Thursday, February 24, 2011

Chapter 124: sabar je la.


Assalamualaikum,

aku tak nak emo emo. sebab aku rasa salah aku juga mungkin punca diri aku sendiri yang spark kan api kemarahan sesetengah pihak.

tapi aku tak kesal. setiap benda yang kita buat sentiasa kena berani ambil risiko.

sekarang aku tengah hadapi risikonya.

............

tak perlu kot aku nak ulang setiap point yang aku cakap. cuma aku nak tambah. yang aku bukan nak merendah rendahkan kedudukan seorang perempuan.

sumpah aku tak terfikir sampai ke level begini ramai orang terasa sebab sedangkan aku buat statement tu secara umum.

semua benda yang berlaku semuanya ada asbab nya yang tersendiri.

tapi aku masih pelik. masih ramai begitu yang terasa hati. dalam waktu yang sama cuba cakap dekat aku untuk berlapang dada.

aku bukan nak kondemn orang. aku sebenarnya dah simpan benda tu lama. aku sedar yang tak ramai orang sedar pasal benda tu.

ada orang kata remeh. memang remeh. budak kecil pun boleh huraikan satu persatu.

tapi, yang pentingnya, bila benda remeh orang selalu abaikan. benda ni lah yang jadi masalah besar kadang kadang.

aku bukannya baik sangat menegur orang. aku keluar statement umum macam tu je pun.

tak pernah aku terfikir untuk racist dengan jantina lain. tak pernah seh. pelik aku. terasa macam aku racist pulak.

...............

antara nak terima dan tidak terima ja. aku tak kisah orang tak setuju dengan aku sebab itu realiti dunia. berani buat. berani tanggung.

aku tak kata aku perfect serta cukup baik sempurna dan segala galanya.

cuma, kadangkala kita kena berusaha untuk berlaku terus terang. aku tidak mahu, kalau kita terlalu berlapik lapik sangat akhirnya tak sampai point yang ingin disampaikan.

sudahnya, sampai kebila tak tahu yang ada orang komplen pasal benda benda remeh gitu.

nak komen pasal aku? insyaAllah takda masalah. komen la.

aku bagi izin.


..............


tak suka perang perang ni. kali terakhir aku perang dengan budak perempuan dulu pun masa sekolah rendah pasal berebut apa entah.

harap tak akan berulang lagi.

sekian.

Saturday, February 19, 2011

Chapter 123: geram bila tahu diri sendiri dah jadi anti sosial.

Assalamualaikum,

sumpah tak seronok bila tahu yang diri sendiri sudah tidak tahu apa lagi yang ingin dikatakan tentang kehidupan ini.

barangkali aku mungkin lebih cenderung ke arah privacy kebelakangan ini.

aku inginkan privacy kononya. sebab tu aku kurang berkongsi sejak dua menjak ni.

kenapa? entah.

..............

aku rasa hujung minggu ni aku sangat tak bertanggungjawab sebab tak join prospec secara 100%. maksud aku, first day aku ponteng. second day aku datang.

itu pun tergapai gapai nak main game apa. aku rasa keterlibatan aku kali ini paling teruk yang pernah rasa. aku tak mengerti kenapa.

semalam aku tak datang pagi sebab bangun lewat. lepas subuh tidur balik walhal ada larian 800 meter hoi. petang pula sepatutnya aku kena main anak ayam namun aku tak pergi sebab aku fikir benda tu lepas asaar. rupa rupanya lepas pukul 2. minta maaf lah aku nak join waktu cengitu. hakikatnya aku menguruskan makan makan untuk pintar aku kali ni.

semangat bai nak masak ayam masak kicap black paper. terus ilang semangat prospec aku.

aku tahu. itu semua hanya alasan ja dari aku. padahal aku boleh aja nak curi masa untuk join.

member aku punya standard dok perli aku. aku malas nak banyak bunyi sebab aku tahu itu silap aku. dia perli mungkin sebab dia caring. lepas budak rumah pulak tak turun. bingit telinga aku kena perli sorang sorang.

nasib baik aku rajin turun. kang tak memasal di black listed bersebab.

............

antara benda yang aku rasa macam noob ialah apabila aku rasa ramai gila orang aku tak kenal.

ini sungguh tidak aku apabila jadi aku tak kenal orang.

aku terasa ini bukan aku. dulu, aku boleh kata hampir semua orang aku kenal. kalau dia tak kenal aku pun, aku kenal dia lah. sebab aku kononnya ramah.

tapi sekarang macam tak. banyak muka baru aku tak kenal. dah 5 6 bulan dorang menetap dekat sini aku masih gagal dorang.

aku dah penat guna skill tanya orang lain apa nama depa. kadang kadang dah tahu nama dia tapi terlupa. terpaksa rujuk orang lain. nak ikutkan selalu ja jumpa. sumpah sedih seh. aku tak dapat terima hakikat rasanya.

lagi satu, ramai orang cakap yang dorang lama tak nampak aku.

lagi daunt aku rasa. sumpah terasa anti sosial kebelakangan ni. mana kan tidak, PSL pun tak join. siapa suruh?

bola petang petang pun tak main. duk kumpul lemak petang petang lepas balik jamiah.

badan ni dah tak sihat dah kalau asik istiqomah bersikap begini.

aku tak boleh terima sejak bila aku boleh jadi anti sosial. rasa macam nak menangis pun ada. aku dah lah dulu anti orang anti sosial. sekarang dalam diam aku jadi anti sosial tanpa aku sedari.

dulu masa pergi masjid, lepas solat tu. lepak lepak la juga dekat masjid dok sok sek sok sek. tapi kebelakangan ni, kalau boleh aku nak larikan diri daripada masyarakat.

watdehek. aku tak faham. sumpah aku tak faham. wabak apa yang aku hidapi sekarang ni?

............

aku kenal jadi sosial balik. tak sosial tak cool.

nama ja ada jawatan tapi noob bersosial. bala la.

selamat selamat.

sekian.