Saturday, July 31, 2010

Chapter 94: aku tukar angin.

Assalamualaikum,

aku ingat lagi yang dahulu aku pernah cakap aku tak nak terlibat langsung dalam hal kepimpinan dekat PERMAI masa mula mula datang sini. pernah juga aku nyatakan perasaan aku dalam blog ini. aku tak ingat chapter mana. jenuh pula dengan membaca lepasan. kalau rajin rujuklah.

namun, setelah hari silih berganti. masa pun bergerak macam air. begitu pantas. last last aku ambil keputusan untuk menarik balik kata kata aku setelah aku menerima tawaran untuk mengisi satu ruang jawatan kekosongan.

aku tak kisah lah kalau orang nak cakap aku keling ke apa. tapi aku tiba tiba dapat rasakan bahawa aku perlu terlibat dengan benda benda macam ni memandangkan pe'el aku semakin hari semakin unik.

bagi mengelakkan keunikan tu terus berlangsung. aku harap penglibatan aku dalam organisasi ini aku dapat mengelakkan aku menjadi unik yang berlebihan.

unik macam mana tu. aku malas nak cerita.

...........

Ketika aku sedang sedap main game PES sedap sedap, tiba tiba kau dikejutkan dengan panggilan nombor telefon yang aku tak kenali. maklumlah, telefon rosak. nombor semua hilang.

aku pun angkat.

rupa rupanya tuan presiden telefon aku. beliau dengan secara tak ofisialnya tanya aku untuk terlibat dengan PERMAI ke tidak untuk JKK PMK.

aku dalam hati masa tu. seriusly macam.

watdehek?

takda orang lain ke dia nak ajak selain daripada aku ini.

aduhh.

............

aku bukan nak ceritakan dekat sini dengan lagaknya yang aku dipilih untuk memegang kuasa.

cumanya aku nak luahkan betapa tak pernah aku duga nya, yang tiba tiba Allah duga aku dalam hal macam ni.


secara jujurnyalah, aku antara merupakan orang yang tak seberapa sangat suka dengan PERMAI. aku tak suka PERMAI sebab banyak karenahnya. banyak program. membebankan budak budak semua. termasuk aku.

tak terlepas. aku kadang kadang suka ja kritik PERMAI sebab aku menyirap dengan program mereka yang kadang kadang menganggu masa lapang aku.

last last, aku pula yang dengan rela hatinya terima untuk terlibat dengan PERMAI secara langsung.

aku tak tah kenapa. aku terasa macam teringin pula tibatiba nak terlibat dengan benda benda macam ni. sebab aku macam rindu erti kepimpinan.

dahulu aku kutuk PERMAI. sekarang aku pula kena jadikan kutukan aku sendiri tu untuk bangunkan PERMAI itu sendiri.

aku tak berniat untuk mencari publisiti langsung dalam memegang jawatan ini. cuma aku tiba tiba rasa nak berkhidmat untuk masyarakat.

sudah tiba masanya aku nak cabar diri aku yang sebelum ini asik mengkritik sahaja. sekarang aku nak tengok dekat diri aku apa yang akan berlaku setelah aku sendiri terlibat dengan benda benda macam ni.

aku relakan hati untuk pegang benda macam ni sebab aku nak ubah diri aku yang tak konsisten ini.

aku harapkan dengan ada nya benda benda macam ni. aku dapat mengkikis secara rancak lagi sikap sikap mazmumah yang aku miliki selama ini.

bila dah ada jawatan, semua mata akan memerhati. aku terpaksa menjaga tingkah laku. aku benci benda ini berlaku. tapi aku terpaksa juga lakukan.

takpalah. terpaksa paksa pun. demi kemaslahtan semua. aku cuba relakan semua ini berlaku.

aku akan cuba jadikan tugasan ini sebagai platform membaiki diri aku ini yang masih dikotori dengan cacat cela kekurangan.

...........

kalau nak bandingkan aku dengan Abang Sahel, serius aku rasa macam tak layak betul nak pegang portfolio JKK PMK.

takpala. walaupun kami tak sama, aku akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik untuk masyarakat PERMAI.

mulai hari ini. aku harus rajinkan diri untuk bukak yahoo group PERMAI walhal sebelum ini jarang sekali.

terukkan?

erghh. -_-"

sekian

Friday, July 30, 2010

Chapter 93: pesanan untuk bakal isteri.

