Saturday, February 27, 2010

chapter 7: aku rasa aku nak kahwin.

Assalamualaikum,

Aku rasa aku nak kahwin bila aku tengok kawan aku baru aja kahwin 2 minggu lepas. Haha. Bajet kahwin ni macam main main je aku ni.

Tapi aku seriusla . Kalau parents aku bagi permission aku kahwin. Aku akan kahwin juga dalam masa terdekat ni. Tapi malangnya, parents aku suruh aku tamatkan pengajian 5 tahun dekat Jordan dulu. sedih lol.

Takpe, aku belum tahap kena 'wajib' kahwin lagi. Tambahan, aku tak cukup duit nak sara isteri aku nanti. Kang tak pasal pasal pulak aku kena kutuk orang ramai tak reti jaga isteri. Aku tak nak macam tu.

Aku fikir fikir, kalaulah aku diberi peluang untuk kahwin dalam masa terdekat ni. Pasti aku seronok gila. Weh, siapa tak seronok bila kahwin. Bukan soal tu weh! kau otak kuning. Tapi bila kau kahwin, aku rasa mesti kepuasan hidup dapat kau kecapi. Tak kisah la isteri kau tak cun mana pun! lol.

bohonglah kalau aku cakap aku tak nak bini aku cantik. Kalau dia tak cantik, gua tak akan kahwin dia la kot. kecantikan itu terletak pada mata pemerhatinya. Kalau kau kata tak cantik, aku tak kisah sebab aku tau yang aku pemerhati dia!

aku nak bini orang biasa. Dulu aku suka seorang budak. Dia budak medik. Tapi aku tatau aku masih suka lagi ke tak. aku tak pasti aku reserve hati untuk dia ke tak. Kalau boleh, aku nak bini aku cikgu ke ustazah ke. Ustazah? kalau aku tak layak, aku akan cuba layakkan diri untuk dia. Bukan apa, aku nak didikan yang terbaik untuk anak anak aku. aku rasa doktor terlalu sibuk. Dan mereka terlalu berfikiran akademik sangat. Kalau orang biasa ni, aku tau dia pasti akan tahu hidup susah. survival skills mungkin lebih tinggi. Kalau bini aku doktor, nanti aku takut anak anak aku terlalu mewah sampai jadi leka tak kenal ukhrawi. Kalau bini aku ustzah, aku tak perlu bimbang sangat dengan anak anak aku. Aku yakin bini aku dapat bimbing dorang terbaik! aku pun kurang sket. Mungkin dia boleh bimbing aku juga!

Aku tak gatal. Aku belum gatal lagi untuk kahwin. Aku boleh tunggu lagi. Aku mahu habiskan hidup bujang aku dahulu dekat Irbid ni. Ada hikmahnya mak bapak aku tak bagi aku kahwin dulu. Banyak benda aku tak settle kan lagi. Dan aku terlalu remaja untuk jadi seorang bapak yang berwibawa.

Aku suka budak kecik. Aku tatau kenapa. bukan nak kata aku ni ada sikap kebapaan. tapi kalau bakal bini aku baca ni, aku warning dia awal awal, aku nak anak anak yang comel! haha. gurau aja. cukup aja lah yang sehat sejahtera.

terlalu awal merancang? oh tidak. aku rasa tak salah aku berangan awal.
Dulu dulu, masa dekat sekolah sebelum aku dapat 11a. aku selalu berangan aku dapat 11a walaupun masa tu result aku macam ape ntah.


Kita ada rancangan, Dia pun ada rancangan. Tapi rancangan Dia lagi besar dari kita punya!

Jadi, aku tak terlalu mengharap.

semoga semua berjalan lancar.
aminn

sekian.

chapter 6 : mentaliti manusia pelik.

Assalamualaikum,

oho, alhamdulillah, hari ni keja aku dah settle bkasj. Aku dah siapkan segala medal aku dengan bantuan senior aku. Tak lupa juga Yang Esa. Kalau Dia tak bagi aku buat, dah tentu aku tak dapat buat apa apa langsung.


