Friday, April 30, 2010

Chapter 37: bila hidup suka kritik orang.

Assalamualaikum,

susah kan hidup kalau asik kondemn orang ja. sikit sikit nak komen. orang buat silap tu dia komen.
orang buat silap ni dia komen. semua serba tak guna.

niatnya bagus, untuk bagi orang sedar. tapi tak semua niat macam tu. ada ja orang niat nak tunjuk bagus.

ada juga orang berniat untk ingatkan diri sendiri.

aku pun kondemn orang juga kadg kadang. tapi tak selalu la. bila aku rasa macam tak puas hati aku cakap la. bukan apa. aku rasa lega kalau aku lepaskan.

aku juga suka kondemn diri sendiri. kalau kondemn diri sendiri, kita boleh kondemn macam macam. tak da la terasa hati. kadang kadang kalau nak tunggu kawan kita kondemn kita, kita pulak kang kecik hati. tak semua orang boleh terima kritikan.

aku sebenarnya tak reti nak kritik orang. tapi sejak bila entah aku mula rasa kritikan itu penting. sangat penting dalam kehidupan.

tapi tu la. kadang kadang manusia ego. tak yah manusia la. aku sendiri. aku sedar kadang kadang dalam keadaan aku komen orang. bila orang komen aku ja, aku terasa macam tak puas hati. terasa macam terasa hati. bajet diri sempurna sangat ke apa? itu kelemahan aku. kadangkala.

kita kalau nak kritik orang, kena bagi orang kritik kita. baru seimbang. kalau kita nak kritik orang ja, dan juga kita jenis yang emo bila orang kritik kita. sama jga kalau kita biar orang kritik kita ja. kita tak pandai kritk orang lain.takda gunanya.

tengok juga la. jenis kritikan apa. kalau kritikan bodo bodo tu abaikan je la.
kritikan bukan untuk tunjuk kita hebat. banyak ilmu kita ada. tinggi mana tarap kita. tinggi mana post kita.

kita kritik sebab kita sayang. kita taknak orang yang kita kritk tu ulang balik kesilapan nya.

tapi la. manusia ni memang ego. ego itu penting. tapi kalau terlalu ego, menyampah juga.

papepun, kalau kita kritik dengan cara yang betul, seego mana orang tu. dia tetap akan terima..
walaupun kdangkala amik masa banyak.

tak caya cubalah.


sekian.

Wednesday, April 28, 2010

Sajak: pahitnya nikmat

Assalamualaikum,

Hidup ni tak semua nya. kadang kadang ada ja pahit.
sama jugak, hidup ni tak semuanya pahit, ada ja yang indah.

standard manusialah, bila indah, sikit bukan main suka lagi.
aku manusia jugak,

bila pahit, merungut bukan main lagi.

bila suka, suka sangat sampai suka hati ja nak buat apa. macam dunia ni nak mak bapak kita punya.
biasala dosa kecik je pun. apa la nak dibandingkan sangat dengan solat 5 fardhu tu.
kononnya dapat cover balik la dosa kecik tu. kononnya la?

bila pahit, mula la nak insaf, jadi baik dan etc.
tak payah cakap la baik macam mana. tanya diri sendiri sudah la.

dugaan paling teruk ialah apabila kita diuji dengan nikmat.
standard manusia lah, semua benda nak stok stok nikmat ja

benda haram pun yang 'nikmat' nak sapu sekali.

aku manusia.
berbicara.
tipula kalau aku tak pernah rasa semua ni.
sebab aku manusia biasa.


bila kena uji, emo semacam. bila dapat nikmat, hapy semacam.

nak emo, emo la. nak hapy .hapy la.
cuma berkadar tak lebih tak kurang.

kita patut bersyukur untuk pahit dan manis.
kalau tak rasa pahit, kita tak tau rasa manis.
kalau tak rasa manis, kita tak tau plak rasa pahit.

macam mana tu?

lu fikir sendiri la der.

T_T

sekian.

Sunday, April 25, 2010

Chapter 36: susah jugak kalau setiap masa nak cakap pasal kahwin.

Assalamualaikum,
Dah lama sebenarnya aku tunggu untuk buat chapter baru. maklumlah, tadi baru sahaja tamat exam. exam wellness dan lifestyle. harap harap semua bikhoir aja la.insyaAllah.

tapi esok barangkali aku ada exam markas huda. exam untuk tajwid semua. moga moga dipostpone next week harap harap. lagipun aku ada training bola. wakil Amman la kononya. haha.


......

Dewasa ini, aku seringkali mendengar, terdengar,didengarkan, dan segala jenis dengar la tentang ' kahwin'.

wah memang rancak gila kalau soal kahwin. tak kisah la sesiapa pun. senior ke. junior ke. member sesame2 ke. semua muka senyum cakap soal kahwin. biasa la der, kahwin kot. siapa tak nak?

tapi kadang kadang aku naik bosan juga asik cakap soal kahwin ja. okay fine. aku tak lari daripada terlibat dalam perbincangan soal kahwin ni.

tapi tetiba aku terasa nak ubah persepsi tentang kahwin. boleh kan?