Assalamualaikum,

aku harap kau akan baca ni duhai bakal isteriku yang akan ku sayangi walaupun tidak masih ku tahu siapa mu.

...............

aku harap kau tak punyai sikap malas dalam diri kau langsung. kalau sekali aku dengar kau cakap ' malaslah'. dengan itu, aku rasa aku akan fikir dua kali untuk kahwin dengan kau.

pantang larang nenek moyang aku kalau tengok perempuan malas.

kebanyakan kawan perempuan yang aku kenal, semua nya rajin. agak sukar lah kalau aku nak jumpa yang malas. tak tahu lah kalau ada yang berlakon sahaja.

tapi takkanlah aku nak memperisterikan kesemua kawan kawan perempuan aku yang rajin tu?

aku tahu aku tak tahu siapa kau duhai bakal isteriku. tapi yang aku mahu kau perlu tahu yang engkau tak patut jadi malas kalau kau betul betul nak aku kahwin dengan kau.

cuma kalau kau pemalas. bukan aku sahaja yang akan merungut. bahkan aku takut ibu aku juga akan komplen tentang kemalasan kau sampai buat aku bingit telinga.

kalau boleh, sepanjang hayat aku akan bersama dengan kau nanti. aku tak nak dengar langsung perkataan 'malaslah' dari mulut kau.

kalau lah boleh.

tolong jangan buat aku kesal lepas kahwin bila tahu kau malas tahap gaban.

tolonglah.


...............

cukuplah sekadar aku melihat rumah orang lain yang bersepah dek kemalasan si isteri untuk mengemas.

aku bukan nak mengata. cuma nak amik iktibar. aku berdoa untuk dijauhkan daripada sikap malas dalam diriku. dan juga untuk bakal isteriku.

orang yang beriman sepatutnya tak malas bukan?

sekian

Wednesday, July 28, 2010

Chapter 92: kenapa nak ego sangat?

Assalamualaikum,

aku faham. kadang kadang kita memang susah nak terima teguran. itulah manusia. aku pun manusia.

manusia dilahirkan dengan ego. ego yang terbentuk secara tidak langsung dek alam persekitaran.


............

aku akui. aku punyai ego. ego kadng kadang aku dapat kawal. kadang kadang aku tak dapat kawal. bila tak dapat kawal tu yang buat aku naik meletup nak melenting tak tentu pasal.

aku ego banyak sebab. sama juga dengan manusia lain aku rasa. ego ada banyak kategori.

tapi dalam banyak banyak ego kadang kadang. aku rasa yang paling aku rasa ego paling tak patut ialah bila orang tegur kita bab bab agama.

hakikatnya, aku ni kadang kadang sensitif betul kalau orang tegur aku bab bab agama ni. nak nak orang yang menegur tu bagi teguran headshot punya.

bila ditegur, dalam hati kadang kadang terdetik juga.

"aku tahu la. aku pun belajar la dulu. macam aku tak sekolah agama dulu"

aku tak tipu. kadang kadang aku terdetik benda macam tu.

hinakan?

tahu nak merungut 'sudah tahu' bila orang tegur. kalau dah tahu pun, kenapa masih buat lagi kesilapan yang nyata?

terukkan?

ego nya ditampilkan semata mata nak elakkan daripada perasaan malu dengan orang lain.

ini nama nya ego tak bertempat.

..............

tak semua orang macam ni kadang kadang. kadang kadang tengok juga pada si penegur nya. kalau penegur nya menegur dengan ego. memang tak dapat sangkal lagi lah akan dibalas lagi dengan keegoan orang yang ditegur.

kita tegur sebab kita nak tengok orang kita tegur tu berada di landsan betul. bukan nak tunjukkan yang dia salah, lemah, bodoh, serta macam tatahu hukum agama.

kalau kita tegur, semata mata sebab nak tunjuk kita berilmu.
takpun nak saja ja nak buat dia malu dan hormat kita.

memang silap besar lah brader.
kena maki free free rasanya.

