Sunday, July 18, 2010

Chapter 82: Annual Grand Meeting Permai.

Assalamualaikum,

tengah hari tadi aku ada exam. alhamdulillah. aku sudah lepas. exam aku pada hari ini ialah biochemistry. aku lega sebab hari ni semuanya berjalan agak lancar.

cuma awek arab depan aku masa amik exam tadi. memang memberi gangguan habis ketika aku sedang sibuk membuat exam.

orang kata sexual harrasment dalam diam.

..............

balik petang. dalam hati aku sudah rancang untuk pergi Annual Grand Meeting Permai. memandangkan senior sudah ada yang mengingatkan aku untuk hadir semalam.

aku dengan rasa macam simpati pun. hadirkan lah diri. takpalah juga. memandangkan benda ni bukan setiap bulan buat. jarang jarang ja.

menyirap juga dengan kawan kawan lain yang tak datang tanpa sebab. kalau penat pun, aku pun penat. takpa lah. hak masing masing. masing masing dah besar panjang. pandai pandai lah buat pilihan.

nasib baik exam aku tengah hari, nak dekat petang petang sikit. boleh pergi meeting ni lambat sedikit. mula pukul 1 sampai pukul 7 kalau dalam tentatif.

gila apa aku nak terpacak dekat situ 5 6 jam. nasib baik ada exam. ada alasan sikit nak datang lewat.

.........

serius, aku takda feel sangat masa meeting tu berjalan. sekadar macam nak tayang muka ja wakil tahun satu. kang kalau tak datang. kena perli perli pula. malas aku.

aku tahu macam tak elok sebab macam tak seberapa ikhlas. tapi apa kan daya. aku malas nak timbulkan spekulasi lebih. jadi lebih baik aku menyerah untuk hadir kan diri. memandangkan aku takda benda nak buat.

serabut juga la keadaan aku tengok. pengerusi majlis macam kasar sikit cara dia. mungkin dia nak jadi tegas untuk ahli ahli dewan ikut prosedur.

ye la. mana taknya. ahli dewan kadang kadang macam tak faham bahasa. suka hati mak bapak dia ja langgar prosuder. serius macam kesian dekat pengerusi majlis.

aku duk perhati dari jauh sahaja sambil menyelak novel milik teman aku.macam best. baca sikit sikit ja pun.

...............

barisan AMT Permai dah dilantik baru. aku agak berpuas hati. seronok juga. cuma sedih sebab tak nampak barisan batch sendiri yang naik untuk tampil AMT tu sendiri.

seorang senior mempersoalkan dekat aku kenapa batch aku bahagian syabab tiada wakil langsung untuk pilihanraya kali ini. aku jawab. sebab masing masing tak berbakat.

lepas tu dia balas. batch aku sebenarnya berbakat sebab jumlah yang ramai. aku senyap ja tanpa membalas apa jawapan sambil buat gaya . oh ye ke.

aku ada undi akhawt untuk batch aku. teringin juga nak tengok representetif batch sendiri jadi orang besar. namun, rezeki tak menyebelahi mereka. mungkin pengalaman belum cukup lagi. tapi tak pa. aku percaya benda ni jadi pemangkin untuk semua orang.

nak jadi pemimpin bukan senang. kena jaga tingkah laku semua. sebab semua orang tengok. salah sikit, habis lah kau.

...............

tahun depan ahli permai semakin ramai. habis lah Irbid disesaki dengan orang melayu. harap harap orang nya baik baik sahaja.

harap harap, orang melayu yang datang tak membawa budaya hisap rokok ke sini. cukup lah dengan apa yang ada.

bukan apa. kata keluaran jordan. manusia pun manusia juga. tapi keluaran jordan la katakan.

orang selalu respek graduan keluaran jordan ni. nak nak belajar bidang perubatan khususnya.

ayuh sama sama berhenti menghisap asap rokok.

ayuh.

sekian.

1 comment:

Syahida Majid said...

Tak pa, Rai dan Fasya insha Allah ada peluang jadi jawatankuasa kampung, JKK PERMAI.

- penganalisis politik Irbid
- bukan Paul sotong