Thursday, July 15, 2010

Chapter 81: hubungan antara orang arab kahwin, undian pilihanraya dan, cerita indon.


Assalamualaikum,

oh tiba tiba seorang kakak menghantar aku blog link dia dkat fb aku untuk mempromosi bayangan kabinet PERMAI 10/11 yang telah dia bayangkan.

ganas juga la dia. dengan konfidensyel nya memaparkan kabinet bayangan dia dalam blog dia.

bagus bagus. aku respek orang semangat mcam dia. tak semua orang boleh buat macam tu. nak nak orang macam aku ni. semangat pilihanraya serius takda dalam jiwa aku sekarang ni. apa masalah aku pun tatahu.

salah satu sebab aku sedih sebab tak dapat undi abang sahel yang balik malaysia.

erghhh.

...............

hari ni aku macam untung la juga . aku ferst time tengok orang arab punya perkahwinan yang disambut ditengah jalan dengan cara yang tak sebgitu meriah mana. mana tak nya. hanya satu kereta sahaja yang nampaknya menyambut perkahwinan mereka. satu kereta je main hon hon. tak macam sebelum sebelum ni dimana orang arab sakan menekan hon masa sambut orang kahwin.

serius aku tak berkenan dengan awek arab masa kahwin. serius hodoh sebab dorang over make up. sebenarnya dorang tak payah make up dah superb lawa. tapi apa kan daya. aku tak nak cakap lebih. sebab takut takut dapat bini arab.

padahal itu lah harapan. LOL.

............

sedang aku mengulang kaji biochemistry dalam bilik sambil ditemani seorang hausmet aku yang tengah sibuk belajar VB.

tengah tengah belajr. tiba tiba dia pasang lagu poco poco. watdehuk. aku terkejut juga. sambil tu aku bangun dari baring. dan cuba mengingati semula step poco poco yang aku pernah belajar masa sekolah dulu. serius aku ingat, masa aku form 5 dahulu ada seorang cikgu aku usulkan poco poco harus dibuat pagi pagi sebelum kelas mula. agak mental presure juga la. sebagai pengawas, susah betul nak cari volunteer yang ingin jadi ketua poco poco. serius dekat satu dataran sekolah tu. pagi pagi dicemari dengan lagu poco poco sambil buat tarian poco poco ramai ramai. kelakar kalau ingatkan balik. lawak lawak.


kemudian. tiba tiba kawan aku buat seprais pulak dengan satu lagu yang serius bawak nostalgia dalam hidup aku.

tiba tiba kawan aku pasang lagu 'My Heart' yang dinyanyi oleh irwansyah dan acha stpriasa. wahh, bapak lah. sumpah aku layan sebab teringat masa dulu dulu selepas pmr layan lagu ni sehabis mungkin. boleh kata memang fenomena habis cerita ni dahulu. nak ikutkan dulu aku belajar jiwang jiwang apabila tengok cerita ni la. dengan lagu pencinta wanita nya lagi. serius aku tatau macam mana boleh jadi fenomena.

masa tu juga la baru semua orang nak tuka ringtone masing masing. aku teringat member aku jiwang melayan karaoke dengan MP4 dia. nyanyi sorang sorang. duk ulang lagu yang sama. watdehuk. yang tak boleh pergi tu. aku masih hafal lagu tu.

teringat lagi kawan aku sibuk tuka gambar dekat myspace dia gamba gamba cerita 'heart' ni. gambar irwansyah la. acha la. ape lah. entah pape je, tapi masa tu noob lagi. kelakar gila bila ingat ingat balik.

tapi serius, cerita ni memang nostalgia beb. huahuahua.

...............

aku tengah geram ni study biokem. struggle la juga. ini pun curi curi masa blogging nak release tension.

perasaan aku dah fading away dah. alhamdulillah. harap harap getting better day by day.

serius tiba tiba rasa tak sabar nak balik malaysia. sebab nak jumpa keluarga dan rakan rakan yang tercinta di sana.

harap harap sempat semuanya.
insyaAllah.

sekian.

3 comments:

-hazen said...

kan.

menulis boleh release tension kan,

setuju sangat.

berd said...

kan.

menulis boleh release tension kan,

setuju sangat.

Anonymous said...

try reading this book,

pudarnya cinta cleopetra by habiburrahman el-shirazi. scary sebenarnya kalau kahwin dengan orang arab ni :D