173 medal aku tampal untuk event esok. Aku dengan senior aku. Bangga dan puas hati bila tengok dapat buat medal tu.

Aku pelik dengan bkasj. Ramai orang tapi yang buat kerja yang sikit. Sepatutnya ramai orang, ramai tenaga lah. Tapi lain pula jadi nya. Aku tatau salah siapa. Secara jujurnya, aku jeles tengok KMKJ. Walaupun dorang tak seramai BKASJ, tapi tetap ramai la bagi aku. Dorang semua macam senang je buat keja suma.

aku bukan nak merungut pasal aku buat keja dalam event esok. Aku tau la aku baru first time. tapi tak salah kan kalau aku luah sesuatu untuk kebaikan semua pihak. Aku takda masalah dengan AJK utk event nanti. cumanya aku nak tanya, mana ahli bkasj yang lain? jangan sekadar nama bkasj ja. Tapi malas nak terlibat. Okay, aku junior. aku tau aku patut senyap. Tapi hanya nak berkongsi.

Semua pihak perlu fikir kenapa masalah macam ni boleh muncul. Ada orang fikir benda ni kecik je. Tapi aku benda ni tetap besar. Event kalau nak buat banyak banyak bagus! tapi kalau penglibatan AJK kurang. tiada guna nya!. Orang lain terlalu mengharapkan orang atasan untuk buat kerja. Aku kesian tengok muka senior senior sama saja yang asik buat kerja. Mungkin senior lain terlalu sibuk untuk belajar.Mungkin begitu!

takpa, abaikan. mungkin belum masa aku lagi nanti. aku baru muda dekat sini.

.....

Aku rasa dekat sini tiap tiap minggu ada je program. aku mula mula suka sebab macam aktif sangat so budak budak tak lah boring. tapi lama lama aku rasa naik menyampah pulakk. Program tu la. Program ni lah. Program nun lah.

Okay. kau akan cakap program tu untuk merapatkan ukhuwah. Mengisi masa lapang dengan benda berfaedah. memberi nilai tambah. dan macam macam lagi. Okay, aku tak nafikan semuanya tu. Lebih bagus lah daripada tengok movie dan bermain PES di rumah. Benar benar benar!

Namun, kadangkala budak budak terasa terikat dengan aktiviti aktiviti. Mahupun AJK program tu sendiri. Mungkin niat masing masing suci untuk manfaatkan dekat orang lain. Tapi, kau rasa orang lain dapat manfaat tak dari apa yang kau buat tu?so far apa yang aku perasan masyarakat dekat sini macam takde banyak kesan pun kalau balik dari mana mana event mahpun program. Aku pun tatau kenapa cumanya aku masih lagi terfikir fikir kenapa. Tak cukup ke dengan program program yang diwujudkan untuk membentuk sahsiah diri masing masing dekat sini?

Aku pelik. Dekat sini kadang kadang ada je krisis bajet. Bajet kewangan lari. Setahu aku dekat sini semuanya kaya kaya belaka. tak kisah la perseorangan ke kumpulan ke pertubuhan ke atau apa apa je le. Aku rasa kadang kadang kita terlalu guna banyak duit untuk program program yang aku rasa tak seberapa perlu. Okay, program tu perlu. Tapi duit tu tak perlu rasanya nak di spend kan. Kalau kita buat dekat tempat cokiya pun boleh je. Yang penting orang datang!

Aku pelik jugak. Dekat sini aku suka sangat dengan kelas kelas agama yang dijalankan. Bagus aku setuju sangat sangat walaupun aku pun selalu juga miss. Namun, aku masih pelik, kenapa dekat sini macam takda aja kelas tambahan ke takpun program program yang macam berbentuk ilmiah untuk budak budak yang pergi universiti. Maksud aku macam tuisyen ke. Takpun, sesuatu yang boleh tambah modal dalam otak untuk jawab exam kelak. takpun aku tak perasan lagi kot sebab aku masih baru. Kalau ada pun, mungkin tak banyak. Jadi, kalau boleh banyakkan sikit. Boleh tambah budak budak deanlist setiap tahun. aku tak minta pun kelas agama dimansuhkan! amik note tentang itu!

Aku cakap bukan sebab aku nak kritik. Aku cuma nak berkongsi. Kalau itu kau rasa satu kritikan, anggaplah, aku tak boleh buat apa apa pun. Aku cuma menyatakan kepelikan aku yang mungkin sesiapa boleh jawabkan. Aku tidak ingin menimbulkan sebarang kontroversi. Tetapi aku hanya mengharapkan sesuatu revolusi berbentuk solusi yang boleh tambah prestasi,
kalau prestasi hambar, tak payah cerita lah!

Aku bersyukur duduk sini sebab macam macam ada. Dekat sini ilmu macam permata. Cuma kena cari je pearl pearl dia tu!

Namun, aku masih gagal nak carik sebab aku rasa aku serba sedikit berubah. Tapi, aku sangat berharap aku dapat jumpa permata permata tu nanti. Kalau tak hari ni, esok lusa tulat takpun bila bila je la. Selagi nyawa aku dikandung badan.

sekian.

Friday, February 26, 2010

Chapter 5: Bila kawan jadi lawan.

Assalamualaikum,

aku pelik betul lah hari ni. Apasal aku moody sangat hari ni. Banyak benda yang tak kena. Mungkin banyak kerja aku tak settlekan lagi kot. Aku rasa nak luahankan sesuatu yang aku rasa aku asik pendam aja lah hari ni.

Aku pelik betul lah dengan manusia ni. Dulu masa mula mula kenal, bukan main baik lagi. Makan sama sama, tidur sama sama. tengok movie sama sama, buat lawak sama sama, pergi jamiah sama sama. Semua sama sama. Seakan akan semuanya manis belaka kalau kita tengok balik.

Tapi dalam keadaan semanis tu pun, kepahitan tetap ada. Kepahitan tu walaupun sedikit, dia pendam bukan main la lama. Jagi jadi sangat pahit sampai hilang segala manis yang aku cakap tadi.

Kenapa perlu dendam? sepanjang aku berkawan selama ini. tak pernah aku tengok kawan kawan aku berkelahi sehebat kawan kawan aku berkelahi dekat Jordan ni. Mungkin ini dunia baru bagi aku. Aku pun pernah berkelahi pernah bergaduhh, pernah tak bertegur dengan kawan kawn sebelum ni. Tak ramai la, sedikit je, dan skejap ja.

Orang boleh kata aku ni senang mengalah, mudah dipijak kepala, pengecut or macam macam lagi. Aku tak kisah apa korang cakap. Suka hati lah kalau kau nak cakap apa. Tapi bagi aku kalau aku gaduh dengan kawan kawan aku. Aku akan rasa tak sedap hati setiap masa. Tak kisah lah salah dia atau salah aku.

Aku tak kata aku ni terbaik dalam persahabtan. Cuma perlu ke ada pergaduhan berpanjangan dalam persahabtan sampai dah lama gila tak bertegur, walaupun dalam satu batch. Kalau gadoh tu mungkin norma persahabatan lah, tapi kalau dulu suka sama suka ,duka sama duka, dan tetiba sahaja bila gadoh tak bertegur sapa. Siapa yang geram beb tengok macam ni?

Aku mungkin tak kena apa yang kau rasa. Tapi aku pernah rasa bergadoh dengan kawan. Bukan bertumbuk lawan ke apa. Tapi cuma pasal mulut je. Percayalah, pasal mulut je kita boleh hilang seorang kawan. Jaga sikit mulut tu! Mulut kena ada insurans walaupun member member.

Selalunya bila aku bergaduh, kalau dah lama sangat buat aku tak sedap hati. Aku akan sendiri surrender dekat member aku walaupun mungkin pergaduhan kami berpunca daripada dia. Tapi aku tak kisah. Aku tak nak hilang seorang member dan akhirnya boleh buat tambah ramai lagi yang aku hilang.

