Friday, April 2, 2010

Chapter 23: Aku menyirap betul dengan makhluk sebegini.

Assalamualaikum,

Lama aku tak buat chapter. aku tiada idea nak tulis apa sebab hari macam biasa ja semua. tapi hari ni aku ada point baru nak tulis dalam blog aku ni. panas point ni.

...............

Tadi aku pergi masjid solat maghrb berjemaah. alhamdulillah. dapat juga aku pergi.

tak payah highlight pasal aku pergi masjid tu. sebab ramai je pergi masjid. aku cuma nak highlight masa lepas aku solat tadi.

Lepas solat, macam biasa jumpa member melayu. salam salam. tanya khabar. padahal dah tanya banyak kali. satu hari boleh kata tiap kali jumpa. duk tanya khabar ja. mantap gila la. ikut orang arab punya gaya. ini budaya murni. serius aku terikut ikut. :)

okay terus kepada cerita dia. kemudian sampai pula pusingan aku jumpa dengan seorang jejaka melayu yakni kenalan aku juga. salam macam biasa lah. senyum semua.

tapi tiba tiba aku dengar dia cakap

" kau tak da seluar lain ke? kurang sopan la seluar pakai ni?"

nasib baik aku cool. aku cover dengan kata seluar tu biasa ja sambil tanya member yang lagi satu. tapi dia pun macam jawab tak jawab. aku tak kisah pun.

aku pakai seluar jeans yang skinny tu. dia kaler luntur. aku beli 2 bulan lepas. siapa yang penah tengok tu. dia tau la.

seluar tu skinny biasa ja. tapi aku anggap jejaka tadi dia mungkin jarang tengok manusia pakai macam aku pakai ni dekat malaysia. aku ni KONONNYA kuat bergaya.

sebelum papa, aku nak cakap. aku tak berniat nak pakai seluar tu bukan nak bergaya gaya dekat masjid. nak tunjuk jemaah lain yang aku seluar skinny ke apa. tapi aku pakai sebab aku nak pakai. daripada aku tak pakai, biarkan ja. kan membazir.

kalau soal sopan tak sopan tu. terserah lah. aku nak bidas pun. itu ikut persepsi masing masing. tapi bagi aku seluar aku ni biasa ja. tutup aurat. nak kata ketat? takda la ketat mana pun. bukannya nampak papepon. tapi tu la. aku bukannya perempuan. kalau aku permpuan. memang betul la tak sopan.

aku cuba husnozon anggap jejaka tu tak biasa tengok seluar skinny macam ni yang konon kononnya stylo bagi aku. aku ok aja.

aku bukan nak pertahankan benang yang basah. kalau seluar tu tak elok, ok fine tak elok! aku boleh pakai seluar lain tapi aku kurang senang hati dengan cara jejaka tu tegur aku.

aku serius geram dengan orang orang camni. nak tegur orang tapi tak reti. tak reti reti nak faham perasaan orang. bajet kau sorang ja ada perasaan?

aku ulang aku tak kisah kalau aku punya silap pun. mungkin aku kurang titik berat hal tu. tapi aku nak titik berat the way jejaka tu tegur. aku rasa kalau orang lain. sure dia dah melenting n kena maki free free ja.

bagi aku, orang macam ni lah yang merosakkan industri pendakwahan dekat dunia ni. nak tegor orang. nak buat amal maaruf nahi munkar. tapi tak pandai nak bajet. tak reti nak tackle manusia lain.

aku tak da la reti nak berdakwah ni. ilmu pun tak cukup. tapi tu la. aku hanya nak luahkan perasaan dkat orang yang dikategorikan CUKUP ilmu tu. kalau nak tegur orang pun, kena lah pada caranya. jangan la tegor suka ati mak bapak kau ja. kalau adik kau, tak kisah la. ni orang lain kot.

kalau nabi ada lagi dengan kita, aku rasa. nabi pun tak setuju dengan kau punya cara. aku tak cakap aku macam nabi. tapi kau sendiri fikir la. common sense sendiri.

aku bukan nak malukan kau ke apa. tapi kau tau tak cara kau ni buat orang BENCI dekat kau.

BENCI dekat kau.

kau boleh cakap " kalau nak berjuang dekat Jalan Allah tu biasa lah kena uji"
tapi, kau silap. uji tu memang tetap kena uji. selagi mana kita boleh ubah tu. kita ubah la.
sekadar cara nak berdakwah tu. kau boleh ubahkan ? jadi ubah lah. soal dia nak terima tak terima tu cerita lain. jangan kau buat dakwah, tapi orang lagi semakin menyampah dengan kau.

manusia ni Allah bagi hati yang lembut semuanya. sekeras mana pun hati dia. ada juga lembutnya. tapi tu la. kau kena lah tau cara nak 'berlembut' tu. berlembut tapi tegas.
tak ke okay gitu?
takda la orang nak maki maki kau.

aku cakap ni bukan sebab aku nak cakap aku hebat. aku ilmu pun tak cukup. tapi aku rasa tak slah bagi aku untuk luahkan benda benda camni yang aku anggap penting utk orang orang banyak ilmu diluar sana.