..........

aku ada terbaca dalam blog senior aku yang dah kahwin. dia cakap. kahwin ni tak semudah ABC. memang la. tapi kebelakangan ni, orang buat kahwin ni macam soal abc je. antara nak dengan tanak.

aku dekat sini bukan nak kata tak payah kahwin. kepala la aku lawan cakap Allah. Allah suruh kahwin aku plak suka ati mak bapak aku ja kata takyah kahwin dekat orang lain.

Bukan bukan bukan!

Persoalannya, perluke dipeningkan kepala dengan hal kahwin walhal umur aku baru aja 19 tahun?
tak kisah la 19 ke 20 ke 21 ke. tapi yang penting aku 19.

sebelum pape, aku nak cakp la. aku hanya manusia biasa yang ingin juga mendirikan rumah tangga. tapi bukan sekarang. maro jai. insyaAllah.

Persepsi yang aku ingin lontarkan ialah, kenapa perlu aku peningkan kepala tentang kahwin walhal umur aku baru 19?

Wokeyh, memang betul kahwin dapat cegah daripada zina n etc. kahwin ialah alternatif terbaik! aku setuju.

Cumanya aku pelik sesetngah orang, tak orang la. okla aku stret to the point. sestngh member aku macam tengah pening soal kahwin. aku tergelak aja bila dia cite cita pasal kahwin.

aku pernah alami perasaan tu sebelum papepon.

cumanya aku tetiba terasa macam terbuka sedikt skop pemikiran aku tentang hal kahwin ni.
nak nak umur sedang meningkat (kononnyala)

.................

seronok kan bila kahwin? ada orang sebelah kita sentiasa. caring pasal kita. dapatkan luang masa bersama. boleh buat kita suka ati kita ja dekat dia. sebab dia milik kita.

memang seronok kalau nak gambarkan perkahwinan tu sendiri. Semuanya indah belaka. ( ceh gaya macam dah kahwin ja aku.haha)

tapi hakikatnya aku terfikir tentang camne lah kalau berlakunya seperti yang tidak dijangka.

haa, malas la aku nak cerita. tak boleh nak elak bai. kita kadang kadang fikir benda indah ja. benda opposite taknak fikir plak. tapi bila dah kena baru mengeluh der.

aku malas nak tengok jejauh. tengok parents aku sudah. family aku bukan broken family so far alhamdulillah. tapi tipula kita tak pernah tengok parents kita berselish faham sikit.

der, salah cakap masa marah bini. boleh jadi lain ceritera der. panjang cerita der.

takut aku bai. serius.

............

chapter aku ni bukan nak larang orang kahwin awal.

aku suka orang kahwin awal. memang bagus. memang dapat elak zina n etc.

cumanya, cuba tanya diri memasing. baik lelaki atau perempuan. kita dah cukup matang ke untuk semua benda ni. cukup kuat ke untuk semua benda ni. sekarang dalam kepala kita semua indah indah pasal kahwin. sebab kita tak kahwin lagi. kebanyakannya orang fikir 'indah' lain.
takyah tipu la der!

nak kahwin, kahwin la. bagus bagus bagus! aku sokong dari belakang 100%.

tapi tu la der, kalau nak kahwin sangat, bawak bawak kan la gaya seorang yang layak untuk kahwin. bukan apa, bila kahwin semua benda berubah. pecaya la der. gua tak tipu der!

bukan senang bai nak handle bini. mahupun suami. bukan seperti handle hamster di rumah. malahan beribu lebih susah daripada itu.

..................

kalau nak kahwin, better pergi kahwin.

tapi NAK tu pun kena check betul betul la. NAK yang jenis apa. NAK yang untuk apa. bukan NAK suka suka.

gua cakap serius der. kalau tak bahaya der.

................

gua bukan tak suka baca post post pasal cinta dekat belog orang tapi nasihat gua. kurang kurangkan lah. tak bawak ke mana pun kalau tang tu juga ulang banyak kali. tak lain tak bukan nak tujukan untuk si dia.

macam la aku tak pernah buat. LOL.

make it short, kalau rasa nak kahwin sangat, pergi ready ready kan diri, pastu g la lamar si dia ke apa. kena rejek ke apa aku tanak tanggung. cuma nasihat aku, nak ready tu ready la betul betul. bukan macam ready nak pergi exm spm. lain der!

dah kahwin, settle. takda nak post jiwang jiwang lagi. lu boleh cerita pasal kehidupan lu ke. pasl kebesran Dia ke. or wutsoeva.

seriusly kadang kadang gua naik nyampah gak semua post nak jiwang jiwang. walaupun berbentuk islamik. tapi serius gua rasa macam kurang seronok sikit.

nasihat gua lagi sekali, kalau rasa nak kahwin sangat, ready ready kan diri, pastu g lamar si dia.
tak kisah la laki ke pompuan.

soalnya, ribuan post blog mahpun status YM mahupun status FB mu tentang cinta takda gunanya. sekadar jadi semakin jiwang ada la.

kalau suka cakap suka, nak bercinta sangat pergi kahwin tak perlu post pelik pelik tentang cinta.

cinta tu indah jangan la buat dia jadi serabut.

................

aku buat chapter ni sekadar bagi peringatan dekat diri sendiri. aku lalui perasaan nak kahwin tu. sebab tu aku cakap. kalau tak, aku tak post.

SERIUS DER!

tapi aku tekad nak berubah. sia sia ja kalau aku fikir banyak pasal cinta tapi aku tak kahwin.
nak bercinta sangat baik aku kahwin. tapi makbapak aku plak tak kasi kahwin sekarang.

so aku steady ja la. ikutkan kata kata merka. mungkin ada hikmahnya. memandangkan InsyaAllah aku boleh tahan.

tapi tu la, kalau aku post bebanyak pasal cinta pun bukannya aku dapat kahwin skrng pun. baik aku post pasal benda lain. takpun study OC ke apa. huhu

jangan marah kalau siapa yang tak puas hati. aku hanya luah apa yang aku rasa. anggap lah ni sebagai buah fikiran dari seorang insan yang lemah juga memiliki kelemahan seperti manusia biasa yang lain.

...........

aku actually tengah agak macam kecewa sikit ni. orang yang aku suka bertahun bertahun lamanya tu.dengar dengar cerita nak bertunang dah. dengan mamat mana aku tak sure.

sabar ja la. memang hebat betul dugaan Ilahi ni.

T_T

Sekian.

Saturday, April 24, 2010

Chapter 35: Orang melayu tak reti Visual Basic ke apa?

Assalamualaikum,

aku baru aja lepas dua paper untuk 2nd exam bagi 2nd sem ni. Fizik dengan VB.
susah ke tak aku tak nak cakap. tapi boleh la. tough tu starndard la. kalau tak tough, bukan exam nama nya.

Kesian gila member aku tertinggal kalkulator masa nak jawab fizik tadi. aku kata aku akan pass kan dekt dia kalkulator kalau aku siap. namun, aku terpaksa guna sampai habis sebab aku lambat siap. harap harap dia boleh buat.

Lepas tu, tetiba pulak ada seorang jejaka . tatau jejaka datang dari mana. macam orang universiti ja. dia datang , dia suruh semua keluarkan hawiyah. n dia check semua. yang tak bawak hawiyah. dia rampas kertas. dia tak bagi amik exam. dua orang budak prempuan arab kelas aku terlibat. kesian juga aku tengok. nasib baik lagi seorang dia selamat. sebab ape entah. gune iqamah tak silap.

pengajaran untuk aku ialah jangan lupa bawa kalkulator kalau nak exam kira kira. dan jgn lupa bawak hawiyah kalau dah tau nak exam. terima kasih dekat hausmet aku tadi ingatkan pasal benda tu semua.

.............

Markah Visual Basic pula aku dapat 18/25 . tak tinggi mana tapi aku bersyukur la. member member melayu lain ada jga dapat lebih kurang. tapi ada yang macam kurang lagi.

tapi rata rata aku tanya takda siapa yang dapat 20 ke atas. termasuk budak perempuan melayu. bila tanye member arab aku. haa amik kau. 19 la. 21 la. 23 la. mcam macam ada.

aku tertanya tanya mana salahnya orang melayu ni. nak kata belajar semua belajar.(betul ke semua?)

nak kata boleh jawab. semua kata yakin ja jawab. tapi bila result keluar semua biasa ja. termasuk diri aku juga.

takkan sistem komputer tu tak nak bagi orang melayu dapat markah tinggi tinggi kot?
tak ke lawak bunyi tu.
atau orang arab pandai sangat?
kalau melayu bodo, sure tak dapat masuk JUST.
atau dorang study lebih?
melayu pun study gak. cuma tak pasti lebih ke tak.
takpun sebab lecture sendiri dalam bahasa arab?
boleh jadi. tapi orang melayu kalau dah tak faham tu. jumpa je la lecturer one by one bukan?

jadi, masalah siapa sekarang ni?
orang melayu ke, orang arab ke, lecturer ke, atau komputer tu sendiri?

aku seriusly masih tertanya tanya. aku dah la cuak vb. mana taknya. dua assignmnt terawal untuk vb dapat 0/10. sebab dikatakan meniru dan lagi satu tak berfungsi sebab salah anta dokumen.

sabar jela. adoay.

tinggal wellness, foodpreservation,OC, Animal Health je lagi.

semua bole buat insyaAllah!

sekian.

Thursday, April 22, 2010

Chapter 34: Tak sabar nak tamat pengajian.

Assalamualaiku,

aku bertugas jadi tukang jaga booth Malaysia lagi hari ni. tapi aku taknak cerita lagi pasal benda tu. tak best!

...............

Lepas aku 'bekerja', aku pergi Tibbiah nak pergi study dekat library hajatnya. Namun aku terasa diri aku mengantuk sangat sangat. bukan tu aja. aku terasa juga dugaan pandangan. Awek arab semakin berani pakai pakaian dashyat dashyat. hanya Allah je la yang tau betapa seksa nya nak menundukkan pandangan.


