Saturday, February 27, 2010

chapter 6 : mentaliti manusia pelik.

Assalamualaikum,

oho, alhamdulillah, hari ni keja aku dah settle bkasj. Aku dah siapkan segala medal aku dengan bantuan senior aku. Tak lupa juga Yang Esa. Kalau Dia tak bagi aku buat, dah tentu aku tak dapat buat apa apa langsung.


173 medal aku tampal untuk event esok. Aku dengan senior aku. Bangga dan puas hati bila tengok dapat buat medal tu.

Aku pelik dengan bkasj. Ramai orang tapi yang buat kerja yang sikit. Sepatutnya ramai orang, ramai tenaga lah. Tapi lain pula jadi nya. Aku tatau salah siapa. Secara jujurnya, aku jeles tengok KMKJ. Walaupun dorang tak seramai BKASJ, tapi tetap ramai la bagi aku. Dorang semua macam senang je buat keja suma.

aku bukan nak merungut pasal aku buat keja dalam event esok. Aku tau la aku baru first time. tapi tak salah kan kalau aku luah sesuatu untuk kebaikan semua pihak. Aku takda masalah dengan AJK utk event nanti. cumanya aku nak tanya, mana ahli bkasj yang lain? jangan sekadar nama bkasj ja. Tapi malas nak terlibat. Okay, aku junior. aku tau aku patut senyap. Tapi hanya nak berkongsi.

Semua pihak perlu fikir kenapa masalah macam ni boleh muncul. Ada orang fikir benda ni kecik je. Tapi aku benda ni tetap besar. Event kalau nak buat banyak banyak bagus! tapi kalau penglibatan AJK kurang. tiada guna nya!. Orang lain terlalu mengharapkan orang atasan untuk buat kerja. Aku kesian tengok muka senior senior sama saja yang asik buat kerja. Mungkin senior lain terlalu sibuk untuk belajar.Mungkin begitu!

takpa, abaikan. mungkin belum masa aku lagi nanti. aku baru muda dekat sini.

.....

Aku rasa dekat sini tiap tiap minggu ada je program. aku mula mula suka sebab macam aktif sangat so budak budak tak lah boring. tapi lama lama aku rasa naik menyampah pulakk. Program tu la. Program ni lah. Program nun lah.

Okay. kau akan cakap program tu untuk merapatkan ukhuwah. Mengisi masa lapang dengan benda berfaedah. memberi nilai tambah. dan macam macam lagi. Okay, aku tak nafikan semuanya tu. Lebih bagus lah daripada tengok movie dan bermain PES di rumah. Benar benar benar!

Namun, kadangkala budak budak terasa terikat dengan aktiviti aktiviti. Mahupun AJK program tu sendiri. Mungkin niat masing masing suci untuk manfaatkan dekat orang lain. Tapi, kau rasa orang lain dapat manfaat tak dari apa yang kau buat tu?so far apa yang aku perasan masyarakat dekat sini macam takde banyak kesan pun kalau balik dari mana mana event mahpun program. Aku pun tatau kenapa cumanya aku masih lagi terfikir fikir kenapa. Tak cukup ke dengan program program yang diwujudkan untuk membentuk sahsiah diri masing masing dekat sini?

Aku pelik. Dekat sini kadang kadang ada je krisis bajet. Bajet kewangan lari. Setahu aku dekat sini semuanya kaya kaya belaka. tak kisah la perseorangan ke kumpulan ke pertubuhan ke atau apa apa je le. Aku rasa kadang kadang kita terlalu guna banyak duit untuk program program yang aku rasa tak seberapa perlu. Okay, program tu perlu. Tapi duit tu tak perlu rasanya nak di spend kan. Kalau kita buat dekat tempat cokiya pun boleh je. Yang penting orang datang!

Aku pelik jugak. Dekat sini aku suka sangat dengan kelas kelas agama yang dijalankan. Bagus aku setuju sangat sangat walaupun aku pun selalu juga miss. Namun, aku masih pelik, kenapa dekat sini macam takda aja kelas tambahan ke takpun program program yang macam berbentuk ilmiah untuk budak budak yang pergi universiti. Maksud aku macam tuisyen ke. Takpun, sesuatu yang boleh tambah modal dalam otak untuk jawab exam kelak. takpun aku tak perasan lagi kot sebab aku masih baru. Kalau ada pun, mungkin tak banyak. Jadi, kalau boleh banyakkan sikit. Boleh tambah budak budak deanlist setiap tahun. aku tak minta pun kelas agama dimansuhkan! amik note tentang itu!

Aku cakap bukan sebab aku nak kritik. Aku cuma nak berkongsi. Kalau itu kau rasa satu kritikan, anggaplah, aku tak boleh buat apa apa pun. Aku cuma menyatakan kepelikan aku yang mungkin sesiapa boleh jawabkan. Aku tidak ingin menimbulkan sebarang kontroversi. Tetapi aku hanya mengharapkan sesuatu revolusi berbentuk solusi yang boleh tambah prestasi,
kalau prestasi hambar, tak payah cerita lah!

Aku bersyukur duduk sini sebab macam macam ada. Dekat sini ilmu macam permata. Cuma kena cari je pearl pearl dia tu!

Namun, aku masih gagal nak carik sebab aku rasa aku serba sedikit berubah. Tapi, aku sangat berharap aku dapat jumpa permata permata tu nanti. Kalau tak hari ni, esok lusa tulat takpun bila bila je la. Selagi nyawa aku dikandung badan.

sekian.

2 comments:

kauthar said...

salam najib,
bagos..
bukan ko je yang fikir mcm ni
ramai dah yang perdebatkan tentang program2 yang tersusun cantik menanti waktu untuk timbul je.siap ada yang bertindih lagi..
program itu memang perlu,tetapi tidak perlu lah sampai menghuru-harakan hidup.
kita juga perlu masa untuk memproses otak yang asik menerima ni kan..perlu juga masa untuk menguruskan diri..
macam semua orang maklum,
sesibuk atau sesemangat mana pon bekerja, dengan alasan merapatkan ukhuwwah..
tapi kalau tak ikhlas yang datang..tak tenang yang menjalankan tugas..
macam mana tu...
duit dan masa habis banyak,
tapi hasilnya?
beserdehana kan bagus..banyak je lg bende lain yang perlu dilakukan..x caya try list down tugas2 harian kita sebagai pelajar ni..
nak juga duduk di rumah..melakukan aktiviti di rumah bersama housemates..belajar bersama..
tapi bila mana program bertimbun, housemates sibuk sana sibuk sini..
study entah ke mana..
cmna tuu kan
"family first kannn.."
-kalau terlampau memikirkan ukhuwwah di luar sana, yang asas di rumah tak terjaga,rapuh la kann bangunan besar yang terbina tu kan..-

okeyh la,panjang pula.ini sekadar luahan hati akak pula..
(x sangka korang pon merasa apa yang kitorang rasa..bagus la ada spreadsheet permai.boleh jg kitorg luahkan perasaan)

salam

-senpai setahun- said...

kadang2, mmg mcm tu.

rmi, tp x boleh nk beri kerjasama. sikit, lg kuat kerjasama sesama kita.

bonding lebih kuat mungkin.

x taulah mcmna nak ubah.

dah lama memikirkan, tp masih x dpt jwpn utk penyelasaian~ huhu..

neway, selamat mencari permata yg indah berkilau. mana2 sekali pun, andai kita berusaha mncarinya, i.Allah, Allah pasti menemukannya.

All da bez~