Kau boleh kata kau hilang satu member tak rugi. Tapi percayalah cakap aku, kau akan rasa kerugiannya satu masa nanti. Kalau tak rasa sekarang, nanti ! Walaupun kau ada kawan sejuta manapun. Kau sefemes mana pun. Kau hilang kawan sorang tetap tak boleh diganti oleh sejuta kawan kau yang lain.

Manusia biasalah buat silap. Aku pun kadang kadang silap. Kau pun kadang kadang silap. Jangan lah amik hati sangat dekat kawan kawan kalau dorang tersilap kata pun. Nak marah boleh. tapi janganlah emosi sangat sampai berdendam. Kau jangan ego lah. Aku benci orang ego!

kalau kau nampak aku ego, kau sepak, tumbuh, dan terajang aku sambil cakap

'Weh kau ego gila la!"

biar aku sedar jika aku lupa.
jangan lupa, aku manusia.
buat silap tatkala alpa
aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa.
aku tak buat chapter ni kalau aku rasa kawan tu tak penting.

sekian.

Chapter 4: Aku cari pingat emas.

Assalamualaikum,


Wow, hari ni aku sangat sibuk. Dari pagi nak pergi kelas, akhirnya tak pergi langsung! Teruk betul aku. Aku bukan apa, bukan sengaja, bukan suka suka, tapi aku ada sebab.

Aku kena ponteng sebab aku nak habiskan kerja aku untuk BKASJ. BKASJ tu apa? cari sendiri dekat google. Aku kena uruskan untuk cari pingat pingat bagi majlis yang akan datang ni. Tu la pasal. kerja last minute punya pasal kelam kabut semuanya. Teruk betul aku.

Mula mula pergi balad. Sebelum ni aku dah pernah survey dah, dah jumpa satu kedai jual pingat. Masa aku pergi dulu dia kata dia ada simpan untuk 170. Aku nak 170 pingat untuk majlis tu. Tapi bila pergi tadi tak cukup pulak. Dia kata nak order dulu dekat luar. Geram pulak aku. Nasib baik ada senior dengan aku. Senior tu suro blah macam tu je sebab orang Arab ni banyak sangt songeh dia. Dalam kereta tadi dia kata arab banyak birokrasi. Aku pun fikir, aah. ye tak ye jugak . Baru 5 bulan dekat sini banyak birokrasi aku jumpa. Arab oh Arab.

Lepas tu aku cabut dengan senior tu pergi amman. Dekat amman macam macam ada. Maklumlah, macam kuala Lumpur tu. Irbid tu pulak macam Shah Alam. kononnya la. Tapi macam langit dengan bumi kalau kau datang sini.

Alhamdulillah, jumpa jugak pingat tu. Emas, Perak, gangsa semua ada. Nasib baik. Dia ltak 1JD setiap pingat. Nak mintak kurang 0.90 JD, mamat arab tu tak bagi pulak. sabar je la seh. beli 173 pingat. Dapat harga 17o JD. Okay la save 3 JD.

eh, banyak gila duit gune untuk transport ni. Aku kena claim dekat BKASJ ni. Tak boleh jadi. Tapi meeting plak kata BKASJ tengah nak cut bajet. Aku tak sampai hati pulak nak claim duit tambang. Takpa, aku fikirkan dulu. Hampir 12 JD weh!

Aku bukan kedekut, aku ada cerita lain yang kau tak faham tentang status kewangan aku ni. Aku bukannya kaya. Aku biasa biasa ja. Itupun kalau kau macam mana tahap biasa biasa aku.
Orang selalu ingat aku pakai hensem hensem sebab aku kaya. Aku pelik .

Arwah atuk aku ada cakap. Biar papa, asal bergaya. Bukan lah nak suruh membazir. Tapi kalau kita miskin mana pun. Jangan lah kita dressup selekeh gila atas sebab nak tunjuk kita miskin. tak payah la macm tu kau oi! Beserdahana sudah la.

Lepas beli medal, aku pergi City Mall. City Mall tak best macam mall mall dekat Malaysia. Ada apa je dekat City Mall. Tapi boleh la daripada Yarmouk Mall dekat Irbid.

Aku pergi makan TGI dengan senior tu. Aku firsttime makan TGI. Dekat malaysia dulu tak pernah cuba pun. Itupn tengok gmbar abang aku dekat TGI. Aku makan mCD je dulu sebab jimat. Dulu duit mak bapak je aku guna. Sekarang duit lain.
Aku nak cuba je rasa makan TGI. Sedap jugak la. Rasa grand macam orang kaya. Bukan nak berlagak ke apa. tapi nak merasa. Aku rasa aku nak bawak bini aku nanti makan dekat TGI dengan anak aku nanti.

Bayar mahal jugak lah. Tapi kan aku cakap, nak merasa je. Jadi, layan je la. Aku rasa aku makan TGI tu. Boleh tanggung 10 Hari aku makan dekat Irbid ni. Makan malam je lah. Makan nasi beriani dengan dajaj. sedap yum yum yum.

Lepas tu, aku balik rumah dengan senior tu. Aku dengan dia amik bus dari stesen bus. Aku naik bus jet. kali pertama aku naik dalam hidup aku. Tak pernah pulak dengar bus jet. Hebat jgak la dia gabung kan kedua dua elemen 'bus' dan 'jet' dalam nama dia. Tapi bila masuk sama sahaja.

Sampai Irbid saja. Orang ramai sangat. Balik kelas. Balik kerja. Dan macam macam lagi. Pakcik teksi kata hari ni orang dapat gaji. Patut lah, siapa tak excited dapat gaji. Lagipun sehari sebelum hari minggu. Jadi, Meriah la masing masing.

Waktu malam aku tak dapat pergi debate budak budak ni. Aku sibuk siapkan kerja BKASJ lagi. Aku tak siap edit label pingat. Lama buat. Mental jugak hari ni. Erghhh. tapi sabar sabar. Akak tu ada pesan untuk sentiasa tajdid niat. Bajet nak hantar dekat kedai print gambar malam ni. Tapi tutup pulak sebab aku lambat sangat. Sabar jela, Nasib baik senior tu kata dia nak tolong print kan esok.

Aku tak pergi perjumpaan bola sebab untuk uruskan bkasj.
Esok ada game bola tapi aku tatau nak pergi ke tanak.
Aku tak study satu hari ni. Aku kena cover balik semua topik yang tertinggal.
aku tanak repeat tahun.
aminn..

Sekian.

Thursday, February 25, 2010

Chapter 3: Kawan baru.

Assalamualaikum,

Hari ni aku dijemput untuk hadir ke conference khas di KAUH (King Abdullah University Hospital) bersama delegasi sebuah universiti tempatan dan MT Majlis Mahasiswa JUST. Aku ingat aku dah lambat dah pergi. Sebab bangun lambat dek lena dengan mimpi yang pelbagai. Nasib baik la aku sempat. Basket punya game pun aku tak join hari ni. Sory guys.

Jemputan tu bukanlah jemputan khas mana pun. Senior saja je ajak aku memandangkan delegasi yang datang tu akan menghantar 19 orang budak medic batch aku nanti tahun dpan. Jadi konferens tu dibuat sebab delegasi tu mintak jasa baik kami semua budak JUST untuk buat perkongsian serba sdikit tentang JUST dan apa apa je la berkaitan dengan Jordan.

Delegasi tu terdiri daripada 3 orang lelaki melayu. Salah seorang daripada mereka ialah profesor dekat universiti tu, Seorang lagi Lecturer, seorang lagi aku tak seberapa sure sebab aku macam tak kosentret masa dia cakap. Dia lawak macam afdlin shauki. Katanya dia PA kepada profesor yang datang tu. Boleh jadi.