Last last aku ambil keputusan untuk pergi surau memandangkan waktu zuhur pn dah dekat. lagipun kepala aku duk tersenguk senguk. segan pula rasanya.

sampai surau, aku amik wuduk lepas tu solat. lepas solat, aku terus cari port nak tidur. ngantuk gile beb! hari sangat panas. cuaca yang panas umpama telah menyedut segala tenaga aku. serius beb! jadi, aku pun tidur. banyak kali juga la aku tukar lokasi sebab macam tak selesa ja lokasi yang awal.

setelah lama tidur, aku bangun. aku duduk. sambil membuka buku untuk membaca konon2 nya. tiba tiba muncul dua orang lelaki arab. gelap gelap orangnya. aku bajet bukan orng jordan.

dorang masuk ja. lepas tu tiba tiba minta tolong aku amik gamba. aku dah pelik dah. gaya macam pergi petra nak tangkap tangkap gambar. ni musolla je kot. bukan masjid.

aku pun tolong tangkap kan . lepas tangkap ja. aku tanya dari mana. dia jawab dari yemen. tak sempat aku tanya kenapa datang sini. dia terus jawab dia ex stdt dkat JUST. itu 7 tahun yang lepas. dia mntak aku tangkapkn gmba dia dgn kawan dia sebb kononnya macam kenangan la. katanya tempat dorang jumpa mula mula dulu. 7 tahun yan lalu. aku dengar mcam. euuuw. sweet betul!

brader tu dua dua dah jadi doktor dah sekrang. dekat spital mane entah. jadi MO kot.

sambil sambil borak, dia cakap. nanti aku akan rasa masa bergerak cepat sangat. tetiba aja dah tahun akhir. aku tersenyum lebar sambil berkata dalam hati " tak sabarnya!!"


lepas tu, aku pun salam2 dengan dorang sebab dorang nak solat. then aku pun blah.

tak sabar rasanya nak jadi macam dorang. dah habis belajar! masa serius gerak cepat. harap harap semua dapat grad same same.


..............

aku blogwalking mlam tadi. aku blogwalking blog senior senior jordan. menarik pula rasanya, mantap mantap blog dorang. lawak pun ada. dorang cerita pasal kehidupan dekat Jordan ni.

tak sabar rasanya nak jadi macam dorang. apabila dah masuk clinical years.

ada la juga aku belajar sedikit sebanyak input daripada blog dorang. rajin rajin. merayp la dekat blog dorang. maklumlah, blog blog bakal doktor. takkan tak mantap?

.............

dengar cerita 2nd year pergigian sangat sukar.
biar betul??!!

cuak mendengarnya. aku kena ready!
jom kengkawan!
ayuh.

sekian.

Wednesday, April 21, 2010

Perkongsian Bahasa 1.

Assalamualaikum,

pagi tadi aku agak lewat pergi kelas. start pukul 8.15. sampai jamiah pukul 8,15
kelas pula dekat north hall.

nasib baik aku tak keseorangan. aku bersama dua orang housemate aku tekad untuk ambil teksi terus daripada rumah kami.

kena bayar 4JD. takpella. kelas punya pasal.

kami berhenti dekat mustahfa. sebab dekat lagi. lagipun ada shorcut dekat situ melalui hospital terus menembusi ke north hall. cepat sedikit.

selalunya kalau nak tembus tu ikut nasib juga. kalau nasib baik, lepas begitu aja. kalau kurang nasib baik, ada pakcik JAGA jaga pintu masuk. menapis budak budak yang slalu guna shortcut tu utk pergi kelas.

aku dan kawan kawan aku hampir tidak boleh masuk sebab kantoi dengan dia. ingat kan dia tak check.

mula mula bajet nak buat muke confident ja masuk tanpa rasa serba salah.

last last tersangkut, dia buat gaya tunjuk name tag. name tag yang hanya ada untuk budak2 klinikal. aku pre-klinikal ja.

tapi nasib baik aku teringat kawan aku ajar satu ayat. dia ajar aku macam mana nak cakap "PLEASEEE!" dalam bahasa arab. yakni Mishan Allah. atau kalau ditranslate bulat bulat. "Untuk Allah"

aku cakap dekat pakcik tu camni,

"mishan Allah, wallahi, ana muta'akhir"

nasib baik dia bagi masuk. syukur alhamdulillah. tatau la sebab ayat tu ke apa. tapi cuma aku terasa ayat MISHAN ALLAH tu berguna juga. padahal dalam kepala dah tatau nak cakap pleasa mcam mana. Nasib sangat baik, kawan aku ajar aku.

Jadi, kalau nak please please tu. mungkin kau boleh guna la perkataan yang aku guna ni. tapi tengok keadaan la jgak. jangan smua benda nak mishan Allah. anta assigmnt pun lambat nak mishan Allah. banyak cantik kau?

selamat berpraktis.

Sekian.

Monday, April 19, 2010

Chapter 33: Pameran Kebangsaan.

Assalamualaikum,

Dahlama aku tak post cerita harian aku. kali ni aku nak cerita sedikit apa yang berlaku.

okay, hari ni aku jadi AJK untuk ma'arad saqofi.
macam lebih kurang exhbtion negara2.

aku jaga untuk booth malaysia. yela. takkan turkey kot.

..........

