Saturday, July 3, 2010

Diari Umrah: Madinatul Munawwarah.

Assalamualaikum,

pada mulanya, secara jujurnya, memang macam nak tanak aja perancangan nak pergi umrah.
dalam kepala. dah ada macam macam alasan seperti diri tak ready lagi la. tahun depan boleh pergi la. nanti rambut kena botak dan tak hensem. dan macam macam lagi la.

tapi Dia punya kuasa. aku tuka niat last minute untuk pergi. nasib baik dapat pergi. alhamdulillah. kalau tak tahu la apa aku buat saat ketika aku cuti.

............

pada mulanya aku serius tak percaya yang aku akan pergi ke tanah suci. sebab tak pernah pun terfikir nak pergi umur muda muda macam ni. sebab dalam family aku pun aku orang yang first. bukan nak claim. cuma, maklum lah. keluarga aku tak da la sekaya mana nak pergi umrah senang senang macam pergi langkawi.

tapi takpa. suatu hari nanti aku akan cuba pasti kan parents aku dapat jejakkan kaki mereka dekat sana juga. InsyaAllah.

sampai sampai ja madinah.aku seolah macam dah takut dah. sebab orang cakap bila datang tanah suci ni. kena jaga pe'el. kalau salah sikit. habis kang kena balasannya.

kata orang ini barakah tanah haram.

aku percaya benda tu. tapi aku cuba untuk kawal diri aku untuk tidak melakukakn kemungkaran apabila mula saja nak gerak ke sana.sebab aku tahu Dia boleh baca hati aku bila bila masa.

terfikir akan dosa dosa yang lepas. aku jadi takut. jadi istighfar jadi pengubat sewaktu itu.

.................

serius aku cakap. tanpa tipu lagi. secara tulus dari hati. madinah merupakan bandar terbaik dunia.

rasa heaven gile dekat sana. sebab aku rasa macam semua orang baik baik dekat sana. ye la. tanah haram. orang nak buat jahat pun dua kali fikir. kang tang tang tu juga kena panah petir.


masa tu juga. aku dah dapat tengok kawan kawan yang lain jaga perwatakan. ini orang kata mungkin titik perubahan. tak kisah lah orang kata berlakon ke apa. tapi kesah apa yang penting kita dah cuba untuk berubah.

yang paling terbaik tu. masa subuh, semua bangun sikit bukan main awal lagi. subuh dalam pukul 3.45 pagi. tapi semua dahstandby dalam pukul 3. terlalu la hebat nya aura kota madinah sampai orang datang ziarah pun dapat ubah tabiat buruk bangun lewat untuk subuh. bukan nak kata apa, kalau pergi pukul 3. masjid tu dah kira dah penuh dengan manusia pelbagai rupa,kulit dan bangsa.

.................

masjid nabawi serius cool habis.

tersangat la besar. ada payung khemah dekat luar yang buka tutup secara automatik.

dalam masjid nabawi ada makam nabi muhammad SAW, Saidini Abu Bakar, ngn Saidina Umar.. alhamdulillah. sempat juga aku ziarah makam makam hebat tu. begitu ramai lah manusia. memang susah juga nak berasak asak. tapi takpala. benda yang baik berasak asak takpa. tak rugi mana. aku tengok ada orang lain tu sampai menangis ziarah makam nabi. mesti lembut hati dia tu.

dekat raudah tu. lagi la. orang sikit bukan main berebut lagi untuk solat dekat situ. ye la. nabi kan cakap. dekat situ kan antara tempat mustajab doa. masa tu la dapat peluang tengok manusia berebut rebut buat ibadah. bukan apa. bukan senang rasanya nak tengok suasana macam ni dekat tempat lain.

.................

banda madinah suhu dia panas. tapi kawasan depan masjid nabawi tu teratur la sangt. sebab baru membangun. seronok tengok. nak shopping pun senang hati.

aku lepaskan geram makan makanan melayu dekat restoran indon. wlaupun tak semelayu mana. tapi boleh la kata sekadar pengubat rindu.

pekedai pekedai semua boleh cakap melayu. tapi takdala semelayu mana. gaya gaya macam indon pun ada. tak fasih mana. sekadar tawar menawar. nak pingkat pelanggan. standard la.

aku pun sesaja la testing bahasa arab aku. nak training la katakan. dorang macam terkejut sebab aku cakap arab.

padahl tak sepower mana pun.

..............

taklama mana. tiga hari aja berada dekat madinah. bila nak tinggalkan madinah untuk mekah.

secara jujurnya, perasaan sedih tu ada dalam jiwa.

sedih nak tinggalkan tempat setenteram dekat situ.

bagi aku, bila berada dekat kota madinah. macam berada dekat satu masjid yang paling besar sekali. sentiasa rasa nak buat benda baik. takut nak buat benda jahat. dan sentiasa aja rasa tenang.

itu lah hakikat kota yang banyak bantu rasulullah.

sekian.




2 comments:

tepianmuara said...

memang super fast ko update.

hah.

Ah!
dah mula rindu.

nhmnrh said...

cuti antara semester korang sbenarnya berapa lama...? & oyya, personally, sy suka masjid nabawi drpd masjidil haram. tp of course lah masjidil haram ttp di hati.

beruntung tau awk jadi tetamu Allah. Mabruk alaikum. sy teringin nak pergi lagi. hmm, kalau Allah izin.

:)