Wednesday, April 14, 2010

Chapter 30: aku nak jadi lain.

Assalamualaikum,

aku sedikit sudah berubah kebelakangan ni. aku yang rancang.

aku rancang nak jadi seorang mahasiswa yang rajin. poyo? takdala. aku serius!

aku nak betulkan balik niat aku datang Jordan ni. aku seringkali tersungkur. tertipu. terleka. daripada tujuan aku datang sini sebenarnya.

aku nak jadi mahasiswa yang cemerlang. tak kisah la result aku gempak ke tak. tapi yang penting aku akan cuba untuk jadi seorang yang rajin. sekurang-kurangnya Allah nampak usaha aku. Allah nak bagi ke tanak. itu kuasa Dia. aku redha aja.

aku tak ingin lagi belajar suka suka. aku tanak lagi jadi malas. aku tanak lagi buang masa.

TANAK tu mcam syadid sangat. ok la. aku nak kurangkan lah. kang kalau aku kata TAKNAK orang cakap, aku kata tak serupa bikin pulak. blik aku terleka. aku manusia. tak lari daripada lupa.

.........................

aku nak mintak maaf dengan sesiapa yang terasa macam aku kelam kabut kebelakangan ni. aku macam kurang lepak sikit.

aku seriusly nak kurang spare time aku. aku CUBA nak isikan dengan benda berfaedah sdikit.

aku rasa aku kurang pandai. banyak benda aku kena cover.

aku tetiba rasa masa tu memang perlu dikejar. kalau tak, habis macam tu ja.


aku tak mahu lagi kehidupan aku dalam satu hari tu takdapat apa apa/

pergi lecture balik lecture.
bila ditanya dapat apa?
"kejap eh nk tgk buku kejap"

tak nak macam tu.

................

aku baru sedar satu benda. bukan sedar. teringat balik. aku sepatutnya belajar bukan untuk tewaskan orang lain dengan markah tinggi tinggi. aku belajar untuk diri aku sendiri. aku usaha untuk diri aku sendiri. kepuasan aku sendiri. bukan nak tengok orang lain berada di bawah aku dengan rasa kepuasan. kononnya, aku lagi hebat. aku tanak perasaan camtu. Ya Allah, jauhkan aku daripada sikap entah pape tu!

aku tanak tipu. kadang kadang perasaan riak. tu muncul bila kita buat sesuatu yang orang lain tak leh buat. orang tak kata riak. orang slalu kata mcam bangga. tapi bagi aku, bangga ni boleh jadi riak. aku takut. riak ni boleh tukar aku jadi teruk. serius.

aku rancang nak jadi mahasiswa yang menuntut ilmu bukan semata mata untuk exam. tapi untuk kegunaan dalam kehidupan. memanfaatkan semua orang.

aku baru terasa dengan ayat 'ilmu itu cahaya'. sebenarnya dah banyak kali perasan. tapi tak pernah sedar. sekjap je sdar. harp harap aku sdar betul betul kali ni.

ilmu ni macam cahaya. tak boleh tembus dekat benda gelap. kalau dalam konteks ilmu, hati aku takleh gelap kalau aku betul betul nak cahaya tu. selama ni aku duk gelapkan hati aku ja. bajet ape? aku tak bajet ape. aku serius.

dalam soal ibadah, semua orang boleh buat. yang membezakan ialah kita istiqamah ke tak. bagi istqamah tu, aspek yang paling susah aku nak capai. kita semua boleh bertakwa, tapi takat mana kita boleh bertakwa kalau kita tak istiqamah?

aku taknak bajet baik. sebab kalau aku bajet baik, tak dapat pape pon melainkan tohmahan manusia. biar Allah judge aku.
tetibe aku terfikir yang
kan seronok kalau semua benda yang aku buat kerana Allah.
namun..
belum lagi.
................

perempuan bertudung kalau tak pakai baju ketat, serius cantik dan menawan!
sila amik nota!
tetiba fikir kahwin lambat lagi seronok. yeahh!


sekian

6 comments:

faiq zaini said...

ganbate nagib..

shena said...

bagus2,,keep it up!

azam farhan said...

Belajar kerana Allah brader~ baru Ilmu senang masuk~

Berd said...

kalau benda kita amalkan semata untuk nama buruk padahnya. sama hal la tu dengan bajet baik.

kawin tu tak kemana.

wakaka

zul_akhyar said...

aku ajk stadi xnak..

nur said...

good luck najib !