Saturday, September 24, 2011

Chapter 173: Kebab balad.

Assalamualaikum,

Inilah akibatnya, bertangguh-tangguh puasa 6.

memang payah, kalau nak puasa 6 bila dekat Malaysia. lebih-lebih lagi banyak jemputan open house.

alhamdulillah settle dah 3 hari. tinggal lagi 3 hari. Perit juga puasa last-last minute dalam keadaan berderet ni.

......
hari ini rancang untuk berbuka dalam keadaan sederhana. jadi aku pilih untuk berbuka di balad.

makan kebab balad.

ajak member, tak nak ikut. sibuk ada. ada juga tak suka balad.

tapi takpe. aku steady kan je diri pergi balad sorang2. suka tengok environment nya yang happening.

.......

balad ni sebenarnya mengajar aku erti hidup susah. apabila aku pergi balad, aku tengok orang ramai semua sibuk berniaga.

tak kurang pak cik tua jual pampers tepi jalan.

ada juga yang jual duit iraq. dalam jiwa aku pernah ketawa. perlu ke buat semua benda tu?

tapi aku silap. aku tak sepatutnya ketawa.

pak cik tua tu tak akan jual pampers tepi jalan kalau hidup dia dah senang.

budak kecik tu tak akan jual rokok kalau dia hidup mewah.

mereka lakukan segala-galanya untuk terus sara hidup mereka.

mungkin kita terasa jijik dengan keadaan mereka.

orang jual chewing gum tepi jalan pun kita kata gila. at least, dia jual chewing gum. takde la menganggur kan.

kota balad memang mendidik jiwa aku dalam diam.

budak JUST jangan nak berlagak sangat tak nak pergi balad boleh tak? menyampah ok.

.......

kembali serius.

geram tak dapat download lecture note lama. harapnya, lecture note baru boleh keluar dengan smooth dan konsisten.

insyaAllah.

sekian



Chapter 172: Lelaki.


Assalamualaikum,

kadang-kadang aku merasakan diri aku ni terlalu lemah lembut dan ramah dengan orang lain. Orang memandangkan ia satu yang mulia. Walhal ia tidak.

Boleh lah. Cuma jangan terlalu dan selalu.

Hidup sudah 20 tahun. Bila aku balik Malaysia, aku jumpa pelbagai macam orang.

Baru aku faham tak semua orang aku boleh senyum. Tidak semua orang aku boleh sapa dengan salam. Tidak semua orang aku boleh bercakap tentang Islam.

Aku perlu lebih keras dan tegas.

Mak selalu pesan, jangan jadi terlalu baik sampai mengorbankan diri sendiri. aku dah mula mengerti.

Kita selalu fikir nak buat baik dekat orang lain. Namun, kita tak fikir yang orang lain selalu nak amik kesempatan ke atas kebaikan kita.

tak salah rasanya belajar untuk menengking. Kita perlu. Cuma kena pada waktunya.

Jangan asyik, ' Ya, Baiklah'

agresif tidak salah.

sedang belajar untuk menjadi seorang lelaki yang lelaki.


sekian.

Wednesday, September 14, 2011

Chapter 171: Awak.

Assalamualaikum,

Aku jarang-jarang bahasakan orang perempuan 'awak' sebab bagi aku perkataan 'awak' tu special sangat.

aku simpan untuk orang yang special nanti.

walaupun ia hanya sekadar bahasa, bagi aku ia tetap membawa lebih daripada seribu makna.

jangan pelik okay.

............

celoteh cuti kali ini terlalu panjang untuk coretkan disini.

jatuh bangun aku cuti ini sangat mengujakan. tambahan, banyak kenangan pahit serta manis sempat aku ukirkan.

antaranya, buat pertama kalinya dalam hidup, aku membeli kek harijadi sendiri masa hari jadi haritu memandangkan family sibuk sebab kakak nak pulang London.

..........

berbaki 3 tahun lagi, aku sudah terfikir untuk membeli kereta semenjak kawan-kawan semua dah ada kereta.

tak fairnya, depa semua parents yang support.

takpela. rezeki masing-masing. kadangkala kita kena sedar tahap kita dekat mana.

lebih kurang 4 hari lagi nak balik. kena Johny english dengan Smurfs kena kasi balun dulu sebelum balik.

Sekian.