Friday, March 26, 2010

Chapter 22: Orang cacat pergi masjid.

Assalamualaikum,

okay. aku dah dapat respon kata aku pelik. aku tak kisah. aku redha. huhu.

ada orang kata ni belog orang emo. tempat nak luahkan perasaan semua. macam apa entah. takda kawan ke nak luahkan perasaan privet privet.
takpa. aku tak kisah. aku redha. huhu.

ada orang kata belog ni kondemn orang ja keja. macam diri tu bagus ja.
takpa. aku tak kisah. aku redha ja. huhuu.

aku tak kisah sebab ni belog aku. kalau kau tak suka, takyah la baca. lantak apa lah kau nak fikir apa. Allah bagi otak bukan untk kau salah anggap orang. husnozon la sikit. walaupun, aku ni kurang alim orangnya. tak mengapa. aku tak kisah.

tali aku dengan Allah. tali aku dengan kau.

Wallahua'alam.

.....

tadi isya', aku pergi masjid untuk tunaikan solat isya'. alhamdulillah, dapat juga lah aku spend masa aku yang 'sibuk' ni gi rumah Allah jap.

ramai orang. muda tua. tapi budak budak belasan tahun ja kurang. budak budak U ramai la. Orang arab pun ramai. orang melayu? boleh la. tapi asik muka sama ja. muka budak pkai kopiah ja. nak juga aku tengok budak2 bergaya, otak gila gila, kecoh kecoh sikit datang masjid.

Pendek cerita, aku ada jumpa sorang lelaki arab tu. Dah lama aku perhatikan dia tiap kali aku datang masjid. dah lama aku nak tegur dia tapi tak kesempatan. nasib baik tadi aku sempat tegur dia.

dia bukan lelaki biasa. dia lelaki istimewa. senang cerita orang kurang upaya. tiap kali aku pergi masjid aku mesti jumpa muka dia. dari tempat wuduk sampai la dekat dalam masjid dekt ruang nak solat.

Aku tengok dia jalan tak betul. tangan tersimpul simpul. masa jalan macam nak tumbang dah. aku tak dapat gambarkan macam mana. dia cakap pun tak jelas. aku tanya nama dia. dia jawab nama dia asyraf. dia senyum dkat aku bila aku macam nak mula berkenalan dengan dia. serius aku rasa heaven gila bila dia senyum dkat aku.

Masa solat, aku solat sebelah dia. masa imam angkat takbir, dia angkat takbir, masa imam rukuk, dia rukuk, masa imam sujud, dia sujud. yang bezanya dia gerak lambat.

sedih juga masa aku tengok dia sembhyang, skit bukan main seksa lagi. dah la kurang upaya. tapi sanggup pulak tu sembhyang berdiri. kalau aku la sakit kaki, aku dah duduk dah. teruknya aku!

sumpah aku kagum dengan lelaki arab tu. sangat terharu dengan dia punya tahap ketakwaan dia tu.

aku serius, dia jalan memang tak betul. terhuyung hayang. kaki dia macam tak stabil. terseret2 kaki dia. aku bukan niat nak kutuk. tapi kau tengok la orang macam tu pun sanggup susah payah nak jumpa Allah macam orang biasa lain yang sihat walafiat.

insap aku tengok dia beb.

masa solat sunat tu, tercungap cungap dia baca surah alfatihah. full sampai habis. takda la macam lipas kudung yang kita selalu buat tu. memang betul dia nak dapat penghayatan habis lah aku cakap.

insap aku tengok dia beb.

sumpah dia mantap beb. walaupun, jalan tak betul. cakap tak jelas. tangan terbelit belit. nak angkat takbiratul ihram pun bergetar getar tangan. dia tetap pegi solat jemaah beb.

duduk bukan dekat. jauh gila tu nak dekat2 dengan stadium madina hassan. kepala otak la.

kalau aku la, rasa rasa macam mana lah ya. Ya Allah.

aku tak dapat nak gambar kan lah mamat tu macam mana. tapi kalau kau nak jumpa dia. kau pergi semayang dkat masjid jamiah yarmouk masa isya'. InsyaAllah kau jumpa dia.


aku tak kutuk dia. kau jangan salah anggap. aku nak dapatkan feel untuk cakap yang betapa 'kurang'nya diri dia tu. tapi dia tetap gak beriya riya nak gi solat jemaah semua.

tapi kalau aku? engkau? kita?

duduk rumah main game, tengok movie. usha facebook. etc.

aku tobat weh!

sekian.

Thursday, March 25, 2010

Chapter 21: facebook-ing.

Assalamualaikum,

aku baru aja deactivate facebook semalam. sebab dah tak tahan dah. asik buang masa dekat facebook ja idup aku kebelakangan ni. rancang nak buka sekejap. last last tersangkut berjam jam.

dah banyak kali aku pernah deactvte facebook ni. macam macam sebab. sebab kecewa dengan 'awek' la. sebab suka suka la. sebab nk belajar la. macam2.

paling lama aku dapat tahan ialah 2minggu lepas tu aku terpaksa buka balik atas alasan mak aku suruh. Memang betul pun, aku tak tipu. mak aku nak tengok perkembangan diri aku. Masa tu hidup aku dah agak heaven dah tanpa facebook. tapi, tu la. bukan nak salahkan mak aku. namun, mula mula aku niat main sebab nk bagitau mak aku pasl perkembangan aku. tapi lain pula jadi nya.

sumpah, facebook memang melalaikan. aku pernah tulis status facebook melalaikan. macam komen ada. kawan aku ada cakap. ia bergantung. tapi kalau bergantung dekat aku? memang hanyut lah.

aku kenal facebook dulu sejak abng aku kenal kan dulu. mula mula tak aktif. lama lama ramai pulak main facebook. giat aktif pula. friendster plak aku tinggalkan.

aku tertanya kenapa lah tak boleh delete facebook terus? kan bagus kalau boleh delete terus. sebab kalau aku delete. nanti sure aku malas nak main kalau semua nak kena start semula. tapi facebook ni bagi deactivate ja. memang jahat betul la orang yang facebook ni. memang rosakkan manusia.

kawan aku kata kalau biarkan deactivate dalam masa 3 minggu camtu nanti dia delte sendiri sebab fb dia pun dah ilang. aku tak tau lah dia tipu ke apa.

aku geram gila. bila nak berhenti facebook. aku teringat pula kawan kawan yang ada dekat facebook tu. aku tak kisah kawan aku beribu ke tak. cuma dorang pun nak tau perkembangan aku.

aku bukan tak sayang kawan. masalahnya, aku terasa kemudaratan kecil dalam facebook tu buat aku merana. aku tak la seaddicted dulu. tapi tu la. susah aku nak cerita.

'awek' aku tu kalau tak da fb kan bagus, aman idup aku. nyesal aku ajak dia buat fb dedulu. skang nak buang dia pun aku rasa serba salah. boleh tak kalau aku tak kenal dia?

serius aku rindu friendster. tapi sekarang friendster terlalu hambar dan kekanak-kanakan.

facebook makin ramai pulak orang pelik pelik. nak add orang tapi letak nama pelik2. gamba pelik2. mana lah orang tak takot nak approve

aku tergelak kalau tengok orang buat satu album khas ada gamba dia. gamba dia takpe cuma gamba tangkap sendiri dengan pose yang 'menarik'. cukup cukup la korang. korang patut suro adik adik ke kawan kawan ke sesape je la amikkan. sesetengah orang nyampah tengok gamba macam tu. sorry to say. tapi aku open ja. lagipun, dulu aku pernah buat masa zaman friendster dulu. sekarang dah tak buat. kalau sekadar sekeping dua tu aku tak kisah lagi weh.

aku tergelak juga kalau tengok orang letak status mantap mantap dekat profile dia tapi berabad takda orang komen sampai kena buat status yang berbentuk pertanyaan. itu pun kadang kadang takda orang jawab. aku pun pernah kena sebab tu aku cakap. lawak gila.

mantap gila bagi orang yang main facebook tapi dia dapat pelihara iman dia.
aku suka. tapi aku tak mantap lagi.

lagi satu, kalau nak main facebook. sila matang sedikit. jangan jadi macam budak budak. buat tak seronok ja.

aku pause main facebook dulu. atau istilah lain aku nak puasa facebook jap.
gua kantoi study kerana facebook.
caya tak?

sekian.

Tuesday, March 23, 2010

Chapter 20: dugaan belajar gigi dekat Jordan.

Assalamualaikum,

gila la. serius aku macam terasa menyesal amik dentist dekat Jordan bila aku dapat result aku baru baru ni. aku macam ape entah perasaan aku. aku tau perasaan menyesal tu tak bagus. tapi aku kesal dengan diri aku sendiri sebenarnya.

aku tau dentist tu senang khususnya tahun 1 ni dengan subjek yang macam biasa biasa ja. tapi tu la pasal. kesenangan nya menybabkan aku jadi malas gila bapak. sikap amik remeh suma tu. aku jeles tengok budak medic dengan subjek susah2. bukan apa, ini semua dari segi psychology. kalau kita rasa benda tu susah, mesti kita usaha keras2 gila2. tapi bila dekat Jordan, yang gile HEAVEN ni, sumpah aku semakin bertambah malas! aku rindu 5 al-razi, serius!

hari ni aku pergi kelas sebab ada exam animal health. kebanyakan budak budak lain tak pergi khususnya budak gigi yang lain sebab dorang takda exam. Dan ada juga ingat takda muhadorah sebab mungkin ramai yang tak akan datang kelas. okay, yang ingat takda muhadorah tu anda silap. sebenarnya ada ye muhodarah! jangan malas. secara jujur, aku tak pergi food preservation, visual basic dan wellness punya kelas hari ni. sebab aku sendiri rasa macam tiada kelas.

animal health punya exam alhamdulillah aku boleh buat. walaupun tak hebat mana dan aku dah tau yang aku dah salah satu dua soalan selepas aku rujuk balik afta habis exam tadi. takpa. biarlah.

lepas tu pergi makan2 semua dengan kawan kawan gigi aku yang tinggal dekat mujamma'. macam biasa makan pizza tapi aku kurang selera hari ni. tak tahu mengapa.

lepas lepak, solat, tidur kejap aku pergi kelas fizik. ramai juga tak pergi. aku sorang ja budak melayu yang datang. pak arab pun takda juga. lecturer masuk tadi nak bagi kertas aja.

cuak cuak cuak. aku rasa tak yakin sangat jawab fizik. padahal baru aja semalam jawab. sekejap dah dapt rsult. mantap kosai lecturer aku.

dia bagi kertas sorang sorang. lepas tu dapat nama aku. Wan Muhammad Najib. aku pergi depan lepas amik dan tengok. watdehek, aku dapat 20 aja? 20/30. aku tak kufur nikmat ok. orang boleh kata patut bersyukur la tu.

yela yela yela. aku bersyukur. tapi watdehek, kawan kawan arab lain lepak ja dapt 20 lebih. awek arab depan aku dapt 30. tersengih sengih dia. serius aku jeles gila bapak. wat's wrong wit u najib? mamat arab sebelah aku tu dapat satu soklan lebih betul daripada aku. dia kata soklan senang sangat hari tu. tapi takdpt fullmark plak. ni kes overkonfiden la mungkin. aku tak suka overkonfiden. tapi arab tu agak mantap, aku tak tipu.

lepas tu sambung kelas organic chemistry. nasib baik ada budak melayu sikit yang teman aku.ramai budak tetiba hadir hari ni. maklumlah nak dapat result.

pendek cerita, nama aku kena sebut. macam biasa aku pergi depan amik kertas. watdehek lagi sekali. aku dapat 16-1 /30. loser gila aku rasa masa tu. tolak 1 tu sebab aku tak tulis no kerusi aku. aku tak kisah yang kena tolak tu. tapi kenapa 16? kantoi aku tak belajar. aku tak nak bagi alasan apa apa. tapi member melayu aku tu dengan muka toya nya lepak ja dapat 30. gila jeles aku. tapi aku lagi jeles bila tengok budak arab perform. najib? kau pergi mana do?

saat tu aku terasa macam ape entah. memang betul lah orang cakap spm kau tak bawak kemana. dan aku terasa benda terlalu awal.baru tahun 1 aku dah rasa spm aku tak kemana. sekadar tiket aku nak pergi luar negara ja. mahu ja aku bakar rsult spm aku supaya aku dpat buka buku baru.


......................

aku dengar cerita orang arab workholic. dorang belajar nak dekat 6 jam satu hari. wow, aku kagum dengar macam tu.

aku sebenarnya jeles tengok arab yang mantap mantap ni. masa 1st sem hari tu aku tak nampak sangat. sebab campur campur budak tamridh semua. tapi bila naik second sem dah nampak belang masing masing dah.

salah aku juga, mula mula masuk bajet power konon dengan 11A1 tu, bajet kau pandai sangat ke apa sampai malas nak usaha lagi? tak habis lagi la perjuangan najib oi. serius aku regret. nak bakar result spm aku boleh tak? segan gila.

aku bukan nak berlagak dengan rsult spm ak tu, tapi secara jujurnya dia ada juga main unsur unsur psikologi dalam jiwa dan minda aku ni secara tak langsung.

dekat jordan ni, aku jarang belajar. masa berlambak kosong. tapi tak tau diisikan dengan apa. siapa yang tak duduk jordan tu bersyukur la jugak, sebab jordan ni dugaan dia dengan masa lapang. masa lapang itu satu ujian besar. secara ikhlasnya, aku sedang bertarung dengan ia.

bajet power kurang belajar? bukan bukan bukan. soalnya, aku terasa aku dah kehilangan enthusiasm untuk belajar. macam ape entah kan? baik takyah datang jordan. gila mental aku seh.

aku percaya kalau belajar kerana Allah, semua small the pieces ja. masalahnya, aku belajar kerana apa sekarang? najib bangun la!

aku serius marah dengan diri aku sendiri. bak aku cakap, aku tak seperti aku yang dulu. seorang yang hardworking. secara jujur, aku bukan seorang yang pandai. aku kena rajin belajar. baru aku boleh dapat markah baik baik. kalau tak, memang teruk. aku ulang, aku tak pandai. aku biasa ja.

dekat sekolah dulu, aku belajar ikut orang. member member kelas aku dulu semua stok stok rajin gila bapak. walhal, aku malas. tapi alhamdulillah aku terinfluence dengan dorang. kepala workhard kelas aku ialah amir ariff. dia 24 jam belajar. pantang ada masa lapang ja dia nak belajar. aku berani cakap dia bukan genius. tapi dia rajin. sebab tu result dia mantap kosai. tapi dekat Jordan aku masih tengah cari kawan kawan camtu. so far, tak jumpa lagi. siapa boleh volunteer?

aku bukan salahkan kawan kawan. setiap orang lain cara. cara aku ikut kawan. tapi kawan kawan aku banyak yang macam sempoi je belajar. lepas tu result mantap.rezeki dia la tu kot. tapi takkan aku nk ikut dorang? atau aku kena ubah cara belajar aku? muhasabah! muhasabah! muhasabah!

.......

Semalam, aku tanya senior aku pasal penyakit aya tu dekat dia.

kawan kawan aku duk bsing kata aku terlalu terpengaruh sangat dengan cerita tu sampai terasa simptom2 penyakit tu dekat diri aku.

okay, fine. aku tak kisah. mungkin mainan fikiran aku juga. bak kata senior aku itu medical disease nama nya tak silap. dia terlalu macam trauma.

kalau macam tu la keadaannya, aku bersyukur la sangat.

tapi, masalahnya, kebelakangan ni aku rasa lain sikit dengan badan aku sendiri. samaada mainan fikiran. takpun memang benda ni baru datang.

badan macam getar getar sikit. pegang mouse pun macam tak sedap. jalan pun macam lenguh. tangan pula macam tak boleh pegang betul2 sesuatu benda. nak nafas sesak sikit.

aku tak tipu. tapi aku masih tertanya tanya juga ni mainan fikiran ke atau benda tu datang betul2.
aku masih tertunggu2 jawapannya. senior kata kalau nak utuskan result, simptom tu perlu tengok dalam tempoh yang sekarang. sekarang aku baru rasa benda benda ni macam nak dekat 2minggu.

jadi, aku kena tunggu dan berdoa.
sumpah aku tak bangga kena penyakit tak terubat tu. cuma aku harap korang dapat doakan untuk aku.

aku akan cuba sentiasa mintak yang terbaik dekat Allah.
amin.

Sekian.

Friday, March 19, 2010

Chapter 19: aku memang kaki bangku.

Assalamualaikum,

satu demi satu nikmat aku rasa Allah tarik dekat diri aku ni. kau mana rasa sebab kau bukan aku.dan aku bukan kau. perit rasanya. orang boleh kata itu benda biasa. tapi bagi aku ini luar biasa.

Allah sedang menguji aku. okay. aku sedang bersangka baik dekat Allah. cumanya, aku baru rasa sikit aja nikmat yang kena tarik. itu pun macam dah mengeluh. astaghfirullah. macam mana member aku yang hilang bapak dia tu eh? aku terfikir sejenak.


.................

tadi aku ada match bola. team aku dengan team lawan. team aku nama team warung din fc. aku jadi sub. tak macam mula mula dulu . mungkin sebab aku terlalu hambar untuk jadi pemain utama. memang betul. aku tak nak tipu.

ramai geng aku takda pagi tadi. ramai yg cedera. pemain terbaik team aku banyak yang cedera. sabar ja la. tadi pun aku kena ganti pemain yang cedera sebab cramp sebab kena tackle.

aku rasa aku ni gelabah lah orang nya. tak salah kan mengaku kelemahan diri sendiri. bukan nak bangga. nak orang amik iktibar sambil aku cuba muhasabah diri.

aku bila dapat bola aja aku menggelabah. macam lose control. aku terasa yang aku macam first time main bola. lari tercungap cungap. tak menjiwai jiwa seorang pemain bola lansgsung. passion aku dekat bola macam dah takda . tak tau kenapa. loser juga aku main posisi depan tadi. tiada alasan yang aku dapt bagi atas kelemahan diri ini. kaki panjang tapi pecut tak kemana. mungkin badan aku dah semakin berisi. siapa suruh jadi berisi?

teringat dahulu, yang bola ni macm faverita aku habis. aku suka betul main bola. satu masa tu, aku macam hebat juga maen bola ni. aku main futsal. asik buat skill aja. jadi pula tu. bagi aku itu zaman kegemilangan aku. tak nak kerek apa. tapi kalau nak bahagi bahagi grup tu, aku ni kononnya macam barang panas la. orang rebut2 aku. tapi cerita tu bertahan selama setahun dua ja. sekarang passion bola aku dah ilang. bukan alasan. tapi dugaan.

tadi team warung din kena titik 4-0. semua macam takda mood ja. aku pun main tadi tak bersungguh. entah tak da semangat ke apa. rasa kosong je jiwa. suma kaku tengok team lawan skor. skor dorang lawa2. ada juga. goal yang entah pape.aku taknak tuding jari dekat siapa siapa. aku lebih prefer tuding jari dekat diri sendiri. aku umpama tiada fungsi!

rasa macam nak berhenti main bola. tapi aku sayang team warung din. ukhuwah antara kitoang spesel bagi aku.


..................

tadi ada sorang senior tu tawarkan aku satu jawatan kecik dalam perbadanan ape ntah. besar jugak badan tu. tapi bukan permai. dia kata jawatan tu takda kerja sangat. aku cakap dia bukan soal takda kerja sangat. soalnya, kerja dia apa.

dia cakap mungkin nak rekrut aku untuk masa akan datang sebab aku macam ada potensi untuk masuk bidang kepimpinan.

seriusly, aku macam tak berminat. aku tak nak masuk bidang tu lagi. cukup lah dengan apa yang ada. diri aku tak cukup hebat nak pegang jawatan suka suka.

jawatan ni kalau sekarang kecik kecik. lama lama jadi besar. Jadi terbeban. bukan soal aku malas, soalnya aku nak kebebasan. Kebebasan untuk buat urusan sendiri. kalau nak tolong orang, tapi diri sendiri tak tertolong macam mana?

maaf senior. tolong cari orang lain. alasan? tiada alasan. aku tak mahu. itu aja.

..............

oh, diri semangatlah engkau jangan tak semangat.
jangan lembikkan diri yang akan jadi lembik lagi kalau dibiarkan,
kuatkan hati kuatkan mental kuatkan fizikal,
kasi tonyoh sikit pada hati tu gelap tu.

sekian.

Chapter 18: eleksi untuk jadi lebih baik.

Assalamualaikum,

seronok betul dapat hantar kerja VB pagi semalam.

semalam ada election dekat jamiah untuk MPP jamiah. Serabut betul suasana semalam. Naik pening aku tengok. macam macam parti ada. parti kuning parti biru. aku tengok parti kuning macam parti hijau dekat malaysia. parti biru jamiah macam parti biru malaysia juga. tapi ini versi universiti arab punya. masing masing bawak ideologi masing. Budak melayu banyak vote parti kuning sebab ikut sejarah parti kuning ni banyak bagi faedah dekat student termasuk budak melayu sendiri. Aku tanya kawan somalia aku. dia pun kata orang somalia banyak vote parti kuning. parti biru ni macam liberal sikit. aku perhatikan yang banyak bawak dia punyas skaf tu budak2 free hair n so-called hot dekat jamiah. yang bawak skaf kuning pulak budak budak berjambang serta bertudung litup.

aku tak tau sangat agenda yang dibawa oleh kedua dua pihak. yang aku tau senior duk promote vote yang kuning dekat junior semua. budak jenior tak tau sangat, jadi main ikut ajalah. Ada orang fikir benda ni tak penting, ada orang fikir benda ni penting. junior rasa nya vote bukan atas kepentingan tapi vote untk pengalaman. senior pulak vote untuk kepentingan. rugi bagi siapa yang tak vote. vote aku rahsia. souti siir!

