Saturday, December 31, 2011

Chapter 189: Jangan lari dari aku.


Assalamualaikum,

dengan ini aku mengisytiharkan genap seminggu aku menetap di zam-zam.

Sejujurnya, aku dah jatuh hati dengan suasana dekat Zam Zam yang begitu tenang sekali. Sangat sedikit jumlah syabab melayu di sini.

Boleh kata masa solat jumaat tadi. Tenang jugalah. tak perlu banyak tegur orang lepas solat.

Bukan tak boleh tegur, tapi kdg2 lari purpose bilaa banyak sangat borak tak tentu pasal.

Serius aman damai duduk kawasan keluarga dekat sini. aish.

takde orang main hon2. ataupun akhawat arab yang menggugat iman lalu lalang.

.........

aku pelik dengan orang yang nak cuba lari dengan aku.

apa salah aku sampai kau macam tak nak bertegur mesra dengan aku. muka panik aja bila terjumpa.

aku tahu kau ada jemaah. aku orang PERMAI. dan aku pernah tulis satu analogi.


tapi takkan lah perlu nak lari dari aku. aku tak rasa 'musuh' pun dengan kau.

sebenarnya aku rasa seronok duduk zam zam ini bila dapat jumpa kawan-kawan yang 'dipinggirkan' oleh masyarakat lain atas alasan mereka 'berkeras kepala' untuk berjemaah.

hak masing-masing. aku malas nak sentuh lagi bab ni. cuma kdangkala aku rasa kasihan sebab orang lain macam lebih2 pula nak pulau dorang. macam dorang ni buat dosa besar pulak.

aku cuba bersangka baik. barangkali kawan2 yang nak cuba lari dari aku ni mungkin dia rasa serba salah sebab dia tahu yang aku tak berkenan sangat dengan 'jemaah2' ni.

who cares?

aku kenal kau. kita saudara semuslim. kenapa kita perlu putuskan hubungan kita atas alasan paling bodoh sekali dekat dunia ini; persatuan aku tak terima jemaah kau.

entah apa-apa.


aku nak mohon kepada mana2 pihak yang terlibat sekiranya kata2 aku sebelum ni banyak lukakan hati korang. tak kisahlah dekat fb ke . dekat blog ke. twitter ke. mne2 je lah.

bersebab semuanya. still, aku masih sayang orang yang kenal dan aku gelarkan 'kawan'.

kawan bukan lawan.

..........

hilang semangat nak bersungguh-sungguh untuk exam.


kenapakah?


Bantulah aku, Ya Allah.

sekian.

Friday, December 30, 2011

Chapter 188: Sedap mata memandang.

Assalamualaikum,

Memang betul lah, kadangkala kita tak perlu nak tunggu seseorang itu betul-betul cantik baru kita boleh jatuh hati.

Apa yang aku perasan. Paling penting ialah sedap mata memandang, turun ke hati menjadi tenang.

Pakaian itu penting. kau tak perlu berusaha segala nak make up tak tentu pasal. tudung segala bagai. hana tajima segala.

Cukup sahaja kau berpakaian sederhana. Bergaya sekadar sahaja.

Aurat kau jangan nak papar sangat. sebab tak akan buat bakal suami kau saspen. sebab semua orang dah pernah tengok.

aku rasa aku cakap mewakili pihak ramai lelaki.

Nafsu siapa yang tak kata seronok tengok kau bergaya sakan sampai nak tunjuk semua.

Cuma, kebanyakan. orang lelaki tetap akan pilih yang terjaga rapi auratnya.

Percayalah. walaupun dia tak thiqoh mana.

Sekian.

Chapter 187: Terlebih-tidur.

Assalamualaikum,

pergh. angin sepoi-sepoi. aku dalam bilik. member atas katil tengok tidur. tapi tak berdengkur.

aku masih tabah cuba lagakkan diri untuk study prostho.

pharma tak start lagi. nak menangis aku. kelas terakhir dah lah tak pergi. exam punya pasal hari itu.

.........

aku rasa rumah yang aku tumpang ni sweet lah ahli-ahli rumah dia.

ahli-ahli rumah aku sweet juga. tapi tak tahu. aku nak kata depa pun sweet juga.

boleh kata nak dekat seminggu aku buat muka tembok tidur rumah orang. kalau mak aku tahu mesti dah kena torcher. tak pernah diajar oleh mak dan ayah.

apa nak buat. tenet punya pasal. rumah tenet slow bangat. orange kelentong kata nak pasang internet dalam masa seminggu. last-last kata kena tunggu lagi sebulan sebab kapasiti penuh la apa lah. geram gila.

kalau aku cakap sematamata sebab tenet. macam jahat pulak.

actually aku suka duduk sini sebab dapat semangat untuk belajar. dekat rumah tak boleh. aku perlukan semangat baru dengan keadaan yang baru.

.............

bebalik kepada suweet-suweet ni. member aku yang tengah tidur atas katil ini baik sangat orang dia. aku dulu tak kenal sangat masa mula-mula kenal dia. orang kata dia sombong lah. macam-macam lah benda buruk yang aku dengar. bila dengar dulu macam takut nak dekat dia.

kronik benar mamat. bisik hati aku dulu-dulu.

tapi sekarang. bila aku kenal sendiri. semua itu tipu belaka. aku rasa aku nak ketuk kepala siapa yang cite bukan-bukan dulu. shoot je perangai cerita buruk pasal orang. buat orang lain rasa skeptik ja. kuajja.

member aku sorang ni dia adalah seorang yang lovely.

dia sanggup gadaikan hirom dia sebab nak bagi aku tidur dekat atas lantai. lepas tu dia guna selimut-selimut nipis dia yang ada.

alahai suweet gila. lepas tu haritu belikan breakfast roti canai untuk aku.

dia seorang abang yang baik juga. bila dia call family dia. kadang-kadang aku terdengar dia duk tanya khabar adik-adik dia. family dia macam biasa. mesra sungguh. aku dengar pun tergelak sorang-sorang.

aku tak nak puji lebih-lebih. dah lah tu. kalau berkenan, boleh PM aku. aku boleh adjustkan. har har.

housmet dia yang lain pun suweet juga. tiba-tiba tadi sorang tu datang bawak kan sobah masuk dalam bilik. dia kata dia dah habis guna. masa tu aku tengah belajar.

alahai. suweetnya.

kalau kau rasa geli aku tulis 'suweet' nya. kau anggap aku cakap macam ni.

"terharu nya aku"

haa. aku saja nak nampak bunyik keakharawatan sikit. maaf.

..........

satu benda yang aku belajar dekat jordan ini ialah belajar untuk memuliakan tetamu.

aku belajar dari arab, mahupun pelajar2 melayu dekat sini. khususnya senior2 dan kawan2.

dulu aku rasa tetamu tu macam beban.

tapi lelama. aku dapat rasakan tetamu tu macam rahmat. kalau boleh nak serve yang terbaik untuk dia bila dia datang.

errr. tetamu yang datang dalam sehari dua lah. bukan bermukim macam aku. -_-'

..........

maaflah kalau post aku sebelum ini menyentuh hati pihak mana-mana.

mama selalu pesan.

Jangan buat baik sangat dengan orang perempuan.
nanti dorang perasan.

Dulu aku tak percaya. tapi hari demi hari. aku semakin percaya. dan mula berhati-hati.

Sama juga dengan perempuan. jangan buat baik sangat dengan orang lelaki.
nanti dorang jatuh hati. payah nanti.

sekian.

Tuesday, December 27, 2011

Chapter 186: bukan gatal.


Assalamualaikum,

kawan aku usap belakang aku sambil buat muka bajet matang, berkata

" aku rasa hang patut kahwin dah ni "

wth.

..........

kau pernah tak rasa perasaan dimana kau suka seseorang tu, tapi kalau boleh kau tak nak ada apa-apa relationship dengan dia dahulu sebab kau takut benda yang tak elok akan berlaku.

kalau boleh kau nak inbox dekat dia kau cakap yang.

" boleh tak kalau awak simpankan ruang dalam hati awak untuk saya masuk dalam 3 4 tahun akan datang "

imposibru sangat kalau aku masuk minang anak orang time-time macam ni.

apatah lagi nak bertunang.

it's very awkward for a person like me to make a first move.

kau tahu tak perasaan dimana dah lama kau tak berchatting dengan perempuan lepas tu kau nak berchatting tak tentu hala sekadar untuk berkenalan.

OMG. i did this when i was in form 1 tak silap. itu pun dengan last crush.

tapi kali ini aku serius. insyaAllah cukup matang berbanding form 1 dahulu.

kawan aku selalu pesan. kau jangan lambat-lambat, nanti melepas macam member kita seorang tu.

sampah suci (baca: Holy craps).

kalau aku luahkan dekat parents aku, surely they would say ' kenal-kenal lah dulu. jadikan girlfriend dlu ke'

oh man, kau tahu tak perasaan dimana kalau boleh kau tak nak dah istilah 'girlfriend-girlfriend' ni. yang kadangkala aku sangat alergik sebab mengingatkan aku pasal 'couple' dan etc. which is benda-benda yang tak maturity sangat.

aku idamkan cara yang lebih suci, agar si dia dapat tahu yang aku ada hati untuk dia.

please. aku terus berdoa aku tak nak masuk perangkap syaitan.

aku tak desperate. cuma, aku tak boleh duduk diam bila member aku cakap

" kau jangan jadi macam member kita, melepas macam tu je".

OMG. these words have been really haunting me back few days.


...........

sesetengah orang tak faham. dia ingat kita gatal. nak sangat ada buah hati.

semua nya bersebab.

percaya tak cinta boleh buat orang jahat jadi baik. orang baik jadi jahat.

sekarang aku nak jadi baik.

maaf aku tak sehebat kalian untuk bangkit sendiri dengan kaki sendiri.

aku perlukan kepingan nasihats.

kalau jumpa aku sila buat muka tak pernah baca post ni okay.

sekian.

Sunday, December 25, 2011

Chapter 185: Nak bertunang pun payah sekarang.


Assalamualaikum,

memang betul lah cakap orang. kadangkala, perasaan cinta tu memang kita tak boleh nak sorok.

aku tahu aku macam merapu. tapi aku serius ni.

aku dilamun cinta. lols.

...........

sempat borak dengan mama tadi dalam phone. mama update berita pasal abang. abang baru lepas abis belajar dan sekarang tengah buat housmanship.

mama kata, mama dan babah tengah runsing sebab abang macam terdesak untuk bertunang dengan girlfriend dia.

bukan terdesak apa, sebab mak si belah perempuan kata, kalau boleh nak cepat2kan bertunang.

tapi mama dengan babah macam kata, hold on dulu. abang baru kerja. perlu bagi masa sedikit nak kumpul duit.

maklumlah, kami bukan orang senang.

kasihan abang aku tengok. family aku okay je dengan si perempuan tu sebab dah pernah jumpa semua.

tapi tu lah. keluarga si perempuan macam tak seberapa nak faham dengan keadaan keluarga kami.

orang mesti cakap. alahai. 'tunang' je pun.

nak buat macam mana. family aku lain.

..........

aku malas nak disagree banyak dengan parents aku sebab aku tahu yang parents aku akan ada pendirian yang teguh.

kalau nak ikutkan, aku on je kalau abang aku nak bertunang. tahun depan kahwin lah.

namun, parents aku masih berminded kalau nak buat majlis tu either kahwin or tunang. kena grand. takde lah grand mana. cuma agak grand.

kalau agak grand pun will cause you a lots of money jugak kan.

aku ulang. kami bukan keluarga senang. duduk je seksyen 9 dekat shah alam tu.

aku faham. bukan salah parents aku macam tu, tapi keadaan sekeliling yang mendesak.

keluarga, saudara mara mahupun kenalan rapat.

budaya ini perlu dihakis.

.........

aku bukan nak buruk kan keluarga aku. tapi barangkali ada pengajaran yang boleh diambil.

sebab tu aku runsing. macam mana lah bila masuk turn aku nanti.

kalau lagi cepat, lagi bagus.

Semoga parents aku lebih mengetahui apa yang mereka buat.

Sesungguhnya Allah juga lah sebaik-baik perancang.

sekian.

Monday, December 12, 2011

Chapter 184: Kawan saudi baik belaka.


Assalamualaikum,

pergh. memang lah takde printer seksa betul nak buat kerja JSU.

nak menangis aku menguruskan printer 2nd hand yang aku beri dari senior ni. boleh jadi aku baru refill ink ni, komputer kata takde ink.

weh, orang bayar kot.

aiesh.

..........

aku dapat offer tumpang kereta member saudi hari ni.

memang orang kata, tak sia-sia kalau kita buat baik dengan orang yang kita tak kenal. sejujurnya, aku tak kenal sangat pun member saudi tu sangat. aku dan dia tahu yang masing-masing satu kelas.

aku tak buat banyak. aku hanya senyum. tegur apa khabar. macam mana belajar. lepas tu buat kerja sendiri.

nama pun tak tahu.

tapi yang untungnya, hari ini dia offer aku naik kereta dia. lepas habis lab. rezeki yang tak pernah diduga.

tapi jangan lah buat kebaikan dekat orang lain sambil mengharapkan orang tu buat baik balik dekat kita.

tak murni gitu.

..............

seronok belajar cultural bangsa lain. aku ingatkan orang arab ni semuanya sama ja cultural dia. walhal, ada sikit sikit lain kalau ikut negara. Saudi tak sama sangat dengan jordan.

Antara benda yang sempat aku belajar dari kawan aku tadi.

kabsah saudi punya.

dia bawah scholarship kerjaan saudi. dapat duit monthly 850 Jd sebulan.

Orang syiah dekat saudi pun dapat duit scholar. baik juga kerajaan depa ni.

budak kelas aku boleh kata mostly dari saudi ialah syiah, katanya lah.

orang arab saudi kalau tetamu datang rumah, masa makan-makan, dia tak akan bangun selagi tetamu tak habis makan. kalau dia bangun sebelum tetamu tamat makan, memang aib besar katanya.

tak pasal-pasal, kawan aku belanja aku makan hindi hari ini.

Dia ajar aku satu ayat kalau kita kena belanja untuk diucapkan kepada orang yang belanja kita.

" katharallahukhoirokum"

member aku cakap, takde respon spesifik. kau boleh jawab apa-apa sahaja.

...............

rasa seronok bila dapat kenal semua orang arab dalam kelas.

baik lelaki mahupun perempuan.

aku tak ingin famous. tapi rugi kalau duduk 5 tahun sekelas tapi tak pernah kenal.

mana tahu kot-kot dah besar nanti boleh buat link balik ke kan.

mengajar kat JUST ke kan. haha.

sekian.

Tuesday, November 29, 2011

Chapter 183: Exam dan pasang gigi payah.

Assalamualaikum,

payah sebenarnya bila nak deskrip bila dapat tahu keputusan exam yang sangat mengecewakan.

lepas tekan 'finish' je. keluar markah. aku senyum.

setimpal dengan usaha.

aku terus senyum bila turun tangga. jumpa member arab kata tak berjaya. semua macam tak percaya. tapi aku masih cool. pelik juga.

Petanda aku kena lipat gandakan usaha.

sekarang aku dah nampak alasan kenapa aku kena skor exam kali ini. Selalu macam rasa takda sebab kenapa perlu skor.

Alasan? bukan. aku memang seorang yang macam ni. perlu akan kegagalan untuk bangkit. sukar untuk maintain.

insyaAllah aku target tinggi untuk 2nd dan final.

...........

Bila belajar buat gigi palsu ni, khususnya time setting teeth memang terseksa.

Jujur aku cakap, masih terkedek-kedek dekat fasa anterior maxillary.

rasa macam nak menangis pun ada bila tengok member lain dah jauh kehadapan pasang posterior teeth.

pasang bukak. pasang bukak. memang betul cakap dr esam. kali pertama nak pasang tu, make sure itu yang terbaik kalau boleh. Jika tidak, kau pasti akan merana. seperti mana yang aku dah rasa.

ingat nak ta'weed esok. insyaAllah.

............

dah terbayang dah nak repeat year.

pelik. kenapa tak rasa takut?

-_-'


jangan bimbang. insyaAllah kheir.

sekarang aku dah nampak alasan kenapa aku perlu ber'dentistbangkit'.

sekian.

Saturday, November 26, 2011

Chapter 182: Sikap yang tak perlu diikuti.


Assalamualaikum,

aku suka betul tengok sikap seorang sahabat aku ni.

hidup dia low-profile dia. banyak kerja belakang tabir dia buat. bukan sembarangan punya kerja. stok-stok kerja yang tak semua orang boleh buat.

Ramai orang tahu, dia ni sememangnya hebat. hebat dengan ilmunya, hebat dengan kata-katanya. Hafeez quran pulak tu.

Tapi diri dia maintain zuhud. setiap kata-kata yang keluar dari mulut dia. tak pernah dengan nada yang dia tu betul. walaupun memang betul dia cakap.

maksud aku, bila dia cakap tentang sesuatu. mesti dia ada sikap rendah diri dia. dia tahu diri dia ada kelemahan. jadi dia tak mengharapkan orang lain akan percaya dia 100 %.

walhal, memang betul pun dia cakap.

...........

Sayangnya, tak semua orang macam dia.

kita ni bila dah tahu kita ramai pengikut, ada pengaruh. dikagumi. direspeki dan macam-macam lagi.

bila kita buat katakan tentang sesuatu, kita susah nak tanggalkan elemen-elemen keegoan kita.

mungkin kita tak perasan. cuba cek perlahan-lahan.

memang betul apa yang kita cakap. tapi nada kita buat macam kita memang betul 100%. kata-kata ni memang orang lain perlu hormati. sebab kita ni kan hebat. kononnya.

tahu. kita perlu ada keyakinan diri. tapi kita perlu tahu bahawa tak semua orang boleh interpret kata-kata kita dengan sudut yang positif. nanti orang kata berlagak pula.

mulut orang, tak kisah, janji hati ikhlas.

jangan buat main. mula-mula boleh lah cakap ikhlas. takda niat nak berlagak mahupun riak. Tapi lama-kelamaan, takut lain pula nya yang jadi.


contohi sikap ulama-ulama kaum tua. kebanyakan mereka tak pernah bercakap besar dengan ilmu mereka. Nak ikutkan, banyak sangat sumbangan mereka. tak terkira.

tapi seboleh-bolehnya, mereka akan cuba untuk buat diri mereka seolah-olah takda pape. demi nak jaga niat punya pasal.

kita?

..........

aku sebenarnya nak merujuk kepada seseorang. untuk diambilkan iktibar kepada diri sendiri dan siapa yang terbaca.

tak tahu lah aku ja yang macam 'busuk hati' suka pandang negatif.

sekian. wasalm.

Monday, November 14, 2011

Chapter 181: ruang privasi.

