Sunday, April 11, 2010

Chapter 29: Kekurangmatangan.

Assalamualaikum,

member aku dah mula komplen kata aku semakin malas menulis. aku pelik. bila aku tulis panjang dia komplen. bila aku tulis pendek. dia komplen. geram aku. haishh.

papepun, terima kasih kerana sudi baca blog aku.


.................

sejak kebelakangan ni aku semakin sedar akan kekurangan dalam diri aku ni.
dulu ni macam syok sendiri tak tentu pasal sampai terlupa kekurangan diri.


aku kekurangan aspek kematangan dalam diri aku.

aku sekarang dah masuk dunia universiti tetapi masih macam tidak sedar yang aku ni budak universiti. perangai lagi masih macam budak sekolah yang belajar hanya bila cikgu suap.

masa pun kelam kabut tak tentu arah. takkan nak kena tunggu warden ada baru aku ikut masa.

kehidupan pula, agak macam nak enjoy aja selalu. kadang kadang terlupa misi asal datang sini.
main bola, main juga. tapi study jangan lupa.

ketidakmatangan diri aku menyebabkan kadang kadang aku terlari daripada misi dan objektif aku datang ke Jordan ni.

Rancang nak belajar, tapi terasa macam aku terlebih buat benda lain berbanding BELAJAR.

..............

aku baru sedar yang kadang kadang aku bajet hot. nak pakai tu la. pakai ni la. bajet bergaya ke ape.

konon konon macam nak trendy tapi kadangkala makan diri sendiri.

duit kerajaan bagi untuk biaya aku belajar dekat cini tapi aku guna untuk shopping pula dekat Amman.

Aku kena ubah gaya hidup aku ni. aku tak boleh terus jadi macam ni. walaupun banyak duit kerajaan bagi tu banyak.

tapi patut ke aku belanja berlebihan untuk semua benda benda camtu?

aku tersilap langkah mungkin. terlalu ghairah nak berfesyen sampai terhabis duit rakyat. tak la habis. termembazir. kecewa rakyat kalau dorang tau aku guna duit dorang bershopping tanpa arah.

dulu aku tak pernah pun pakai zara, topman,pull n bear, lee cooper dan etc.
aku hanya dengar je nama nama tu. aku hanya guna baju baju keluaran reject shop aja.

tapi bila diuji dengan duit rakyat, aku dah berjaya pakai semua benda tu walaupun tak banyak mana.
tapi tak sedap hati pulak bila aku biasakan hidup aku dengan hidup mewah.

aku bukan berasal daripada keluarga mewah.
aku bukan berasal daripada keluarga mewah.
aku kena sedar diri. kalau tak sedar diri, suka suka ja aku habiskan duit rakyat tak tentu pasal.
biar aku sedar siapa diri aku sebenarnya.

orang biasa yang tidak layak memakai Zara kerana menggunakan duit rakyat untuk membelinya.
kalau mak bapak aku kaya raya bagi duit, tak pe la jugak.


aku tak nak cakap orang lain. aku tak tuju kan post ni untuk sesiapa melainkan untuk renungan bagi aku ni.

aku beli zara guna duit rakyat. kalau rakyat rakyat yang susah, miskin dekat malaysia baca benda ni, agak agak dorang sedih tak?



dorang susah susah nak hidup. aku senang senang ja guna duit rakyat untuk kehndak aku semata mata dan bukan keperluan.

kepandaian yang Allah bagi dekat aku sampai aku dapt duit biasiswa bukan untuk aku shopping tak tentu arah.

shopping, shopping gak. tapi jangan berlebihan. sekadar yang mampu. sedar diri najib. kau tu siapa?

duduk shah alam. tak semestinya kaya ye!
..............

aku tak tulis post ni kalau aku tak pernah buat.

3 comments:

Anonymous said...

http://hamiasraff.blogspot.com/2010/04/surat-daripada-syaitan.html

entry ini sesuai untuk anta :)

Berd said...

kematangan ko tu standard umur la.
ko nak matang tahap mana lagi?
tak puas hati lagi ke?meh datang rumah aku. aku jamu teh tarik kat kau.

wakaka

-hazen said...

blog ni memang terbaik ah!.