Saturday, October 30, 2010

Chapter 116: Kelemahan diri.

Assalamualaikum

kalau orang tengok aku dari luar. orang mesti cakap. aku ni happy go lucky. ramah dengan semua orang. tak kisah lah sesiapa pun.

dari sekolah lagi orang dah cakap aku macam tu.

...........

dalam keadaan orang tengok aku senyum ni, sebenarnya banyak benda juga yang aku pendam.

ini bukan isu dendam.

tapi aku menyesal sebab tak reti jadi orang yang pandai meluahkan perasaan.

kadang kadang aku rasa sesuatu masalh tu aku tanggung sorang sorang je.

...........

Aku rasa kalau aku cerita dekat orang pasal masalah aku. nanti aku macam tagih simpati pulak.

aku tak tahu kenapa.

tapi sekadar ini, memang tak da siapa tahu masalah apa yang aku alami sebab aku memang tak akan bagitahu sesiapa pun.

aku tahu benda ni sangat masalah. tapi itu lah kelemahan aku. gagal meluahkan masalah sendiri dekat orang lain.

..............

kalau aku senyum, jangan kau anggap semua senyum aku itu tanda kegembiraan.

kadang kadang sebaliknya yang berlaku tapi aku sentiasa cuba untuk senyum

tolong doakan aku kawan kawan.

memang ini dugaan Tuhan.

sekian.

Friday, October 22, 2010

Chapter 115: Cerita abang aku.


Assalamualaikum,

hari ni aku chatting dengan abang aku. abang aku ni jarang jarang nak chatting dengan aku kalau nak diikutkan.

itu pun dia ajak chatting dalam comment dia dekat status aku.

aku pun on je la. sunyi tampaknya.

............

macam biasa lah. tanya khabar semua. exam dan etc.

aku plan nak pergi russia bulan 6 ni sebabnya nak tengok majlis graduasi abang aku yang bakal grad insyaAllah.

tapi dia kata takpayah datang sebab dia malas nak handle. akak aku pun berhajat nak pergi sana. abang aku tetap bagi alasan yang sama.

Lagipun, dekat russia takda majlis konvokasi macam dekat malaysia tu. katanya.

sedih aku.

...............

abang aku cakap yang dia dah break dengan awek dia.

awek dia dah takde feeling dekat dia lagi sebab kata abang aku yang awek dia ada internal feeling disorder. so dia minta abang aku lepas kan dia.

dalam hati aku cakap sendiri. aku tahu betapa peritnya bila cinta terputus ditengah jalan.

mungkin Allah nak tunjukkan yang mungkin ada cara yang lebih baik lagi untuk abang aku dapat cinta yang sejati.

..........

aku cadangkan abang aku untuk cari ustazah ja.

banyak faedahnya

masa depan insyaAllah cerah dan terjamin.

lagi lagi abang aku ni bakal doctor.

abang, aku cuba untuk carikkan yang terbaik untuk kau dekat Jordan ni ye.

..........

okay jugak kan kalau pilih ustazah sebagai calon isteri.

takpe. takpe. ini cerita 7 8 tahun akan datang.

moga moga diri ini selayaknya untuk dia.

sekian.


Tuesday, October 12, 2010

Chapter 114: kawan arab.


Assalamualaikum,

hari ni aku nak meluahkan perasaan lagi sekali. sebab rasa tak sedap hati kalau aku simpan lama lama.

..........

ada kawan aku cakap. dia punya kawan arab cakap. yang aku over-friendly.

dalam hati aku, masa kawan aku cakap tu. aku terdetik. femes juga aku ni ye sampai member arab aku pun bergosip dengan member malaysia aku pasal aku. LOL.

aku tak tahu lah apa niat disebalik apa yang dia cakap tu. tapi hakikatnya memang aku over-friendly pun. hampir semua orang arab dalam kelas aku, aku nak tegur. buat kawan.


mungkin orang garu kepala. aku ni tak cukup kawan ke. ke sengaja nak cari pengaruh.

suka hati lah kau nak fikir apa. yang penting aku bahagia.

..........

aku dalam kelas. suka duduk jauh jauh dengan budak melayu. bukan aku gaduh dengan budak melayu. bukan aku tak baik dengan budak melayu.

cuma aku nak rasa kelainan.

aku bukan nak cari publisiti duduk dengan orang arab. suka suka buat lawak bodoh. layan pe'el kawan kawan arab yang kadang kadang aku sendiri garu kepala dek keagak kebudak-budakan.

sejujurnya, aku bukan nak claim aku ni seorang yang peramah. boleh buat kawan senang senang. tapi aku rasa selesa bila kenal ramai orang. sebab aku dapat kenal pelbagai ragam.

sesetengah orang rasa tak selesa bila kenal kenal ramai orang. nak nak dengan orang yang lain bangsa.

tapi bagi aku. aku rasa yang sebaliknya. aku rasa seronok. aku rasa macam banyak benda yang dapat belajar. walaupun kadang kadang aku macam hipokrit. aku jadi jahat jahat sikit bila lepak dengan diorang.

aku tak anggap benda ni sebagai satu hipokrasi. tapi aku anggap apa yang aku buat itu satu adaptasi.

.............

aku akui. aku memang ramai kenalan arab dekat jamiah. takhasus macam macam. dari first year sampai la third year. pantang duduk sebelah je. aku mudah je nak tegur. walaupun kadang kadang dia macam menganjing aku. tapi aku tembok kan muka aku. aku layan depa. aku bukan apa. nak tak nak. aku layan juga. sebab niat aku satu. aku nak belajar daripada depa. tak kisah lah apa benda pun.

aku bukan nak bajet baik. tapi aku rasa tak rugi kalau aku jadi macam ni. tak kisahlah kena gelakkan orang arab sekali apa pun.

walaupun, secara logik akal nya kadang kadang rasa macam nak terajang je. tapi aku cuba untuk senyum. lagak masih profesional. iman masih di dada. kesabaran masih memelihara.

tapi itu je lah caranya rasanya.

..............

aku rasa sudah tiba waktu nya. orang melayu patut menonjol dekat dalam jamiah. sebab nya orang melayu dah bertambah jumlahnya. kalau kuantiti bertambah, kualiti macam tahi. tak guna juga.

kita patut membina jambatan diplomatik yang kukuh dengan orang arab dekat jamiah.

kita orang melayu. terlalu segan dengan orang arab. sampai kita sendiri tak dapat menunjukkan potensi sebenar diri kita sendiri. sampaikan potensi yang ada dalam diri pun berkubur begitu saja.

tak puas hati. cakap belakang. itulah orang melayu. pengecut. lepas tu suka kutuk kutuk orang arab. itupun kutuk dalam bahasa melayu. tak sedar yang bangsa sendiri sebenarnya mundur.

apakah?

sudah tiba waktunya orang melayu patut direspek dekat jamiah. tak kisah lah dari aspek apa pun.

moga Allah sentiasa memelihara niat yang terpahat di hati.

sekian.


Monday, October 11, 2010

Chapter 113: bergaya sungguh orang melayu.


Assalamualaikum,

sumpah rasa ajaib sangat aku buat post hari ini. sebab sekarang ni sangat lah jarang aku nak log in blogger.

bukan apa. kononnya sibuklah.

lagipun takda point yang ingin dikatakan. banyak idea. tapi macam dah tak reti dah nak huraikan macam mana.

tapi tiba tiba hari ini ada benda pula aku nak kongsi. tak dalah cerita apa pun. sekadar luahan biasa.

............

hari ni aku pergi jamiah dengan pakai kemeja. lepas tu tuck in dalam seluar jeans aku. kasut hitam yang aku beli kelmarin dekat balad aku guna untuk pergi jamiah sekali hari ini.

selesa pula berpakain macam ni rasanya.

cumanya aku percaya ramai yang pelik. kenapa tiba tiba aku berpakaian macam ni. takda baju lain dah ke apa.

mana taknya. tak pernah dibuat orang melayu sebelum ni pun rasanya pergi jamiah smart smart macam nak pergi klinikal. tak tahulah kalau pernah berlaku. barangkali aku tak nampak. kalau nak ikutkan, kalau aku jadi mereka pun aku macam pelik.

buang tebiat ke apa.

...............

aku faham. bila aku pakai macam tu. ada orang mungkin fikir macam macam. bukan aku nak kata yang orang fikir pasal aku. cuma kalau kita dah terjumpa sesuatu, mesti kita akan terlintas sesuatu dalam kepala kita.

aku tak kisah lah orang nak kata apa. yang penting aku bahagia.

.............

aku dah naik meluat tengok orang melayu pergi jamiah selekeh selekeh. bukan nak kata aku ni smart sangat.


cumanya aku macam tak selesa betul dengan orang yang pakai selipar, three quarter, baju tak tergosok. seluar track, dan macam macam lagi.

tak kurang juga orang yang pakai kain dekat luar. tapi dekat dalam pakai seluar track sampai duk terkeluar keluar dari kain.

aku sebenarnya segan nak cakap. tapi benda ni hakikatnya aku rasa macam tak sedap nak dipandang. kalau orang melayu sendiri pandang tak sedap, apatah lagi orang luar tu sendiri. maksud aku orang orang arab.

yang pasal kain berisikan seluar track dalam tu. aku tak nak sentuh sangat sangat. cuma, kadang aku faham. orang kata. aurat lagi penting utk dijaga. apatah sangat nak dibandingkan antara keredhaan manusia. berbanding keredhaan Allah. biarlah manusia rasa macam entah pape. tapi yg penting Allah redha.

tapi bagi aku. dalam hal ni macam tak sbrape sesuai. aku rasa ada cara lagi sesuai untuk buat Allah dan manusia redha dalam waktu yang sama.

kalau orang lain boleh buat. kenapa kita tak boleh buat bukan?