Aku punya kerja start sepatutnya pukul 11.oo tapi aku datang sedikit lewat. tidur. bangun awal. lepas tu tidur. penat tengok teleprima astro yang ada dalam komputer aku. haha.

aku siap siap pakai baju batik orang. aku malas nak pakai baju melayu sebab nk kena gosok. dahla lambat. baju batik senang aja pakai. aku buat muka tembok pakai baju batik sampai pergiui jamiah . macam pelik juga la. sorang ja pakai camtu.


sampai sampai aja, ramai betul orang. ada banyak booth. semua negara arab basically. yang macam sedikit asing, malaysia, russia, mauritius. tapi booth malaysia depan pintu utama. agak mantap la.

aku datang terus jalankan tugas untuk lyan orang orang arab yang datang singgah. ramai juga AJK. padahal waktu jagaan masing masing dah ada yang dah habis. tu la pasal. seronok sangat menjaga. masing masing terlupa dah terlebih masa.

seronok juga layan kerenah orang arab ni. ramai juga orang singgah. maklumlah, malaysia.

mula mula, aku dah menyambut kedatang sorang brader tu dgn family dia. ada budak kecik tu sangat comel. budak lelaki. aku dapat angkat lepas tu brader tu tangkap gambar aku ngn bdak tu. tatau la anak dia ke adik dia.dia dari syria. orang syria putih putih. comel abes.

member syria aku pun hensem2 n lawa2.

kebanyakan nya aku layan lelaki arab je la. perempuan arab aku serah dkat bahagian permpuan
sebab dah kena warning awal awal. nak jaga ikhtilat. aku pun malas nak melawan. ikut jela. lagi pun macam tak rugi apa pun kalau tak layan perempuan arb.

betul ke tak rugi?

........

di saat saat sibuk tu. dapat juga lah aku tengok member aku duk semangat bercerita sebab dapat tangkap gambar dengan awek arab. haha. aku gelak aja.

yela. bukan senang nak tangkap. awek arab pun cun cun.
tapi awek melayu tak cun ke?

aku dulu minat minat juga la perempuan arab ni. tapi lama lama dah macam immune juga tengok.

dorang lawa, cuma terlalu seksi pulak kadang kadang.
sedih aku tengok. aku terbayang kalau dorang pakai baju kurung. lepas tu tudung cam akhawat pakai, serius lawa habis.

confirm aku masuk minang!
lol.

tapi semua nya tinggal harapan.
aku tak sempat nak tangkap gambar dengan perempuan arab pun. sebab macam sibuk ja . aku prefer lagi tangkap gamba dgr budak kecik. kalau boleh la, rasa macam nak mintak adik baru je dkat mak aku.
.........

aku cuma macam kesian sebab booth malaysia agak kecil. member arab aku pun cakap sepatutnya malaysia pnya space, jamiah bagi besar. sebab malaysia lain daripada yang lain.

dan aku tak rasa orang arab dapat gambaran yang jelas tentang malaysia, sebab keadaan agak sesak.

kan best kalau ada orang silat, main sepak takraw, berzapin, pakai baju melayu full set dengan tengkolok. dan etc.

baru nampak real. baru ada suasana malaysia tu. tapi mungkin masing masing sibuk kot. jadi tak dapat buat bendabenda camtu. harap harap taun depan ada lah. nampak meriah skit., tunjuk video pasal malaysia. serius bangga baii!

harap harap taun depan buat lebih baik lagi!
syabas korang!


.........

secara roughlynya, aku syukur la sebab semua macam lancar ja. aku pun seronok juga menjaga. duk speaking english je memanjang. nak explain bahasa arab tak gheti.speaking ajala.

bila agaknya aku nak mantap betul betul bahasa arab ni? hadohay. sayangku betul lah.

............

esok aku ada hafazan pulak. dah la kena hafal beberapa suroh. padahal baru 1 je suroh nak dihabiskan hafalan.

belum juzu' lagi. hadohay. teruk betul!

semoga esok segala galanya menjadi lancar. amin.

sekian.

Saturday, April 17, 2010

Chapter 32: Bicara cinta.

Assalamualaikum,

beberapa hari yang lepas kawan aku dari Malaysia hantar offline message aku untuk minta tolong. Gaya dia macam sangat memerlukan pertolongan itu. aku pun cuba untuk membantu.

Balas punya balas msg tu, dia minta tolong aku 'lamarkan' member aku untuk member dia.
Kawan aku tu perempuan, member dia pun perempuan. member aku yang 'dilamar' tu lelaki.

tengok? hebat tak dunia zaman sekarang ni. sekarang perempuan dah berani melamar lelaki.
kalau melalui parents tu boleh consider. ni melalui kawan tu yang tak bleh bla.

aku tersenyum panjang.

Lelaki suka aja kalau kena lamar dengan perempuan. kan?


