Monday, October 11, 2010

Chapter 113: bergaya sungguh orang melayu.


Assalamualaikum,

sumpah rasa ajaib sangat aku buat post hari ini. sebab sekarang ni sangat lah jarang aku nak log in blogger.

bukan apa. kononnya sibuklah.

lagipun takda point yang ingin dikatakan. banyak idea. tapi macam dah tak reti dah nak huraikan macam mana.

tapi tiba tiba hari ini ada benda pula aku nak kongsi. tak dalah cerita apa pun. sekadar luahan biasa.

............

hari ni aku pergi jamiah dengan pakai kemeja. lepas tu tuck in dalam seluar jeans aku. kasut hitam yang aku beli kelmarin dekat balad aku guna untuk pergi jamiah sekali hari ini.

selesa pula berpakain macam ni rasanya.

cumanya aku percaya ramai yang pelik. kenapa tiba tiba aku berpakaian macam ni. takda baju lain dah ke apa.

mana taknya. tak pernah dibuat orang melayu sebelum ni pun rasanya pergi jamiah smart smart macam nak pergi klinikal. tak tahulah kalau pernah berlaku. barangkali aku tak nampak. kalau nak ikutkan, kalau aku jadi mereka pun aku macam pelik.

buang tebiat ke apa.

...............

aku faham. bila aku pakai macam tu. ada orang mungkin fikir macam macam. bukan aku nak kata yang orang fikir pasal aku. cuma kalau kita dah terjumpa sesuatu, mesti kita akan terlintas sesuatu dalam kepala kita.

aku tak kisah lah orang nak kata apa. yang penting aku bahagia.

.............

aku dah naik meluat tengok orang melayu pergi jamiah selekeh selekeh. bukan nak kata aku ni smart sangat.


cumanya aku macam tak selesa betul dengan orang yang pakai selipar, three quarter, baju tak tergosok. seluar track, dan macam macam lagi.

tak kurang juga orang yang pakai kain dekat luar. tapi dekat dalam pakai seluar track sampai duk terkeluar keluar dari kain.

aku sebenarnya segan nak cakap. tapi benda ni hakikatnya aku rasa macam tak sedap nak dipandang. kalau orang melayu sendiri pandang tak sedap, apatah lagi orang luar tu sendiri. maksud aku orang orang arab.

yang pasal kain berisikan seluar track dalam tu. aku tak nak sentuh sangat sangat. cuma, kadang aku faham. orang kata. aurat lagi penting utk dijaga. apatah sangat nak dibandingkan antara keredhaan manusia. berbanding keredhaan Allah. biarlah manusia rasa macam entah pape. tapi yg penting Allah redha.

tapi bagi aku. dalam hal ni macam tak sbrape sesuai. aku rasa ada cara lagi sesuai untuk buat Allah dan manusia redha dalam waktu yang sama.

kalau orang lain boleh buat. kenapa kita tak boleh buat bukan?

...............

sebagai seorang yang biasa biasa je. aku rasa sudah tiba waktunya. isu pemakaian orang malaysia dekat jamiah perlu diketengahkan.

kadang kadang kita abaikan sebab kita kata. penting lagi niat yang datang nak belajar. jadi, pakaian tak kisah lah. niat tu penting lagi.

aku takda la minta suruh beli zara ke. topshop ke. butik mane2 ke. cumanya, cukup lah sekadar yang menyedapkan mata untuk dipandang.

tapi jangan lah pakai hot hot sangat sampai menjolok mata.

aku rasa kena buat satu hari yang semua budak melayu bahgian syabab. pra klinikal. pakai baju kemeja pergi jamiah. macam dekat intec dulu.

kan lebih smart gitu? baru orang arab respek kita sikit. disamping kebijaksanaan yang kita ada.

wallahualam.

sekian.



5 comments:

haha said...

ini lah PMK yang kita mahu. proaktif. tahniah!

Anonymous said...

When i saw you at library yesterday, i was like, 'Wah, kemeja. Nice. Anjakan paradigma agaknya'. Keep it up.

Btw, bout pakai-kain-keluar-seluar thing, personally i didnt like it either. Kinda, selekeh though. But still, i wear it too. Why? Yes, cuz if i didnt, my thigh will be seen during getting on the bus, stairs etc. Even wearing long socks, it's something we didnt want people to see.

And during walking, those pants will sure do comes out. Ok, selekeh.

Dunno what else should we wear. Esh rakyak?

-kasyi

owner said...

haha, :)

kasyi, fhm je. nak buat macam mane lagi. tak kisah pun kalau nampak seluar tu tkeluar. tapi jangan lah sampai jelas sangat. macm fesyen kelain pula jadinya. sy takde idea. tapi cuba tanye orang yang pakai seluar. tapi dia pandai cover smpai tak nampk terkeluar dari kain. dalam waktu yang sama. dia masih mampu memelihara thighnya terdedah. jangan slh faham. bukan kerja saya usha kain akhawt memanjang. cuma kdng2 terpersan. harap maklum.

bibot said...

betul la selekeh. tapi diorang da berusaha utk jaga aurat diorg pun dah cukup bagus kan? kadang2 kite kene letak diri kite dalam situasi tu. baru faham. kot.

kes2 kat kawasan perumahan akhowat dah makin meningkat, mmg kene pakai seluar in case pape berlaku. nak lari. nak sepak. tak kesah la seluar jenis ape. kalau takat nampak selekeh untuk ambil langkah berjaga, i dont mind.

eh tapi still, thanks sebab tegur. :)

Anonymous said...

arghhhhh... :ppppppppppppppppppppppp

p/s: maaf sy tgh tension n dlm post de yg sy rasa x setuju dgn pandangan anda.. so sgt2 la sori..

yg benar,
-org yg ske gelak n bising sblm kelas-