Thursday, October 27, 2011

Chapter 179: hai junior.


Assalamualaikum,

aku rasa kasihan dekat junior sekarang sebab dorang susah nak socialize dengan senior sekarang ni.

satu sebab, dorang duduk jauh terasing.

satu sebab lagi, dorang ramai.

satu sebab lagi yang aku macam perasan, dorang tak seberapa mesra. tak tau la betul ke tak.

nasib baik aku ni jenis muka selamba. nak sedapkan hati, aku senyum dan tegur je la siapa yang aku jumpa. harapan lah nak tunggu depa tegur dulu.

kalau sesetengh senior tu, sampai bila lah tak tegur. hinggalah tak cukup duit nak bayar coster.

.............

tenang jiwa bila petang tadi ditemani oleh 3 orang junior yang baik.

tadi ada lab prosto. lambat habis sebab nak kena buat occlusal rim yang agak mengambil masa.

terserampak juniors ni masa nak balik rumah. depa nak gerak ke surau untuk solat. aku tersentuh hati. ingat nak solat kat rumah. tapi tengok kegigihan depa nak solat waktu orang ramai dah balik buat aku tak senang hati.

aku cuba paksa diri untuk buat kebaikan.

.........

sekarang payah nak fokus dalam kelas. masalah ini sangat membimbangkan.

tak tenang jiwa dibuatnya. nak kata awek dof3ah ganggu. tak juga.
tapi rasa macam tak kena. mengantuk pun menjadi jadi.

nasib baik exam pharma tadi takde la teruk sangat.

alhamdulillah.

.........

member aku cakap kalau nak maintain boleh cakap bahasa arab sepanjang umur, kena kahwin dengan orang yang boleh cakap bahasa arab juga.

kalau tidak, nanti bahasa tu akan luput macam tu sahaja.

rugi kan?

so kahwinlah sesama tempat belajar. :)

alhamdulillah. rumah dah ada balik tenet.

oh malu. tersilap post.

sekian.

wasalam.

Thursday, October 20, 2011

Chapter 178: Jumpa Tun Mahathir.

Assalamualaikum,

ini serius curi-curi update blog dekat laptop kawan. Seksa sangatlah internet takde dekat rumah.

habis banyak isu semasa tak dapat update. tahu-tahu prof aziz bari dah kena ban.


kesian.

.......

semalam merupakan hari yang aku tak dapat lupakan.

macam tak percaya, akhirnya aku dapat jumpa tun mahathir secara live. sebenarnya dah lama aku pendam hasrat aku ni. ingat dah takde harapan. tapi tu la. Allah Maha Mendengar.

Jujur tak pernah expect pun dapat jumpa. apatah lagi dapat bertentang mata sebentar.

rasa macam nak menangis pun ada. manakan tidak, jumpa orang paling hebat dekat Malaysia. bahkan serata dunia kenal beliau.

orang-orang arab asyik duk agung-agungkan sumbangan beliau.

secara jujurnya, aku bukan la peminat setia tun semenjak kecil. aku mula minat masa form 4 form 5, baru tu baru tahu pasal sejarah negara.
baru tahu apa sumbangan tun.

Bermula daripada itu, aku cuba perbanyakkan baca tentang latar belakang beliau.

siap baca komik Che Det sekali.

tup tap. terus jadi idola.

aku tahu tun ni banyak kontroversi. tapi aku tolak ketepi kontroversi tu untuk amik yang jernih. sebab bukan senang kita nak contohi seseorang tu kalau kita benci dia.

aku suka dia. walaupun aku tahu banyak juga 'tahi' yang perna beliau buat. berapa ramai orang yang pernah sengsara gara-gara beliau.

pendirian aku, kejam tak semestinya zalim, tapi masih, matlamat tidak menghalalkan cara.

wallahualam.

.............

tun mahathir nampak tua. begitu juga isteria beliau, tun siti hasmah. tun siti, perlu kan seseorang disebelah untuk pimpin beliau jalan.

orang kata tun mahathir umurnya 86 tahun. tak pasti. boleh wiki.

tapi gaya pemikiran dan percakapannya tak lapuk dek umur. ingatan beliau masih kuat. pasal sejarah. dan segala benda yang penah beliau baca dan belajar.

Tun kata, beliau dah baca berbelas ribu buku masa sekolah rendah.

aku macam. HERK?

masa soal sesi jawab. aku ingatkan aku tak dapat lontarkan soalan sebab aku macam yakin ramai orang simpan soalan. barangkali lebih matang dah bermakna. soalan aku, aku anggap macam pcisan je.

MC dah open table. aku duduk saf depan sekali. jadi aku pusing belakang nak tengok respon ahli lain. tapi takde orang pun angkat tangan.

aku apa lagi. muka selamba nya angkat tangan terus. padahal dalam kepala masih tengah susun ayat.

first time rasa bercakap di khalayak menggeletar. selalunya macam sekejap je geletar. tapi kali ni cam lama sebab depan orang hebat kot. dah la depan2.

aku tak mengagung-agungkan tun. so harap takde orang men'dosa'kan aku tanpa sebab ye.

soalan aku dua.

pertama, macam mana kami generasi muda ni , yang hidup mewah dan senang, nak jadi orang macam tun, yang berasal dari keluarga yang susah, untuk bangkit mperjuangkan, bangsa dan negara.

kedua, macam mana tun boleh jadi seorang yang out-spoken. walhal, malaysia ini bukannya kuasa besar pun. berani nak kritik kuasa barat, khususnya yahudi itu sendiri.

tun jawab lebih kurang yang aku faham.

pertama, generasi muda sekarang ni sebenarnya ada je masalahnya, yang boleh membuatkan msing2 utk bangkit. iaitu lebih kepada isu perpaduan melayu. cuma antara kita kisah atau tidak.

kedua, kenapa perlu takut dengan depa? depa tak boleh buat apa-apa dengan kita. kita dipihak yang benar, perlu ke takut?

tun jawab panjang. tapi aku terpaksa ringkaskan.

aku sempat cakap dekat tun pasal hardtalk dalam BBC masa 2006 dekat UK dulu yang orang duk hangat forward2 kan dekat FB.

tun sentuh, orang tu tahu nak serang je. tapi bila tun dah jawab, tun tembak balik. dia tukar topik

sumpah aku gelak masa tu. sebab memang aku perasan sangat.

