Friday, February 26, 2010

Chapter 4: Aku cari pingat emas.

Assalamualaikum,


Wow, hari ni aku sangat sibuk. Dari pagi nak pergi kelas, akhirnya tak pergi langsung! Teruk betul aku. Aku bukan apa, bukan sengaja, bukan suka suka, tapi aku ada sebab.

Aku kena ponteng sebab aku nak habiskan kerja aku untuk BKASJ. BKASJ tu apa? cari sendiri dekat google. Aku kena uruskan untuk cari pingat pingat bagi majlis yang akan datang ni. Tu la pasal. kerja last minute punya pasal kelam kabut semuanya. Teruk betul aku.

Mula mula pergi balad. Sebelum ni aku dah pernah survey dah, dah jumpa satu kedai jual pingat. Masa aku pergi dulu dia kata dia ada simpan untuk 170. Aku nak 170 pingat untuk majlis tu. Tapi bila pergi tadi tak cukup pulak. Dia kata nak order dulu dekat luar. Geram pulak aku. Nasib baik ada senior dengan aku. Senior tu suro blah macam tu je sebab orang Arab ni banyak sangt songeh dia. Dalam kereta tadi dia kata arab banyak birokrasi. Aku pun fikir, aah. ye tak ye jugak . Baru 5 bulan dekat sini banyak birokrasi aku jumpa. Arab oh Arab.

Lepas tu aku cabut dengan senior tu pergi amman. Dekat amman macam macam ada. Maklumlah, macam kuala Lumpur tu. Irbid tu pulak macam Shah Alam. kononnya la. Tapi macam langit dengan bumi kalau kau datang sini.

Alhamdulillah, jumpa jugak pingat tu. Emas, Perak, gangsa semua ada. Nasib baik. Dia ltak 1JD setiap pingat. Nak mintak kurang 0.90 JD, mamat arab tu tak bagi pulak. sabar je la seh. beli 173 pingat. Dapat harga 17o JD. Okay la save 3 JD.

eh, banyak gila duit gune untuk transport ni. Aku kena claim dekat BKASJ ni. Tak boleh jadi. Tapi meeting plak kata BKASJ tengah nak cut bajet. Aku tak sampai hati pulak nak claim duit tambang. Takpa, aku fikirkan dulu. Hampir 12 JD weh!

Aku bukan kedekut, aku ada cerita lain yang kau tak faham tentang status kewangan aku ni. Aku bukannya kaya. Aku biasa biasa ja. Itupun kalau kau macam mana tahap biasa biasa aku.
Orang selalu ingat aku pakai hensem hensem sebab aku kaya. Aku pelik .

Arwah atuk aku ada cakap. Biar papa, asal bergaya. Bukan lah nak suruh membazir. Tapi kalau kita miskin mana pun. Jangan lah kita dressup selekeh gila atas sebab nak tunjuk kita miskin. tak payah la macm tu kau oi! Beserdahana sudah la.

Lepas beli medal, aku pergi City Mall. City Mall tak best macam mall mall dekat Malaysia. Ada apa je dekat City Mall. Tapi boleh la daripada Yarmouk Mall dekat Irbid.

Aku pergi makan TGI dengan senior tu. Aku firsttime makan TGI. Dekat malaysia dulu tak pernah cuba pun. Itupn tengok gmbar abang aku dekat TGI. Aku makan mCD je dulu sebab jimat. Dulu duit mak bapak je aku guna. Sekarang duit lain.
Aku nak cuba je rasa makan TGI. Sedap jugak la. Rasa grand macam orang kaya. Bukan nak berlagak ke apa. tapi nak merasa. Aku rasa aku nak bawak bini aku nanti makan dekat TGI dengan anak aku nanti.

Bayar mahal jugak lah. Tapi kan aku cakap, nak merasa je. Jadi, layan je la. Aku rasa aku makan TGI tu. Boleh tanggung 10 Hari aku makan dekat Irbid ni. Makan malam je lah. Makan nasi beriani dengan dajaj. sedap yum yum yum.

Lepas tu, aku balik rumah dengan senior tu. Aku dengan dia amik bus dari stesen bus. Aku naik bus jet. kali pertama aku naik dalam hidup aku. Tak pernah pulak dengar bus jet. Hebat jgak la dia gabung kan kedua dua elemen 'bus' dan 'jet' dalam nama dia. Tapi bila masuk sama sahaja.

Sampai Irbid saja. Orang ramai sangat. Balik kelas. Balik kerja. Dan macam macam lagi. Pakcik teksi kata hari ni orang dapat gaji. Patut lah, siapa tak excited dapat gaji. Lagipun sehari sebelum hari minggu. Jadi, Meriah la masing masing.

Waktu malam aku tak dapat pergi debate budak budak ni. Aku sibuk siapkan kerja BKASJ lagi. Aku tak siap edit label pingat. Lama buat. Mental jugak hari ni. Erghhh. tapi sabar sabar. Akak tu ada pesan untuk sentiasa tajdid niat. Bajet nak hantar dekat kedai print gambar malam ni. Tapi tutup pulak sebab aku lambat sangat. Sabar jela, Nasib baik senior tu kata dia nak tolong print kan esok.

Aku tak pergi perjumpaan bola sebab untuk uruskan bkasj.
Esok ada game bola tapi aku tatau nak pergi ke tanak.
Aku tak study satu hari ni. Aku kena cover balik semua topik yang tertinggal.
aku tanak repeat tahun.
aminn..

Sekian.

No comments: