Thursday, March 31, 2011

chapter 129: random lagi.


Assalamualaikum,

menjadi seorang pelajar tahun dua pergigian sangat lah memeningkan serta merunsingkan. lebih lebih lagi apabila banya bebenar exam yang menunggu.

tak kisah lah labu. siapa suruh ambil pergigian dekat Jordan kan?

................

agak mental juga la jiwa apabila nak susun segala mak datuk notes serta slides. mulanya, dengan penuh semangat. minta daripada senior notes lama lama. last last tak guna juga. buat semak bilik sahaja. habis kena komplen dengan kawan kawan tak seberapa reti nak urus kertas. geram aku.

result sejak dua menjak ni pun tak seberapa nak stabil. dr ashraff bertanggungjawab atas kesemua ini. soalan beliau aku tak boleh adapt lagi. bapak la susah bagi pendapat aku.

sumpah punya exam tak boleh layan slides beliau sahaja. lecture notes memang kena baca.

aku bukan apa. malas nak beli dan malas nak baca panjang panjang.sebab tu lebih suka baca slides. simple dan sistematik la sedikit.

..............

isu yang lagi satu perlu aku ketengahkan ialah mengenai keputusan aku nak pulang ke Msia ke tidak.

ya Allah.

perit betul memikirkan tentangnya. entah ke papa kan nya.

.............

astaghfirullahaladzim.

sekian.

Monday, March 28, 2011

Chapter 128: katalis kehidupan.


Assalamualaikum,

terima kasih kepada pihak yang sudi mencuri hati aku.

dengan ini, aku mampu hidup dengan girangnya sebab dengan adanya katalis kehidupan.

moga moga diberkati-Nya selalu.

terima kasih duhai si katalis.

serius terasa nak berkenalan dengan kamu satu hari nanti.

sekian.

Sunday, March 27, 2011

Chapter 128: bahas.

assalamualaikum,

serius aku terasa macam nak putar balik masa masuk sekolah balik.

menyesal aku tak belajar berbahas dahulu. errr.


............

sangat jeles apabila melihat orang lain boleh bercakap dengan lancar dan cekap sekali dikhalayak ramai dengan kata kata yang sungguh meyakinkan.

sangat jeles melihat orang yang boleh berbahasa inggeris dengan penuh style dan maknanya sekali tanpa rasa segan silu.

sangat jeles dengan orang yang punyai pengetahuan AM yang sangat mantap dalam segenap aspek. sebut je isu apa. dia boleh bagi pendapat.

tapi aku?

.............

harap segala perkara ada hikmah. semoga aku ada masa untuk membina bakat bakat sebegini yang aku rasa sangat seronok kalau memilikinya.

melatih keyakinan diri.

orang yang kehilangan keyakinan diri selalunya tak berjaya.

moga moga dipermudahkan. insyaAllah

sekian.

Saturday, March 26, 2011

Chapter 127: RIMAS


Assalamualaikum,

aku rimas kalau semua benda orang nak control aku buat. aku sangat rimas. masa aku dikawal. tak semua benda tapi kebanyakan.

jiwa aku memberontak. aku bukan budak kecil lagi untuk dikawal. aku geram. tak boleh tunggu lama sebab nanti jadi dendam.

tunggu masa untuk aku luahkan.

isu ini bukan isu PERMAI. jangan bimbang.

harap kau baca duhai si pengawal. tertekan kadangkala aku rasa di dunia tarbiyyah. ke aku ni jahat sangat tak boleh duduk dalam dunia tabiyah?

harap kau kurangkan cengkaman kau pada aku. supaya hati aku terus berlembut.

runsing runsing.

sekian

Monday, March 21, 2011

Chapter 126: CAKNA


Assalamualaikum,

sebenarnya aku dah patut tidur sebab esok aku ada lab mengukir gigi.

tapi memandangkan tiba tiba aku rasa rindu nak menulis dekat blog ni. aku gagahkan diri juga. lebih lebih lagi bila aku baca post lama.

punca aku dah tak seberapa aktif tulis blog ni ialah semenjak aku tahu yang orang aku suka dulu tahu blog ini wujud.

dan dia tahu ini blog aku.

terus aku hilang mood untuk tulis sejujurnya.

takpa. sekarang aku cuba kembalikan mood itu semula.

...............

minggu ni minggu CAKNA. nak ikutkan aku kena tulis dalam bahasa inggeris ataupun bahasa arab sebab nak promote minggu ni. tapi tak pa la. diberikan kelonggaran sebab aku takut mesej tak sampai.

tadi ada forum untuk CAKNA. bukan forum sebenarnya. open talk je pun. tapi sedih sebab ramai yang tak take part. macam biasa. muka junior je ada.

topik hangat. tapi pengetahuan aku sedikit. jadi tak seberapa masuk. tapi banyak jugak point yang aku dapat hasil open talk tadi.

antaranya dia berbunyi macam ni,

orang alim selalu fikir yang orang sekular memisahkan kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat.
hakikatnya orang alim sendiri pun memisahkan kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat tanpa kita sedari.

tak semua. tetapi sebahagian.

percaya tak?

...............

hajatnya nak tengok Nur Kasih. tapi memikirkan lab esok pagi. terbantut hajat.

nak dapat semangat . kena tengok cerita macam ni kadang kadang.

LOL.

..........

aku sekarang bawa imej baru dengan rambut baru yang ala ala awal ashaari pada mulanya.

tapi last last jadi farid kamil. tapi tak farid kamil sangat pun. cuma macam mat rempit sikit.

aku harap takda la orang nak pertikaikan ke apa sebab aku harap benda yang aku buat ni tak salah dari sisi agama la.

sekali sekala nak bergaya rambut macam ni. apa salahnya. dekat sekolah tak merasa dulu. apatah lagi bila dah bekerja nanti.

.............

cuak la nak exam!

grrrr..


sekian.

wasalam.

Friday, March 4, 2011

Chapter 125: hipokrit

Assalamualaikum,

terima kasih kepada sumber atas sumber diberi.

barangkali aku terlalu hipokrit.

apabila bertemu perempuan arab, aku petah berkata. takdala petah mana pun

apabila bertemu perempuan melayu, aku diam seribu bahasa. tak lah seribu mana pun.

.........

barangkali orang yang tak kenal aku, dia akan cakap aku macam tu terus.

takpe. nak buat macam mana. dah orang tak kenal kita. aku kalau tak kenal orang pun aku tak da lah hentam mana pun. sebab tak kenal sangat.

mari berlapang dada. mungkin dia tengah emo. tak bermaksud apa apa. tak pa la.

seorang lelaki tak sepatutnya tulis post yang emo.

aku terus tak jadi nak berkata panjang.

hodoh rupanya.


sekian.