Thursday, October 20, 2011

Chapter 178: Jumpa Tun Mahathir.

Assalamualaikum,

ini serius curi-curi update blog dekat laptop kawan. Seksa sangatlah internet takde dekat rumah.

habis banyak isu semasa tak dapat update. tahu-tahu prof aziz bari dah kena ban.


kesian.

.......

semalam merupakan hari yang aku tak dapat lupakan.

macam tak percaya, akhirnya aku dapat jumpa tun mahathir secara live. sebenarnya dah lama aku pendam hasrat aku ni. ingat dah takde harapan. tapi tu la. Allah Maha Mendengar.

Jujur tak pernah expect pun dapat jumpa. apatah lagi dapat bertentang mata sebentar.

rasa macam nak menangis pun ada. manakan tidak, jumpa orang paling hebat dekat Malaysia. bahkan serata dunia kenal beliau.

orang-orang arab asyik duk agung-agungkan sumbangan beliau.

secara jujurnya, aku bukan la peminat setia tun semenjak kecil. aku mula minat masa form 4 form 5, baru tu baru tahu pasal sejarah negara.
baru tahu apa sumbangan tun.

Bermula daripada itu, aku cuba perbanyakkan baca tentang latar belakang beliau.

siap baca komik Che Det sekali.

tup tap. terus jadi idola.

aku tahu tun ni banyak kontroversi. tapi aku tolak ketepi kontroversi tu untuk amik yang jernih. sebab bukan senang kita nak contohi seseorang tu kalau kita benci dia.

aku suka dia. walaupun aku tahu banyak juga 'tahi' yang perna beliau buat. berapa ramai orang yang pernah sengsara gara-gara beliau.

pendirian aku, kejam tak semestinya zalim, tapi masih, matlamat tidak menghalalkan cara.

wallahualam.

.............

tun mahathir nampak tua. begitu juga isteria beliau, tun siti hasmah. tun siti, perlu kan seseorang disebelah untuk pimpin beliau jalan.

orang kata tun mahathir umurnya 86 tahun. tak pasti. boleh wiki.

tapi gaya pemikiran dan percakapannya tak lapuk dek umur. ingatan beliau masih kuat. pasal sejarah. dan segala benda yang penah beliau baca dan belajar.

Tun kata, beliau dah baca berbelas ribu buku masa sekolah rendah.

aku macam. HERK?

masa soal sesi jawab. aku ingatkan aku tak dapat lontarkan soalan sebab aku macam yakin ramai orang simpan soalan. barangkali lebih matang dah bermakna. soalan aku, aku anggap macam pcisan je.

MC dah open table. aku duduk saf depan sekali. jadi aku pusing belakang nak tengok respon ahli lain. tapi takde orang pun angkat tangan.

aku apa lagi. muka selamba nya angkat tangan terus. padahal dalam kepala masih tengah susun ayat.

first time rasa bercakap di khalayak menggeletar. selalunya macam sekejap je geletar. tapi kali ni cam lama sebab depan orang hebat kot. dah la depan2.

aku tak mengagung-agungkan tun. so harap takde orang men'dosa'kan aku tanpa sebab ye.

soalan aku dua.

pertama, macam mana kami generasi muda ni , yang hidup mewah dan senang, nak jadi orang macam tun, yang berasal dari keluarga yang susah, untuk bangkit mperjuangkan, bangsa dan negara.

kedua, macam mana tun boleh jadi seorang yang out-spoken. walhal, malaysia ini bukannya kuasa besar pun. berani nak kritik kuasa barat, khususnya yahudi itu sendiri.

tun jawab lebih kurang yang aku faham.

pertama, generasi muda sekarang ni sebenarnya ada je masalahnya, yang boleh membuatkan msing2 utk bangkit. iaitu lebih kepada isu perpaduan melayu. cuma antara kita kisah atau tidak.

kedua, kenapa perlu takut dengan depa? depa tak boleh buat apa-apa dengan kita. kita dipihak yang benar, perlu ke takut?

tun jawab panjang. tapi aku terpaksa ringkaskan.

aku sempat cakap dekat tun pasal hardtalk dalam BBC masa 2006 dekat UK dulu yang orang duk hangat forward2 kan dekat FB.

tun sentuh, orang tu tahu nak serang je. tapi bila tun dah jawab, tun tembak balik. dia tukar topik

sumpah aku gelak masa tu. sebab memang aku perasan sangat.

..........

puas hati. alhamdulillah,

tak sangka. pernah luah dekat fb nk jumpa tun. tak sangka dapat jumpa semalam depan mata.

dekat jordan ni lah aku berpeluang jumpa orang-orang hebat.
ustaz ravi, ustaz anhar pun ada semalam.
borak-borak macammemebr je. macam tak percaya dengan gaya sporting depa.

;)




Allah kalau nak bagi, Allah bagi je kan. hebatnya Allah.

Allah dah bagi nikmat, aku kena tambah taat. :)

Berharap dapat jadi orang hebat seperti orang yang aku dah jumpa.
nak juga berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

tambah saham untuk masuk syurga.

insyaAllah.

semoga blog ini menjadi saksi.

sekian.

wasalam

No comments: