Friday, February 26, 2010

Chapter 5: Bila kawan jadi lawan.

Assalamualaikum,

aku pelik betul lah hari ni. Apasal aku moody sangat hari ni. Banyak benda yang tak kena. Mungkin banyak kerja aku tak settlekan lagi kot. Aku rasa nak luahankan sesuatu yang aku rasa aku asik pendam aja lah hari ni.

Aku pelik betul lah dengan manusia ni. Dulu masa mula mula kenal, bukan main baik lagi. Makan sama sama, tidur sama sama. tengok movie sama sama, buat lawak sama sama, pergi jamiah sama sama. Semua sama sama. Seakan akan semuanya manis belaka kalau kita tengok balik.

Tapi dalam keadaan semanis tu pun, kepahitan tetap ada. Kepahitan tu walaupun sedikit, dia pendam bukan main la lama. Jagi jadi sangat pahit sampai hilang segala manis yang aku cakap tadi.

Kenapa perlu dendam? sepanjang aku berkawan selama ini. tak pernah aku tengok kawan kawan aku berkelahi sehebat kawan kawan aku berkelahi dekat Jordan ni. Mungkin ini dunia baru bagi aku. Aku pun pernah berkelahi pernah bergaduhh, pernah tak bertegur dengan kawan kawn sebelum ni. Tak ramai la, sedikit je, dan skejap ja.

Orang boleh kata aku ni senang mengalah, mudah dipijak kepala, pengecut or macam macam lagi. Aku tak kisah apa korang cakap. Suka hati lah kalau kau nak cakap apa. Tapi bagi aku kalau aku gaduh dengan kawan kawan aku. Aku akan rasa tak sedap hati setiap masa. Tak kisah lah salah dia atau salah aku.

Aku tak kata aku ni terbaik dalam persahabtan. Cuma perlu ke ada pergaduhan berpanjangan dalam persahabtan sampai dah lama gila tak bertegur, walaupun dalam satu batch. Kalau gadoh tu mungkin norma persahabatan lah, tapi kalau dulu suka sama suka ,duka sama duka, dan tetiba sahaja bila gadoh tak bertegur sapa. Siapa yang geram beb tengok macam ni?

Aku mungkin tak kena apa yang kau rasa. Tapi aku pernah rasa bergadoh dengan kawan. Bukan bertumbuk lawan ke apa. Tapi cuma pasal mulut je. Percayalah, pasal mulut je kita boleh hilang seorang kawan. Jaga sikit mulut tu! Mulut kena ada insurans walaupun member member.

Selalunya bila aku bergaduh, kalau dah lama sangat buat aku tak sedap hati. Aku akan sendiri surrender dekat member aku walaupun mungkin pergaduhan kami berpunca daripada dia. Tapi aku tak kisah. Aku tak nak hilang seorang member dan akhirnya boleh buat tambah ramai lagi yang aku hilang.

Kau boleh kata kau hilang satu member tak rugi. Tapi percayalah cakap aku, kau akan rasa kerugiannya satu masa nanti. Kalau tak rasa sekarang, nanti ! Walaupun kau ada kawan sejuta manapun. Kau sefemes mana pun. Kau hilang kawan sorang tetap tak boleh diganti oleh sejuta kawan kau yang lain.

Manusia biasalah buat silap. Aku pun kadang kadang silap. Kau pun kadang kadang silap. Jangan lah amik hati sangat dekat kawan kawan kalau dorang tersilap kata pun. Nak marah boleh. tapi janganlah emosi sangat sampai berdendam. Kau jangan ego lah. Aku benci orang ego!

kalau kau nampak aku ego, kau sepak, tumbuh, dan terajang aku sambil cakap

'Weh kau ego gila la!"

biar aku sedar jika aku lupa.
jangan lupa, aku manusia.
buat silap tatkala alpa
aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa.
aku tak buat chapter ni kalau aku rasa kawan tu tak penting.

sekian.

2 comments:

Berd said...

awak ade masalah ngn saya ke jib.

sory la trlampu bahasa.

Unknown said...

apa2 pun, ingat selalu silaturrahim tu wajib dijaga. adakah kita jaga hubungan silaturrahim kita dengan org lain? wallahu3alam...