...............

sebagai seorang yang biasa biasa je. aku rasa sudah tiba waktunya. isu pemakaian orang malaysia dekat jamiah perlu diketengahkan.

kadang kadang kita abaikan sebab kita kata. penting lagi niat yang datang nak belajar. jadi, pakaian tak kisah lah. niat tu penting lagi.

aku takda la minta suruh beli zara ke. topshop ke. butik mane2 ke. cumanya, cukup lah sekadar yang menyedapkan mata untuk dipandang.

tapi jangan lah pakai hot hot sangat sampai menjolok mata.

aku rasa kena buat satu hari yang semua budak melayu bahgian syabab. pra klinikal. pakai baju kemeja pergi jamiah. macam dekat intec dulu.

kan lebih smart gitu? baru orang arab respek kita sikit. disamping kebijaksanaan yang kita ada.

wallahualam.

sekian.



Friday, October 1, 2010

Chapter 112: tahun dua tahun baru.



Assalamualaikum,

sejak kebelakangan ni aku macam malas nak blogging dah sebab aku baru sedar yang aku ni sebenarnya ada kepentingan lebih penting dekat Jordan ni.

kerajaan hantar aku datang sini untuk belajar bukan untuk sibuk blogging sampai tertinggal pelajaran.

tahun dua ini merupakan tahun yang sangat sibuk aku rasa. banyak benda gila nak kena baca. sumpah aku takut bila tengok senior ada yang repeat. bila tengok ada senior yang sipi sipi ja nak repeat.

lebih penting lagi aku menyesal gila tak dapat deanlist masa first year hari tu. dah lah wakil lelaki takda.

segan gila. taubat nasuha bai.

...............

bila dah naik tahun dua ni ofkos lah banyak perubahan yang berlaku dekat diri ni. selalunya ke arah pembaikan lah. manusia sepatutnya semakin hari semakin baik. bukan semakin buruk.

buruk akhlak khususnya.

alhamdulillah. semakin hari aku rasa bahasa arab aku semakin better. takda la bagus mana tapi aku rasa boleh hidup dan sangat perlu kan pembaikan hari demi hari.

kawan arab hari demi hari bertambah. khususnya dekat dewan kuliah. bukan nak femes. tapi aku rasa untuk belajar bahasa ni kadang kadng kita kena buat muka tembok.

tapi takda la sampai tahap buat lawak bodoh dalam muhadaroh.

sekadar tegur tegur gitu. tanya bla bla. lepas tu buat lawak sikit dengan skrip yang sama. settle. dapat kawan baru.

incase pape masa susah boleh cari.

kadang kadang kita terlalu ego tak nak layan pe'el arab yang pelik tu. kita apa kurang peliknya, orang melayu.

aku pun sekarang tengah berhati hati dengan pe'el kawn kawan arab ni sebab aku masih sedang mengenali depa.

mungkin aku belum lagi diuji. barangkali aku cuba untuk tabahkan diri dahulu sebelum apa apa berlaku.

kawan perempuan arab pun macam dah ramai. tapi kadang kadang segan pulak nak tegur. kadang kadang tersyok sendiri pula bila borak dengan dorang. astaghfirullah.

moga moga amik iktibar ye. ikhtilat ni bukan antara sama bangsa ja. dengan bangsa lain pun ikhtilat juga.

cuma aku ja terlupa. astaghfirullah.

............

orang irbid dah ramai. ramai ragam pelik yang aku tak pernah jumpa dekat irbid ni. ramai orang lama dah mula merungut. ikhtilat semakin berleluasa.

aku bukan nya baik sangat pun. tapi kalau dah terbiasa sangat dengan ikhtilat pun, jangan la sampai dekat tempat orang lain yang bersih dari ikhtilat. kita sibuk sibuk buat ikhtilat.

tak ke malu gitu.

susah nak tegur takut kecil hati. tapi tak bermakna takda cara kita yang kita boleh lakukan.
tak boleh salahkan depa juga. memang ujian kita untuk mengubah.

kalau selama ni stok stok yang senang je kita nak 'cuci', tapi barangkali, Allah bagi kita sesuatu yang spesel sikit sesi ni supaya nak tengok tahap mana kita punya level of pentarbiyahan.

wallahu'alam.

sekian.