Thursday, February 25, 2010

Chapter 3: Kawan baru.

Assalamualaikum,

Hari ni aku dijemput untuk hadir ke conference khas di KAUH (King Abdullah University Hospital) bersama delegasi sebuah universiti tempatan dan MT Majlis Mahasiswa JUST. Aku ingat aku dah lambat dah pergi. Sebab bangun lambat dek lena dengan mimpi yang pelbagai. Nasib baik la aku sempat. Basket punya game pun aku tak join hari ni. Sory guys.

Jemputan tu bukanlah jemputan khas mana pun. Senior saja je ajak aku memandangkan delegasi yang datang tu akan menghantar 19 orang budak medic batch aku nanti tahun dpan. Jadi konferens tu dibuat sebab delegasi tu mintak jasa baik kami semua budak JUST untuk buat perkongsian serba sdikit tentang JUST dan apa apa je la berkaitan dengan Jordan.

Delegasi tu terdiri daripada 3 orang lelaki melayu. Salah seorang daripada mereka ialah profesor dekat universiti tu, Seorang lagi Lecturer, seorang lagi aku tak seberapa sure sebab aku macam tak kosentret masa dia cakap. Dia lawak macam afdlin shauki. Katanya dia PA kepada profesor yang datang tu. Boleh jadi.

Masa konferens tu banyak benda juga kami bincang. Kata profesor tu, budak 19 orang tu akan dijangkakan untuk datang ke Jordan masa sebulan seblum pendaftaran bagi sesi 2010/2011. Kemungkinan dalam bulan Ogos lah kot dorang datang. Sebenarnya dorang tu dibawah satu program twinning dengan JUST. Tahun pertama dorang dekat Malaysia. Tahun 2 dan seterusnya sambung dekat Jordan. Alasan utama program macam ni wujud adalah sebab pembiaya biasiswa nak kurang kan sikit pengeluaran bajet. Jadi, dorang mungkin boleh save banyak dengan program twinning ni.

Dalam konferens tu, kebanyakkannya macam prof tu je yang bercerita. Prof tu nampak biasa biasa je tapi dia belajar dekat US katanya. Bila aku tengok prof tu aku dapat rasakan dia tu seorang yang sangat selektif orang nya. Kalau boleh, dia nak menang dengan setiap kata kata dia. . orang yg dengan diri sendiri.Dalam waktu yang sama dia jugak seorang yang tegas. Semua orang kena ikut apa yang dia cakap. itu apa yang aku judge lah dari luar, taktau lah kalau betul ke tak. tmbhan pula, dia asik cerita pasal student student dia yang akan datang ke Jordan ni je. aku macam dah naik boring tapi fikir fikir balik dia bukan nak berlagak ke apa tapi dia saje nak kongsi dan bagi semangat dekat semua. Dia kata dia train studnt dia tu betul betul. Aku tengok dia dah macam bapak budak budak tu la pulak. Kagum pulak aku tengok dengan kesungguhan prof nak bentuk budak budak tu. Dia kata dia sentiasa pantau presitasi anak anak murid dia dan kalau ada benda tak kena je. Siaplah budak tu. dia kata dia nak teruskan pantauan tu jgak bila dorang dah ade dekat jordan nanti. huhu. aku terfikir sejenak, seronok jugak ada orang pantau kita. walaupun macam seksa, tapi sekurang kurangnya dapat buat aku rajin lagi dari biasa.

Dalam konferens tu jugak, senior senior aku dari JUST jugak berkongsi cerita dengan delegasi tu tadi. Banyak juga benda la dorang kongsi. Tapi bagi aku tu semua benda yang sama je. Dah banyak kali dorang ulang dekat Irbid ni.

Macam biasa, soal repeat year juga keluar dalam perbincangan tu. Senior tu kata dalam batch dia ada 11 orang repeat tahun. Bila dengar macam tu je aku termenung sekejap. Kepala aku duk fikir je pasal repeat year. Apa lah perasaan kalau kena repeat. Mesti sedih kalau aku yang kena. Sedih dan kecewa. Tapi aku kalau boleh tanak repeat tahun. Aku nak habis kan 5 tahun je dekat Jordan ni. InsyaAllah.

Aku pun asik fikir macam mana lah dorang boleh repeat tahun? susah sangat ke tahun 2 nanti? aku pun tak berani nak cakap sebab aku tak lalui lagi dan aku baru je tahun 1, 2nd semester.

Perasaan cuak dan takut mula menguasai diri aku bila cakap pasal repeat year ni. Kalau boleh, aku tanak repeat tahun. Dan aku pun tanak batch aku ada yang repeat tahun. Aku datang dengan dorang sama sama dekat sini. Tapi masa balik, takkan nak balik sorang sorang kot.

Aku rasa kalau nak buat batch aku tak repeat, bukan sesuatu yang mustahil. Aku rasa belum terlambat untuk merancang sesuatu dalam batch aku. Majlis tertinggi batch perlu buat sesuatu agar tak terlambat nanti.

Aku tetiba rasa lebih sayang pulak kawan kawan aku ni daripada sebelumnya. Tak tau la kenapa. InsyaAllah aku cuba guna rasa sayang aku ni untuk bantu kawan kawan aku yang lain dengan apa yang aku mampu. Dan tak dinafikan juga, aku sangat butuh sokongan kau, kawan kawan.

Aku tanak berdiri sorang sorang,
kalau aku berdiri aku akan suro orang lain berdiri,
aku nak semua berdiri
takda siapa yang duduk,
siapa yang duduk aku nak sepak dia sampai dia berdiri,
tak kisah lah kau nak kata aku apa,
aku akan pastikan kau berdiri dalam apa juga cara
takda alasan kau nak duduk
kalau aku boleh berdiri kenapa kau tak boleh?
nak kata takde kaki,
tipulah!

Kalau kau bagi aku berdiri sorang sorang,
aku tak tau aku nak buat apa,
sebab apa yang aku buat masa berdiri tak semua korang boleh buat masa korang duduk,
kalau aku nak lari, kau tak boleh lari sebab kaki kau bersimpuh,
kalau aku nak lompat, lagi la kau tak boleh!
lebih lebih lagi kau dah naik lemak,

Aku terfikir,
kalau aku berdiri sorang sorang,
kalau aku terjatuh,
ada ke orang nak tarik aku berdiri balik kalau semua duduk,
kalau ada orang berdiri,
boleh la jgak dorang tarik aku berdiri balik.
tapi kalau dorang duduk, aku rasa dorang tak mampu nak tolak aku berdiri balik,
sebab aku tau bukan senang nak buat keja masa duduk.

Jadi, kalau boleh, aku nak semua orang berdiri macam aku berdiri sekarang.
Kalau aku terjatuh kau tarik aku berdiri,
kalau kau terjatuh aku tarik kau berdiri,
kalau aku dan kau terjatuh , orang lain pulak kena tarik kita berdiri macam dorang.
bila semua berdiri,
baru semua benda boleh buat dengan sempurna.
seragam,
nak lari boleh,
nak lompat boleh,
nak joget boleh,
nak shuffle pun boleh.

tapi persoalannya boleh ke kita semua berdiri sama sama kalau masih ada lagi yang duduk?

aku dapat hidu semangat baru bila balik daripada konfrens tu
aku tanak repeat tahun,
aku tanak kawan aku repeat tahun,
biar kami berjaya sama sama!
aminn.

sekian.

1 comment:

sayaBerd said...

sape ni shial!!!!!