............

tapi tu la pasal. tatau nak salah kan sapa.penegur ke orang yang ditegur.

lebih baik lagi aku rasa. kita cuba merendahkan segala bapak jenis ego dalam diri kita apabila ditegur walaupun kadang kadang benda tu macam benda kecik.

misalnya kita sujud tak betul masa sembahyang.

tak payh ego. rendah kan ego kita. terima saja. walaupun penegur cakap dengan cara yang memang macam nak mintak penyepak. kita mengalah. terpaksa khusnuzon.

dia tegur bukan sebab dia bajet power. cuma sebab dia sayang kita dan tengok kita dalam keadaan betul sentiasa.

ego dalam bab bab agama ni aku rasa tak patut. nak nak kalau kita sekadar khatm silibus Pendidikan Islam dekat sekolah tu ja.

aku sedih kalau kenangkan sikap aku yang macam ni kdang kadang.

sob sob sob.

sekian.

Tuesday, July 27, 2010

Chapter 91: muhasabah diri.


Assalamualaikum,

ia akan menjadi terlalu sampah jika kita sibuk memerhatikan sikap manusia lain sambil mengkritik mereka. disamping mempersoalkan tahap amalan mereka.

"budak ini bagus. pergi masjid selalu. tiap tiap waktu solat pergi masjid. tapi cuma dia slack ja. pakai short masa dekat rumah depan kawan kawan. aku rasa dia ni teruk lah. tak guna lah dia pergi masjid macam tu"

kau tahu tak betapa kejam nya syaitan buat kau berfikiran macam tu sampai bersangka buruk dekat orang lain. dalam waktu yang sama syaitan akan kata kau lah yang terbaik, kau lah yang patut dicontohi, kaulah jejaka idaman solehah, dan etc.

kerana apa? kononnya segala hukum Allah kau laksanakan dengan baik sekali dimata sekalian manusia. hakikatnya, hati kau masih tidak terhenti memerhatikan orang lain. membandingkan ibadah kau dengan mereka. serta mengkagumi kehebatan diri kerana mampu beribadah lebih daripada orang lain tanpa membuat kemungkran. kononnya lah.

ada sampai satu waktu tu, Allah akan uji kita dengan perasaan yang kita akan rasa ibadah kita dah cukup.

walaupun ini kerja Syaitan nak hasut, namun ini lah bentuk ujian yang Allah bagi dalam sedar tak sedar.

kita selalu kritik kawan kawan kita, katanya kawan kawan kita ni teruklah. hisap rokok lah. ikhtilat kuatlah. pakaian tak reti nak jaga lah. mulut macam longkang lah dan etc.

lepas tu kita macam kagum pulak dengan diri kita sebab kita tak buat benda benda macam tu.

dalam waktu yang sama, kita tak pernah nak usaha doakan kawan kawan kita untuk sampai ke pangkal jalan. kerana tekad hati kita mengatakan bahawa mereka dah jauh terpesong. sudah tak boleh buat apa apa lagi.

kau dunia kau. aku dunia aku. kubur kita lain lain. kau dah buat kau pandai tanggung.

hinakan diri ni bila rasa kita macam tu?
pernah tak kita doa setiap masa untuk kawan kawan kita?
pernah tak kita buat solat hajat khas untuk kawan kawan kita?
pernah tak kita?

kalau masa sembahyang sekadar nak doakan untuk diri sendiri dan keluarga sendiri sahaja, alamatnya selfish lah diri kita.

kadang kadang kita berusaha untuk menjauhkan diri kita daripada kawankawan kita yang Allah uji ini, kononnya kita nak lari daripada pengaruh yang tak elok daripada mereka.

tak salah tindakan ini. cuma dalam usaha kita jauhkan diri kita daripada mereka. kadangkala secara sedar tak sedar. kita sebenarnya menjauhkan lagi diri mereka dari hidayah Allah.

kita takda kuasa nak bagi hidayah. memang betul. namun hati manusia ni kalau kita pandai betul sentuh bebaik , belai hati mereka dan macam macam lagi. dengan izin Allah, sekelip mata ja boleh buat dia kesal semula kesilapannya.

kalau kawankawan kita bagi nasihat dekat kita pula, kita tak nak terima. egonya tinggi. dengan ditelinga. mengata didalam hati.

apa yang dikatakannya?

"ahh, kau sembahyang pun lambat. ada hati nak nasihat aku. tengok aku, setiap kali masuk waktu. aku terus pergi masjid. sah sah lah Allah nak tolong aku. nasihat orang macam kau ni tak leh guna pakailah!"

itu cakap dalam hati. muka penuh berseri. sebab sbar la katakn. tapi dalam hati, penuh dengan maki. macam lah Allah tak dengar.

maki diikuti istighfar tak mengapa. tapi maki dituruti maki. dituruti maki lagi. dan so forth.

.............

syurga dicipta bukan untuk kita seorang.
semua orang nak orang yang tersayang masuk syurga sama sama dengan dia.
tapi tak semua orang boleh dapt syurga senang senang.

kalau betul lah kita ni sayang kawan, kita mesti tak sanggup nak tengok kawan kita masuk neraka.


jadi, kenapa lari lagi dari mereka?

sekian.


Monday, July 26, 2010

Chapter 90: kena lempang.

Assalamualaikum,

kau pernah rasa kena lempang tak? aku pernah kena. dengan parents penah juga sebab melawan kata. aku tak salahkan mereka. sebab aku memang dah kurang ajar sangat masa tu. memang padan muka pun kena lempang. lempang macam kuat sangat. sepak la. lembut sikit bunyi nya.

tapi aku baru baru ni aku di'lempang' oleh Allah dengan result aku yang agak menyedihkan. Aku tak boleh nak cakap apa dah. nak sedih tak guna juga. tapi memang salah aku juga la. result Natural Resources bersama Introduction to Dentistry aku begitu lah teruk sekali. tak perlu tanya. kalau kau rasa kau paling teruk, result aku lagi teruk daripada tu.

mungkin ini lah balasan dosa dosa yang aku buat kebelakangan ni.

macam kecewa juga memula. semua dapat skor tetinggi. aku ja markah rendah. masa buat exam tak rasa susah mana. boleh la. tapi last last dapat markah rendah.

aku tau. takda kuasa lain yang dapat ubah takdir ni melainkan Allah.

ini yang terbaik untuk aku. aku disepak untuk bangkit. sedar diri. membetulkan semula niat pembelajaran aku.

astaghfirullah.

................

kebelakangan ini, budak budak sibuk nak tukar tarikh tiket flight. mana taknya. jamiah aku sikit bukan main kedekut lagi bagi cuti.

bagi cuti dalam 3 minggu ja.

budak budak dah beli tiket awal awal untuk 4 minggu. tapi tiba tiba ja pihak universiti takda keja tuka jadual percutian pelajar.

geram tu geram la juga. tapi nak buat macam mana. sudah muktamad nampaknya.

budak budak ramai nak tuka tiket flight untuk balik awal sedikit sebab taknak miss class. kebanyakan nya akhawat aja lah nak tuka. syabab macam malas sedikit. salah satu sebabnya syabab tak nak tuka ialah. mereka taknak mengalami kerugian yang teramat sangat masa nak refund tiket. akhawat tak kisah ja pun bab bab menyalurkan duit masing masing untuk hal macam ni. cuma syabab ja keberatan sikit. aku tak terkecuali.

syabab lagi sanggup ponteng kelas 2 minggu daripada rugi 200 300 JD untuk refund tiket dan purchase airline lain.

aku bengang gila satu benda. aku rasa memang tak guna la kalau beli tiket thru agent. atau thru orang mana mana. baik beli sendiri ja. buat susah orang ja bila hal hal camni berlaku.

harap harap junior tak buat kesilapan yang sama.

...............

dalam bas tadi aku baru tahu yang hari ini ialah nisfu syaaban.

buku amalan yang lama akan dibawak naik atas ke lauh mahfuz dan akan digantikan buku amalan yang baru untuk semua umat mukminin.

kiranya, aku dah ada buku amalan yang baru.
kiranya, rugi la juga kalau aku conteng buku baru ni dengan amalan amalan jahil aku ni ya.

harap harap dijauhkan daripada semua malapetaka.

sekian

Sunday, July 25, 2010

Chapter 89: Cinta yang buat aku serabut tak tentu hala.

