Wednesday, November 14, 2012

Chapter 205: Jordan Korup.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah. semenjak kebelakangan ini, aku dapat rasakan pembaharuan kehidupan yang aku lalui. nafas baru yang aku dapat hirup sekarang, buat aku terus mendongak ke atas optimis dengan masa hadapan.

Selain menuju Tuhan, aku bercita-cita menjadi seseorang yang mampu menginspirasi orang lain juga untuk menuju Tuhan.


Dahulu, aku tak selesa guna perkataan 'Tuhan' sebab aku rasa lebih baik guna 'Allah'.

Tapi sekarang aku rasa takda masalah pun, kalau kita sendiri dah yakin yang Tuhan itu satu, iaitu Allah.

.......

Kehidupan penduduk Jordan semakin merana, subsidi minyak petrol dipotong oleh kerajaan. tempoh hari, kerajaan cuba naik kan harga minyak. Tapi gagal, sebab ramai mogok, yang akhirnya memaksa Raja keluarkan arahan untuk beku kan.

Barangkali, kerjaan Jordan sudah tidak tahan, dengan tunggakan hutang yang berlambak.


Dalam kepala kau dah terfikir macam-macam, jika revolt bumi syams ini benar-benar berlaku. Kemana harusnya pelajar melayu pergi?

Bukan senang, nak buat keputusan dalam kerajaan.


.......

Bila aku nak fikir pasal kahwin, aku akan fikir macam mana kalau aku mati dahulu sebelum kahwin.

Yang akhirnya, buat aku sedikit tidak sampai hati nak cari jodoh sekarang. Bimbang aku ataupun dia kecewa kalau apa-apa.

Walau bagaimanapun, family planning masih tetap kena jalankan. Dengan siapa, itu cerita lain.

Sekian.

Saturday, September 29, 2012

Chapter 204: Korupsi jiwa.


Assalamualaikum WBT,

Afiq tumpang komputer sekejap nak menulis blog. Kerajinan menjelma secara tiba-tiba pulak pagi-pagi buta ini.

Semua orang sudah tumbang, tinggal aku dan ulya dua orang sahaja. Kami sedang berusaha menyediakan juadah untuk lakonan hari raya aidiladha sempena permintaan pihak tv9 yang sekarang tengah  buat shooting di Jordan.

Atas dasar menyambut baik permintaan rancangan tv safiyyah, kami berpakat untuk masa sendiri bagi pelakon-pelakon yang akan hadir esok. Takda lah pelakon sangat pun. just buat majlis makan-makan sambil pakai baju raya dan menghidupkan suasana raya tu sahaja.

...........

Malam tadi aku telah hadirkan diri ke program Back To Campus junior. Pada mulanya kawan aku yang patut menjadi panelis utama, tapi dia terpaksa tarik diri atas alasan ada program. Aku pun dengan rasa tidak layaknya mengambil alih tugas tersebut. Sebenarnya aku yang ada tawarkan diri untuk bagi BTC sebab entahlah, aku rasa aku teringin nak sumbangkan sesuatu untuk adik-adik junior, walaupun aku bukan seorang scorer.

Sejujurnya, aku minat tengok batch junior ni. baik syabab mahupun akhawat.

Tak faham kenapa.
..........

Aku dapat rasakan bahawa jiwa aku dilanda oleh penyakit hati yang kronik.

Perasaan negatif yang bukan-bukan mula memenuhi ruang jiwa ini yang membuatkan aku sesak menghirup udara keikhlasan.

Aku hilang fokus dalam kehidupan. Aku terlalu mengharapkan pada pujian, sampai sukar menerima kritikan. JIwa aku kurang senang bila lihat ada orang yang lebih senang.

Busuknya hati aku ini.

Jika hati aku busuk, nabi kata, maka busuklah seluruh anggota jasad ku keseluruhannya.

Sedang berusaha mencari jalan penyelesaiannya.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk jauhkan diri sebentar daripada kelekaan hidup bersama si manusia.
Silapnya terjatuh pada diri aku sendiri yang terlalu mengikutkan perasaan dan nafsu yang merosakkan.

Aku tengah tunggu masa je menangis puas-puas atas dosa-dosa yang telah aku lakukan.

Semoga dipermudahkan.

Sekian.

Monday, September 24, 2012

Chapter 203: Harapan dan kekecewaan.



Assalamualaikum,

jumlah ahli PERMAI yang begitu ramai hari ini, buat aku semakin bingung tentang isu bagaimana aku nak pastikan risalah keimanan itu sampai pada setiap rumah-rumah yang ada.

Aku hampir buntu.

Aku sedih melihat keadaan adik-adik yang kelihatan memerlukan bimbingan abang-abang dan kakak-kakak yang kemampuan.

.........

Dakwah itu tanggungjawab bersama. Aku bukan orang terbaik untuk cakap pasal dakwah. Tetapi aku sangat berharap orang disekeliling aku orang yang merasai sentuhan dakwah, dekatkan diri kepada Tuhan, meninggalkan segala kemungkaran yang nyata.


Aku bimbang, nanti akhirat aku kena soal balik apa yang aku dah buat bila jadi presiden.

Aku faham, mereka belum cukup faham, tetapi  kenapa tidak ada rasa benci pada perkara yang mereka lakukan ?

mereka tidak salah, sekiranya benar mereka tidak tahu. aku yang tahu kenapa tak tahu nak memberi tunjuk ajar.

Aku sayang adik-adik baru ini. Aku bukan terlalu tamak dengan mereka.


.........

Kasihan gerakan dakwah yang ada, selalu kena hentam bila mereka cuba untuk berdakwah. Orang bising sebab lihat, mereka lebih usahakan untuk kumpul ahli jemaah, disebalik dakwah mereka.

Bagi aku, sesuatu yang jelek disitu.

Walau bagaimanpun, sejujurnya aku tak kisah siapa pun kau, yang penting kau tolonglah bimbing adik-adik ini yang perlukan tunjuk ajar kalian semua.

Mohon jangan suntik nilai ketaksuban sampai tak mahu adik-adik ini terlibat dengan masyarakat sekeliling.


MEREPEK !

Aku mahu mereka dapatkan sentuhan dakwah kalian, tapi mohon jangan ambil kesempatan.  Beri mereka ruang untuk berfikir.

..........

Ikhtilat subjek yang sangat subjektif.


Sekian.

Sunday, August 26, 2012

Chapter 202: Rumah tak seberapa nak terbuka.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah. selesai akhirnya open house hari raya tertutup aku, marwan, hakim dan saiful yang telah dirancang sekian lama.

Ini open house kedua yang pernah aku buat dekat rumah ini selepas open house pemanasan rumah sewaktu baru pindah rumah masa first year dahulu.

Dup dap dup dap hati dibuatnya memandangkan tenaga kerja yang ada tidak lah begitu banyak mana. Jemputan yang telah aku sebarkan macam banyak. Anggaran pun sangat sukar nak dilakukan.

Sebab tu, tak buat secara besar-besaran.saya memohon maaf kepada yang tidak dijemput secara terus.

............

Aku tak pasti semenjak bila budaya open house akhawat-syabab ini mula diperkenalkan di Irbid ini. Pada mulanya aku agak kekok bila tahu ada syabab buat open house jemput akhawat.

Tetapi apabila diperhatikan jumlah pelajar yang tak begitu ramai dekat irbid ini, aku rasa tidak salah sekiranya nak memeriahkan lagi hari raya bagi mereka-mereka yang diperantauan ini, diadakan open house secara besar-besaran.

Peluang ikhtilat? aku rasa benda tu dah tak sevalid mana. insyaAllah orang semakin  membesar semakin profesional. dah tahu batasan apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh buat.

Isu ikhtilat ini sepatutnya isu yang dah perlu diselesai untuk orang belajar di universiti. batasan pergaulan semua sepatutnya dah harus faham. Bila kita kata faham, sememangnya pada hakikat masih ada orang yang mengamalkan pergaulan  bebas tidak terkawal. Maksud aku, aku yakin insan-insan yang berada di Jordan ini memliki kewarasan akal dan iman yang relatively seimbang dan tidak mebimbangkan. turun naik itu perkara biasa.

Dah besar panjang, mesti tahu apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat.

Kendatipun, sebahagian bimbang dengan golongan yang suka ambil kesempatan sehinggakan sebahagian itu terus bertindak syadid.

Pencapaian terbaik pada hari ini ialah bila ada akhawat yang aku tak pernah sangka datang, datang beraya di rumah aku. terkejut + terharu. terima kasih sudi datang. sesyadid-syadid enti, masih sudi meraikan rumah terbuka ehna yang tak seberapa ini.

Semoga keredhaan Allah itu sentiasa kita kecapi.

...........

Kebelakangan ni, jemputan open house banyak lah juga. Seronok sungguh rasanya, rasa lagi meriah dari malaysia boleh kata.

Walaupun, makanan yang disediakan tiada lah begitu 'malaysia' mana. tapi usaha untuk kumpulkan orang melayu dalam satu tempat, itu sudah cukup buat rasa suasana malaysia tu.

Rumah Ustaz Saifuddin setakat ini yang punya rating paling tinggi.

Kepelbagaian juadah yang dihidangkan menyebabkan aku jealous tak kesudahan, bagaimana ustaz boleh miliki zaujah yang hebat sungguh memasak?

Kenangan yang tak boleh dilupakan ialah bila terjumpa abang tiger AKA tiger nilam.

Percakapannya kadangkala memancarkan nilai keilmuannya yang tersembunyi. tetapi bila dia start guna harsh words kutuk orang-orang lain, aku dah mula tak sedap hati.

paksa diri untuk bersangka baik. teman lain semua dah berasap telinga dalam diam.

dia kutuk PAS lebih-lebih, manakan tidak?

............

Hidup ini perlu ada wawasan. apa yang kita nak kecap, apa yang kita nak capai.

jangan main lenjan sahaja. Gariskan target yang kita mahu. Tetapkan masa dan tempoh untuk kita kecapi.

Jangan banyak bertangguh. Allah tak suka orang bertangguh.

hiduplah duhai jiwa yang semakin gersang.

wasalam.

Friday, August 24, 2012

Chapter 201: Kembali.

Assalamualaikum WBT,

Aku tekad untuk tukar kembali link blog ini kepada link asal dengan harapan aku dapat sumbang sesuatu kepada para pembaca blog ini jika ada.

Aku terasa sesuatu kekurangan, apabila dah lama tak menulis dalam blog ini.

Blog ini umpama diari hidup aku yang boleh dibacai oleh semua orang demi mengutip pengajian sekiranya ada. Dalam waktu yang sama, aku rasa puas bila aku dapat luahkan sesuatu dengan menulis

Aku tahu pasti ada yang bisik, nak luah tu, luah dekat Allah je lah akhi oi.

tak salah pun kan akhi nak luahkan dekat manusia?

............

Seingat dahulu, idea nak menulis tu petik jari sahaja boleh datang. Tiap-tiap hari, aku akan cari sesuatu event yang pelik dan menarik yang boleh dijadikan sebagai satu cerita, untuk dijadikan pengajaran.

Hari demi hari, aku fikir semakin aku tulis dekat blog ini aku jadi tidak matang. Luahan pun  ada masa tu adanya jiwang. adeh, sedih aku membacanya sendiri.

InsyaAllah, aku cuba  menjadi lebih produktif dengan membawa isu-isu yang lebih penting di sisi masyarakat setempat.

Paling kurang, aku boleh muhasabah balik apa yang telah aku lakukan seharian dengan orang lain.

Semoga aku tidak suka mencari kesalahan orang lain dengan mudahnya.


...............

Tak pasal-pasal saiful azmi ni jadi bestfriend aku. haha.

Main game sama-sama, makan sama-sama, solat pun sama-sama.

Nasib baik lah kau ada. kalau tak, kesunyian aku di rumah.


Sekian.

Saturday, July 7, 2012

Chapter 200: Cintan cintun.


Mengagahkan diri menulis sesuatu di dalam blog yang serba usang ini.


Semenjak memegang kedudukan besar di dalam persatuan, aku mula mengambil langkah lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan di alam maya.

Maklumlah, kalau salah faham orang lain, lain pula jadinya.

Sarohah, aku tidak suka keadaan begini yang sedikit mengikat diri ini.

Sekurang-kurangnya mengajar aku bertanggungjawab terhadap apa yang aku katakn.

........

Ramai sangat orang nak kahwin baru baru ini. Bosannya, sedikit sedikit lah dahulu. Orang nak pergi majlis pun kelam kabut.

Sedih juga kawan baik ramai kahwin tapi tak dapat pergi satu pun majlis depa sebab berjuang dekat jordan ni tak balik raya.

Dengan menyimpan hajat untuk hadirkan diri perkahwinan abang kandung awal tahun depan insyaAllah.

..........

Usaha mengepost sebarang perkara berkaitan perkahwinan menampakkan seseorang itu seolah-olah desperate nak kahwin.

Sekali dua mungkin tidak. tetapi kalau dah banyak kali sememangnya itulah realitinya.

Nasihat aku, kalau benarlah nak kahwin, kurang kurang kan lah bicara pasal kahwin.

Statistik peribadi aku mengatakan bahawa orang orang yang bakal kahwin /telahpun kahwin baru baru ni, majoriti daripada mereka, tidak banyak bicaranya tentang soal kahwin sewaktu zaman bujangnya.



last but not least, umur meningkat. ketakwaan terasa berkurang.

ASTGHFRLH.

sekian

Saturday, May 26, 2012

Chapter 199 : Mr President.

Assalamualaikum WBT,

Semenjak menjadi presiden ni, ramai orang bertanyakan aku apa perasaan menjadi perasaan apabila jadi presiden.

tiada perkataan yang paling sesuai aku ungkapkan sebab perasaannya bercampur baur.

nak kata seronok, banyak kerja tak settlekan lagi, nak kata tak seronok pulak, tengok ahli PERMAI yang sentiasa riang bila aku jumpa, terubat segala luka dihati.

oh, rupanya ada juga masyarakat yang hargai aku. :')


.............

Setakat ni, aku rasa banyak juga benda juga yang aku dapat pelajari semenjak jadi presiden.

Nak jadi ketua, pemikirannya sentiasa diusahakan kehadapan dalam melihat dan menganalisa semua isu dan perkara yang berlaku dipersekitaran.

Aku akui, aku bukanlah jenis seseorang yang mempunyai pemikiran yang matang dan kritis tapi aku boleh katakan yang sedang  berusah mencapai ke arah tersebut.

aku mula menjinakkan diri aku mendekati bahan-bahan pembacaan yang bermanfaat.

aku mula berani jaharkan kejahilan aku mengenai sesuatu isu dengan bertanya orang, semata-mata ingin mengisi ruang kejahilan itu.

nak ikutkan, ada juga perkara kecil yang aku anggap sepatutnya aku dah tahu lama, tapi aku ambil masa untuk tahu dan belajar sekarang.

segan? sudah tentu ada. tapi masih tidak terlambat juga untuk belajar dalam hidup ini bukan?

.............

Dalam menjadi ketua/pemimpin didalam sesebuah organisasi, 'sentiasa serius' bukanlah kunci terbaik untk mengekalkan masyarakat terus respek kepada kita.

Aku lihat ada benda yang lebih mustahak apabila kita mengharapkan respek daripada masyarakat.

Respek masyarakat, masyarakat akan respek kita.

Raikan mereka, mereka akan raikan kita.

Tidak faham dengan insan yang boleh jadi serius banget bila dapat jawatan. Kawan-kawan pun asik komplen dengan perubahan.

Mungkin, boleh mesra sikit kot dekat orang ramai. Seriously, orang lagi senang nak bagi komitmen dengan kita.

Jangan dekati orang hanya bila kita nak mintak tolong sahaja, dalam waktu-waktu kosong pun, rajin-rajinlah dekati orang lain, atas dasar kawan-kawan.

please don't be so serious k?

............

Kemahiran menulis semakin tumpul.

Ketandusan isi atau pun gaya bahasa mungkin?

ermm.

Untunglah kan balik malaysia.

Sekian.

Thursday, April 5, 2012

Chapter 198: Kurangnya diri.

Assalamualaikum,

apabila dibangkit mengenai perkara 'malu-untuk-kita-yang-dahulu' dalam meeting sebentar tadi, aku terus rasa malu sendiri bila fikirkan apa yang aku tulis dalam blog ini.

kebanyakkannya diisi penuh emosi yang tak maturasi.

Aku rasa sedih sangat apabila aku tahu yang aku akan berpisah dengan pasukan aku dalam masa sebulan ini.

Sepengetahuan aku, ini adalah pasukan yang terbaik aku pernah berkerja kalau nak dibandingkan dengan pasukan-pasukan yang aku pernah berkerja bersama sebelum ini.


...........

Erti hidup pada memberi.

Aku mula berfikir kebelakangan ini tentang apa yang telah aku sumbangkan.

Tak perlu tunggu kertas dan pensel untuk aku catat satu persatu, kerana hakikatnya aku tak dapat kesan sumbangan aku yang konkrit selama ini.

Aku baru sedar yang kebanyakkan perbuatan aku selama ini, kadangkalanya perbuatan semata-mata. Aku tak hayati benda yang aku kata. Aku hanya pandai tulis, bunyi macam sedap, nampak point macam positif. Aku pertontonkan.

Respon ramai positif. suka dengan apa yang dikata. tapi aku cuba fikirkan balik. apa sebenarnya mesej yang aku cuba bawakkan.

aku berhenti sekerat jalan. aku tak dapat nak hurai panjang. Yang aku mampu, buat ayat pendek konon bermakna.

Aku sedari, aku terlalu banyak ilmu yang aku kurang, dan tidak aku pelajari.

Aku baru sedari, memang penting seorang itu untuk mempunyai ilmu sebelum berkata-kata.

jika ada ilmu, kita akan faham dengan jelas. dan kita akan buat dengan baik. kalau orang hentam kita, kita boleh jawab dengan terbaik.

kalau orang hentam aku, aku tak tahu apa yang aku akan jawab.

aku yakin kau tak faham apa yang aku cakap.

.............

Apabila orang mula bergurau tentang pilihanraya dengan aku, aku hanya mampu senyum, petanda meraikan gurauan seorang teman.

Tidak bermakna aku inginkan jawatan, apatah lagi aku angankan.

aku mohon jauh semua perkara itu. aku baru sedar yang aku perlu lakukan sesuatu yang lebih besar untuk mengisi jiwa ini.

cadangnya aku nak bawa impak pada masyarakat di Malaysia nanti. bukan disini.

insyaAllah.


sekian.

Friday, March 16, 2012

Chapter 197: Jasmine Nazri

Assalamualaikum WBT,

heh. episod minggu ini penuh sangat dengan drama. kelakar, sedih. perit. macam macam ada.

aku nak sentuh saja. pasal Jasmine Nazri.

.........

aku tak suka nak cerita dari mula sebab aku yakin semua dah tahu jalan ceritanya macam mana. cuma aku hanya nak kata kenapa aku tak setuju pada mulanya.

aku bukan tak sporting. nak strict tak pasal-pasal tak bagi orang bersuka ria.

diawalnya, aku hanya bimbang kalau apa-apa terjadi dekat jasmine nazri khususnya kalau orang luar yang tak faham apa yang berlaku sebenarnya.

itu sahaja.

tapi since semua nya okay belaka. jasmine pun redha, tampak gembira juga. jadi boleh kira takde pape lah.

cuma aku tak faham kenapa boleh lahir perbahalan entah pape.

..........

okay. aku tahu sekarang siapa yang dipihak yang benar sekarang.

sebelum ini, macam macam orang kata bukan-bukan. tapi mereka silap, jangkaan mereka ternyata salah. siasat dahulu sebelum berkata.

tahniah kepda pihak yang benar

cuma aku tak faham kenapa perlu wujudkan dlu provokasi. seolah-olah sengaja wujudkan provokasi kepada mereka yang boleh dikategorikan sebagai pihak pendakwa.

nasib baik aku tak de lah keluar statement bagai. sebab aku kenal orang yang terlibat. jadi insyaAllah keyakinan tu ada utk tahu depa tak akan buat benda pelik.

tapi aku masih pelik. kenapa harus mulakan dahulu dengan kenyataan yang orang lain buat ragu-ragu. lepas tu macam dipanas-panaskan pula dengan pihak tambahan. mana lah orang lain tak bimbang.

orang luar yang tak faham pun buat beribu andaian.

aku tak boleh salah kan seratus peratus bagi mereka yang berandaian sebab itu hak mereka untuk buat andaian.



cuma mungkin silap mereka cepat melatah dengan andaian negatif. suuzon orang kata.

tapi aku masih pelik. kenapa seolah-olah kau nak mengalakkan orang membuat fitnah dekat kau. walhal, kau boleh elakkan.

kenapa? kenapa? kenapa?

lagi satu.

aku faham mungkin kau geram. aku pun ada rasa geram. tapi aku rasa kalau orang tu buat taik ngn kita. tak sepatutnya kita balas taik dekat dia balik.

maksud aku, boleh jadi dia fitnah kau. tapi, perlu ke kau nak balaskan fitnah dia tu dengan memalukan dia.

mungkin kau tak terniat untuk membuka ruang fitnah. apa-apa pun, rasional lah sedikit. aku tahu kau dipihak yang menang. biar dia yang salah itu malu sendiri. tak perlu lah nak panas-panaskan selagi tak mahu.

Maruah kau mungkin tercalar sebab fitnah yang dilontarkan. tapi kalau kau tunjuk bahan bukti, tanpa api-apikan untuk minta maaf secara publik semua, biar si pendakwa itu malu sendiri. aku rasa itu lebih mulia. boleh kata revenge jugak. dalam waktu yang sama, maruah korang terpelihara semula.

cuma kalau di api-apikan tu, macam si pendakwa dapat aib. kau pun dapat aib secara tak langsung. serius.

hilang cool langsung.

tak tahu lah. aku berpendapat sahaja.

..........

aku tak suka sebenarnya orang cakap buruk pasal sekian-sekian orang dekat depan aku.

aku bukan nak cakap aku baik. tapi boleh kata, alhamdulillah setakat ni aku takde musuh.

aku tak nak bila dengar kau cakap buruk pasal orang. aku jadi tak sedap dengan orang yang aku kenal tu.

kau nak nasihat boleh. tapi kalau boleh jangan explain lebih-lebih.

aku sayang kau. aku sayang dia. okay? please.

dan walaupun, aku ada yang tak setuju dengan PERMAI. tak bermakna kau boleh kutuk sesuka hati depan aku sebagai alasan aku tak setuju. aku terasa juga kot. tipu lah.

cuba kalau ada orang lain mengata family kau. which is kau tak setuju dgn cara family kau. still, kau masih terasa bukan?


.........

Khulosah, aku tak suka bermasam muka sebab benda entah pape macam ni.

kalau ada orang jumpa aku, tak cakap banyak. bukan sebab aku benci kau. malah, kalau boleh aku tak nak bagi sebarang komen tentang isu jasmine. sekejap je ni. sampai isu ni redha.

kau nak kutuk apa. kutuk lah. tapi jangan depan aku. even nak kutuk aku pun.

cuma yang penting. aku tak teringin nak kutuk kau pun. sebab takde sebab.

cuma hati aku terkutuk kau serba sedikit kalau kau bertindak bukan-bukan. ini serius.

semua dah matang. dah besar panjang.

harap boleh fikir sendiri.

selamat.

sekian.

Tuesday, February 21, 2012

Chapter 196: Love Love Love

Assalamualaikum WBT,

the awkward moment bila satu rumah kau dah tahu kau minat siapa. dan siapa bagi advice bagai.

gile a. macam tak percaya aku. baik punya ahli rumah. siap ramal-ramal lagi orang yang aku minat tu macam mana. betapa nak cakap effort depa nak bantu aku.

terharu sekejap.

........

okay serius aku dah tak tahu nak buat next step apa. day by day, aku rasa awkward bila jumpa dia.

adakah ini benar-benar CINTA?

Jeng jeng jeng.





............

serius rasa tak sabar nak letak jawatan bulan 4 ni.

serius serius serius.


Peliharalah kami Ya Rabb.

:(

sekian.

Saturday, February 18, 2012

Chapter 195: Pemberontakan jiwa.

Assalamualaikum WBT,

jiwa ini sebenarnya ada waktunya terasa ingin memberontak.

buat perkara yang tak pernah dilakukan selama ini.

semata-mata untuk buktikan bahawa kepercayaan orang kepada kita adalah salah.

sekarang kenapa aku faham kawan aku yang baik dekat sekolah rendah, tak seberapa baik bila di sekolah menengah.

semoga jiwa memberontak ini terpelihara ke arah redha-Nya.


dugaan. darah anak muda aku memang mengalir dengan deras sekali.

selama ini banyak kawan, terasa macam nak buat banyak musuh pulak.

biar semua orang tak suka kita agar kita boleh hidup berseorangan.

kembali semula Tuhan. supaya aku sedar bahawa aku bukanlah siapa melainkan Dia yang memberikan segala-galanya.

Benci yang dibuat-buat bagi mendapat kebencian itu satu rahmat.

agar tidak jauh sesat.


sekian.

Chapter194: Kesal

Assalamualaikum,

aku rasa jeles dengan orang yang hidupnya low profile.

orang tak kenal pun, tapi jasa dia banyak.

kadang-kadang aku rasa kesal jadi friendly, sebab jadi orang ramai kenal kita.

macam mane eh nak jadi bengis? supaya orang tak tegur kita.

aku rasa lagi aman kalau hidup ini berada dalam bulatan kecil.

bila kita kenal ramai orang, banyak hati pihak yang kita kena jaga.

pening kepala.

Ini bukan sebab ada orang tak puas hati dengan joke hari tu.

Cuma benda ni dah lama aku rasa. aku tahu ramai yang tak selesa dengan sikap aku kebelakangan ini.

semoga bertambah tidak selesa lagi lah ye. :)

sekian.

Thursday, January 5, 2012

Chapter 193: Stalking is caring.


Assalamualaikum,

sejujurnya jadual kitaran tidur aku sekarang tidak normal. aku jadi nocturnal. malam semua tidur aku bangun.

sekarang ini aku sepatutnya kena tidur. nak cover balik hutang tidur aku. tapi aku cuba lawan. ingat nak solat asar dulu. insyaAllah. pastu layan tidur sampai gorib.

nak compensate balik kononnya.

.............

ingatlagi aku baru tahu maksud 'stalker' bila lepas spm. sebab kawan aku asyik kata kawan dia stalker terbaik dunia.

aku buat-buat faham.

tapi alhamdulillah sekarang aku dah faham. dan aku baru tahu bahawa selama ni (sebelum tu) aku ni seorang stalker.

sebahagian orang jijik dengan sikap stalker. sebab katanya,

" kau takde life ke nak stalk hidup orang je kerja ? "

aku tersenyum.

............

bagi aku tak salah kalau nak stalk orang kalau kita tahu batasannya. kita tak bagitahu orang lain apa yang kita stalk.

batasannya maksud aku tak payah lah nak tahu segala masalah yang dia ada. relationship dia dengan semua. kehidupan seharian dia macam mana.

cukup lah sekadar tahu latar belakang dia ni macam mana. tinggal mana. perangai secara umum macam mana. dan apa2 yang tak privasi sangat. itupun kalau privasi tak subjektif.

aku kadangkala macam tak sedap juga dengan sikap orang yang duk bagitahu yang dia stalk.

semua benda dia tahu macam nak kata dia paling update.

dalam hati nak je kata. kau boleh tak simpan fakta-fakta tu sorangsorang. aku tak nak amik tahu lah ye. terima kasih.

aku stalk.

jujur aku kata. aku stalk orang-orang yang aku kenal. kawan-kawan rapat aku. especially lelaki.

err. aku masih normal. cuma aku rasa stalk kawan terdekat buat kau lebih rapat dengan seseorang tu. sekurang-kurangnya aku tahu keadaan kawan aku tu macam mana.

bajet caring la kononnya.

boleh buat modal perbualan. tapi macam aku cakap. aku tak stalk secara detail. aku amik surface. secara lebih aku tanya sendiri.

aku pelik dengan orang yang suka sangat hal-hal privasi yang kontroversi.

aku sendiri tak selesa kalau orang nak tanya aku hal privasi.

common sense lah der.

err. common sense semua tak sama pulak.

........

stalking is caring.

but you should know the limits.


3 sudah tumpas. lagi 3 masih hidup.

doakan.

Sekian.


Monday, January 2, 2012

Chapter 192: Teman wanita.

Assalamualaikum,

susah kan kalau nak berdakwah dekat orang yang berlain jantina.

aku ada girlfriend sorang tu dekat kampung aku (baca: shah alam)

dia dulu free hair. sekarang dah pakai tudung alhamdulillah. dulu macam teruk juga lah. pakai short semua kan. faham je lah kan anak muda zaman sekarang. lebih-lebih lagi dekat kampung shah alam.

dia pakai tudung yang jenis stylo mylo tu. hana tajima. maria elena. dan apa apa je lah.

bagi aku, it's a great start for her lah.

yela kan. takkan nak terus sarung tudung labuh kan dari short pendek dahulu.

ada orang pertikaikan hana tajima ni tak bagus sebab perkenalkan fashion yang bukan muslimah.

alahai, sekurang-kurangnya dia dah jalankan part dia untuk berdakwah. dalam mengerakkan hati orang untuk bertudung.

mula-mula pakai tudung sebab style. lama-lama insyaAllah, dah terbiasa sebab Allah.

siapa kita nak mudah pangkah-pangkah orang?

tapi kalau dari tudung labuh, tetiba nak ber'hanatajima' tu. aku macam tak boleh cakap apa lah. harapnya benda itu tak berlaku.

yang kurang baik ke lebih baik tak mengapa.

yang lebih baik ke kurang baik tu ha. samting rong la tu.

berbalik kepada kawan aku tu.

kadangkala, diri aku ni yang tak terasa kuat ni, macam nak tolong bimbing dia semana yang mampu. tapi tu lah. rasa macam tak kuat sangat.

maklumlah, orang nya bukan biasa-biasa. boleh tahan juga.

Syaitan nak tipu mudah sahaja kan.

tak pun. orang kadangkala, macam ada mainan perasaan juga mengatakan. kang kalau kau tolong kang. dia sangkut dekat kau pulak kang.

*takdela nak tolong sangat pun sebab aku bukannya baik manaa. takda la nak sangkut sangat pun sebab aku bukannya impressive mana. T_T*

itulah dilemma.

dalam jiwa aku berkata, kalau lah ada mana-mana akhawat yang approach dia. mesti bagus kan. akhawat yang jenis masuk dengan semua orang. sempoi habis. stylo2. tapi masih terkawal dan hati dia masih terikat kuat dekat Allah.

tapi setakat ni macam tengok takde orang nak approach dia je. T_T

sedih aku.

..........

aku harap mana-mana pihak yang berkenaan boleh lah cuba berusaha yang mampu untuk mendekati sahabat-sahabat kita yang macam ni.

kasihan aku tengok. dah pakai tudung semua. tapi still, keluar malam tengok wayang dengan kawan-kawan lelaki.

masih terbiasa dengan serpihan dosa dahulu.

memang tak buat apa2 pun. tapi tak manislah kan. lagipun Allah kan larang.

kena ada orang dekati, untuk ubati.

tapi yang aku perasan, manusia ni senang berubah kalau orang lain jantina berdakwah,
dekat dia.

tapi tak tentu juga sebenarnya. Hidayah milik Allah. kan.


oh, esok exam. tolong doakan aku dan semua sahabat menang dalam peperangan esok.

sekian.

Chapter 191: Alhamdulillah.

Assalamualaikum,

alhamdulillah.

semalam aku tidur awal setelah pulang dari zam zam. orang kata kembali ke pangkal jalan.

sedar lah sikit asal usul tu dari mana kan. tak sedap pulak duduk lelama rumah orang. seminggu tu pun dah exceed.

aku terbangun awal sebab tidur awal kan. Dikejut kan dengan panggilan dari Malaysia oleh mama.

manakan tidak aku cuba call sebelum tu, tapi mama mamai. penat barangkali. jahat betul aku call mak masa tengah mamai.

............

jarang aku call dengan penuh excited. aku request dekat mak untuk call beliau balik sebab aku guna weinak cheaper than mama call dari sana.

banyak cerita dengar.

masa call mula-mula. adik bongsu angkat. aku ingatkan adik lagi sorang. aku siap sound lagi.

" ha? kau tak balik asrama lagi ke? "

" ni nawfal lah "

omg. dah besar adik aku. suara dah pecah macam adik aku lagi sorang. lawak betul aku gelak dalam hati.

mama cakap rumah sunyi sebab adik-adik nak masuk asrama. aku call pun pada mulanya nak sedapkan hati mama sebab kasihan bila baca status mama dekat facebook. biasalah. mak ayah mana tak sunyi kalau anak semua tiada dekat rumah.

cerita yang paling seronok ialah mama cakap insyaAllah abang aku akan bertunang bulan 2 ni. aku excited sangat sebab akhirnya. alhamdulillah. lepas tu mama tanya bila aku cuti lagi tahun ini, ingatkan nak buat nikah tahun ni juga.

either bulan 6 atau bulan 9. nanti bagitau mama sebab nak tengok kesesuaian tarikh.

wah, excited lagi aku. abang sendiri yang nak kahwin macam diri sendiri yang nak kahwin. bukan apa, aku tengok abang aku dengan buah hati dia tu. dah scocok dah. benda baik tak elok dilambat2kan.

Alhamdulillah. family aku terbuka hati untuk tak melecehkan diri dengan benda-benda remeh untuk tangguh perkara baik2 macam ni.

lagi satu, aku tak sabar nak jadi pakcik sebenarnya. lama kot takde budak kecik dalam rumah. -_-"

Moga-moga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.

...........

tanpa aku sedari. ada junior/senior baca blog ni.

err. aku harap orang yang bukan batch aku bila baca blog ni anggaplah tak kenal aku okaydalam dunia sebenar kalau kau tahu aku siapa.

awkward sangat okay.

kalau ada lah, kalau takda buat dono je la.
............

tak faham kenapa ada orang sibuk nak hentam UAI.

geram betul aku rasa macam nak amik kasut ketuk lutut dorang je.

sekurang-kuranya dia dah jalan kan tugas dia. tak perlu lah pertikaikan hal lain.

banyak orang muda dia dah tarik. engkau? buat orang keliru pasal agama lagi adalah.

itulah bila agama dipolitikkan. aku kurang berkenan betul orang salafi ni.

ergh.

aku tak tahu nak salah kan polis ke tak sebab bantai budak tu. setengah orang anggap kejam. memang kejam pun.

bukan senang nak jadi polis. nak pertahankan keamanan.

ada orang anggap dia pejuang. ada orang anggap dia upahan pembangkang.

orang boleh nilai.


sekian.

Sunday, January 1, 2012

Chapter 190: Tahun baruu.

Asssalamualaikum,

saya ingat saya nak padam diri saya yang sekarang untuk tahun baru ini.

Sebab saya nak tulis semua benda baru. Saya tak suka ingat sejarah dahulu.

Baik manis walaupun pahit,

Saya lebih suka mula hidup baru.

Saya tak suka kenang benda lama, sebab buat saya fikir lama.

tak suka. tak suka *gaya comel.

.........

aku serius dengan kata-kata dekat atas ni.

aku tengah pasang lagu OST ombak rindu.

ambik feel untuk taubat menangis nak berubah buang segala tahi dosa dalam jiwa.


aritu aku cuba nak nafikan kata KH, bila ada masalah, mesti rasa nak balik Malaysia.

aku cuba nak nafikan pada mula.

tapi sekarang aku rasa, memang betul.

AKU NAK BALIK MALAYSIA!

:(




terima kasih bagi cadangan untuk aku buat solat sunat.

sekian.