...........

dah lama aku hidup single. cehtt gaya macam nak promote diri untuk cari psngan pulak. haha. no way man.

so far, aku tak pernah merancang untuk memiliki mana mana special girlfriend. sebab aku belum nampak lagi apa faedah yang aku dapat kalau aku ada girlfriend.

orang kata single itu hot. tapi aku tak berpegang pada benda tu. aku suka cakap single itu sangat menenangkan.


aku tak nak komen apa apa tentang orang yang sedang mabuk bercinta. ramai aja kawan aku tengok mabuk bercinta. dekat Jordan ni tak pasti la. tapi MACAM ramai ja macam aku.

kata ikhtilat sifar.

orang kata aku tak bercinta sebab aku tak dapat apa yang nak. haha. boleh jadi alasan mcam tu muncul.

tapi takpa aku redha. Allah dah tentukan. mesti ada hikmahnya. kalau tak, mesti aku tengah mabuk bercinta. kononnya la.


weh weh aku bukan high taste eh. dan chapter aku hari ni bukan nak cerita pasal perempuan idaman ke apa eh.


aku bukan jual mahal. cuma kalau dah tiada perasaan buat apa kita nak buat buat perasaan tu kan.

cinta tu suci. orang suka anggap benda tu main main. dah ada awek, sibuk nak kacau perempuan lain.
tak cukup cukup. macam mana lah kalau dah ada bini nanti agak agak?

aku malas nak cakap couple tu dosa ke apa. nanti orang kata aku siqoh ke apa la.

tapi kau fikir sendiri la. apa yang kau buat. diri kau, kau tau kau buat apa kan.

bab bab nak bagi hukum ni aku tak reti. aku serah kan dekat orang yang lebih mengetahui. salah bagi, dosa bawak ke mati.

Allah tak bagi aku sebab yang munsabah lagi untuk aku bercinta.

..............

sebenarnya aku rasa, memiliki kawan sejenis itu sebagai rakan karib lagi best.
ramai ramai sangat mengenjoykan. daripada melayan buah hati yang seorang.

aku tak kena lagi. boleh la cerita.

tapikan,

kalau aku bercinta sekarang pun, belum tentu aku kahwin dengan dia kemudian. bukan?

bapak wasted kata kata manis cinta aku dekat dia. aku punya ayat cinta bukan biasa biasa bhai. orang spesel je beleh dengar. takkan nak ulang dua 3 kali kalau aku tuka tuka awek.

apa barang der.

biar le the one and only mendengau ayat ayat cinta aku.

oh bidadari, kau lah ratu hatiku.
...................

kau bajet baik apa?
aku tak bajet baik pun. tak sampai hati nak rosakkan anak dara orang.

cuma aaku bajet nak kahwin dengan seorang dentist la kelak.
apa macam? ada chance mungkin.

sekian.

Friday, April 16, 2010

Sub-Chapter 30: Jadi?

Assalamualaikum,

memandangkan chapter 30 agak kontroversi,

jadi dengan ni, aku ingin mengisytiharkan.

'DENTIST BANGKIT'

tak payah bising banyak lagi. kau nak bising apa. suka hati kau la.
yang penting aku nak study.

jom study jom!

result tak gempak tak pa, yang penting usaha!

usaha bukan untuk tunjuk dekat manusia, Biar Allah tengok dah cukup.

tak kisah lah Dia nak bagi ke tanak.itu kuasa Dia.

Sekian.

Chapter 31: Dentist bangkit konon.

Assalamualaikum,

kadang kadang terasa hina bila jadi budak dentist.
naik segan kalau nak dibandingkan dengan budak medik.
dan aku tak teringin nak membangkitkan sentimen kos di sini.

aku serius,
terasa hina jadi dentist bila dapat result dengan markah rendah rendah
nak dibandingkan dengan budak medik.
apa speselnya budak medik ?
sama ja kalau nak diikutkan. subjek dorang lagi susah.
subjek dentist? alahai, ikhtiaari je la yang banyak la bhai.

kawan kawan dentist,
kau tak pernah rasa sedih ke nasib kita mcam ni?
kawan kawan medik sume markah gempak gempak.
kita markah macam taik ja.
tak sedih ke?

bodoh sangat ke kita ni?

tak patutkan kerajaan bagi duit biasiswa kat kita kalau macam tu sebab kita bodoh.

tapi betul kita bodoh?

aku terfikir sejenak, masa lapang banyak. 3 hari pergi kelas. 2 hari pergi kelas. dalam sminggu.
hari yang lain semuanya cuti

tapi itu pun tk boleh perform ke bhai?

kenapa ?
kenapa ?
kenapa ?

nak kata genetik kita masing masing kurang pandai.
kita bukan dari sekolah mantap macam smap labu, sbpi gopeng, sbpi tmerloh, MTS, kisas?

kukuh ke alasan tu?
aku yang dapat 11A1 masa spm ni pun hancor masa firm exam haritu.

hakikatnya aku baru sedar bila masuk dunia university, spm dah tak bernilai apa apa.

kalau kita rajin dekat skolah, dekat universiti tak rajen. takde gunanya.
kalau kita malas dekat sekolah, dekat universiti tak rajen jgak, lagi tak guna.

sekarang tutup cerita pasal sekolah, bukak buku baru. sekarang kita dekat Universiti. Kita wakil Malaysia. delegasi malaysia. bidang pergigian tu bhai. bukan sikit. banyak tu bhai!

