Sunday, August 26, 2012

Chapter 202: Rumah tak seberapa nak terbuka.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah. selesai akhirnya open house hari raya tertutup aku, marwan, hakim dan saiful yang telah dirancang sekian lama.

Ini open house kedua yang pernah aku buat dekat rumah ini selepas open house pemanasan rumah sewaktu baru pindah rumah masa first year dahulu.

Dup dap dup dap hati dibuatnya memandangkan tenaga kerja yang ada tidak lah begitu banyak mana. Jemputan yang telah aku sebarkan macam banyak. Anggaran pun sangat sukar nak dilakukan.

Sebab tu, tak buat secara besar-besaran.saya memohon maaf kepada yang tidak dijemput secara terus.

............

Aku tak pasti semenjak bila budaya open house akhawat-syabab ini mula diperkenalkan di Irbid ini. Pada mulanya aku agak kekok bila tahu ada syabab buat open house jemput akhawat.

Tetapi apabila diperhatikan jumlah pelajar yang tak begitu ramai dekat irbid ini, aku rasa tidak salah sekiranya nak memeriahkan lagi hari raya bagi mereka-mereka yang diperantauan ini, diadakan open house secara besar-besaran.

Peluang ikhtilat? aku rasa benda tu dah tak sevalid mana. insyaAllah orang semakin  membesar semakin profesional. dah tahu batasan apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh buat.

Isu ikhtilat ini sepatutnya isu yang dah perlu diselesai untuk orang belajar di universiti. batasan pergaulan semua sepatutnya dah harus faham. Bila kita kata faham, sememangnya pada hakikat masih ada orang yang mengamalkan pergaulan  bebas tidak terkawal. Maksud aku, aku yakin insan-insan yang berada di Jordan ini memliki kewarasan akal dan iman yang relatively seimbang dan tidak mebimbangkan. turun naik itu perkara biasa.

Dah besar panjang, mesti tahu apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat.

Kendatipun, sebahagian bimbang dengan golongan yang suka ambil kesempatan sehinggakan sebahagian itu terus bertindak syadid.

Pencapaian terbaik pada hari ini ialah bila ada akhawat yang aku tak pernah sangka datang, datang beraya di rumah aku. terkejut + terharu. terima kasih sudi datang. sesyadid-syadid enti, masih sudi meraikan rumah terbuka ehna yang tak seberapa ini.

Semoga keredhaan Allah itu sentiasa kita kecapi.

...........

Kebelakangan ni, jemputan open house banyak lah juga. Seronok sungguh rasanya, rasa lagi meriah dari malaysia boleh kata.

Walaupun, makanan yang disediakan tiada lah begitu 'malaysia' mana. tapi usaha untuk kumpulkan orang melayu dalam satu tempat, itu sudah cukup buat rasa suasana malaysia tu.

Rumah Ustaz Saifuddin setakat ini yang punya rating paling tinggi.

Kepelbagaian juadah yang dihidangkan menyebabkan aku jealous tak kesudahan, bagaimana ustaz boleh miliki zaujah yang hebat sungguh memasak?

Kenangan yang tak boleh dilupakan ialah bila terjumpa abang tiger AKA tiger nilam.

Percakapannya kadangkala memancarkan nilai keilmuannya yang tersembunyi. tetapi bila dia start guna harsh words kutuk orang-orang lain, aku dah mula tak sedap hati.

paksa diri untuk bersangka baik. teman lain semua dah berasap telinga dalam diam.

dia kutuk PAS lebih-lebih, manakan tidak?

............

Hidup ini perlu ada wawasan. apa yang kita nak kecap, apa yang kita nak capai.

jangan main lenjan sahaja. Gariskan target yang kita mahu. Tetapkan masa dan tempoh untuk kita kecapi.

Jangan banyak bertangguh. Allah tak suka orang bertangguh.

hiduplah duhai jiwa yang semakin gersang.

wasalam.

Friday, August 24, 2012

Chapter 201: Kembali.

Assalamualaikum WBT,

Aku tekad untuk tukar kembali link blog ini kepada link asal dengan harapan aku dapat sumbang sesuatu kepada para pembaca blog ini jika ada.

Aku terasa sesuatu kekurangan, apabila dah lama tak menulis dalam blog ini.

Blog ini umpama diari hidup aku yang boleh dibacai oleh semua orang demi mengutip pengajian sekiranya ada. Dalam waktu yang sama, aku rasa puas bila aku dapat luahkan sesuatu dengan menulis

Aku tahu pasti ada yang bisik, nak luah tu, luah dekat Allah je lah akhi oi.

tak salah pun kan akhi nak luahkan dekat manusia?

............

Seingat dahulu, idea nak menulis tu petik jari sahaja boleh datang. Tiap-tiap hari, aku akan cari sesuatu event yang pelik dan menarik yang boleh dijadikan sebagai satu cerita, untuk dijadikan pengajaran.

Hari demi hari, aku fikir semakin aku tulis dekat blog ini aku jadi tidak matang. Luahan pun  ada masa tu adanya jiwang. adeh, sedih aku membacanya sendiri.

InsyaAllah, aku cuba  menjadi lebih produktif dengan membawa isu-isu yang lebih penting di sisi masyarakat setempat.

Paling kurang, aku boleh muhasabah balik apa yang telah aku lakukan seharian dengan orang lain.

Semoga aku tidak suka mencari kesalahan orang lain dengan mudahnya.


...............

Tak pasal-pasal saiful azmi ni jadi bestfriend aku. haha.

Main game sama-sama, makan sama-sama, solat pun sama-sama.

Nasib baik lah kau ada. kalau tak, kesunyian aku di rumah.


Sekian.