Saturday, July 31, 2010

Chapter 94: aku tukar angin.

Assalamualaikum,

aku ingat lagi yang dahulu aku pernah cakap aku tak nak terlibat langsung dalam hal kepimpinan dekat PERMAI masa mula mula datang sini. pernah juga aku nyatakan perasaan aku dalam blog ini. aku tak ingat chapter mana. jenuh pula dengan membaca lepasan. kalau rajin rujuklah.

namun, setelah hari silih berganti. masa pun bergerak macam air. begitu pantas. last last aku ambil keputusan untuk menarik balik kata kata aku setelah aku menerima tawaran untuk mengisi satu ruang jawatan kekosongan.

aku tak kisah lah kalau orang nak cakap aku keling ke apa. tapi aku tiba tiba dapat rasakan bahawa aku perlu terlibat dengan benda benda macam ni memandangkan pe'el aku semakin hari semakin unik.

bagi mengelakkan keunikan tu terus berlangsung. aku harap penglibatan aku dalam organisasi ini aku dapat mengelakkan aku menjadi unik yang berlebihan.

unik macam mana tu. aku malas nak cerita.

...........

Ketika aku sedang sedap main game PES sedap sedap, tiba tiba kau dikejutkan dengan panggilan nombor telefon yang aku tak kenali. maklumlah, telefon rosak. nombor semua hilang.

aku pun angkat.

rupa rupanya tuan presiden telefon aku. beliau dengan secara tak ofisialnya tanya aku untuk terlibat dengan PERMAI ke tidak untuk JKK PMK.

aku dalam hati masa tu. seriusly macam.

watdehek?

takda orang lain ke dia nak ajak selain daripada aku ini.

aduhh.

............

aku bukan nak ceritakan dekat sini dengan lagaknya yang aku dipilih untuk memegang kuasa.

cumanya aku nak luahkan betapa tak pernah aku duga nya, yang tiba tiba Allah duga aku dalam hal macam ni.


secara jujurnyalah, aku antara merupakan orang yang tak seberapa sangat suka dengan PERMAI. aku tak suka PERMAI sebab banyak karenahnya. banyak program. membebankan budak budak semua. termasuk aku.

tak terlepas. aku kadang kadang suka ja kritik PERMAI sebab aku menyirap dengan program mereka yang kadang kadang menganggu masa lapang aku.

last last, aku pula yang dengan rela hatinya terima untuk terlibat dengan PERMAI secara langsung.

aku tak tah kenapa. aku terasa macam teringin pula tibatiba nak terlibat dengan benda benda macam ni. sebab aku macam rindu erti kepimpinan.

dahulu aku kutuk PERMAI. sekarang aku pula kena jadikan kutukan aku sendiri tu untuk bangunkan PERMAI itu sendiri.

aku tak berniat untuk mencari publisiti langsung dalam memegang jawatan ini. cuma aku tiba tiba rasa nak berkhidmat untuk masyarakat.

sudah tiba masanya aku nak cabar diri aku yang sebelum ini asik mengkritik sahaja. sekarang aku nak tengok dekat diri aku apa yang akan berlaku setelah aku sendiri terlibat dengan benda benda macam ni.

aku relakan hati untuk pegang benda macam ni sebab aku nak ubah diri aku yang tak konsisten ini.

aku harapkan dengan ada nya benda benda macam ni. aku dapat mengkikis secara rancak lagi sikap sikap mazmumah yang aku miliki selama ini.

bila dah ada jawatan, semua mata akan memerhati. aku terpaksa menjaga tingkah laku. aku benci benda ini berlaku. tapi aku terpaksa juga lakukan.

takpalah. terpaksa paksa pun. demi kemaslahtan semua. aku cuba relakan semua ini berlaku.

aku akan cuba jadikan tugasan ini sebagai platform membaiki diri aku ini yang masih dikotori dengan cacat cela kekurangan.

...........

kalau nak bandingkan aku dengan Abang Sahel, serius aku rasa macam tak layak betul nak pegang portfolio JKK PMK.

takpala. walaupun kami tak sama, aku akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik untuk masyarakat PERMAI.

mulai hari ini. aku harus rajinkan diri untuk bukak yahoo group PERMAI walhal sebelum ini jarang sekali.

terukkan?

erghh. -_-"

sekian

5 comments:

jamilah said...

All the best..

Kita selalu diuji dengan apa yang kita cakap.

Insya Allah, menjadi pemimpin untuk orang lain juga boleh mendidik diri.

Miss X said...

Tak lama lagi jadi PM pulak. Memang nama Najib ni ada ong kot. Bravo my kepteng!

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

leadership runs in ur blood kot. tugas pemimpin ni berat (which i knw u already knew sbb zaman skola kamu dh rasa en).

apa2pun, selamat ye!

emirhasnan said...

"Ketika aku sedang sedap main game PES sedap sedap, tiba tiba kau dikejutkan dengan panggilan nombor telefon yang aku tak kenali. "

aku baca 3 kali,tapi masih pening apa yang kau cuba cakap.
tahniah,rumah aku terbuka untuk kau dapatkn ilmu dari abang sahel.

Dr. Nur Farah Aisyah said...

Semoga dapat menggalas amanah dengan baik.

PERMAI memerlukan perubahan dari orang-orang hebat seperti kamu.
Manfaatkan pengaruh yang ada untuk maslahat semua.

InsyaAllah kheir.
Sama-sama bekerja untuk Islam.

"Amanah itu suatu taklifan,bukan tasyrifan"