Monday, October 10, 2011

Chapter 174: Senior hebat.

Assalamualaikum,

OMG. lama aku tak menulis.

selalu mengelat bila menulis. idea macam-macam. tapi tangguh punya tangguh. tak tertulis.

sayanng sekali.

.........

baru balik dari rumah senior. senior yang sangat-sangat aku segani. dirinya begitu low profile. pernah menjadi orang besar dalam persatuan di sini.

tapi disebabkan masalah akademik yang menyebabkan beliau terpaksa repeat year. beliau tekad untuk diam setahun.

aku tak kenal sangat dia. setakat jumpa dekat masjid sahaja.

tahun ini baru berpeluang untuk kenal dia lebih dekat.

KAGUM.

akhlak yang terpuji, pemikiran yang mantap, gaya hidup yang simple, kerjanya teliti, mengalahkan akhawat.

banyak benda dia kongsi. pasal pengalaman dia. bila aku dengar, macam dia masih aktif lagi berpersatuan.

hati aku kagum.

dalam almari, beratur buku tersusun. Segala program, dia mampu bagi komen sebab dia hadir dan memerhati.

paling tak menahan, hampir sudah 2 tahun dia tinggalkan aktiviti persatuan. dia masih simpan lagi kertas kertas, resit resit yang dia dapat masa berkerja dahulu.

mak ai. kalau aku, dah masuk tong samp dah.

.............

Sekarang aku cuba untuk cari sumber inspirasi.

supaya boleh bernafas lagi.

Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

senior asmi syabil kah?