Monday, July 12, 2010

Chapter 77: Jeles juga dengan orang baik.

Assalamualaikum,

Sebelum 3 minit tamat perlawanan antara sepanyol dan belanda, aku melarikan diri dari rumah kawan aku untuk menuju ke rumah sendiri.

bukan sebab tanak tanggun malu kerana sokong belanda. Namun, aku yakin yang sepanyol aku menang. dan sesuatu kurang senang yang aku berlaku di luar sana sekiranya sepanyol memang betul betul menang.

memang betul. benda itu sedang berlaku. mamat mamat arab tengah seronok sakan celebrate kemenangan Sepanyol. Kebanyakan dorang suka spain sebab barcelona barangkali.

sambutan macam negara diorang aja yang menang piala dunia. sumpah mental!

.........

Lepas solat isya' tadi, aku termenung sekejap. aku terfikir satu benda yang aku pernah fikir. benda yang aku fikir tu. penah aku fikir untuk diluahkan dalam blog ini.

aku fikirkan, yang kadang kadang aku jeles juga tengok orang lain jadi baik. bukan dengki, cuma iri hati. beza kan?

kan seronok kalau aku dapat ubah diri aku macam dia orang.

ada kawan aku tu. dia sudah hafal quran. aku pernah terfikir nak hafal quran. tapi cermin diri yang masih bergelumang dengan silent sins. aku macam ragu ragu. sebab kalau aku hafal, aku lupa. aku dosa. tapi aku tahu ini bukan alasan untuk tidak berusaha untuk hafal quran.

ada kawan aku tu. aku baca blog dia. dia budak sekolah aku dulu. aku pernah macam tak suka dia dulu sebab terlintas dalam kepala otak aku dulu yang dia macam bajet islamik. betapa jahilnya aku sewaktu itu. aku kesal. lama lama aku kenal dia. Allah nak tunjuk. dia bagi tazkirah selalu dekat dalam surau. dekat belakang surau. tazkirah dia tak panjang mana. pendek aja. benda yang sama. dulu aku macam naik menyampah. tapi Allah nak tunjuk yang dia bukan bajet islamik. sebaliknya berlaku, aku suka dia. dia lelaki bukan perempuan. bukan suka terlarang. aku suka kawan dengan dia. diam tak diam. dia ubah hati aku secara senyap. bila baca blog dia haritu, aku wish dia ada disamping aku sentiasa. supaya hari hari aku boleh update iman aku dengar tazkirah ringkas dia.

ada kawan aku tu. aku ingat lagi. dulu aku perasan dahi dia macam ada bekas hitam. orang kata kalau dahi ada tanda hitam, orang tu kuat sujud. aku pun ye kan aja. lama lama kenal dia. memang rupa rupa nya dia kuat sujud. sebab malam malam bila aku tersedar dulu. aku tengok dia tengah tahajud. tambahan dia selalu kejut aku subuh. dia yang ajar aku bahawa tahajud itu tak mustahil untuk dilakukan secara istiqmah. tapi hakikatnya, sekarang aku dah lama tak buat. apa ke teruk aku ni.

ada kawan aku tu. bila tanya bab hukum hakam. dia cepat ja jawab. kalau musykil ke apa. aku kadang kadang tanya dia. dengan konfiden nya dia keluar kan hadis dengan ayat quran. aku dah terdiam. tapi dalam waktu yang sama aku tertanya dekat diri aku. macam mana lah kalau anak bini aku tanya nanti pasal benda benda hukum hakam ni tapi aku takleh jawab. dah la belajar dekat jordan.

ada kawan aku tu. dia tu dah la bapak pandai,hensem,budak sukan,hafal quran,. dulu memanjang no satu ja. hebat hebat dia pun tak pernah aku tengok dia bangga apatah lagi kerek. sumpah dia pernah jadi idola aku. bukan aja takat tak berlagak. bila orang cakap pasal dia power ke apa. dia siap macm marah lagi. dan buat mcam takda apa apa. aku percaya ini sebab dia nak jaga hati dia daripada riyak, takbur dan etc. sejak daripada tu, aku belajar yang tak perlu nak bangga dengan diri sendiri sebab nanti benda lain yang pula jadi. serius aku pernah jadikan dia idola dalam diam tak diam.

...........

aku bukan nak merintih sebab tak dapat apa yang diorang dapat. cuma aku pelik.

diorang manusia. aku pun manusia.

alasan apa yang aku nak letak kalau diorang boleh buat. tapi aku tak boleh buat.

aku sedih bila kadang kadang dah bersungguh taubat. tapi bila esok pergi kelas. jumpa awek arab yang menggugat iman. terpandang sedikit ja. habis hancor taubat dilupakan.

kenapa lah hati ni susah nak tetap. sentiasa berdolak dalik.

cukuplah kalau aku nak menuding jari dekat orang lain. sebab aku tau ni semua sebab masalah aku.

masalah yang ada solusinya cuma aku belum ketemu lagi.
takpun dah ketemu cuma aku buat buat macam tak ketemu sebab ikut sangat setan dengan nafsu yang nak sangat tengok aku masuk neraka.

sampai bila aku perlu berterusan macam ni?

...........

kadang kadang aku sibuk fikir pasal jodoh. sedih pasal jodoh. kecewa pasal jodoh.
tapi kadang kadang fikir bila buat macam ni serius macam bodoh.

bukan sebab apa. jodoh tu tak pasti. yang mati itu pasti.

barangkali mati datang dulu sebelum jodoh aku ketemu.

kalau tiap tiap hari fikir pasal jodoh. lepas tu tak sempat nak jumpa jodoh. last last mati macam tu ja. tak ke sia sia.

macam la nanti aku kena soal pasal jodoh aku dekat sana?

sedar la sikit tuan punya badan.

ish ish ish.

sekian.

3 comments:

Anonymous said...

jodoh dah ditetapkan
sepertimana ajal dah ditetapkan
kalau sumting yg dah ditetapkan
oleh Allah yg sememangnya sebaik-baik perancang
kenapa kita perlu mencari lagi
hanya perlu yakin dgn ketentuanNya
insyaAllah bila dah sampai waktu
pasti ada asbab musabab kita akan bertemu dgn jodoh kita
yg penting yakin dgn Allah
krn itu semua urusan DIA
pentingkan apa yg lebih penting dahulu..yakni urusan kita yg akan dibawa ke akhirat kelak
(sama2 muhasabah jum) =)

sahabat dentist said...

biarpun x jadi hafiz 30 juzuk,jadi hafiz juzuk 30 bolehlah kan?

Anonymous said...

bagus perasaan jeles tu,tanda hati belum mati :D