Assalamualaikum,

terasa tenang jiwa bila privatekan wall.

sekarang tengah berusaha nak privatekan status. tapi tak tahu macam mana nak buat.

fikir2 balik rasa sedih bila diri rasa seronok bila tengok orang ramai 'like' status kita yang nak ikutkan takda mesej pun. tak bawak seinci pun dekat dengan tuhan.

buat diri ni sendiri jauh dari tuhan ada laah. timbul bibit-bibit keriakan.

hidup kalau low-profile sebenar sangat menenangkan. tak banyak dosa yang kita buat. tak banyak orang kita sakitkan hati. tak banyak orang nak mengata kita sebab kata-kata kita.

memang payah nak berubah kalau dah jadi peramah.

pantang jumpa semua orang ja nak crack a joke. semata-mata nak tengok orang tu senyum. tapi sebenarnya dah tergelapkan diri sendiri sebab asyik gelak je. hati pun jadi hitam.

menangisnya tidak.

..........

pendiam itu menyenangkan.

sebab tu aku minat orang macam kau. pendiam.

opposite attraction kata orang. harap kau maintain pendiam dan thiqah.

sekian.

Sunday, November 6, 2011

Chapter 180: Tolong jangan keras kepala boleh tak?

Assalamualaikum,

aku kurang selesa dengan sikap sesetengah pihak yang keras kepala.

semakin orang tak selesa, semakin itu dia mula tunjuk belang. aku bukan nak dengki apa.

tapi maklumlah, hormatilah perasaan orang lain. walaupun kalian buat kerja baik pun. tapi jangan lah sampai nak buat iklan pun merata-rata kalau buat program.

kalau nak datang program umum, pakai jaket khusus dia.

tahu lah tak haram. tak berdosa. tapi bukan kah tidak baik kalau kita tidak menjaga sensitiviti orang ramai.

" orang ramai punya sensitiviti kena jaga, ktoang?? "

perlu lah faham. kalian tidak ramai. takda orang boleh halang kalian untuk buat program ke nak tambah ahli ke apa.

cuma, belajar lah untuk hormati polisi orang lain.

tahu tak, kadangkala kalian buat orang lain rasa menyampah lagi dengan kalian ada lah.

aku tak suka cakap panjang sebab aku tahu yang terlibat itu semua kebanyakkan nya sahabat aku sendiri.

aku tak tahu. kenapa bila benda-benda macam ni aku kaku nak cakap depan depa.

aku rasa terkilan sebab punca benda kecil macam ni, kita punya perasaan kadangkala bercambur-baur bila berkawan.

sumpah aku cakap. aku memang sayang kalian, sebagai sahabat-sahabat aku. tapi aku rasa macam tak boleh kalau kita bersahabat rapat atas sebab kita se'pasukan'.

kalau kau buang lencana kau, tak sebut nama gerakan kau, pasti tenang hati aku nak bermuamalat.


..............

kadangkala aku rasa menyesal sangat sebab kenal kewujudan kepelbagaian jemaah.

lebih-lebih lagi bila tahu banyak krisis yang berlaku,

memang susah nak berlapang dada, kalau kita nampak dihadapan mata.

tolong lah.

sekian.

wasalam.

Thursday, October 27, 2011

Chapter 179: hai junior.


Assalamualaikum,

aku rasa kasihan dekat junior sekarang sebab dorang susah nak socialize dengan senior sekarang ni.

satu sebab, dorang duduk jauh terasing.

satu sebab lagi, dorang ramai.

satu sebab lagi yang aku macam perasan, dorang tak seberapa mesra. tak tau la betul ke tak.

nasib baik aku ni jenis muka selamba. nak sedapkan hati, aku senyum dan tegur je la siapa yang aku jumpa. harapan lah nak tunggu depa tegur dulu.

kalau sesetengh senior tu, sampai bila lah tak tegur. hinggalah tak cukup duit nak bayar coster.

.............

tenang jiwa bila petang tadi ditemani oleh 3 orang junior yang baik.

tadi ada lab prosto. lambat habis sebab nak kena buat occlusal rim yang agak mengambil masa.

terserampak juniors ni masa nak balik rumah. depa nak gerak ke surau untuk solat. aku tersentuh hati. ingat nak solat kat rumah. tapi tengok kegigihan depa nak solat waktu orang ramai dah balik buat aku tak senang hati.

aku cuba paksa diri untuk buat kebaikan.

.........

sekarang payah nak fokus dalam kelas. masalah ini sangat membimbangkan.

tak tenang jiwa dibuatnya. nak kata awek dof3ah ganggu. tak juga.
tapi rasa macam tak kena. mengantuk pun menjadi jadi.

nasib baik exam pharma tadi takde la teruk sangat.

alhamdulillah.

.........

member aku cakap kalau nak maintain boleh cakap bahasa arab sepanjang umur, kena kahwin dengan orang yang boleh cakap bahasa arab juga.

kalau tidak, nanti bahasa tu akan luput macam tu sahaja.

rugi kan?

so kahwinlah sesama tempat belajar. :)

alhamdulillah. rumah dah ada balik tenet.

oh malu. tersilap post.

sekian.

wasalam.

Thursday, October 20, 2011

Chapter 178: Jumpa Tun Mahathir.

Assalamualaikum,

ini serius curi-curi update blog dekat laptop kawan. Seksa sangatlah internet takde dekat rumah.

habis banyak isu semasa tak dapat update. tahu-tahu prof aziz bari dah kena ban.


kesian.

.......

semalam merupakan hari yang aku tak dapat lupakan.

macam tak percaya, akhirnya aku dapat jumpa tun mahathir secara live. sebenarnya dah lama aku pendam hasrat aku ni. ingat dah takde harapan. tapi tu la. Allah Maha Mendengar.

Jujur tak pernah expect pun dapat jumpa. apatah lagi dapat bertentang mata sebentar.

rasa macam nak menangis pun ada. manakan tidak, jumpa orang paling hebat dekat Malaysia. bahkan serata dunia kenal beliau.

orang-orang arab asyik duk agung-agungkan sumbangan beliau.

secara jujurnya, aku bukan la peminat setia tun semenjak kecil. aku mula minat masa form 4 form 5, baru tu baru tahu pasal sejarah negara.
baru tahu apa sumbangan tun.

Bermula daripada itu, aku cuba perbanyakkan baca tentang latar belakang beliau.

siap baca komik Che Det sekali.

tup tap. terus jadi idola.

aku tahu tun ni banyak kontroversi. tapi aku tolak ketepi kontroversi tu untuk amik yang jernih. sebab bukan senang kita nak contohi seseorang tu kalau kita benci dia.

aku suka dia. walaupun aku tahu banyak juga 'tahi' yang perna beliau buat. berapa ramai orang yang pernah sengsara gara-gara beliau.

pendirian aku, kejam tak semestinya zalim, tapi masih, matlamat tidak menghalalkan cara.

wallahualam.

.............

tun mahathir nampak tua. begitu juga isteria beliau, tun siti hasmah. tun siti, perlu kan seseorang disebelah untuk pimpin beliau jalan.

orang kata tun mahathir umurnya 86 tahun. tak pasti. boleh wiki.

tapi gaya pemikiran dan percakapannya tak lapuk dek umur. ingatan beliau masih kuat. pasal sejarah. dan segala benda yang penah beliau baca dan belajar.

Tun kata, beliau dah baca berbelas ribu buku masa sekolah rendah.

aku macam. HERK?

masa soal sesi jawab. aku ingatkan aku tak dapat lontarkan soalan sebab aku macam yakin ramai orang simpan soalan. barangkali lebih matang dah bermakna. soalan aku, aku anggap macam pcisan je.

MC dah open table. aku duduk saf depan sekali. jadi aku pusing belakang nak tengok respon ahli lain. tapi takde orang pun angkat tangan.

aku apa lagi. muka selamba nya angkat tangan terus. padahal dalam kepala masih tengah susun ayat.

first time rasa bercakap di khalayak menggeletar. selalunya macam sekejap je geletar. tapi kali ni cam lama sebab depan orang hebat kot. dah la depan2.

aku tak mengagung-agungkan tun. so harap takde orang men'dosa'kan aku tanpa sebab ye.

soalan aku dua.

pertama, macam mana kami generasi muda ni , yang hidup mewah dan senang, nak jadi orang macam tun, yang berasal dari keluarga yang susah, untuk bangkit mperjuangkan, bangsa dan negara.

kedua, macam mana tun boleh jadi seorang yang out-spoken. walhal, malaysia ini bukannya kuasa besar pun. berani nak kritik kuasa barat, khususnya yahudi itu sendiri.

tun jawab lebih kurang yang aku faham.

pertama, generasi muda sekarang ni sebenarnya ada je masalahnya, yang boleh membuatkan msing2 utk bangkit. iaitu lebih kepada isu perpaduan melayu. cuma antara kita kisah atau tidak.

kedua, kenapa perlu takut dengan depa? depa tak boleh buat apa-apa dengan kita. kita dipihak yang benar, perlu ke takut?

tun jawab panjang. tapi aku terpaksa ringkaskan.

aku sempat cakap dekat tun pasal hardtalk dalam BBC masa 2006 dekat UK dulu yang orang duk hangat forward2 kan dekat FB.

tun sentuh, orang tu tahu nak serang je. tapi bila tun dah jawab, tun tembak balik. dia tukar topik

sumpah aku gelak masa tu. sebab memang aku perasan sangat.