tak cukup ilmu manapun, kita tak boleh lari dari tugas nak 'berdakwah' antara satu sama lain. tak kisah lah dengan cara apa pun. aku sentiasa ingatkan dekat diri aku yang kekurangan ni.

jejaka, kalau kau baca aku punya post ni. aku minta mintak sangat kau berubah. demi kepentingn kau, orang lain dan islam tu sendiri.

jangan rosakkan industri dakwah tu sendiri.

aku tak malu nak mengaku bersalah. tapi aku malu bila kau tegur macam tu.
sebab aku ada perasaan. aku cakap jujur ni.

aku ulang, aku tak malu nak mengaku bersalah, tapi aku malu bila kau tegur macm tu/
sebab aku ada perasaan. aku cakap jujur ni.

agak kurang bijak la juga kalau kau pandai jaga hubungan dengan Allah tapi dengan manusia sendiri main hentam keromo ja.. and vice versa.


................

Blog lama aku dah tak seaktif dahulu. bagi tazkirah semua. bukan sebab aku berubah ke apa. tapi aku terasa takut tiba tiba. sebab kalau aku duk ingat kan orang, tapi diri sendiri tak teramal. apa gunanya. ayat quran pun cakap Allah cukup marah dengan makhluk yang cakap tak serupa bikin. jadi, sebab tu wujudnya belog ni. kalau kau rasa ada benda yang baik, kau amikla. kalau takda, kau biarkan lah. aku tak boleh tipu korang. hidup ni tak semuanya indah. jadi biar kau tau sendiri hidup aku macam mana. bukan untuk publisiti. tapi untuk saling mengingati.

aku ada rancangan lain untuk belog lama aku tu.
just wait and c.

sekian.



perasaan sedikit redha selepas orang yang cakap tu minta maaf dkat aku.
. tapi tu la. perkataan minta maaf tu memang menyejukkan hati walaupun masing masing ada silap.
aku buat post ni bukan nak api apikan orang supaya benci orang macam ni.
tapi tu la hakikat hidup,
manusia sentiasa lakukan kesilapan dalam keadaan dia fikir benda tu betul.
aku harap korang tak tertanya tanya siapa jejaka ni. sila amik iktibar sahaja.
ingin aku ingatkan, setiap manusia punya kelemahan, jangan kita nilai seseorang tu terus pada kelemahan dia tanpa melihat kepada kelebihan yang dia miliki.
semoga Allah memberkati dia.
0-0.

9 comments:

Berd said...

entahlah ko ni.
dok pakai seluar tu je.
dah la beli kat balad.
ko ingat ko hensem?
kacak?
ceh. aku lagi hensem lah!

kahkahkah.

komeng komeng.
besa la tu.
memang ramai aku jumpa jenis macam tu.
nak menegur kena lah tgk keadaan org yg nak ditegur.

takpun mybe dia tu jenis terbiasa cakap lepas kot.
ramai je macam tu. kalau boleh tegur dia balik dgn cara baik.

aku rasa
aku tau sapa mamat tu.
serius.
hahahaha

aku memang tak puas hati ngan dia tu.
dah la tunjuk pandai depan aku.
cilakak!

W M Najib said...

hehehe
yela berd. aku faham kau hensem.

tu la pasal. aku kesian dkat orang macam ni. takpela. aku anggap tu kelemhan dia sbg manusia biasa.

kau kenal? yoyo je kau.

aku harap harap dia baca.
:)

W M Najib said...

btw,
bukan seluar balad okay!

AMMAN PUNYE!
:P

-hazen said...

apa seluar kau tu ada lubang di kemaluan?

apahal dia nak bising-bising.

LuRveHaTeR said...

salam alaik~

yooo guys..cooolll...jgn panas2 ok~ soifi x msuk agy..hehe *agk hmbr en??sorry~ -_-

cm nih laa..buang yg keruh,amik yg jernih..nk trase taper,tp jgn smpn dlm ati,okay???

nih bru sket yg kau jmpe..future nti,lg mcm2 jnis prangai yg kau kne deal...sbr jer bnyk2..innallaha ma'assobirin...*snyum sket..allah da jnji nk bsama ngan kau tuhh..haaa =p

just take it like dis..kdg2 kte x sdr yg kte pnh lukakn org..n yg slalu kte nmpk yg tidak2 jer pd org..asik nmpk org jer yg sakitkn kte..mgkin kau pnh sakiti org len yg kau x sdr..n sbb tuh ALLAH takdirkn kau kne ksakitan yg cm nih..kte tataw kn??

just anggap ianya salah satu dr kifarah dosa laa,bro..bsgka baik dgn ALLAH k??HE loves u more..dats y he gve u dat kind of test...

*sonok plak aku mbebel kat blog kau cm nihh..haha..take care =]

erk.. said...

easy.u're changing!

Anonymous said...

woww.
mungkin dia x bermaksud kot.
"what u give,u get back"
remember.
yang baik ambik jadi teladan.
yang buruk tuh,tingal2kan.
=p

W M Najib said...

ok then
thanx guys.
aku tak bermaksud untuk memalukan mana mana pihak ye,
mungkin diri sndiri ni ada kelmahan gak
bkan mgkin
memang pon,
so. 0-0
tawakal kepada Allah.

Anonymous said...

the prophet's methods of correcting people's mistakes by muhammad salih al-munajjid