Assalamualaikum,

tak silap aku. masa aku sekolah menengah. aku baru dapat tahu bezakan antara hakikat duniawi dan hakikat ukhrawi.

masa sekolah rendah, mungkin aku terlalu tidak matang untuk memikirkan tentang hal hal macam ini.

bila umur meningkat, suasana indah yang membentuk. aku mula sedar akan kepentingan membezakan kedua elemen yang sangat sangat berbeza kalau nak diikutkan ini.

jahil kan aku?

..............

aku masih ingat lagi dekat sekolah dahulu. ada kawan aku yang aku pernah cerita dahulu, dia tak pernah berhenti henti bagi peringatan untuk utamakan ukhrawi berbanding duniawi.

kalau nak diikutkan, tiap kali dia bagi tazkirah ke apa. mesti dia tekankan hal ni.

bagi aku, pada mulanya. benda ni macam takda benda la sangat. sebab kalau logik akal. semua orang boleh fikir. yang ukhrawi lagi penting dari duniawi.

tapi walaupun semua orang tahu, tak semua orang mampu mementingkan lagi ukhrawi berbanding duniawi. termasuk diri aku.

' Kalau kita kejar dunia, akhirat lari dari kita. tapi kalau kita kejar akhirat, dunia kejar kita'

nasihat ni serius bawa impak maksima juga dalam hidup aku tentang betapa hebatnya hakikat ukhrawi secara tak langsung.

aku percaya yang sesuatu benda kalau kita ulang kali cakap. benda tu lama lama akan lekat dekat hati.

sama dengan konsep kawan aku buat ni. dia tak berhenti henti bagi peringatan dekat orang pasal kepenting ukhrawi. bagi aku, cara dia bagi peringatan tu sememangnya dia nak bagi peringatan dekat diri dia sendiri juga. sebab gaya dia bagi peringatan tu serius takda macam nak kenakan orang yang leka macam aku masa tu.

kalau kita duk cakap pasal dunia memanjang, mana tak dunia melekat dekat dunia hati kita.

..............

memang betul cakap kawan aku. kalau kita kejar akhirat. dunia kejar kita.

aku rasa sangat bahagia kalau aku kejar akhirat. dalam waktu yang sama. aku dapatkan rasa juga dunia kejar aku secara tak langsung.

mungkin benda macam ni tak boleh cakap secara teori. benda macam ni kena lalui secara praktikal.

kalau diri ni duk mengingatkan tentang ukhrawi, seriusly benda benda duniawi tak boleh kacau langsung perasaan kau!

kau hilang henfon ke apa. kau tetap aku maintain cool je sebab kau tahu benda tu semua dunia yang sementara. yang penting kau tak hilang iman kau.

sumpah rasa heaven kalau macam tu.

kalau kau dapat result sux nak mampus, kau akan maintain cool je sebab kau tahu yang Allah tengah uji kau. kau tak gopoh gopoh nak score highmark sebab kau nak show off dekat smua orang. sebab kau yakin yang kau buat semua tu sebab Allah semata mata.

itu bestnya kalau letak dunia bawah akhirat.

dunia tak perlu ditolak kewujudannya. cuma perlu diperbawah rankingnya.

.............

cinta dunia ni lah yang buat serabut tak tentu pasal. tak tentu hala. rasa mcam tak boleh survive dah lagi dan etc.

watdehek.

padahal cinta dunia ni tak kekal. tapi aku masih insist untuk kejar dunia yang memang fanak.

watdehek.

ni sebab gara gara terlalu berikan peluang untuk diri mencintai dunia lebih berbanding dengan akhirat. kononnya dapat cover cinta akhirat dalam waktu yang sama.

susah bai. sekali kau cinta dunia, memang cinta akhirat kau semakin hari semakin luput tanpa kau sedari.

aku tahu la sebab aku buat.

makin hari bila kau suka fanatik sangat dengan nikmat dunia. hiburan dunia. secara sedar tak sedar. kau lebih utamakan dunia berbanding Tuhan yang ciptakan kau.

takpayah susah susah. tengok ja masa bila azan bergema, kau masih sibuk on9 facebook tanpa tentu hala. buat telinga pekak. tatau malu yang padahal kena siapkan diri untuk sembah Pencipta. tapi ni boleh lagi duk menebeng depan laptop macam takda apa apa yang berlaku dengan gaya konfidennya dapat sembahyang lepas ni. entah entah mati katak masa tu gak. tak sempat sembahyang. siapa tahu?

............

aku sibuk nak cari orang untuk dicintai. padahal, cinta aku dekat Allah dengan Rasul pun belum sempurna.

kononnya dengan mencari orang yang dicintai, aku dapat kenal cinta Allah dan Rasul secara lebih sempurna.

ohh, come on la. ranking cinta yang sebenar pun lari sebab dunia semata mata.

syaitan tak pernah tak tipu bani adam.

.............

Ya Allah, jauhkanlah aku daripada fitnah dunia yang fanak ni.

sesungguhnya aku memang tak mampu nak tempuhinya tanpa perlindungan-Mu.

amin.

sekian.

Saturday, July 24, 2010

Chapter 88: kawan palestine aku.

Assalamualaikum,

malam tadi aku ada temu janji dengan kawan arab aku selepas isya'. Pada awalnya aku janji untuk berjumpa dengan dia lepas solat isya' di masjid. namun aku datang lewat sikit dek tertidur dekat rumah akibat letih membaca nota Natural Resources.

Kawan aku bernama 'Ala. seorang jejaka palestine yang ditakdirkan untuk belajar di satu universiti dengan aku. bidang kami berbeza. namun itu tidak menjadi masalah untuk aku berkawan dengan dia.

aku kenal dia sejak semester satu lagi.

...............

aku macam beruntung sedikit malam ni sebab dapat kenal dengan saudara dia sorang yang all the way dari Palestine. datang sini untuk melawat abang kandung dia yang tengah belajar medik tahun 4.

Namanya Ibrahim.

aku sapa dia dalam bahasa arab. memikirkan mungkin dia tak mahir sangat berbahasa inggeris. namun, dia balas sapaan aku dalam bahasa inggeris. aku pun apa lagi. kalau dah orang cakap bahasa inggeris buat aku nak seksa seksa diri aku untuk cakap bahasa arab. aku pun speaking lah juga. perhatian, perbuatan ini memang tak elok kalau kau betul betul nak belajar bahasa arab.

Ibrahim ini baru ja lepas SPM rupanya. SPM dekat palestine orang panggil tawjihi. sama ja dengan dekat Jordan. Tawjihi orang panggil. Mamat ni punya la tinggi. tinggi lagi dari aku. hampir 190 cm rasanya. secara jujurnya, BI dia mantap betul kalau nak dibandingkan dengan 'Ala. walaupun 'Ala ni lagi tua daripada Ibrahim.

.............

Sebenarnya aku malas nak jumpa lama lama masa mula mula rancang nak jumpa dengan 'Ala. tapi tiba tiba bila terjumpa sekali Ibrahim. aku rasa macam keberatan pulak nak tinggalkan dorang secepat mungkin. Ibrahim tu nampak excited sangat bila jumpa foreigner macam aku ni. aku pun ajak lah mereka makan.

Dalam pemerhatian aku, Ibrahim ini adalah antara mamat arab paling pembersih sekali aku pernah jumpa. sebab dia teliti yang teramat sangat. nak nak masak dalam restoran yang kitorang makan tu. padahal aku makan tiap tiap hari dekat situ.

dia kata yang dia geli tengok orang yang buat shawarma tu tak basuh tangan. guna bare hand ja untuk siapkan maknan untuk makanan. dalam hati aku cakap, serius mamat ni suci habis. aku ni dah terikut ikut juga dengan pe'el certain certain arab yang macam tak amik port sangat pasal benda benda kebersihan ni. teruk betul.

aku makan ayam turki. 'ala dengan ibrahim makan shawarma arabi ja.

.....................

Ibrahim ni islamik orang nya. aku suka betul cara dia. dia sendiri kutuk bangsa dia sendiri. aku tak cakap lebih apa lah. aku hanya dengar ja apa yang dia cakap.

dia cakap. kalau nak ikutkan, orang arab ni kebanyakannya semua cucu cicit sahabat nabi. tapi tak semua pun yang pe'el ikut macam pe'el para sahabat. malahan lagi teruk dari tu.

dia amik contoh mudah pasal perempuan arab. tak semua permpuan arab islam yang pakai tudung sekarang. yang pakai tudung sekarang pun bukan semuanya pakai sebab atas tuntutan islam itu sendiri malahan hanya semata mata sebab adat serta kawan kawan yang sekeliling.

Dia komplain juga cakap yang arab ni macam semua teruk. sebab ramai yang dah tinggalkan cara hidup islam. dia amik contoh dekat sambil tunjuk ke arah televisyen yang memaparkan seorang penyanyi perempuan arab dalam video clip seksinya itu.

Dia cakap dengan penuh konfiden. serius aku suka gila cara dia cakap. speaking english macam sebelum ni dia duduk dekat europe pulak. padahal dia kata, sebelum ni duk terperap dalam palestin sebelum habis tawjihi.

gaya dia cakap sumpah matang. matang habis habisan. dan seriusly dia sangat meraikan kewujudan aku.

sumpah aku terharu. aku terasa bahang ukhuwah fillah tu bila jumpa manusia macam dia.

............

aku sebenarnya banyak kawan kawan palestine dekat universiti aku. kebanyak orang palestine ni bijak bijak belaka pada pandangan aku sendiri. budak lab aku sendiri yang kebanyakannya budak dentist pun hampir kebanyakannya budak palestine tak silap aku.
sumpah aku kaget.

namun, macam manusia lain juga. dalam pandai pandai dorang ni. kadang kadnag. ada ja yang kadang kadang nama ja arab islam. tapi gaya hidupnya dengan pakaiannya dan etc. buat kita susah nak sangka dia islam kadang kadang. itu yang buat kau konfius tu selalu. orang arab ni selalunya nak detect dia kristian ke tidak. tengok sama ada dia pakai rantai salib ke tak. kalau tak pakai tu, insyaAllah Islam.

sedih juga. aku ingatkan. orang arab ni khususnya orang palestine tu sendiri sepatutnya lebih islamik. namun hakikatnya memang betul. Iman itu tak boleh diwarisi.

...................

dalam sejam lebih aku lepak dengan ibrahim dan 'ala.

lepas tu kami bersurai. memandangkan aku pun nak exam esok.

mereka ajak aku untuk join dorang swimming esok dekat kolam renang. aku macam serius malas gila. lagipun lusa aku ada exam lagi.

tapi tiba tiba Ibrahim pulak kata. yang dia pasti akan jadi orang yang paling gembira dekat dunia ini bila aku datang. aku tahu ayat tu macam nak bodek. tapi secara tak langsung. bila orang macam dia cakap camtu. benda tu sedikit sebanyak bawak efek dekat hati aku.

Lagipun, Ibrahim akan kembali ke palestine hari ahad ni sebab dia datang sini hanya untuk ziarah abang dia. Tambahan result tawjihi dia akan keluar pada oktober ini. dan sementara waktu tu, dia cakap bapak dia suruh dia kerja dulu. sumpah teringat masa zaman aku lepas spm dulu. LOL.

'Ala belanja aku makan hari ini. serius aku terharu. aku rapat dengan dia. cuma hari ini kurang sikit cakap dengan dia memandangkan kazen dia ada. jadi aku lebih kepada borak dengan kazen dia tu, Ibrahim.

.............

seriusly, aku rasa bersyukur sangat sebab dapat belajar luar negara. khususnya dekat bumi arab ni.

tak pernah aku terfikir untuk belajar dekat bumi arab ni.

tak pernah aku terfikir yang aku akan ada kawan kawan palestine.

dorang ajak aku pergi tempat dorang. tapi aku terpaksa cakap yang aku tak boleh. sebab passport malaysia dah tercatat orang malaysia tak boleh masuk Israel.

Hakikatnya, mereka duduk di Palestine. tapi kau pun faham lah kan apa yang Israel dah buat. segala benda milik palestine di'Israel'kan oleh orang Israel.

sumpah aku bengang.

semoga aku akan tetap dengan Islam sampai akhir hayatku.

sekian