Thursday, February 24, 2011

Chapter 124: sabar je la.


Assalamualaikum,

aku tak nak emo emo. sebab aku rasa salah aku juga mungkin punca diri aku sendiri yang spark kan api kemarahan sesetengah pihak.

tapi aku tak kesal. setiap benda yang kita buat sentiasa kena berani ambil risiko.

sekarang aku tengah hadapi risikonya.

............

tak perlu kot aku nak ulang setiap point yang aku cakap. cuma aku nak tambah. yang aku bukan nak merendah rendahkan kedudukan seorang perempuan.

sumpah aku tak terfikir sampai ke level begini ramai orang terasa sebab sedangkan aku buat statement tu secara umum.

semua benda yang berlaku semuanya ada asbab nya yang tersendiri.

tapi aku masih pelik. masih ramai begitu yang terasa hati. dalam waktu yang sama cuba cakap dekat aku untuk berlapang dada.

aku bukan nak kondemn orang. aku sebenarnya dah simpan benda tu lama. aku sedar yang tak ramai orang sedar pasal benda tu.

ada orang kata remeh. memang remeh. budak kecil pun boleh huraikan satu persatu.

tapi, yang pentingnya, bila benda remeh orang selalu abaikan. benda ni lah yang jadi masalah besar kadang kadang.

aku bukannya baik sangat menegur orang. aku keluar statement umum macam tu je pun.

tak pernah aku terfikir untuk racist dengan jantina lain. tak pernah seh. pelik aku. terasa macam aku racist pulak.

...............

antara nak terima dan tidak terima ja. aku tak kisah orang tak setuju dengan aku sebab itu realiti dunia. berani buat. berani tanggung.

aku tak kata aku perfect serta cukup baik sempurna dan segala galanya.

cuma, kadangkala kita kena berusaha untuk berlaku terus terang. aku tidak mahu, kalau kita terlalu berlapik lapik sangat akhirnya tak sampai point yang ingin disampaikan.

sudahnya, sampai kebila tak tahu yang ada orang komplen pasal benda benda remeh gitu.

nak komen pasal aku? insyaAllah takda masalah. komen la.

aku bagi izin.


..............


tak suka perang perang ni. kali terakhir aku perang dengan budak perempuan dulu pun masa sekolah rendah pasal berebut apa entah.

harap tak akan berulang lagi.

sekian.

3 comments:

Anonymous said...

salam aku mintak maaf kalu tersalah comment kat blog 1 lg 2...
coz ayat ko kat sini ade
"tapi aku masih pelik. masih ramai begitu yang terasa hati. dalam waktu yang sama cuba cakap dekat aku untuk berlapang dada."
& perkataan berlapang dada ada kat comment aku jer..
InsyaAllah aku cuba berlapang dada jugak tapi aku post comment 2 coz aku & aku dengar ramai yg x puas hati n terkilan so aku comment spy ko sedar ade yg terase..bukan bermaksud x terima comment ko tapi kate2 yg ko tulis 2 buat ade org terase..tapi mungkin 2 cara ko..
n mgkn aku tulis dlm keadaan emo tadi

baiklah moralnya cuba raikan cara n perasaan org laen..(untk aku jugak)

sekali lg mintak maaf..
last comment from me.

dR dReamLoVeR said...

aku hati kering kot, tak terasa pon. tapi tahu je apa yang kau tulis tu memang pakej lengkap kat aku. he he.

faiq zaini said...

jib..
pompuan dcipta dr rusuk.
bkan kaki ntok dipijak.
bkan dr kpala ntok dijunjung.

tp..
dkt dkt hati ntok dikasihi..

peace.