Sunday, October 16, 2011

Chapter 177: Usrah.

Assalamualaikum,

alhamdulillah hari ini berpeluang nak hirup satu semangat baru untuk menjadi seorang daei.

setelah sekian lama juga aku diam diri. terasa inferior akan diri sendiri.
buatkan aku rasa berat nak bercakap pasal agama lately. Sebab aku takut apa yang aku cakap salah.

tak tahu macam mana perasaan inferior ni boleh datang.

barangkali karat-karat dosa yang menghantui diri, buat aku tak banyak bunyi.

takpun, sangat susah kalau nak cakap benda yang kita tak buat. apa lah sangat aku nak tazkirah orang kalau aku sendiri banyak lagho.

............

panelis forum hari ini berjaya menarik tumpuan aku.

terhibur juga lah jiwa ini bila dapat dengar perkongsian hebat panelis2 malam tadi tentang dakwah.

secara jujurnya, aku sega sebenarnya nak gelarkan diri aku sebagai seorang daei. sebenarnya aku ni kategori mad'u.

tapi, memandangkan tanggungjwab setiap muslim itu adalah untuk berdakwah.

nak tak nak, aku kena terima gelaran tersebut.

Menjadi naqib dalam satu usrah juga satu ujian yang paling besar aku rasa untuk aku kali ini. Boleh dikategorikan sebagai seseorang yang masih mentah dalam bidang usrah-usrah ni. aku ditaklifkan untuk menjadi naqib terus kepada sahabat-sahabat tahun 1.

kalau dengan budak JUST tak kisah lah lagi. Ini campur dengan budak2 Yarmouk.
Mak ai. inferior tak terkata lah. mula2 taaruf haritu pun nerves teramat.
dalam hati asik tedetik. terasa hina diri tak cukup sikah sperti anak pintar sendiri.

tu lah. dulu ada usrah, selalu escape. sekarang baru tahu perasaannya.

...........

aku tekad. walau apapun yang berlaku, aku kena terima diri aku seadanya.

aku selalu kuatkan semangat, aku patut rasa beruntung kerana dapat menjadi diri aku sendiri walhal orang lain belum tentu dapat menjadi diri aku sendiri.

tak kisahlah orang nak kata apa. insyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk berdakwah.
bak kata ustaz tadi, biar kita dengan kerja kita, biar orang lain dengan kerja orang lain.

orang lain kadangkala tak faham dengan apa yang kita buat sebab aspek pemikiran yang berbeza.

semoga diberikan kekuatan untuk berjuang, walaupun dah banyak kali tergelincir.

ganbatte!

sekian.

wasalam.





No comments: