Sunday, August 26, 2012

Chapter 202: Rumah tak seberapa nak terbuka.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah. selesai akhirnya open house hari raya tertutup aku, marwan, hakim dan saiful yang telah dirancang sekian lama.

Ini open house kedua yang pernah aku buat dekat rumah ini selepas open house pemanasan rumah sewaktu baru pindah rumah masa first year dahulu.

Dup dap dup dap hati dibuatnya memandangkan tenaga kerja yang ada tidak lah begitu banyak mana. Jemputan yang telah aku sebarkan macam banyak. Anggaran pun sangat sukar nak dilakukan.

Sebab tu, tak buat secara besar-besaran.saya memohon maaf kepada yang tidak dijemput secara terus.

............

Aku tak pasti semenjak bila budaya open house akhawat-syabab ini mula diperkenalkan di Irbid ini. Pada mulanya aku agak kekok bila tahu ada syabab buat open house jemput akhawat.

Tetapi apabila diperhatikan jumlah pelajar yang tak begitu ramai dekat irbid ini, aku rasa tidak salah sekiranya nak memeriahkan lagi hari raya bagi mereka-mereka yang diperantauan ini, diadakan open house secara besar-besaran.

Peluang ikhtilat? aku rasa benda tu dah tak sevalid mana. insyaAllah orang semakin  membesar semakin profesional. dah tahu batasan apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh buat.

Isu ikhtilat ini sepatutnya isu yang dah perlu diselesai untuk orang belajar di universiti. batasan pergaulan semua sepatutnya dah harus faham. Bila kita kata faham, sememangnya pada hakikat masih ada orang yang mengamalkan pergaulan  bebas tidak terkawal. Maksud aku, aku yakin insan-insan yang berada di Jordan ini memliki kewarasan akal dan iman yang relatively seimbang dan tidak mebimbangkan. turun naik itu perkara biasa.

Dah besar panjang, mesti tahu apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat.

Kendatipun, sebahagian bimbang dengan golongan yang suka ambil kesempatan sehinggakan sebahagian itu terus bertindak syadid.

Pencapaian terbaik pada hari ini ialah bila ada akhawat yang aku tak pernah sangka datang, datang beraya di rumah aku. terkejut + terharu. terima kasih sudi datang. sesyadid-syadid enti, masih sudi meraikan rumah terbuka ehna yang tak seberapa ini.

Semoga keredhaan Allah itu sentiasa kita kecapi.

...........

Kebelakangan ni, jemputan open house banyak lah juga. Seronok sungguh rasanya, rasa lagi meriah dari malaysia boleh kata.

Walaupun, makanan yang disediakan tiada lah begitu 'malaysia' mana. tapi usaha untuk kumpulkan orang melayu dalam satu tempat, itu sudah cukup buat rasa suasana malaysia tu.

Rumah Ustaz Saifuddin setakat ini yang punya rating paling tinggi.

Kepelbagaian juadah yang dihidangkan menyebabkan aku jealous tak kesudahan, bagaimana ustaz boleh miliki zaujah yang hebat sungguh memasak?

Kenangan yang tak boleh dilupakan ialah bila terjumpa abang tiger AKA tiger nilam.

Percakapannya kadangkala memancarkan nilai keilmuannya yang tersembunyi. tetapi bila dia start guna harsh words kutuk orang-orang lain, aku dah mula tak sedap hati.

paksa diri untuk bersangka baik. teman lain semua dah berasap telinga dalam diam.

dia kutuk PAS lebih-lebih, manakan tidak?

............

Hidup ini perlu ada wawasan. apa yang kita nak kecap, apa yang kita nak capai.

jangan main lenjan sahaja. Gariskan target yang kita mahu. Tetapkan masa dan tempoh untuk kita kecapi.

Jangan banyak bertangguh. Allah tak suka orang bertangguh.

hiduplah duhai jiwa yang semakin gersang.

wasalam.

2 comments:

asma-ul-husna said...

salam..bakal dentist ya?dh thn brp?

akhi~ said...

pergh akhi x sangka akhi ada blog..
asma-ul-husna, akhi nh tahun 4 pergigian.. hebat orgnya..