpul ahli jemaah, disebalik dakwah mereka.

Bagi aku, sesuatu yang jelek disitu.

Walau bagaimanpun, sejujurnya aku tak kisah siapa pun kau, yang penting kau tolonglah bimbing adik-adik ini yang perlukan tunjuk ajar kalian semua.

Mohon jangan suntik nilai ketaksuban sampai tak mahu adik-adik ini terlibat dengan masyarakat sekeliling.


MEREPEK !

Aku mahu mereka dapatkan sentuhan dakwah kalian, tapi mohon jangan ambil kesempatan.  Beri mereka ruang untuk berfikir.

..........

Ikhtilat subjek yang sangat subjektif.


Sekian.