Masa register ramai. tapi masa grad sedikit.

nak ke macam tu kawan kawan dentist ku?

laungan dentist bangkit dentist bangkit dentist bangkit selalu berlaungan.

tapi tak da rupa bangkit pun? aku baru sedar. tiada gunanya cakap dentist bangkit kalau diri sendiri tak bangkit bangkit.

takkan nak ada blog macam budak medic baru kita nak bangkit?
tak perlu kot!

aku menyesal, aku kesal, aku taubat, aku insaf.
aku taknak lagi ulang aku punya silap lama.
tak pergi kelas sbb bangun lewat, byk masa lapang yg diisikan dengan bnda yang entah pape..

sekarang mungkin kita tak nampak kesannya,
nanti masa dah kena repeat sorang sorang.
masing masing baru sdar.
aku tak nak repeat.
sumpah aku tanak repeat.
aku doa dekat Allah aku tak nak repeat.
tapi cukup ke sekadar doa aku kalau aku tak gerak.
weh korang semua, kita tak payah cerita gebang la
cerita dum dam dum dam.
nak study la. nak tuka tabiat la. nak berubah la.
tapi tak gerak gerak jugak.
aku muhasabah diri aku ni.
aku serius berat nak cakap takut tak buat
aku cabar diri aku. biar aku yang bangun ingat kan semua sambil tu aku ubah diri aku gak sendiri der!

der, lu nak repeat ye ke der?
der, lu pikir lu pandai sangat ke tak pergi kelas der?
der, kalau dah tau kurang pandai tu der, rajin rajin la pergi kelas der?
der, walaupun lecturer tak kenal lu der, tak bermakna link barakah ilmu tu takda der?
der, lu nak repeat ye ke der?
baru first year dah terkontang kanting der?
ape cer der?
sampai bila nak jadi kelas bawahan ni der berbanding budak bdak medic ni der yang high class gitu.

aku cabar diri aku dan diri sume bdak dentist.
memandangkan ada masa nk berubah ni.
ada lagi beberapa minggu nak exm ni
cpat sdar der..
kalau tak nahas der.
kita boleh buat rekod first year yg paling ramai repeat year. nak buat ke?


dah la. jangan jadi bodoh. betulkan niat. naikkan semangat. berhenti bagi alasan. antara kau nak dengan tanak. buat penat kerajaan bagi duit kalau kita datang sini suka suka.

tak ke bodoh gitu?


sory der terkasar bahasa. sekadar ingin mengingatkan diri hamber dan member~

der, Allah TAK AKAN UBAH nasib lu der kalau lu sendiri TAK NAK UBAH.
usaha der~
usaha der~
usaha der~

aku nak tengok muka sorang sorang grad sesame.

serius!


...............

aku tak cakap kalau aku tak pernah buat.
post ni tak membuka pekung didadakan ?

sekian.

Wednesday, April 14, 2010

Chapter 30: aku nak jadi lain.

Assalamualaikum,

aku sedikit sudah berubah kebelakangan ni. aku yang rancang.

aku rancang nak jadi seorang mahasiswa yang rajin. poyo? takdala. aku serius!

aku nak betulkan balik niat aku datang Jordan ni. aku seringkali tersungkur. tertipu. terleka. daripada tujuan aku datang sini sebenarnya.

aku nak jadi mahasiswa yang cemerlang. tak kisah la result aku gempak ke tak. tapi yang penting aku akan cuba untuk jadi seorang yang rajin. sekurang-kurangnya Allah nampak usaha aku. Allah nak bagi ke tanak. itu kuasa Dia. aku redha aja.

aku tak ingin lagi belajar suka suka. aku tanak lagi jadi malas. aku tanak lagi buang masa.

TANAK tu mcam syadid sangat. ok la. aku nak kurangkan lah. kang kalau aku kata TAKNAK orang cakap, aku kata tak serupa bikin pulak. blik aku terleka. aku manusia. tak lari daripada lupa.

.........................

aku nak mintak maaf dengan sesiapa yang terasa macam aku kelam kabut kebelakangan ni. aku macam kurang lepak sikit.

aku seriusly nak kurang spare time aku. aku CUBA nak isikan dengan benda berfaedah sdikit.

aku rasa aku kurang pandai. banyak benda aku kena cover.

aku tetiba rasa masa tu memang perlu dikejar. kalau tak, habis macam tu ja.


aku tak mahu lagi kehidupan aku dalam satu hari tu takdapat apa apa/

pergi lecture balik lecture.
bila ditanya dapat apa?
"kejap eh nk tgk buku kejap"

tak nak macam tu.

................

aku baru sedar satu benda. bukan sedar. teringat balik. aku sepatutnya belajar bukan untuk tewaskan orang lain dengan markah tinggi tinggi. aku belajar untuk diri aku sendiri. aku usaha untuk diri aku sendiri. kepuasan aku sendiri. bukan nak tengok orang lain berada di bawah aku dengan rasa kepuasan. kononnya, aku lagi hebat. aku tanak perasaan camtu. Ya Allah, jauhkan aku daripada sikap entah pape tu!

aku tanak tipu. kadang kadang perasaan riak. tu muncul bila kita buat sesuatu yang orang lain tak leh buat. orang tak kata riak. orang slalu kata mcam bangga. tapi bagi aku, bangga ni boleh jadi riak. aku takut. riak ni boleh tukar aku jadi teruk. serius.