Masa konferens tu banyak benda juga kami bincang. Kata profesor tu, budak 19 orang tu akan dijangkakan untuk datang ke Jordan masa sebulan seblum pendaftaran bagi sesi 2010/2011. Kemungkinan dalam bulan Ogos lah kot dorang datang. Sebenarnya dorang tu dibawah satu program twinning dengan JUST. Tahun pertama dorang dekat Malaysia. Tahun 2 dan seterusnya sambung dekat Jordan. Alasan utama program macam ni wujud adalah sebab pembiaya biasiswa nak kurang kan sikit pengeluaran bajet. Jadi, dorang mungkin boleh save banyak dengan program twinning ni.

Dalam konferens tu, kebanyakkannya macam prof tu je yang bercerita. Prof tu nampak biasa biasa je tapi dia belajar dekat US katanya. Bila aku tengok prof tu aku dapat rasakan dia tu seorang yang sangat selektif orang nya. Kalau boleh, dia nak menang dengan setiap kata kata dia. . orang yg dengan diri sendiri.Dalam waktu yang sama dia jugak seorang yang tegas. Semua orang kena ikut apa yang dia cakap. itu apa yang aku judge lah dari luar, taktau lah kalau betul ke tak. tmbhan pula, dia asik cerita pasal student student dia yang akan datang ke Jordan ni je. aku macam dah naik boring tapi fikir fikir balik dia bukan nak berlagak ke apa tapi dia saje nak kongsi dan bagi semangat dekat semua. Dia kata dia train studnt dia tu betul betul. Aku tengok dia dah macam bapak budak budak tu la pulak. Kagum pulak aku tengok dengan kesungguhan prof nak bentuk budak budak tu. Dia kata dia sentiasa pantau presitasi anak anak murid dia dan kalau ada benda tak kena je. Siaplah budak tu. dia kata dia nak teruskan pantauan tu jgak bila dorang dah ade dekat jordan nanti. huhu. aku terfikir sejenak, seronok jugak ada orang pantau kita. walaupun macam seksa, tapi sekurang kurangnya dapat buat aku rajin lagi dari biasa.

Dalam konferens tu jugak, senior senior aku dari JUST jugak berkongsi cerita dengan delegasi tu tadi. Banyak juga benda la dorang kongsi. Tapi bagi aku tu semua benda yang sama je. Dah banyak kali dorang ulang dekat Irbid ni.

Macam biasa, soal repeat year juga keluar dalam perbincangan tu. Senior tu kata dalam batch dia ada 11 orang repeat tahun. Bila dengar macam tu je aku termenung sekejap. Kepala aku duk fikir je pasal repeat year. Apa lah perasaan kalau kena repeat. Mesti sedih kalau aku yang kena. Sedih dan kecewa. Tapi aku kalau boleh tanak repeat tahun. Aku nak habis kan 5 tahun je dekat Jordan ni. InsyaAllah.

Aku pun asik fikir macam mana lah dorang boleh repeat tahun? susah sangat ke tahun 2 nanti? aku pun tak berani nak cakap sebab aku tak lalui lagi dan aku baru je tahun 1, 2nd semester.

Perasaan cuak dan takut mula menguasai diri aku bila cakap pasal repeat year ni. Kalau boleh, aku tanak repeat tahun. Dan aku pun tanak batch aku ada yang repeat tahun. Aku datang dengan dorang sama sama dekat sini. Tapi masa balik, takkan nak balik sorang sorang kot.

Aku rasa kalau nak buat batch aku tak repeat, bukan sesuatu yang mustahil. Aku rasa belum terlambat untuk merancang sesuatu dalam batch aku. Majlis tertinggi batch perlu buat sesuatu agar tak terlambat nanti.

Aku tetiba rasa lebih sayang pulak kawan kawan aku ni daripada sebelumnya. Tak tau la kenapa. InsyaAllah aku cuba guna rasa sayang aku ni untuk bantu kawan kawan aku yang lain dengan apa yang aku mampu. Dan tak dinafikan juga, aku sangat butuh sokongan kau, kawan kawan.