..............

aku rasa macam malas nak balik malaysia tiba tiba. aku rasa aku nak duduk jordan merantau tempat tempat yang tak pergi lagi. tapi kalau aku tak balik, kesian pulak dekat family aku. aku tulis status dekat facebook, sume cakap aku tak sayang family aku ke ape. bukan soal tu, soalnya aku rasa macam terlalu awal aku nak balik. Dulu macam excited rasanya, entah tiba tiba rasa nak raya dekat sini pulak. aku rancang nak balik malaysia bulan 1 nanti. tapi tatau lah. ini rancangan ja. kena konfem kan dengan family dulu. aku nak jumpa adik adik dekat sekolah. kawan kawan dekat malaysia macam rindu dekat aku. tapi aku tak pasti betul ke tak.

.............

malam tadi study ramai ramai dekat rumah abu. ramai juga yang datang. ada yang tak dapat datng. mungkin ada hal masing2. takpe. tiada paksaan pun.

seronok pulak aku tengok belajar ramai ramai. kawan aku suka pulak belajar ramai ramai. tersenyum dia sambil belajar. aku belajar visual basic dorang belajar organic chemistry. padahal aku tak mashi lagi organic. tapi aku dah baca la jugak. berbanding visual yang macam aku tak faham apa apa. padahal bapak aku ajar subjek tu dekat malaysia. kalau aku tak lepas visual basic, mesti bapak aku sedih. tapi dia tatau pun aku amik visual basic rasanya. aku rapat dengan ayah aku. cuma aku bab2 pelajaran ni kurang sikit cerita dengan parents aku. tatau kenapa. bukan salah dorang. salah aku sendiri malas nak cerita. teruk!

suma study betul betul. sambil tu main sikit2 lah. tak kisah lah kan sebab nak hilangkan mengantuk. lepas tu aku tidur awal sebab nak bangkit awal. pukul 1 aku tidur pukul 3.30 aku bangkit. tak rasa sekjap pun tidur. lepas pukul 4.30 kejut semua pergi subuh ramai2 dekat masjid. seronok pergi subuh ramai ramai. meriah betul.

aku ingat lagi junior aku penah bagi tazkira yang terkesan dekat hati aku. dia cakap kalau nak tau tahap kekuatan keimanan seseorang tu, tengok dekat solat subuh dia. kalau subuh dia hancur, sure dia lembik. masa tu aku tengah lembik, sebab aku selalu subuh lambat. lepas tu aku cuba jadi kuat. lama juga aku cuba. alhamdulillah, seronok jugak bila kita cuba kuatkan iman kita. walaupun aku tak berani nak claim iman aku kuat. tapi sekarang jadi lembik balik. aku berazam aku nak kuatkan balik iman aku.

........

masa aku pergi mekap tadi, aku dengar assistant naqib aku bagi tazkirah. dia ingatkan untuk amik serius tentang solat. lepas tu aku teringat siapa entah cakap pasal sensitivit tentang solat.
Dia cakap semua orang patut ada sensitiviti tentang solat. aku tengok manusia ni termasuk aku sendiri kadang kadang tak peka atau sensitip tentang solat. suka hati mak bapak dia je nak solat bila bila. dah masuk waktu nak lengah lengahkan pula. aku pun macam tu jugak kadng kadang. bila aku fikir balik, kalau aku date ngn awek, boleh ja ontime. tapi bila aku date dengan Allah takkan aku tak boleh ontime? bapak hina diri aku macam tu. tak reti bersyukur. kalau kita kena solat 50 solat fardhu baru tau. ni yang sikit pun tak reti bersyukur. soal subuh lagi lah, kalau dah bangun tu, tidur balik, ikutkan sangat nafsu dengan syaitan tu.

aku rasa aku geram betul dengan nafsu dengan hasutan syaitan kebelakangan ni. macam baru sedar yang kedua dua tu wujud. padahal tau dah lama. cuma kebelakangan ni aku jadi makin geram pulak sebab dorang buat aku jadi malas. buat aku jadi daunt. moody dan macam macam. semua benda tak kena. benda benda ni aku patut atasi dengan segera kalau tak menjadi jadi.


...............


hari tu aku gi jumpa tok sheikh ikut budak budak ni. lepas tu banyak gak tok sheikh tu cerita. hebat betul tok sheikh tu sebab dia ada banyak buku femes femes. tak sangka aku ada peluang nak jumpa dia. dia dah tua tapi boleh bercakap lagi. dia kena parkinson dia ckap. dia orang arab. dia boleh speaking dengan mantap. sebab dia belajar dekat amerika. aku kagum.

masa nak habis, aku berani tanya dia sebab baru tau dia boleh cakap inggeris. kalau cakap bahasa arab, aku faham sikit sikit aja. aku tanya macam mana nak dapat hati bersih?

dia cakap amik yang halal dan tinggalkan yang haram.

bila dia cakap macam tu, minda aku terbuka sekjap. yang halal tu banyak. yang haram pun banyak. cuma sekarang aku punya pemikiran macam dikelirukan. tatau oleh siapa. tapi mungkin budaya sekililng itu sendiri. benda yang halal macam jadi haram sebab kurang orang buat. benda yang haram pula macam halal sebab ramai yang buat. sebab tu aku rasa hati aku tak bersih. susah nak belajar. otak fikir bukan bukan . teruk!

...............

aku berazam kalau aku tak balik malaysia aku nak pergi belajar tasawuf dengan tok sheikh mana2. aku dengar cita ilmu tasawuf ni mantap. salahuddin alayubi pun belajar tasawuf. aku nak jadi cam baginda.

tasawuf ni ilmu bersihkan hati. zaman sekrang ni, orang duk nak belajar agama tapi hati tak bersih. imam ghazali utamkan kebersihan hati dalam menuntut ilmu. ilmu tu cahaya. kalau hati aku hitam, dah tentu cahaya taknak masuk.

LOL, patut lah aku belajar tak masuk.
aku nak berubah jadi lebih baik lepas ni.
tinggalkan yang haram. amik yang halal.
insyaAllah.
aku bukan nak bajet baik nak cakap pasal agama. cuma agama tu cara hidup. bapak penipu kalau aku tak dapat kaitkan hidup aku dengan agama.
menipu dosa, mati seksa, masuk neraka, padan muka!

sekian.

Wednesday, March 17, 2010

chapter 17: banyak cerita dalam satu chapter.

Assalamualaikum,

maaf kerana dah lama aku tak hantar post. aku sibuk serta agak malas.

Tadi mak aku ym aku. Mak aku tegur aku sebab aku suka chatting sekerat jalan. abang dan kakak aku pun komplen pasal tu. aku rasa dulu tak mcam ni. tapi sejak bila entah aku macam ni. aku kadng kadang tengah chat. tiba tiba aja senyap. siapa yang selalu chat dengan aku. dia tau la pe'el aku macam mana. mak aku pesan takut nanti orang salah faham. aku nak bagitau semua orang yang jangan amik hati kalau aku buat macam tu. aku kadang kadang ada kerja. dan aku akan chaw macam tu aja. takpun aku selalu invisible. bila aku nak habis main ym aku baru tegur orang. itulah masalah aku. oleh sebab tu, aku chatting sekejap aja. lagipun, aku jarang chatting. tak serancak dahulu. sebab mak aku punya pasal, aku cuba berubah.


.............

tadi, masa lepas solat isya', member aku jumpa aku. dia tunjuk aku satu mesej. mesej tu cakap ayah kepada kawan aku baru aja meninggal. dan kawan aku tu on the way balik malaysia. mulanya, ayah dia eksiden dan masuk ICU. Lepas tu, dalam perjalanan dia balik, ayah dia dah meninggal tapi dia tak sempat tahu lagi sebab dia dalam flight. aku dapat tahu aja tadi aku termenung kejap. aku terduduk dekat sebelah tembok. aku nangis kejap. kenapa banyak sangat orang dah 'pergi' kebelakangan ni? dah sampai masa dorang di uji dengan kematian. aku tak dapat bayangkan kalau aku kena nanti. aku tak sedia lagi . serius. aku kena hentak kepala aku bagi sedia dan bangun. kalau tak aku tidur aja.

...........

tadi, ada budak post lama web alumni sekolah aku. lepas tu ada interview aku masa lpas spm dulu. bila aku baca balik. aku macam tak percaya aku mcam tu masa dulu. secara jujurnya, aku tak seperti dulu sekarang. kalau kau tengok apa yang aku cakap dalam blog tu. memang betul. tapi itu semua cerita lama. jangan kata aku menipu dalam blog tu ya. aku tak tipu pun. tapi itulah aku masa dulu.

lepas tu, member aku pulak, tiba tiba post video masa sekolah dulu. sebelum nak keluar sekolah dulu. Sumpah aku rindu. Rindu sangat sangat. dalam video clip tu ada gamba aku yang lama. masa tu aku kurus keding. haha. kelakar aja aku tengok. rambut pendek ja. nerdy sungguh. eh noob betul aku dalam gambar tu. tapi aku rindu dengan kawan kawan dekat Malaysia khususnya budak sekolah aku. korang tinggalkan aku sebatangkara dekat Jordan ni. sob sob sob. nasib baik budak budak ni ada mengubat rindu aku.

...............

Budak lepas spm yang dah dapat result skrang rancak nak cari hala tuju masing masing. Junior junior aku duk tanya aku pasal pendapat semua la. nak amik jpa ke mara. nak amik engineer ke dentist. aku pun jawab la sejujo mungkin. aku ajak budak budak ni pergi Jordan. tapi aku tetiba macam nyesal plak. aku taknak Irbid smakin sesak manusia macam dekat mesir. taknak sama sekali nanti tak kenal semua orang. tapi takpela. harap harap dorang ltak sikit ja yang datang.

Aku punya kp sekolah iaitu junior aku dapat stret A. Aku bangga gila. aku terpromote dekat budak budak ni pulak. lepas tu jadi bahan budak budak ni ngejek aku plak. haha. takpela tak kisah. yang penting aku bangga dengan pencapaian dia. skrang spm dah pelik guna A+. aku kagum lagi dengan budak budak ni bila ada A+. terasa A1 aku takda makna dulu. aku tak nampak lagi apa faedahnya kementerian buat macam ni semua. aku nak tengok efek dia nanti.

............

kebelakangan ni tangan aku macam slow sket type. bergetar getar sikit. aku dah terbayang cerita 1 liter of tears dah. tapi aku mntak2 jauh daripada penyakit tu. aku rasa mungkin itu semua mainan perasaan ja.

...........

henfon aku masuk air. baru ja aku tuka casing. dah masuk air. sebab terjatuh dekat tandas. sedih beb. ayah aku belikan tu sebelum fly. satu satu nya henpon dekat Irbid ni. sekarang aku hantar henfon tu dekat kedai untuk baiki. aku tak sure dia dapat betulkan ke tidak. tapi harap harap boleh sebab aku tak nak beli henfon baru. tak puas pakai henfon tu lagi.

...........

member aku bising sebab blog ni panjang sangat. font kecik la . takda warna lah. macam macam aja. kalau dah tak nak baca tu. takyah la baca. macam macam alasan dia bagi. hishhh.

aku plan nak jadi lagi baik esok hari sebab makin lama umur aku makin pendek.
lepas tu, next week pula aku exam dan tak ready habis
secara jujur, semangat blogging aku macam dah berkurangan sedikit.
lepas tu, nak buka blog lama pula tu.
ish ish ish
teruk!

Sekian

Thursday, March 11, 2010

Chapter 16: kau kena tau adab mintak tolong

Assalamualaikum,

Hari ni aku terasa nak luahkan sesuatau yang dalam hati aku ni.

Sejak kebelakangan ni, aku mula sedar yang aku sudah berubah kalau nak dibandingkan dengan diri aku sendiri dekat Malaysia dulu. Aku tak tau la nak cakap macam mana. Tapi aku rasa tak sedap hati bila aku berubah macam ni. ada aku rasa macam bagus aku berubah. ada benda yang aku rasa macam tak patut aku berubah.


aku dah pandai merungut sekarang. Tu tak kena lah, ini tak kena lah. Macam macam tak kena. Nak salahkan siapa pun aku tak pasti. Aku tau benda ni tak elok. aku merungut sebab aku geram.

aku geram dengan orang yang bila kita tolong dia. tapi last last dia pulak lebih lebih. Aku tak berkira namun, kadangkala aku pelik. takdala, cumanya, kalau nak mintak aku tolong, mintak lah baik baik. aku tak pernah pun mengharapkan kau bagi aku apa apa kalau aku tolong kau sebgai balasan. tapi aku pun ada perasaan juga. aku pun pandai letih jugak. aku pun nak jaga hati kau jugak. tapi kalau aku tolong kau tu, pandai pandai lah kau agak tkat mana aku boleh tolong. aku dah tolong ni, kau mintak tu. bila aku dah mnta tu, kau mintak ni. haishh. nasib baik dengan aku. kalau dengan orang lain, kau kena sound, kau pulak malu. jadi, baik baik lah kalau nak mintak orang.

aku tak suruh kau layan aku macam raja. tapi kau perlu tau. kalau kau nak mintak tolong orang, kau kena ada cara. walaupun orang tu bawah kau, dia kerja bawah kau. kalau kau bayar gaji takpa. tapi sama sama kita je kan. gaji pun takda. cukuplah kau bagi sokongan dengan ayat ayat manis. jangan lah kau marah marah tu. kalau tak kena. tegur la baik baik. menjadi seorang pemimpin, tak bermakna kau boleh marah marah orang bawah kau suka suka ja. nak nak, kau gunakan tenaga dia untuk tolong kau.

aku tak bagus dalam hal kepimpinan. tapi aku biasa jadi orang bawahan. aku suka perhati orang atas aku. aku tak suka kritik dorang. kalau ada kurang, aku redha je. aku suka kerja dengan dorang. aku menjiwai watak seorang orang bawahan. tapi aku geram sangat sampai terpaksa buat post kali ni.

bukan nak malukan kau. tapi untuk kemaslahtan bersama. harap maklum

sekian

Wednesday, March 10, 2010

Chapter 15: dugaan buat aku senyum.

Assalamualaikum,

Semalam hari aku penuh dugaan. Dugaan dalam diam. Tanpa aku sedar, aku sendiri yang 'mengumpul' dugaan tu.

Masa pagi aku pergi kelas okay sahaja. Tapi bila dah nak masuk tgh hari tu aku macam dah mula tak faham dah apa yang lecturer cakp dengan aku. Mengantuk masa akhir akhir kelas. Aku jels tengok budak arab celik mata tengok lecturer mengajar.

Dalam bus, on the way dtg JUST pun aku asik terlelap aja, Cukup tidur rasanya aku ni. Tapi aku baru saja beli vitamin b complex dan cod liver oil yang mungkin dpat bantu aku bagi tenaga. Masa sekolah aku selalu amik benda benda macam tu.

Macam biasa kelas fizik dengan visul basic aku dalam bahasa arab. Kelas fizik tu laju gila sambil cakap bahasa arab. aku hanya salin nota ja. tak sempat nak faham kn betul betul. Visual basic pulang lecturer ajar thru slides. aku baca dan faham ikut kemampuan sendiri ja. kadang kadang buat aku mengantuk gila. apa masalah aku ni?


lepas tu pergi kelas akhir, wellness dan lifestyle. Aku jalan kaki dan kawan kawan aku naik bus. aku ego tinggi sangat nak jalan kaki sebab ingat bus tu lambat nak tunggu orang penuh n masa tu orang sikit. tapi tiba tiba bus tu potong aku. segan aku. pengjaran, fikir betul betul sebelum buat sesuatu. aku jalan tambah pantas padahal dah lambat 10 min.


Masuk kelas, kena perli dengan lecturer. Bingit juga telinga tapi aku tak kisah sangat. Cuma aku kesian dekat budak Malaysia lain. Sebab aku lecturer tu kata orang malaysia dah berubah. Dia kata orang malaysia sebelum sebelum kitoang yang dorang ajar. Semua bagus bagus. Aku macam geram padamulanya tapi dia lecturer aku, aku ganti dengan perasaan serba salah.

Aku tak lambat suka suka. macam orang arab lain yang kadang kadang pergi lepak lepak. Aku lambat sebab jumpa lecturer VB, nak tanya apa yang dia ajar. Sebab serius aku tak faham dia ajar apa. Jadi, jadual aku padat. terpaksa la curi masa sedikit. Aku malas nak bagi alasan tu masa dalam kelas tadi sebab nanti dikatakan kaki alasan. aku senyap dan simpan.

Akhir kelas aku cakap dekat lecturer, aku cakap semuanya. Lepas tu dia kata dia saja ja. Dia tak kisah. Dia suka budak Malaysia dalam kelas dia. Dan dia ajar kelas tu sebab ada budak malaysia. Aku angguk angguk sambil tertanya tanya jawapan dia tu. Bagus betul kalau semua yang dia cakap tu betul. Kalau sebaliknya, haishh. harap harap tidak. aku mula start senyum balik.


Tapi dugaan demi dugaan lain aku terlalu fikirkan tanpa ada usaha untuk mengatasi nya dengan pantas. Aku kerap bertangguh dan bertangguh.


Aku tak sempat pergi program andai kau milikku sebab aku tertidur. Gila sedih. Penat sangat. Bangun bangun pergi rumah member nak hantar duit tiket akhawat.
Lepas tu, ada orang ajak muroqib. Aku terpaksa 'melarikan' diri sebab aku ada kerja. Maaf akhawat.

Balik rumah, aku masih mencari cari semangat untuk belajar. Aku tengok balik video masa WTF. aku tengok bahgian sorang doktor gigi yang iaitu lecturer JUST bagi talk. Dia seorang perempuan. Dan dia sangat terbaik. Bila aku dengar balik kata kata dia. DIa bagi aku semangat balik yang kian pudar sebelum ni.

Aku berhajat nak berbakti untuk semua. Aku nak pastikan graduan dari Jordan bukan calang calang orang. Aku menyampah dengan orang yang pandang rendah dengan keluaran timur tengah. tapi lantak kau lah. Yang penting aku kena cuba perform habis nak buktikan budak Jordan boleh bersaing dengan dunia luar. InsyaAllah

Aku nak kuasai bahasa arab dengan inggeris macam aku kuasai bahasa melayu.
aku plan nak sambung master dekat UK kalau ada rezeki.
InsyaAllah.

Sekian

Monday, March 8, 2010

Chapter 14: Mencari Nur Kasih yang bodoh ikhtilat.

Assalamualaikum,

Semalam aku sempat pergi satu program bernama 'Mencari Nur Kasih'. Setahu aku program ni budak yarmouk yang buatkan untuk budak budak irbid. Budak kata program ni talk pasal kahwin. Aku pun bila dengar aja macam rasa tak boleh miss. nak nak dia punya panelist dan moderater cam best je. rockers ada kot!

aku datang lambat sebab nak amik stand camera. Moja nak pinjam untuk tangkap video. nasib baik dia taknak pinjam vdeocam aku sebab dah banyak vdeo dalam videocam aku ni. nak susah bkan mudah. huhu

Mula mula dah lawak. Dengar rockers cakap aku mula tergelak. Mcam raja lawak pulak aku tengok. Tapi lawak ilmiah. Aku rasa okay la tu kot.

Dewan dia pulak macam kecik. Orang datang mcam nak ramai. Ada yang terpaksa duduk luar. Kesian. Tu la pasal. siapa suro datang lambat. kan dah tak dapat tempat.

Talk tu cakap macam tentang banyak banyak benda la. Pasal cinta monyet, kapel, ikhtilat semua.

.....

banyak jugak aku kena headshot. haha. Aku tau aku akan kena headshot sebab tu aku nak datang. kalau tak, tak reti reti nak insaf.

Dorang cakap pasal ikhtilat. Ikhtilat tu cerita hangat. Tapi semua orang buat tak tahu. Ikhtilat tu percampuran bebas antara lelaki dengn prempuan ajnabi. Orang kata pergaulan bebas. jangan kecik kan skop anda dengan seks bebas!

Dorang tak cakp sangat pun psal ikhtilat tu. Tapi aku baca dia punya kertas yang organizer bagi. Dia cakap pasl ikhtilat dan apa apa yang berkaitan nya. Gila la, satu satu aku kena headshot. Tapi ada part tu yang macam aku rasa tak senang duduk. ayat dia macam gila kasar. Tapi no offence. Dah salah tu mngaku aja la salah.

aku bukan nak bangga apa. benda salah kepala hotak nak bangga. Aku ni antara pesalah ikhtilat Aku mengaku jala. aku malas nak nafi nafi macam sestengah orang. bagi mcm2 alasan.Dah salah tu mngaku aja la salah. benda ni orang ramai anggap remeh. macam aku sendiri. orang kata tak cool la kalau cakap dengan lelaki ja. Nak jugak sekali skala cakap dengan prempuan. hang out dengan perempuan. n macam macam lagi. Suma alasan letak atas dasar 'kawan biasa' ja.
kalau 'kawan spesel' sah sah la tak betul hukumnya.

Aku tak nafikan benda benda tu memang berlaku dekat atas diri aku sendiri. Tapi tu la, nak buang benda tabiat burk ni bukan senang. Orang masih anggap benda ni remeh remeh termasuk aku kadang kadang. Mungkin tahap pendidikan agama yang berbeza. Aku rasa kalau aku tak masuk sekolah agama. Aku tak faham benda benda ni semua. Nasib baik aku faham sikit skit. sebab aku pernah lalui semuanya tu.

Aku banyak kawan perempuan. kawan laki pun banyak jugak. tapi ngn laki nak ikhtilat apa nya. Aku macam rapat dengan certain certain. Macam kawan lain, kalau dah rapt, susah la nk pisahkan. aku terganggun dengan andaian 'putus kawan' kalau aku berubah. Tapi mana boleh macam tu. Islam bukannya agama kejam nak putus kan persahabtan macam tu ja. Persahabatan tu murni nilainya!