aku rancang nak jadi mahasiswa yang menuntut ilmu bukan semata mata untuk exam. tapi untuk kegunaan dalam kehidupan. memanfaatkan semua orang.

aku baru terasa dengan ayat 'ilmu itu cahaya'. sebenarnya dah banyak kali perasan. tapi tak pernah sedar. sekjap je sdar. harp harap aku sdar betul betul kali ni.

ilmu ni macam cahaya. tak boleh tembus dekat benda gelap. kalau dalam konteks ilmu, hati aku takleh gelap kalau aku betul betul nak cahaya tu. selama ni aku duk gelapkan hati aku ja. bajet ape? aku tak bajet ape. aku serius.

dalam soal ibadah, semua orang boleh buat. yang membezakan ialah kita istiqamah ke tak. bagi istqamah tu, aspek yang paling susah aku nak capai. kita semua boleh bertakwa, tapi takat mana kita boleh bertakwa kalau kita tak istiqamah?

aku taknak bajet baik. sebab kalau aku bajet baik, tak dapat pape pon melainkan tohmahan manusia. biar Allah judge aku.
tetibe aku terfikir yang
kan seronok kalau semua benda yang aku buat kerana Allah.
namun..
belum lagi.
................

perempuan bertudung kalau tak pakai baju ketat, serius cantik dan menawan!
sila amik nota!
tetiba fikir kahwin lambat lagi seronok. yeahh!


sekian

Sunday, April 11, 2010

Chapter 29: Kekurangmatangan.

Assalamualaikum,

member aku dah mula komplen kata aku semakin malas menulis. aku pelik. bila aku tulis panjang dia komplen. bila aku tulis pendek. dia komplen. geram aku. haishh.

papepun, terima kasih kerana sudi baca blog aku.


.................

sejak kebelakangan ni aku semakin sedar akan kekurangan dalam diri aku ni.
dulu ni macam syok sendiri tak tentu pasal sampai terlupa kekurangan diri.


aku kekurangan aspek kematangan dalam diri aku.

aku sekarang dah masuk dunia universiti tetapi masih macam tidak sedar yang aku ni budak universiti. perangai lagi masih macam budak sekolah yang belajar hanya bila cikgu suap.

masa pun kelam kabut tak tentu arah. takkan nak kena tunggu warden ada baru aku ikut masa.

kehidupan pula, agak macam nak enjoy aja selalu. kadang kadang terlupa misi asal datang sini.
main bola, main juga. tapi study jangan lupa.

ketidakmatangan diri aku menyebabkan kadang kadang aku terlari daripada misi dan objektif aku datang ke Jordan ni.

Rancang nak belajar, tapi terasa macam aku terlebih buat benda lain berbanding BELAJAR.

..............

aku baru sedar yang kadang kadang aku bajet hot. nak pakai tu la. pakai ni la. bajet bergaya ke ape.

konon konon macam nak trendy tapi kadangkala makan diri sendiri.

duit kerajaan bagi untuk biaya aku belajar dekat cini tapi aku guna untuk shopping pula dekat Amman.

Aku kena ubah gaya hidup aku ni. aku tak boleh terus jadi macam ni. walaupun banyak duit kerajaan bagi tu banyak.

tapi patut ke aku belanja berlebihan untuk semua benda benda camtu?

aku tersilap langkah mungkin. terlalu ghairah nak berfesyen sampai terhabis duit rakyat. tak la habis. termembazir. kecewa rakyat kalau dorang tau aku guna duit dorang bershopping tanpa arah.

dulu aku tak pernah pun pakai zara, topman,pull n bear, lee cooper dan etc.
aku hanya dengar je nama nama tu. aku hanya guna baju baju keluaran reject shop aja.

tapi bila diuji dengan duit rakyat, aku dah berjaya pakai semua benda tu walaupun tak banyak mana.
tapi tak sedap hati pulak bila aku biasakan hidup aku dengan hidup mewah.

aku bukan berasal daripada keluarga mewah.
aku bukan berasal daripada keluarga mewah.
aku kena sedar diri. kalau tak sedar diri, suka suka ja aku habiskan duit rakyat tak tentu pasal.
biar aku sedar siapa diri aku sebenarnya.

orang biasa yang tidak layak memakai Zara kerana menggunakan duit rakyat untuk membelinya.
kalau mak bapak aku kaya raya bagi duit, tak pe la jugak.


aku tak nak cakap orang lain. aku tak tuju kan post ni untuk sesiapa melainkan untuk renungan bagi aku ni.

aku beli zara guna duit rakyat. kalau rakyat rakyat yang susah, miskin dekat malaysia baca benda ni, agak agak dorang sedih tak?



dorang susah susah nak hidup. aku senang senang ja guna duit rakyat untuk kehndak aku semata mata dan bukan keperluan.

kepandaian yang Allah bagi dekat aku sampai aku dapt duit biasiswa bukan untuk aku shopping tak tentu arah.

shopping, shopping gak. tapi jangan berlebihan. sekadar yang mampu. sedar diri najib. kau tu siapa?

duduk shah alam. tak semestinya kaya ye!
..............

aku tak tulis post ni kalau aku tak pernah buat.