Aku tanak berdiri sorang sorang,
kalau aku berdiri aku akan suro orang lain berdiri,
aku nak semua berdiri
takda siapa yang duduk,
siapa yang duduk aku nak sepak dia sampai dia berdiri,
tak kisah lah kau nak kata aku apa,
aku akan pastikan kau berdiri dalam apa juga cara
takda alasan kau nak duduk
kalau aku boleh berdiri kenapa kau tak boleh?
nak kata takde kaki,
tipulah!

Kalau kau bagi aku berdiri sorang sorang,
aku tak tau aku nak buat apa,
sebab apa yang aku buat masa berdiri tak semua korang boleh buat masa korang duduk,
kalau aku nak lari, kau tak boleh lari sebab kaki kau bersimpuh,
kalau aku nak lompat, lagi la kau tak boleh!
lebih lebih lagi kau dah naik lemak,

Aku terfikir,
kalau aku berdiri sorang sorang,
kalau aku terjatuh,
ada ke orang nak tarik aku berdiri balik kalau semua duduk,
kalau ada orang berdiri,
boleh la jgak dorang tarik aku berdiri balik.
tapi kalau dorang duduk, aku rasa dorang tak mampu nak tolak aku berdiri balik,
sebab aku tau bukan senang nak buat keja masa duduk.

Jadi, kalau boleh, aku nak semua orang berdiri macam aku berdiri sekarang.
Kalau aku terjatuh kau tarik aku berdiri,
kalau kau terjatuh aku tarik kau berdiri,
kalau aku dan kau terjatuh , orang lain pulak kena tarik kita berdiri macam dorang.
bila semua berdiri,
baru semua benda boleh buat dengan sempurna.
seragam,
nak lari boleh,
nak lompat boleh,
nak joget boleh,
nak shuffle pun boleh.

tapi persoalannya boleh ke kita semua berdiri sama sama kalau masih ada lagi yang duduk?

aku dapat hidu semangat baru bila balik daripada konfrens tu
aku tanak repeat tahun,
aku tanak kawan aku repeat tahun,
biar kami berjaya sama sama!
aminn.

sekian.

Wednesday, February 24, 2010

chapter 2: Aku rabun lagi.

Assalamualaikum.

wah, hari ni sangat perit. Keperitan yang buat aku rasa tak sedap hati sepanjang hari. Oh hari kenapa kau perit sangat hari ini?

Dari pagi hingga ke petang. Dari Rumah sampai ke Jamiah. Hari aku semakin perit.
Aku paling tak suka bila aku rasa tak sedap hati. Bila aku rasa tak sedap hati, semua benda yang aku buat macam tak sampai objektif dia.

Dekat Jami'ah tadi, aku pergi kelas pun macam tak konsetret je. Lecturer physics aku laju je ajar dekat kelas. Sambil ajar sambil tulis dekat papan hitam. Lepas tu cakap dalam arab dengan petahnya. Sabar je la. Kelas Organic Chemistry lak aku rasa tak ngantuk tapi oleh sebab hati aku macam tak sedap tetiba aku rasa aku macam terlelap dan terawang-awang. Apa yang lecturer cakap dekat depan pun aku tak faham. Bila nak faham je tiba aku macam terkait dengan benda yang pelik. Macam mane tu? haa. susah nak cerita kena rasa sendiri.

Memang lah, kalau kita takda mood. Hari kita spoil abis. Tapi aku tak rasa hari aku ni takda mood. Cuma nya aku hati aku rasa tak sedap.

Aku terfikir sejenak seharian.kenapa hari ini macam ni eh?solat pun tak seberapa khusyuk. Nak buat ibadah pun tak serius habis. teruk betul laa!
astaghfirullah.

Aku rasa hati aku tak sedap sebab mata aku tak perform dengan baik kot dengan hari ni. Bukan soal rabun lagi. Rabun tu takpayah cerita lagi la. Ni pasal lain.


Aku rasa aku kena praktis lagi nak rendahkan pandangan aku. Kebelakangan ni aku rasa, pandangan aku semakin hari semakin naik. Mungkin sebab ni la hari aku jadi spoil hari ni.
Aku tak rasakan yang kekuatan fizikal dapat buat aku tundukkan kepala aku ni sampai aku boleh rendahkan pandangan mata aku. Takkan lah aku nak butakan mata aku pula sebab nak rendah pandangan. Oh tidak, aku tanak buta!

Aku rasa kekuatan dalaman aku goyah la. Aku kena baiki sebaik mungkin ni agar aku dapat kontrol mata aku dengan mudah. Aku asik lalai je kebelakangan ni. main main je bajet macam hidup lama lagi dekat dunia ni.

takkan nak tunggu Dia bagi notis kematian baru aku nak taubat?


sekian.



Monday, February 22, 2010

Chapter 1: Aya Ikeuchi

Assalamualaikum,

Pagi tadi aku pergi lambat main basketball sebab nak habiskan tengok cerita '1 Liter of Tears'
Gila a beb, akhirnya berjaya gak aku habis kan cite tu walaupun agak terseksa nk meluangkan masa. Secara jujurnya, aku menangis tengok cerita tu. Tak kisah lah orang nak kata apa ke. Yang penting cerita macam tu memang patut ditangisi sebab pengisian dia. Kalau kau tak menangis, baik kau jumpa doctor, takut takut saluran air mata kau tersumbat.

Bila, aku habis tengok cerita tu. Aku rasa aku ada semangat baru dalam hidup ni. Walaupun cerita tu pasal perempuan, aku tetap rasa sedikit semangat yang perempuan tu rasa.


Aku malas nak bagitau sinopsis cerita ni dekat korang. Takut takut jadi tak best pulak. Cari sendiri lagi bagus!


aku pun tatau kenapa aku tengok cerita ni.

Ni gara gara budak rumah aku, la. Dia yang sarankan aku tengok cerita ni pada mulanya. Tapi sebenarnya sebelum tu aku dah dapatkan cerita tu daripada Senior H dah. Dia suruh aku tengok tapi aku macam " okay, nanti ana tengokla".

Last Last tak tengok juga sampai la housemate tunjukkan dekat aku.

dia kata cerita ni cerita sebenar yang berlaku dekat Jepun sekitar 80-an dulu. Kalau dia tak bagitau cerita ni cerita betul aku rasa aku takkan tengok. Aku suka kepada realiti bukan ilusi.

Aku ulang, cerita ni sedih beb. Aku tak tau nak cakap mana tahap kesedihan dia. Tapi aku rasa ni cerita kedua yang buat aku rasa sedih sampai menitis mata dpan kaca TV. Sebelum ni, aku ada tengok cerita melayu yang bertajuk 'Ampunkan Dosaku'. Cerita tu pun buat aku sdih masa dulu. Masa aku form 1 tak silap.

Sambung balik kepada cerita Jepun tadi. Aku sarankan korang semua untuk tengok cerita ni la. Cerita ni takde la laghah mana pun. Lebih banyak manfaat daripada keburukan. Okay la tu. Cerita ni lebih bersifatkan kekeluargaan dan persahabatan. Oh dan tak lupa, percintaan!
Tapi kawan aku cakap yang pasal percintaan tu. Director cerita ni saja je tambah sebab nak sedapkan lagi jalan cerita dia. Yang selebih nya hampi 70% betul kot. Tak pe la itu tak kisah kot. Yang penting input yang dia nak sampaikan dekat smua. Kalau nak tunggu orang kita buat cerita macam ni. Sampai bila agaknya nak tunggu?

Kalau korang tak percaya cerita ni sedih, korang bukak utube korang search '1 liter of tears'. Korang buka je la mana mana link. Shortclip ke apa. Lepas tu, korang baca dia punya comment. Hampir semua kata dorang nangis. So, dengan tak malunya. aku pun claim aku menangis tengok cerita ni.

Sebelum aku berhenti, kalau korang nak tau, cerita ni banyak berdasarkan apa yang diambil daripada diari budak perempuan tu sendiri. so, lagi sedap la kan?

sekian.