Aku berazam nak kurang kan ikthilat. Orang duk kata ikhtilat sifar, ikthilat sifar. Aku serius, aku tak boleh buat sifat terus. Suka hati kau la nak cakap aku banyak alasan ke apa. tapi aku cakap jujur. tapi kalau tolak sikit sikit dulu, insyaAllah. Kau tak faham keadaan aku macam mana kalau kau nak tuduh aku bukan bukan. Tapi aku tahu aku salah. Sekarang, tolong sokong aku untuk tinggal kan tabiat buruk mcam ni.

Benda macam ni kalau dah macam kebiasaan, susah nak buang.

Aku tak nak cakap kosong. aku nak ubah diri aku kalau Allah izinkan . tapi aku kena usaha. Aku pernah terfikir macam apa la plak girlfriends aku akan cakap kalau aku tiba tiba berubah. Tapi bila aku tanya semlam dekat panelist tu, dia kata kalau nak berubah. slow slow. jangan terlalu mengejut sangat. nanti dorang insyaAllah faham. tapi tu lah, bukan takat ikhtilat ja aku kena ubah, benda benda lain pun kena ubah, kalau tak mesti mcam tak kena.

aku duduk jordan. takkan aku duduk sini pun susah nak ubah diri. Tempat penuh barakah. Takkan jadi lagi teruk. aku perlu fikirkan macm tu.

kalau boleh, aku nak jadi lebih baik daripada sebelum.
aku tak suka orang gelar orang yang jaga ikhtilat sebagai kolot.
kepala kau, dia nak jaga hati dia. kau mandai2 tuduh dia bukan bukan.
kau tau tak ikhtilat tu boleh buat hati kau kotor.
kau cuba try ikhtilat banyak banyak. pastu kau nanges sebab Allah. bole tak?
tak boleh kan? susah gila.
sebab hati kau dah kotor.
aku susah nak menangis lagi sebab hati aku dah kotor
Kalau tengok cerita jepun, senang je nak menangis.
jiwang dengan Allah tak reti sebab tak jaga ikhtilat,

aku taknak cakap lebih lebih sebab perbuatan perlu cakap lebih kuat daripada kata kata. Kalau aku cakap aja, tapi tak berubah sama ja. lagi teruk!

kalau nak cari bini, bukan dengan cara ikhtilat.tak mustahil, Aku nak buktikan boleh tak?

aku lebih rela jadi bodoh ikhtilat,

sekian.

Saturday, March 6, 2010

Chapter 13: Aku suka budak tu,

Assalamualaikum,

aku ada suka sorang budak,
aku suka dia dah lama.
tapi aku tak berani nak luahkan,
dia baik orangnya
banyak banyak orang baik
aku terjatuh hati dekat dia juga,
aku tak tau kenapa,
aku tak gatal sebab nak bercinta
aku bukan manusia yang nakkan cinta kerana nafsu dalaman semata mata,
aku tak berani nak luahkan sebab aku takut dia tak suka
tapi kalau dia dah suka nak buat macam mana?
aku bukan bajet baik ke apa
tapi kalau dia suka juga aku pun takut
dia dah lah baik solehah orangnya,
takkan pasal cinta, dia kena campak masuk neraka sebab aku?
gila kejam aku kalau macam tu,
aku takut aku bawa dia dekat lembah cinta yang entah pape
lembah cinta yang tak ofisel orang kata
tak diiktiraf oleh Allah
aku taknak macam tu,
kalau boleh aku tak nak suka orang lain selain dia,
sebab aku malas nak kenal orang lain dah,
aku boleh je kenal orang lain,
tapi aku tak reti nak mengorat orang secara jujonya
alang alang aku dah pernah mengorat dia,
tak salah aku ulang lagi lain kali?
aku dah kenal dia lama,
dia yang buat tak pandang orang lain,
dia yang buat aku jadi lebih baik,
dia yang ubah diri aku secara tak langsung,
aku segan nak cakap aku setia sebab nanti orang kata aku perasan,
tapi jujo kata aku memang setia
setia dengan orang yang buat aku jadi lebih baik dari sebelum,
orang yang dapat kawal aku kurangkan kejahatan diri aku sendiri
walaupun dia tak sedar dia buat semuanya tu,
tapi kadang kadang aku terfikir takut takut ini mainan nafsu semata mata
aku tetap berdoa
agar aku disucikan niat
bukan sebab dunia semata mata aku suka dia
aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh tak suka dia
kalau dia cantik, orang lain pun cantik,
kalau dia baik, orang lain pun ada yang baik,
kalau dia alim, orang lain pun ada yang alim,
kalau dia pandai, orang lain pun ada ja yang pandai,
macamlah orang lain takda dekat dunia ni
lawak betul lah benda benda mcam ni
aku tak desperate pun,
tapi nak luahkan apa yang aku rasa
biar semua orang tahu
bukan aku nak mencapub suka suka
tapi biar semua orang tahu
tak semua cinta sebab nafsu semata mata
biar orang tahu, cinta tu suci hakikatnya,
aku nak cuba buat dia betul betul suci kalau boleh
kalau lah boleh,
mungkin aku terlalu awal untuk rasakan benda benda macam ini
mungkin Allah nak uji aku dengan benda benda macam ni
memang menguji betul benda benda macam ni
benda ni orang kata benda kecik,
tapi tu la pasal.
kelemhan lelaki ni memang pasal perempuan,
memang menipu kalau laki tu bhong dia tak sensitif bila cakap pasl perempuan yg dia suka
woyhh, aku bukan suka suka nak buat sajak cinta bodo bodo ya,
aku saja ja nak kongsi rasa dalam jiwa,
kalau aku tak dapat luah dekat dia pun,
dekat kau pun jadi lah,
aku tak suruh kau smpaikan pun dekat dia
lagipun kau tak kenal dia siapa,
aku fikir aku harus sabr,
aku kena sabar, sabar dan terus bersabar,
aku tak boleh terlalu mengharap benda benda macam ni
sebab takdir bukan dalam tangan aku\
aku hanya dapat berdoa untuk jadi sabar ja
lagipun banyak benda lain yang kena kejar skrang selain dia,
aku kena utamakan apa yang utama
aku tanak suka membabi buta,
sampai lupa tujuan aku hidup dekat dunia
jujur aku kata.
aku tak kisah lah kalau dia tahu ke tak aku suka dia
tapi kalau Allah tak bagi dia dekat aku,
aku nak buat macam mana,
itu takdir aku dan dia,
kalau aku suka dia bukan kerana dunia semata mata,
mungkin aku dapat terima segala-galanya,
tapi aku bukan nabi,
untuk claim aku suka dia kerana Allah senang senang aja,
aku rasa aku kena didik diri aku dulu
aku kena bentuk diri aku dulu
aku kena acuh diri aku dlu
aku kena matangkan diri aku dlu
kalau tak semua ni sia sia ja,
aku tak nak gopoh gopoh,
aku nak pastikan,
kalau takdir dia bukan dengan aku,
aku redha dengan seredha redha nya
aku harap begitu kalau lah begitu,
kalau takdir mengaturkan aku dengan dia,
aku tak boleh tolak,
syukur sahaja pada yang Esa,
aku serahkan segala-galanya kepada-Nya

.....

harap harap orang yang aku suka tak tau blog aku yang ni.
sebab aku penyegan orang nya.

Sekian

Chaper 12: Miniklinik dengan orang tua best!