..........

puas hati. alhamdulillah,

tak sangka. pernah luah dekat fb nk jumpa tun. tak sangka dapat jumpa semalam depan mata.

dekat jordan ni lah aku berpeluang jumpa orang-orang hebat.
ustaz ravi, ustaz anhar pun ada semalam.
borak-borak macammemebr je. macam tak percaya dengan gaya sporting depa.

;)




Allah kalau nak bagi, Allah bagi je kan. hebatnya Allah.

Allah dah bagi nikmat, aku kena tambah taat. :)

Berharap dapat jadi orang hebat seperti orang yang aku dah jumpa.
nak juga berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

tambah saham untuk masuk syurga.

insyaAllah.

semoga blog ini menjadi saksi.

sekian.

wasalam

Sunday, October 16, 2011

Chapter 177: Usrah.

Assalamualaikum,

alhamdulillah hari ini berpeluang nak hirup satu semangat baru untuk menjadi seorang daei.

setelah sekian lama juga aku diam diri. terasa inferior akan diri sendiri.
buatkan aku rasa berat nak bercakap pasal agama lately. Sebab aku takut apa yang aku cakap salah.

tak tahu macam mana perasaan inferior ni boleh datang.

barangkali karat-karat dosa yang menghantui diri, buat aku tak banyak bunyi.

takpun, sangat susah kalau nak cakap benda yang kita tak buat. apa lah sangat aku nak tazkirah orang kalau aku sendiri banyak lagho.

............

panelis forum hari ini berjaya menarik tumpuan aku.

terhibur juga lah jiwa ini bila dapat dengar perkongsian hebat panelis2 malam tadi tentang dakwah.

secara jujurnya, aku sega sebenarnya nak gelarkan diri aku sebagai seorang daei. sebenarnya aku ni kategori mad'u.

tapi, memandangkan tanggungjwab setiap muslim itu adalah untuk berdakwah.

nak tak nak, aku kena terima gelaran tersebut.

Menjadi naqib dalam satu usrah juga satu ujian yang paling besar aku rasa untuk aku kali ini. Boleh dikategorikan sebagai seseorang yang masih mentah dalam bidang usrah-usrah ni. aku ditaklifkan untuk menjadi naqib terus kepada sahabat-sahabat tahun 1.

kalau dengan budak JUST tak kisah lah lagi. Ini campur dengan budak2 Yarmouk.
Mak ai. inferior tak terkata lah. mula2 taaruf haritu pun nerves teramat.
dalam hati asik tedetik. terasa hina diri tak cukup sikah sperti anak pintar sendiri.

tu lah. dulu ada usrah, selalu escape. sekarang baru tahu perasaannya.

...........

aku tekad. walau apapun yang berlaku, aku kena terima diri aku seadanya.

aku selalu kuatkan semangat, aku patut rasa beruntung kerana dapat menjadi diri aku sendiri walhal orang lain belum tentu dapat menjadi diri aku sendiri.

tak kisahlah orang nak kata apa. insyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk berdakwah.
bak kata ustaz tadi, biar kita dengan kerja kita, biar orang lain dengan kerja orang lain.

orang lain kadangkala tak faham dengan apa yang kita buat sebab aspek pemikiran yang berbeza.

semoga diberikan kekuatan untuk berjuang, walaupun dah banyak kali tergelincir.

ganbatte!

sekian.

wasalam.





Friday, October 14, 2011

Chapter 176: PSL segala.


Assalamualaikum,

gila fenat la main satu game penuh. lari tak banyak. skill tak seberapa. tapi alhamdulillah, bila tukar posisi masa last minute tadi dapat la juga beberapa peluang.

serius kena banyak berlatih. tak kisah lah kena titik 2-0 pun. janji kami cuba untuk main dengan baik.

sub takde. bukan nak bagi alasan sebab kalah. tapi kami layak untuk kalah lah kalau nak ikutkan. jadi, tiada pertikaian.

geram betul dengan sikap orang yang dah tahu main PSL. tapi tak nak turun.

sayang captain aku. cool je.

..........

aku rasa cool pulak bila aku jatuh hati dekat seseorang tu. tapi kalau boleh aku tak nak stalk dia pun.

sebab aku tahu kesabaran aku akan diuji kalau stalk-stalk orang.

macam-macam persoalan boleh timbul dalam hati. karang jeles tak tentu pasal. fokus kehidupan lain yang penting pun takut terabai.

setakat ini hanya mampu pendam. sebab umur terlalu muda nak ambil langkah pertama.

abang yang pertama nak bertunang pun, dah kena kaunseling dengan mak dan ayah untuk kumpul duit dahulu.
.........

hujung minggu ni pack sangat-sangat.

Tun M, please datang Jordan. please!

Sekian.

wasalam.

Chapter 175: Suara tinggi.


Assalamualaikum,

berpeluh jiwa bila diminta untuk uruskan hal muroqib.

orang yang ingin dimuroqibkan ramai, para muroqibnya defisit pulak.

setelah hampir dua tahun aku tak menjerit. akhirnya aku berjaya belajar menjerit semua.
berlaung-laung memanggil orang untuk berkumpul.

serius teringat waktu dekat asrama dulu. Masa mula-mula jadi pengawas, bila bertugas untuk kosongkan asrama pagi2.

Ada seorang senior tu suruh jerit. untuk kosong kan asrama.

ayat dia macam ni lebih kurang.

" perhatian kepada semua pelajar, anda dikehendaki untuk kosongkan asrama dalam kiraan 10"


lepas tu, kira la. sepuluh, sembilan, lapan, sampai lah satu.

setiap ada satu setengah lagi segala. last last tengok muka senior pengawas tu jugak yang lambat.

-_-'

...........

masa tu memang aku mula belajar untuk menjerit.

kalau tak, haramlah tak reti bersuara tinggi.

segan gila tadi kena tegur dengan senior kata suara aku comel sangat masa bagi arahan.

terima kasih senior sebab bagi aku kesedaran.

sekian.

Monday, October 10, 2011

Chapter 174: Senior hebat.

Assalamualaikum,

OMG. lama aku tak menulis.

selalu mengelat bila menulis. idea macam-macam. tapi tangguh punya tangguh. tak tertulis.

sayanng sekali.

.........

baru balik dari rumah senior. senior yang sangat-sangat aku segani. dirinya begitu low profile. pernah menjadi orang besar dalam persatuan di sini.

tapi disebabkan masalah akademik yang menyebabkan beliau terpaksa repeat year. beliau tekad untuk diam setahun.

aku tak kenal sangat dia. setakat jumpa dekat masjid sahaja.

tahun ini baru berpeluang untuk kenal dia lebih dekat.

KAGUM.

akhlak yang terpuji, pemikiran yang mantap, gaya hidup yang simple, kerjanya teliti, mengalahkan akhawat.

banyak benda dia kongsi. pasal pengalaman dia. bila aku dengar, macam dia masih aktif lagi berpersatuan.

hati aku kagum.

dalam almari, beratur buku tersusun. Segala program, dia mampu bagi komen sebab dia hadir dan memerhati.

paling tak menahan, hampir sudah 2 tahun dia tinggalkan aktiviti persatuan. dia masih simpan lagi kertas kertas, resit resit yang dia dapat masa berkerja dahulu.

mak ai. kalau aku, dah masuk tong samp dah.

.............

Sekarang aku cuba untuk cari sumber inspirasi.

supaya boleh bernafas lagi.

Sekian.

Saturday, September 24, 2011

Chapter 173: Kebab balad.

Assalamualaikum,

Inilah akibatnya, bertangguh-tangguh puasa 6.

memang payah, kalau nak puasa 6 bila dekat Malaysia. lebih-lebih lagi banyak jemputan open house.

alhamdulillah settle dah 3 hari. tinggal lagi 3 hari. Perit juga puasa last-last minute dalam keadaan berderet ni.

......
hari ini rancang untuk berbuka dalam keadaan sederhana. jadi aku pilih untuk berbuka di balad.

makan kebab balad.

ajak member, tak nak ikut. sibuk ada. ada juga tak suka balad.

tapi takpe. aku steady kan je diri pergi balad sorang2. suka tengok environment nya yang happening.

.......

balad ni sebenarnya mengajar aku erti hidup susah. apabila aku pergi balad, aku tengok orang ramai semua sibuk berniaga.

tak kurang pak cik tua jual pampers tepi jalan.

ada juga yang jual duit iraq. dalam jiwa aku pernah ketawa. perlu ke buat semua benda tu?

tapi aku silap. aku tak sepatutnya ketawa.

pak cik tua tu tak akan jual pampers tepi jalan kalau hidup dia dah senang.

budak kecik tu tak akan jual rokok kalau dia hidup mewah.

mereka lakukan segala-galanya untuk terus sara hidup mereka.

mungkin kita terasa jijik dengan keadaan mereka.

orang jual chewing gum tepi jalan pun kita kata gila. at least, dia jual chewing gum. takde la menganggur kan.

kota balad memang mendidik jiwa aku dalam diam.

budak JUST jangan nak berlagak sangat tak nak pergi balad boleh tak? menyampah ok.

.......

kembali serius.

geram tak dapat download lecture note lama. harapnya, lecture note baru boleh keluar dengan smooth dan konsisten.

insyaAllah.

sekian



Chapter 172: Lelaki.


Assalamualaikum,

kadang-kadang aku merasakan diri aku ni terlalu lemah lembut dan ramah dengan orang lain. Orang memandangkan ia satu yang mulia. Walhal ia tidak.

Boleh lah. Cuma jangan terlalu dan selalu.

Hidup sudah 20 tahun. Bila aku balik Malaysia, aku jumpa pelbagai macam orang.

Baru aku faham tak semua orang aku boleh senyum. Tidak semua orang aku boleh sapa dengan salam. Tidak semua orang aku boleh bercakap tentang Islam.

Aku perlu lebih keras dan tegas.

Mak selalu pesan, jangan jadi terlalu baik sampai mengorbankan diri sendiri. aku dah mula mengerti.

Kita selalu fikir nak buat baik dekat orang lain. Namun, kita tak fikir yang orang lain selalu nak amik kesempatan ke atas kebaikan kita.

tak salah rasanya belajar untuk menengking. Kita perlu. Cuma kena pada waktunya.

Jangan asyik, ' Ya, Baiklah'

agresif tidak salah.

sedang belajar untuk menjadi seorang lelaki yang lelaki.


sekian.

Wednesday, September 14, 2011

Chapter 171: Awak.

Assalamualaikum,

Aku jarang-jarang bahasakan orang perempuan 'awak' sebab bagi aku perkataan 'awak' tu special sangat.

aku simpan untuk orang yang special nanti.

walaupun ia hanya sekadar bahasa, bagi aku ia tetap membawa lebih daripada seribu makna.

jangan pelik okay.

............

celoteh cuti kali ini terlalu panjang untuk coretkan disini.

jatuh bangun aku cuti ini sangat mengujakan. tambahan, banyak kenangan pahit serta manis sempat aku ukirkan.

antaranya, buat pertama kalinya dalam hidup, aku membeli kek harijadi sendiri masa hari jadi haritu memandangkan family sibuk sebab kakak nak pulang London.

..........

berbaki 3 tahun lagi, aku sudah terfikir untuk membeli kereta semenjak kawan-kawan semua dah ada kereta.

tak fairnya, depa semua parents yang support.

takpela. rezeki masing-masing. kadangkala kita kena sedar tahap kita dekat mana.

lebih kurang 4 hari lagi nak balik. kena Johny english dengan Smurfs kena kasi balun dulu sebelum balik.

Sekian.

Tuesday, August 30, 2011

Chapter 170: teori Raya.


Assalamualaikum,

raya macam kali ini dah tak semeriah raya dulu-dulu. Memang betul, bila makin besar, semangat raya semakin luntur.

tapi bergantung juga sebenarnya. bergantung pada jenis keluarga.


............

dari pagi sampai ke petang, aku cuba mencari rentak keistimewaan raya dulu-dulu. Masa kecil. Namun, nampaknya gagal aku jumpa rentak yang dimaksudkan.

Bila dah besar ni, saudara-mara semua dah besar belaka.

Kalau kecil-kecil dahulu, duit raya dengan bungan api jadi pemangkin untuk beraya.

tapi bila dah besar, duit pun dah ada duit sendiri, bunga api pun dah tak fikir lagi.

masing-masing dah bawak arah masing-masing. masing-masing dah ada ideologi dan cara pemikiran sendiri.

Dulu, mak ayah boleh bawak dekat banyak rumah, sepupu sepapat, kawn-kawan, sesiapa ja la.
nak kumpul duit raya la katakan. Tapi sekarang tak, adik beradik dah besar. Semua pun rasa macam hilang semangat nak raya.

Aku rasa, budak kecil memang menjadi faktor utama penyeri hari raya. Ragam budak kecil memang mencuit hati dan menjadi hiburan utama di hari lebaran ni.

tapii, sekarng ni saudara mara semua dah besar belaka. adik-adik kecil dah takda lagi dah. Cousin yang paling tua pun tengah pregnant sekarang.

dugaan betul. ni yang buat rasa nak cepat kahwin ni.

............

kadang-kadang rasa jeles dengan kawan-kawan yang raya dekat Jordan pun ada.

macam lagi feeeel aja. sepatutnya aku tak patut cakap macam ni.

aku yang rasa sayu raya di tanah air. pelik juga. sindrom pebende ni oh.

...........

dah umur 20 masih rancak dapat duit raya. soalan sensitif sering ditanya, dah ke berpunya?

jawap cara baik. nak study dulu kerja dan segala. kang cakap 'haram-haram' kata syadid pula.
biah berbeza.



sayu juga sebenarnya bila henfon takda bunyi, petanda orang bagi mesej raya segala. maklumlah, asik tukar no. lagipun malas nak promote nombor. nanti banyak pula projek rayanya. nasib baik facebook ada.


esok balik Johor. lawat family belah abah. tolong doakan segalanya selamat.


sekian.

Sunday, August 28, 2011

Chapter 169: Budak kecil,


Assalamualaikum,

ini kisah 3 hari lepas. Kisah ketika aku solat tarawikh di Masjid Biru.

tatkala aku sedang solat, aku terperasan ada sepasang anak beranak- seorang ayah dan seorang anak. Anak nya tak besar mana, umur dalam lingkungan 3 4 tahun. sekali tengok memang comel. Lama lama tengok pun comel lagi.

Brother tu muka agak muda. solat dekat dengan tiang. Masa semua orang tengah khusyuk solat, anak dia baring sebelah dia. duduk tak tentu hala budak kecil tu.

Maklum lah, budak kecik kan.

Dalam hati aku terdetik, teringat dekat Jordan. budak-budak arab yang selalu duduk sebelah abah abah mereka ketika solat tarawikh. main pijak pijak kaki. tidak kurang, yang guling-gulingkan badan.


Jangan tiru aksi ini tak khusyuk dalam solat. aku cuba kembalikan fokus. astaghfirullah.

Selesai solat.aku perhatikan ja depa.

aku dapat tangkap. jemaah lain tak boleh concentrate solat sebab ragam anak dia. last last pakcik sebelah dia macam ayat brader ni. aku tak pasti apa yang pakcik ni ayatkan sebab aku nak pergi belakang untuk solat witir dah.

maklumlah, 8 rakaat je solat. tak thiqoh betul.

mungkin pakcik tu macam advice brader tu tentang ragam anak dia. sebab jemaah lain tak boleh tumpu solat barangkali.

...........

Imam seringkali mengingatkan jemaah yang membawa anak-anak kecil untuk mengawasi anak-anak masing.

Sebab depa buat riuh masa orang solat.

Budak kecil yang belum baligh kan ada saf depa sendiri. katanya saf tak sah kalau ada budak kecil belum baligh duduk dalam saf orang dewasa.

bila datang Jordan, baru tahu itu auta. wallahualam.

.........

Dekat Jordan, kalau dekat masjid, lepas solat. aku selalu kacau budak arb yang aku baik dengan parents dia. selalu juga lah aku buli depa.

geram punya pasal. ada satu famili tu. brader tu ada tiga anak. dua lelaki. 1 perempuan.

Ibrahim. Ziyad. Dhuha.

Comel. orang mesir. masa buka tahu makan. bila tanya

"enta soim?"

"laaa2"

"leessh?"

"heeeek ana!" balas budak kecil tu. geram geram geram dengan muka tak bersalah dia.

one of the good thing aku suka orang arab ni. dorang pandai jaga anak dorang masa solat. dorang letak anak dorang sebelah-sebelah masa solat. tak kisah lah saf pertama ke saf kedua.

dengan usaha dorang ni, aku rasa sedikit sebanyak anak-anak depa terdidik secara tak langsung. ye la. ayah dekat sebelah. takdanya nak main-main.

yang kagum lagi, boleh pulak budak kecil follow jemaah shaykh makmum jadi imam subuh yang aku rasakan, sangat lah lama duration kadangkala.

takda pula isu saf batal.

.............

err. pantang orang pakai rugged sikit pergi surau ja. tak bagi nak duduk belakang imam. err.

macam mana dakwah nak terus berkembang.

.........

bersyukur ditakdirkan untuk belajar luar negara. khususnya dekat Jordan. Sebab banyak benda yang dapat dipelajari.

skop minda ini terbuka luas.

hati ini sentiasa suka membanding. bukan untuk mencari kesalahan orang. tetapi cuba memahami lumrah manusia yang berlainan sikapnya di mana-mana tempat.

ambil yang jernih, buang keruh.

Biah Malaysia, beza dengan biah Jordan.

alhamdulillah, malaysia dah semakin islamic sejak dua menjak ini berdasarkan empat mata yang melihat ini.

wallahualam.


sekian.

Saturday, August 27, 2011

Chapter 168: Memori pahit.


Assalamualaikum,

pengalaman banyak mengajar. bila aku balik shah alam ni. benda yang paling aku tak suka bila aku teringat dengan orang yang aku pernah suka.

Ya Allah, kalau boleh aku nak amik pemadam. Padam terus memori tu.

supaya dapat beri ruang kepada memori baru.

jimat sedikit ruangg.

.........

mahujumpakawankawanlamayangdahlamatakketemu.

rindudengansemua.

bajetcutejekanbuattulisanmacamni.

maaftakthiqohmana.

;(

.........



hati mula sudah pandai berkenan.

tetapi kalau boleh memang tak nak jaharkan. sebab takut kelak, lain pula jadinya.

sikap sabar sedang dibentuk.

berbaki 3 tahun lagi.

Ya Allah, permudahkanlah.

sekian.


.........

Friday, August 19, 2011

Chapter 167: Bahasa Arab.


Assalamualaikum,

kunci untuk mahir sesuatu bahasa ialah praktis.

sebanyak mana vokab kita hafal, semantap mana kita punya grammar, tetapi kalau kita tak praktis bercakap. Memang tak bermakna kita belajar sesuatu bahasa itu.

Unless kita dilahirkan hanya untuk menulis dalam bahasa tersebut.

Sekarang aku cuba bercakap dalam konteks bahasa arab.

.............

bahasa arab pernah menjadi satu bahasa yang paling aku tak suka dalam hidup aku sewaktu pertama kali ditakdir untuk mengambil subjek tersebut masa PMR.

punya nak lari. Aku sanggup pindah dari sekolah SMKA untuk masuk SBP sebab tak nak amik bahasa arab. tapi itu bukan sebab utama aku pindah.

Last last, SBP yang aku masuk itu ialah SBPI. semua orang kena amik bahasa arab utk mengah rndah. ouh, aku mengahh.

Dipendekkan cerita, aku terpaksa amik bahasa arab komunikasi.

Masa form 1 dah target, tak nak A untuk arab sebab macam tak da harapan sudah. berat betul nak menghafal nya. bahasa jerman yang aku belajar masa tu, mudah je melekat dalam kepala. masa tu bajet sekular la konon. lol.

Ustazh Erlind push push. Beliau bagi nasihat bagi semangat. Aku masuk 3 perdana. nak dekat exam. aku cuba usaha sehabis mungkin. terasa bahasa arab mudah saat itu. Berkat doa ustazah rasanya. akhirnya aku dapat 9A. termasuk bahasa arab.

aku nazar kalau dapat 9A nak amik sains agama.

pergh. nak tak nak. 'terpaksa' la juga amik. aku cakap kau, memula memanglah payah sangat nak pick up bahasa arab tinggi.

nak menangis gua menyesal habis-habisan. Manakan tidak, kena buat karangan lah. Dengan qawaid nya lagi. omg habis la.

Ustaz Hishamuddin push push. Beliau bagi nasihat bagi semangat. Tak pernah tak bagi semangat. dah la tak pernah A. boleh kata memang harapan lah nak lepas. aku targer dapat B je paling kurang.

Segala bagai usaha aku laksana. Tiap tiap doa agak dipermudahkan belajar bahasa arab. Boleh cakap, hafal doa tu sambil belajar bahasa arab.


tup tup. result keluar. Alhamdulillah. SPM dapat A1 bahasa arab tinggi.

gua nangis. gua sujud syukur masa tu.

................

aku buntu. terasa macam nak belajar dekat middle east. tapi kalau boleh nak amik engine. tak nak lah amik medic atau dentist. sebab aku tak minat bio.

keluarga minta belajar dentist. aku apply dentist. bajet nak pergi UK, terpaksa batalkan niat untuk pergi middle east. Malangnya dapat India.

masa tu tak terfikir sangat nak pergi Jordan.

Alhamdulillah. buat rayuan. dapat tukar.

nak menangis la juga dapat tukar.

tak pernah fikir nak pergi tanah arab. akhirnya dapat juga aku terbang.

............

teringat dekat sekolah dulu, kawan perli baca mathurat slang arab. tak tahu la dia perli ke apa. tapi aku macam terasa di perli. terasa la juga. luka sementara.

masa tu form 3 tak silap.

Bila dah besar, datang Jordan. belajar bahasa arab. cakap bahasa arab.

Jujurnya, aku tak brapa nak reti bahasa arab ni.

Cuma aku rasa seronok bila bercakap dengan orang arab. ikut gaya dorang bercakap. Bila dorang sepatah, aku ikut dalam hati sepatah.

siap gaya-gaya dia aku buat sorang sorang dekat dalam bilik.
kira kalau nak buat buat slang boleh la. tapi kalau nak ayat exactly betul2 tak boleh,


tapi aku sedih bila tak dapat faham ceramah dan khutbah.



.............

aku sebenarnya tak suka orang cakap aku hebat bahasa arab sebab aku tahu tahap aku yang sebenar macam mana.

lagi satu, kalau puji-puji orang ni, perasaan bangga tu senang melambung tinggi, menjemput perasaan riak dalam diri.

Puji kawan tu sebenarnya menzalimi kawan.

jangan puji kawan lebih-lebih jika kita sayang betul kawan kita.

tengah struggle nak belajar baca arab fushah. Ini yang terasa nak tambah hidup setahun lagi dekat Jordan ni.

...........

Idamkan anak boleh berbahasa melayu, arab, inggeris dan german secara fasih suatu hari nanti.

tapi kena bagi daddy kuasai bahasa tu sume dahulu dalam 8-9 tahun ni.

insyaAllah.

Sekian.

Sunday, August 14, 2011

chapter 166: testing

Assalamualaikum,

testing blogging guna ipod. Mak ai, payah juga. ini lah padahnya bila tak. reti jaga charger lappy dengan baik.

nasib baik ada member yang baik hati untuk. jailbreak kan ipod ni.

oh, 7 bulan guna tanpa jailbreak.


nerd habis.

doakan esok dapat charger balik dengan baik.

sekian.

wasalam

Thursday, August 4, 2011

Chapter 165: angin perubahan.


Assalamualaikum,

semakin hari, aku rasa perubahannya.

aku harapkan yang terbaik.

aku gelak ketawa guling guling bila baca post yang lama lama.

rasa tak matang pun ada. bila baca post yang emosi.

hakikatnya, manusia sentiasa akan tersenyum melihat karenah lamanya.

aku perlu berubah.

kata nak jadi abah?

........

Ya Allah, tetapkan lah hati ini yang sentiasa terbolak-balik.

aku sangat berharap diri aku jadi baik hari demi hari,

celaka bagi ku sekiranya diri ku menjadi teruk hari demi hari.

sekian.

Saturday, July 16, 2011

Chapter 164: BERSIH 2.0

Assalamualaikum,

Pergh. lame juga tak post hampir dekat setengah bulan.

aku cakap dengan kau. hari ini aku marathon meeting berderet 5 hari .

puhh. penat tak payah cakapla. padahal dalam meeting senyap ja pun. still rasa penat. tak faham kan.

ini gara gara AGM yang semakin menghampiri esok hari lah ni.

bisik aku dalam hati.

...........

aku sebenarnya rasa malu juga sebenarnya bila nak cakap pasal politik sebab aku pun pernah cakap yang aku ni kalau nak ikutkan pengetahuan politik tak hebat mana.

membaca malas.

tengok utube pun kdang kadang.

paling kurang pun dengar kawan duk membebel dekat facebook mahupun dunia realiti.

aku tak suka tambah mahupun tolak. aku hanya dengar. komen sikit sikit ada lah juga. ambik hati member yang penat lelah meluahkan perasaan menentang kerajaan.

aku atas pagar.

...............

sejujurnya, aku memang atas pagar.

kadangkala aku rasakan BERSIH ini wajar, sebab nak pastikan pilihanraya yang begitu telus kali ini. memandangkan kerajaan semakin korup bila kita kaji balik.

kadangkala aku rasakan BERSIH ini tak wajar, sebab aku difahamkan yang menjadi dalang utama demonstrasi ialah orang wanted, Ambiga. most of the commitee pun bukan orang Islam.

aku runsing. atas pagar aku ucap lagi sekali.

kadangkala rasa menyampah juga dengan sesentengah orang yang terlalu fanatik melontarkan pendapat mahupun pandangan.

aku tak kisah pun orang nak sokong mana. sebab hak masing masing. cuma bila kita jadi orang sedang sedang ni. kita jadi macam tak suka tengok orang yang macam lebih-lebih.

mungkin niatnya murni. tapi tu la.

saya manusia. saya reti menyampah.


..............

Aku ada seorang member mantap. dia ni cakap english berair.

errr. berhabuk maksud aku.

dia cakap dia ada pendapat pasal BERSIH yang dia kaji sendiri based on pembacaan yang dia buat lately.

buat pertama kali nya aku cakap, aku merelakan diri aku untuk dengar pendapat orang pasal BERSIH.

kawan aku cakap dia pun lebih kurang macam aku juga sebenarnya. fifty fifty.

tapi hujah dia macam lagi strong yang aku rasa macam duduk tak diam juga. terfikir memanjang.

Kenapa BERSIH wajar? jawapan dia sama macam jawapan aku lebih kurang.

Kenapa BERSIH tak wajar? jawapan dia macam lagi spesifik daripada aku.

dia kata, dia baca buku dr mahathir. the dr's house. malay dilemma dan etc.

dan dia juga baca buku2 lain.

katanya, dr mahathir kata orang melayu racist. dan dr mahathir sendiri mengaku dia racist. sebab hak seseorang itu untuk menjadi racist pada tanah air dia sendiri.

Lee Kuan Yew racist sebab tu dia kena buang dengan Malaysia.

itu just intro.

member aku cakap, memang ada betulnya yang mungkin pihak kerajaan main taktik kotor dalam pilihanraya.

tapi tak semua orang faham disebalik muslihat yang cuba dibuat oleh pihak terlibat.

logik akal. aku dengar pun macam geli. jijik benar kerjaan main kotor tak nak hilang kuasa.

lepas tu kawan aku tambah, dia kata. helah dibuat ini ada sebabnya yang tak semua orang faham.

aku pun tertanya apa benda nya? kalau dah helah, tetap helah, tetap menipu. tetap zalim.

dia kata yang Malaysia sekarang ni orang melayu punya percentage 50 percent sahaja. Cina, India dan etc dah cecah 50 percent dah.

orang kata 50- 50.

ideologi BERSIH ni ada benarnya apabila nak menuntut ketulusan dalam pilihanraya.

dia kata, kalau helah yang wujud sebenarnya ada kepentingan besar dalam memastikan kedudukan orang Melayu dekat Malaysia.

okay fine. maybe kau tak suka pemimpin barisan nasional. yang korup serta PM punya isteri dikatakan beli cincin guna duit rakyat.

aku pun tak agree dengan keadaan macam tu.

Perlu ke buat helah untuk selamatkan Melayu? Kalau BN kalah, PKR kan ada. PAS kan ada. apa nak takut?

kawan aku kata, sebenarnya kerajaan dah tahu bahawa bila kerajaan tumpas. kerajaan akan jatuh pada DAP. bukan pada PKR. bukan pada PAS.

mungkin sekarang kita nampak mereka sehaluan tetapi kalau nak ikutkan, DAP sebenarnya ada kuasa lagi besar berbanding PKR dan PAS since depa pegang most of the non-malays.

dalam BN tu, apa lah sangat orang cina dan india nak join. yang buat BN kuat pun sebenarnya orang Melayu sendiri. UMNO la pendek cerita.

itupun melayu dah pecah belah dengan PAS nya. dengan PKR nya. dengan PERKASA nya la.

tengok DAP. steady jaa. MCA tak payah cakapla. bukannya strong mana pun.

seriously DAP boleh dikatakan pegang 80% non-malays dekat Malaysia. aku anggar je. tatau betul ke tak.

orang kata, sebenarnya BN tak kisah pun kalau PAS menang ke. PKR menang ke. Cuma BN risau bila DAP yang menang.

bila dah menang, perlembagaan tu hujung jari je katanya. nak tendang raja pun senang sahaja.

apalah sangat nak dipegang janji2 orang kafir ni.

aku pun terfikir. ye tak ye juga kan. kau jangan salah faham pulak. kata aku termakan racun kerajaan.

aku faham. relevannya memang BN tu dibarisi orang yang korup dan segala pak zalim dalam barisan tu. tak semua rasanya.

tapi dalam 'tak betul'nya dorang tu, dorang sebenarnya masih cuba untuk menyelamatkan negara ni.

tak tahu la memang betul nak selamatkan negara atau nakkan harta rakyat.

okay. aku cuba fikir positif. depa nak selamatkan negara.

tapi oleh sebab kesilapan yang mereka buat sekarang, yang jelas lagi nyata, orang ramai dah mula sedar akan helah yang cuba dibuat.

kalau tak spend duit rakyat pergi makan angin, harga segala tak naik, aku rasa isu takda lah hangat mana.

betul lah orang dulu cakap. kerana nila stitik, rosak susu seblanga.

mungkin 'helah' dahulu boleh diselamatkan lagi dengan sikap pemimpin BN yang dedikasi. tapi sekarang tak mampu lagi dah.

tapi tu yang payah nya. bukan semua orang boleh faham akan 'helah' ini.

aku tatau la nak cakap macam mana. tapi jujur aku kata, aku macam terima je hipotesis member aku ni.

Apalah sangat DAP tu nak ikut cakap PAS dan PKR. itu pun sekarang dah banyak tentang2.

bukan nak kata aku sokong kemungkaran, sebab tu aku tak sokong BERSIH.

cuma, hermm. entah la. susah nak cakap macam mana.

...............

boleh jadi apa benda yang member aku cakap ni satu 'helah' juga oleh kerajaan untuk orang buat tertukar psychology dia.

tapi jujur aku kata, tak mustahil benda ni .

kenapa la ambiga beria ria sangat nak memBERSIH?

sorry to say. bukan nak kecil kan PAS mahupun PKR. aku rasa kalau pembangkang dah menang. let's say DAP nak buang PAS. depa boleh jentik macam tu je since depa dah pegang most of 50 % non malays.


wallahualam.


aku bukan nak bias. aku sekadar nak berkongsi untuk kita sama sama fikirkan.

sekian.

Thursday, June 30, 2011

Chapter 163: Habis kena kritik.


Assalamualaikum,

hari ini Allah bagi aku peluang untuk bayar lawatan (pay a visit) ke rumah seorang kawan ku di edooon.

dekat dengar duwar nasim. atas sikit. jalan kaki dah boleh sampai.

Haritu masa dekat Mekah aku belanja dia roti canai. Lepas tu dia nak belanja aku balik bila sampai Jordan.

Sebab tu dia jemput ajak datang rumah sebab dia nak belanja aku makan mansaf which is mak dia yang masakkan sebenarnya.

..............

Seperti biasa. orang arab ni kalau datang rumah depa. memang susah nak jumpa orang perempuan. bukan aku nak usha. tapi nak juga aku jumpa mak dia ke apa.

kalau dekat malaysia. selalu aku jumpa lah mak member ke ape. nak tanya.

"apa kabar aunty?"

at least. tapi dekat sini. itu bukan satu budaya. jadi aku terpaksa bergerak mengikut arus budaya di sini.

mansaf mak dia masak sedap.ayam nya lembut. walaupun dah makan kebab balad sebelum tu. aku mampu makan lagi mansaf yang di masak oleh mak nya.

sedap oh mansaf!

...............

aku sengaja je nak uji dia soalan panas. soalan yang aku selalu guna untuk usik syabab melayu. soalan yang berbaur perkahwinan.

aku tanya dia. " kau pernah tak terbayang kahwin orang melayu?"

dia balas. " perbincangan ni perbincangan panjang. lepas kita makan nanti lah"

aku curious sangat. aku ingat apa lah sangat yang panjang tu.

........

member aku ni aku curious sangat sebab banyak benda dia tahu pasal Malaysia.

even crisis perkauman pun dia tahu. aku dah stok garu kepala banyak kali dah.

bila aku tanya mana dia tahu. dia kata dia ramai kawan melayu. So dia tanya kawan kawan melayu yang lain.

tapi memang betul pun dia ramai kawan melayu. even sampai dekat malaysia tu pun dia ada.

sampaikan dia claim yang dia dah jatuh cinta dengan sorang budak Uitm.

aku macam tak percaya juga. tapi bila tanya nama asal etc. dia jawab. siap nama bapak budak perempuan tu pun dia hafal.

pergh. lawan tokey ni. bisik aku dalam hati. haha.

dia kata perempuan tu pun suka dia juga. dia kenal melalui facebook tak silap. aku malas nak korek panjang. tapi satu benda yang respek. dia cakap dekat budak perempuan tu untuk remove most of the gambar budak perempuan dekat fb sebab dia kata yang dekat Jordan benda macam tu tak normal kalau untuk orang perempuan ni. dan perempuan tu pun ikut.

pergh lagi sekali.

macam aku cakap. aku malas nak korek panjang. pandai pandai lah kau eh. cuma aku nasihatkan kalau nak kahwin orang melayu. kena tahu adat2 melayu. kalau tak payah sikit.

no wonder lah banyak fakta Malaysia dia tahu. ada kekasih melayu rupanya.

katanya cinta jarak jauh ni susah. aku tak tahu nak deskrip cinta dia ni jenis macam mana since dia ni pun quite sikah juga kalau nak ikutkan.

aku hanya kategorikan ia sebagai 'suka sama suka' la kot. tak setaraf couple yang kita semua maklum.. harapnya dalam keadaan terkawal.

............


sampai satu babak tu, dia soal aku banyak benda. serta meluahkan beberapa perkara yang dia tak puas hati.

antaranya dia kata yang, orang Malaysia dekat sini macam berlakon jadi baik depan orang Arab Jordan.

Bila first time dengan statement tu, aku terkejut dan agak macam marah juga. tapi cuba kawal.

tapi bila dia explain lebih, aku pun faham. rupanya dia cerita, bahawa realitinya dia ingat orang melayu ni semuanya baik. jaga pergaulan. pergi masjid. tudung labuh. hormat lecturer. selalu jumpa dekat library dan etc.

tapi bila dia tahu yang sebenarnya ada orang yang tak menepati kesemua ciri ciri tu. dia mula pertikaikan. dia kata yang korang sebenarnya bukan macam tu. korang hanya berpura pura je kan? dia kata dia hilang respek bila tahu realiti yang sebenar.

aku pun terperanjat. apa benda nya sangat realiti dekat sini pun. aku rasa mostly orang melayu dekat sini, kalau paling kurang sikah pun. takda teruk mana pun.

Bila soal punya soal. dia sebenarnya terkait dengan realiti orang melayu dekat malaysia. Dia dapat tahu yang orang malaysia ni sebenarnya ada je couple2. ada je tak pergi tudung. ada je pakai tudung pastu couple. ada je pakai tudung pastu pakai short sleeve. ada je melayu hisap rokok. dan sampaikan dia tahu ada melayu buang anak luar nikah.

Jadinya, dia cuba pertikaikan.dia kata,
"korang sebenarnya tak sebaik yang aku sangkakan, aku kecewa sangat bila aku tahu realitinya"

aku pelik. dalam hati aku cakap. tu la. siapa suruh letak high expectation sangat dekat budak melayu ini.

lama juga aku nak explain satu persatu dekat dia untuk dia jelas.

aku faham dia bukan apa. cuma dia keliru. Secara tak langsung, dia kata yang orang melayu dekat sini hipokrit. sedangkan dia geram dengan sesetengah sikap orang melayu dekat Malaysia

Paling senang aku cakap,

"dekat mana mana tempat di dunia ini ada orang jahat, ada orang baik. Orang melayu yang datang dekat sini, Dekat Jordan ni, mostly yang baik, yang sekolah agama, yang belajar tinggi, dan bagus bagus. Jadi, kitorang semua dah macam biasa dengan biah yang agak solehah. Secara tak langsung, bila korang tengok ktoang, korang kata kitoang ni bagus2. orang malaysia bagus2. walhal bukan semua orang malaysia berpe'el seperti orang malaysia yang datang ke Jordan. yang datang Jordan ni antara yang terbaik je la...."

jenuh juga berdebat dengan dia. macam macam isu lain juga dia bangkitkan. banyak yang betul. aku akui. tapi aku cuba perjelaskan juga supaya dia tak salah faham.

dia kata dia cukup pelik dengan budaya keluar couple dekat malaysia. nak nak melibatkan orang yang pakai tudung. Dia kata, dia macam anggap akhawat dekat sini pun lebih kurang macam tu.

punyalah bersungguh aku cuba backup nama baik akhawat. bukan nak claim. tapi tu la. adehay.

Dia kata juga dia pelik dengan sikap perempuan melayu yang suka letak gambar gambar dekat facebook. aku tatahu nak jawab apa. cuma aku cakap dekat malaysia ini perkara biasa.

bila dia tanya pasal isu buang anak, lagi speechless aku dibuatnya.


dia juga kata orang melayu tak suka orang jordan. sedangkan orang jordan suka orang melayu. dia luahkan bila dia bercakap dengan kawan melayu. orang melayu pandang dia pelik.

aku pun macam pelik. itu benda biasa je kot. point ni aku tak setuju sangat. aku rasa dia sensitf sangat kot.

cuma satu point lagi yang aku stuju, dia kata budak melayu selekeh. pakai selipar pergi kelas. padahal duit banyak 500 Jd kerajaan bagi. tapi pakai selipar tandas pergi kelas?

aku stuju dengan dia. tapi apa kan daya.

soal penampilan ni aku dah pernah sebut. memang kena buat kempen rasanya.

aku rasa tu ja point yang aku dapat keluarkan. cuma aku masih tertanya tanya siapakah budak uitm yang member aku jatuh hati ni.

.........

semakin banyak kita bergaul dengan orang, semakin banyak pengalaman yang kita dapat.


zerius. kalau pasif seribu kata, macam mana nak dapat kawan, apatah lagi nak kongsi pengalaman?


sekian.

Saturday, June 25, 2011

Chapter 162: Weird.

Assalamualaikum,

mungkin aku mudah terasa. orang nak bergurau. aku teranggap benda tu serius.

berlapang dada. depa bergurau.


fine with that.

.................

excited semalam nak tengok senior ada majlis konvo dekat universiti. first time nak tengok, jadi nak tak nak memang kena pergi juga.

naik teksi bersama 2 orang teman yang lain padahal dah ada bas cuma takut tertinggal katanya gate tutup pukul 5.

sebelum tu aku persiapkan diri. capai kemeja kuning. seluar jeans. kasut kebiasaan.

member sorang datang pakai simple je. tapi aku pun rasa aku simple juga. cuma nampak macam smart sikit bila orang lain yang tak pernah tengok aku pakai camtu.

selalu je aku pergi jamiah pakai macam tu.

...............

orang pergi konvo sepatutnya kena la pakai yang kemas sikit. at least pakai kasut orang kata.

ini tidak. pakai selipar . baju apa tah.

bukan aku suruh pakai brnded. tapi bila dah besar ni kena lah belajar belajar jaga image.


kalau dekat malaysia, tahu dress up.

tahu la 'bukan nya nak tunjuk siapa pun' dekat jordan ni.

tapi orang arab tu manusia juga. depa pun memerhati. lecturers, doctors juga memerhati.

apakah selekeh bebenar orang malaysia ni.

maaf lah kalau macam kasar. tapi kita perlu sedar yang melalui imej, kita sebenarnya dah mencerminkan sikap kita.

faham je kalau kadangkala kita nak zuhud. simple. tapi dalam waktu yang sama, kena tengok pada masanya.

............

biar papa asal bergaya.

bergaya tak bermakna perlu berjenama.

kekemasan tu penting.

sekian.

Wednesday, June 22, 2011

Chapter 161: Ajloun.


Assalamualaikum,

baru pulang dari Ajloun. Melawat sahabat disana.

on the way balik tadi, serius terasa macam dekat Malaysia. Jalan rayanya yang bagai ular kena palu tak ubah macam jalan kalau aku nak pergi sekolah. dengan suasana kampungnya.

memang batang melaka sangat lah.

teringat masa umi dengan abi hantar aku ke asrama pagi pagi buta. maklumlah, aku dulu dekat sekolah otai.

sentiasa balik lambat. kalau boleh, paling lambat antara orang lain. janji tak tinggal kelas, malam prep tak jumpa. esok pagi dah jumpa dalam kelas.

legeng tak legend aku? Ha Ha.

............

sebenarnya dah rancang awal dah nak pergi ajloun lawat malik yakni member aku dekat ajloun. tapi masa hari ini ahad hari tu dia busy. Jadi tangguh hari ini, Alhamdulillah dapat pergi juga.

aku ajak umair pergi sekali sebab aku rasa sunyi pulak pegi sorang sorang.

Dari duwar nasim. Malik bawak kitorang pergi ajloun naik bas.

Sebelum ini dah pernah lawat dia dan keluarga dia dah masa winter lepas.

Ini datang lagi sekali nak tengok.


serius aku anggap dia dan keluarga dia dah macam keluarga angkat aku.

;(

............

dari pagi sampai ke malam. aku dan umair dilayan seperti raja. semua benda kami didahulukan.

satu benda yang aku kagum dan aku cuba untuk pahatkan dalam hati

orang arab memang suka memuliakan tetamu. Sebab Rasulullah SAW pun ada ajar. cuma orang melayu tak praktis sangat.

kagum beribu ribu kali kagum.

bila ada kerusi, suruh aku duduk dulu. bila ada air, aku diberi minum dahulu, kawan kawan lain, kemudian baru si dia, yang menuangkan air itu.

sepanjang waktu dekat Ajloun, aku rasa syok pula kalau jadi arab. tak tahu la kenapa. tapi rasanya macam semuanya dah nak mula jadi kebiasaan bagi aku walaupun cakap arab tak seberapa fasih.

tapi aku masih masih mampu mabsuutkan diri.

...........

orang arab memang trend depa kalau dah lama tak jumpa. dia akan boos. atau cium. kalau bahasa omputih air kiss tak silap.

aku rasa bila buat boos tu, rasa macam kepuasan pulak.

melempiaskan rindu. bukan kepuasan apa. entah la. rasa memang feel bila kau buat tu dekat member kau yang dah lama kau tak jumpa.


kalau dekat malaysia, family belah ayah aku depa suka cium aku dengan adik bradik aku. takpun sapa2 je la. masa kecik. dah besar tak lah.

jujur aku kata, aku pun terikut ikut.

sampaikan najm, anak buah Malik. umur 5 tahun. habis kena cium dengan aku. cium pipi je. mana taknya geram aku tengok depa duk cium si Najm tu.

bagi tau awal awal, aku bukan pedo.

tapi dah budak tu comel. lagipun bagi arab, benda ni benda biasa.

nak cium adik bongsu aku, dah darjah enam kot. nak tunggu anak buah. abang sulung pun belum kahwin.

best betul bila ada budak kecik ni. best melayan.

najm oh najm.

................

sampaikan aku terbayang yang aku kahwin dengan orang Jordan dan tinggal dekat Jorda ni sebab aku rasa aku macam jatuh cinta dengan budi pekerti orang arab ni.

budi pekerti apa?


budi pekerti orang kampungnya yang sangat sangat ihtiram orang luar.

dua dua kampung dekat malaysia tengah tengah bandar. rumah batu. kebun takda.

bila datang ajloun, pergi kebun. makan buah live live lepas petik. takyah basuh pun. mula mula cuak. tapi beranikan diri juga untuk cuba. makan sayur macam tu ja.

mustahil kan aku berkeluarga di Jordan?

....................

rasa macam nak kerja dekat negara teluk bila dah besar nanti.

2 3 tahun ja. nak kumpul pengalaman.

sebelum tu kena mantapkan bahasa arab dulu.

insyaAllah.

sekian.




Saturday, June 18, 2011

Chapter 160: Hidayah.


Assalamualaikum,

dekat sekolah menengah dulu.

dalam batch aku, aku ada 3 orang kawan nama hidayah.

seorang hidayah jamil

seorang hidayah raof

seorang hidayah othman

dulu asyik keliru je antara semua tu. lama lama dah kenal dah. apa orang kata, alah bisa tegal biasa.

tapi bukan hidayah tu yang ingin aku bicarakan.

................

kadangkala kita rasakan bahawa orang yang hidup dalam kemungkaran dan kemaksiatan sahaja memerlukan hidayah.



Manakala orang yang solat fardhu sempurna 5 waktu sehari, tutup aurat perfect, quran dekat tangan setiap masa, bercakap pun guna bahasa 'ana' enta' serta kopiah pun melekat sentiasa,

tak memerlukan hidayah Allah lagi dah.

sebab nya dia dah well-guided.


berani kita cakap macam tu? sedangkan Allah boleh tarikh hidayah tu bila bila saja.

..............

teruskan berdoa agar sentiasa diberi hidayah AKA petunjuk sentiasa supaya tak tergelincir ditengah jalan.

kalau tergelincir pun sentiasa doa dekat Allah untuk dipermudahkan untuk bangun balik dan terus berjuang.


jangan abaikan penghayatan surah alfatihah yang kita duk baca setiap rakaat solat kita tu.

sekian.