Assalamualaikum,

Hari ni aku terlibat dengan miniklinik. Aku terlibat dengan dental center. Aku mula mula macam malas nak pergi sebab fikir kononnya nak belajar. Tapi bila aku fikir fikir balik, peluang macm ni bukan senang nak ada. Memandangkan aku baru ja tahun 1 aku rasa better aku luangkan masa aku sekejap untuk involve dengan benda benda macam tu. nak dapat banyak pendedahan tentang pergigian.

Mula mula macam hambar la sebab benda tu start pukul 8. Orang ramai kuar rumah pukul 10 11. Mana taknya. Jadi, pagi pagi tu aku hanya duduk dekat meja sambil lepak lepak dengan AJK AJK lain.

Kekok gak la mula mula sebab semuanya senior AKA 'orang tua'. hahaha. gurau gurau aja. Semua dah macam klinikal n nak masuk klinikal n ada juga nak grade dah tahun ni. Aku sorang ja 1st year sebab budak 1st year lain ramai pergi amik darah untuk buat iqamah yang tak tersiap lagi tu.

Walaupun aku tak sentuh lagi subjek subjek gigi lagi dekat jamiah, tapi bila aku tengok dorang semua terangkan pasal benda benda gigi ni aku jadi excited pulak. Banyak term aku tak faham bila aku baca pamphlet yang ada dekat ctu. lepas tu aku tanye senior yang ada, dia punya explaination punya la best walaupun aku sedih keseorangan masa tu.

Bila dengar talk pasal gigi, dan aku tengok serba sedikit short clips, slides, gmbar pasal gigi, aku tiba tiba terasa lebih sayang lebih pula dekat gigi aku ni. Banyak betul cara penjagaan gigi yang aku tak amalkan. Main lanyak ja. Aku teringin nak pakai braces sebab nak susun gigi aku ni. Tapi kena kumpul duit dulu.

Dari pagi sampai petang aku dekat situ melangut orang lalu lalang. Puratanya macam tak ramai orang ja yang datang. Aku macam pelik, mana pergi yang lain lain? orang nak check gigi free free pun tanak datang. apa la, bukan nya kena keluarkan duit pun. Tapi bila ajak pergi amman ke atau mana mana. sikit bukan main laju lagi. walaupun kena kuar banyar dinar. aku cuba muhasbah diri aku.


..............

aku rasa seronok bila aku duduk dengan senior senior aku masa program tadi. Aku rasa macam dorang kawan kawan aku ja. Aku tak rasa pun dorang macam senior aku sebab dorang layan aku macam kawan dorang sendiri. Aku tak jadi kekok sangat la masa tu. Apa apa pun, aku masih tanamkan rasa hormat aku dekat dorang sebab dorang lebih tua dan berilmu dari aku. Aku takleh tipu pasal tu. Jadi, aku pun pandai pandai kena agak lah kalau nak layan dorang macm mane.

Aku rasa bila aku duduk dengan orang lagi tua atau senior daripada aku. Banyak benda aku dapat. Tak kisah lah benda tu baik ke tak. Tapi yang tak baik tu tolak tepi la. Yang baik tu kita nak kan. aku suka belajar berdasarkan pengalaman orang. Dorang pun duk cerita tahun 1 ni memang tahun lepak lepak. Tapi aku taknak ikut cakap dorang sebab aku tau dorang power boleh lepak lepak. Kalau aku dah set untuk lepak lepak bagi aku, aku akan terus lepak lepak sampai bila. Tu bahaya nya pasal diri aku.

Tapi aku pelik dengan kau, orang yang tak boleh bergaul dengan senior. aku tau itu hak kau. tapi aku masih pelik kalau kenapa kau masih nak mengelak dari dorang. Kalau kau ada masalah, mungkin bukan dengan semua. Tapi aku pelik juga, puratanya senior tak kenal kau. Kalau kau kata itu cara kau tak gaul dengan orang lagi tua, lantak kau la hey. aku malas nak paksa paksa. Aku bukan nak suruh kau kipas kipas senior tu ke apa. tapi aku tau bila dekat dengan senior kau dapat banyak benda yang berfaedah. aku taknak aku ja dapat berkongsi benda benda berfaedah. Kalau setakat bergaul dengan geng geng sendiri ja tak kembang mana otak kau. hidup ni sentiasa belajar daripada orang yang berpengalaman.

Kau tak macam aku? tak kisah la kalau kau nak kata aku ni macam kaki bodek ke apa. tapi yang penting kenapa kau masih tak boleh nak bergaul dengan snior? ak tak suro pun bermesra denpan mata aku. tapi aku sedih kalau senior tak kenal kawan kawan aku. Aku tak tau nak cakap apa bila orang 'tua' tanya aku siapa bdak ni siapa budak tu sebab aku pun tatau macam nak tunjuk kau dekat dia.

tak penting untuk dia tahu kau? kau nak jadi macam tempat lain ke tak kenal antara satu sama lain. bersyukur lah dekat tempat kita ni orang saling mengenali. tak cukup sekadar kau angkat tangan tepi jalan kalau kau taknak berborak dan tak kenal nama. Aku pun kadang kadang tak kenal nama jgak. Tapi, kalau aku segan nak tanya aku tanya orang lain. Dah lama dah duduk sini. takkan tanak kenal kenal orang dekat sini. aku taknak jadi macam dekat mesir. tak kenal orang lain. kenal geng geng sendiri ja. bukan bagus pun benda macam ni.

aku tanak bekap senior ke apa. tapi aku nak bekap kau sendiri. kalau kau tanak bekap diri kau sendiri, kau teruskan lah dengan pengasingan diri kau tu. Kalau kau rasa tak penting hubungan dengan senior tu, suka hati kau lah. Kau tak payah anggap dorang senior pun tak pa. Ni bukan sekola untuk kau panggil 'abang' ke apa apa. Dorang tak kisah pun. Buat macam member biasa.

Dorang tak rugi apa apa. Kau ja rugi banyak. Sebab kau terlalu 'malas' nak curik pengalamn pengalamn dorang. Penglaman tu emas. Kalau kau tak rasa skrang dia macam berharga, percayalah nanti kau akan macam rasa perlu sngat dengan pnglmn2 emas tu.tak cukup dengan siapa yang kau kenal sekarang. pergi lah bersosial. kalau kau rasa diri kau normal, pergi lah saling berkenalan dengan orang sane. jangan jadi 'ashabul kahfi' . ashabul kahfi duduk terkurung beribadah dekat Allah. kau?

kalau aku ni nak bodek sangat dorang, aku tak akan suro korang 'bodek' dorang sekali.
harap kau faham.

fikir fikir kan lah,


.............


malam ni aku ada training zapin. geram gila. aku malas nak join sebenarnya. member punya pasal aku follow juga sebab kena pertontonkan hari isnin ni. Aku geram gila sebab dibagitau last minute. Aku benci kerja last minute. Kalau kerja last minute tak susah kan orang lain, takpa. Ni susahkan orang lain. Orang lain pun ada rancangan masing masing. Jdi, kalau nak utuskan sesuatu tu, buat lah awal awal. Jangan susah kan orang lain. Aku tak bengng dengan member aku tu. Cuma aku kecewa orang yang suruh member aku tu. Nasib baik aku masih sayang member aku. Kalau tak, aku malas nak tolong. Aku tekad, aku taknak buat benda last minute yang susahkan orang lain. Kalau aku buat jugak, aku benarkan kau maki aku gila2. aku tak kisah.
serius~!

Sekian.