..........

puas hati. alhamdulillah,

tak sangka. pernah luah dekat fb nk jumpa tun. tak sangka dapat jumpa semalam depan mata.

dekat jordan ni lah aku berpeluang jumpa orang-orang hebat.
ustaz ravi, ustaz anhar pun ada semalam.
borak-borak macammemebr je. macam tak percaya dengan gaya sporting depa.

;)




Allah kalau nak bagi, Allah bagi je kan. hebatnya Allah.

Allah dah bagi nikmat, aku kena tambah taat. :)

Berharap dapat jadi orang hebat seperti orang yang aku dah jumpa.
nak juga berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

tambah saham untuk masuk syurga.

insyaAllah.

semoga blog ini menjadi saksi.

sekian.

wasalam

Sunday, October 16, 2011

Chapter 177: Usrah.

Assalamualaikum,

alhamdulillah hari ini berpeluang nak hirup satu semangat baru untuk menjadi seorang daei.

setelah sekian lama juga aku diam diri. terasa inferior akan diri sendiri.
buatkan aku rasa berat nak bercakap pasal agama lately. Sebab aku takut apa yang aku cakap salah.

tak tahu macam mana perasaan inferior ni boleh datang.

barangkali karat-karat dosa yang menghantui diri, buat aku tak banyak bunyi.

takpun, sangat susah kalau nak cakap benda yang kita tak buat. apa lah sangat aku nak tazkirah orang kalau aku sendiri banyak lagho.

............

panelis forum hari ini berjaya menarik tumpuan aku.

terhibur juga lah jiwa ini bila dapat dengar perkongsian hebat panelis2 malam tadi tentang dakwah.

secara jujurnya, aku sega sebenarnya nak gelarkan diri aku sebagai seorang daei. sebenarnya aku ni kategori mad'u.

tapi, memandangkan tanggungjwab setiap muslim itu adalah untuk berdakwah.

nak tak nak, aku kena terima gelaran tersebut.

Menjadi naqib dalam satu usrah juga satu ujian yang paling besar aku rasa untuk aku kali ini. Boleh dikategorikan sebagai seseorang yang masih mentah dalam bidang usrah-usrah ni. aku ditaklifkan untuk menjadi naqib terus kepada sahabat-sahabat tahun 1.

kalau dengan budak JUST tak kisah lah lagi. Ini campur dengan budak2 Yarmouk.
Mak ai. inferior tak terkata lah. mula2 taaruf haritu pun nerves teramat.
dalam hati asik tedetik. terasa hina diri tak cukup sikah sperti anak pintar sendiri.

tu lah. dulu ada usrah, selalu escape. sekarang baru tahu perasaannya.

...........

aku tekad. walau apapun yang berlaku, aku kena terima diri aku seadanya.

aku selalu kuatkan semangat, aku patut rasa beruntung kerana dapat menjadi diri aku sendiri walhal orang lain belum tentu dapat menjadi diri aku sendiri.

tak kisahlah orang nak kata apa. insyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk berdakwah.
bak kata ustaz tadi, biar kita dengan kerja kita, biar orang lain dengan kerja orang lain.

orang lain kadangkala tak faham dengan apa yang kita buat sebab aspek pemikiran yang berbeza.

semoga diberikan kekuatan untuk berjuang, walaupun dah banyak kali tergelincir.

ganbatte!

sekian.

wasalam.





Friday, October 14, 2011

Chapter 176: PSL segala.


Assalamualaikum,

gila fenat la main satu game penuh. lari tak banyak. skill tak seberapa. tapi alhamdulillah, bila tukar posisi masa last minute tadi dapat la juga beberapa peluang.

serius kena banyak berlatih. tak kisah lah kena titik 2-0 pun. janji kami cuba untuk main dengan baik.

sub takde. bukan nak bagi alasan sebab kalah. tapi kami layak untuk kalah lah kalau nak ikutkan. jadi, tiada pertikaian.

geram betul dengan sikap orang yang dah tahu main PSL. tapi tak nak turun.

sayang captain aku. cool je.

..........

aku rasa cool pulak bila aku jatuh hati dekat seseorang tu. tapi kalau boleh aku tak nak stalk dia pun.

sebab aku tahu kesabaran aku akan diuji kalau stalk-stalk orang.

macam-macam persoalan boleh timbul dalam hati. karang jeles tak tentu pasal. fokus kehidupan lain yang penting pun takut terabai.

setakat ini hanya mampu pendam. sebab umur terlalu muda nak ambil langkah pertama.

abang yang pertama nak bertunang pun, dah kena kaunseling dengan mak dan ayah untuk kumpul duit dahulu.
.........

hujung minggu ni pack sangat-sangat.

Tun M, please datang Jordan. please!

Sekian.

wasalam.

Chapter 175: Suara tinggi.


Assalamualaikum,

berpeluh jiwa bila diminta untuk uruskan hal muroqib.

orang yang ingin dimuroqibkan ramai, para muroqibnya defisit pulak.

setelah hampir dua tahun aku tak menjerit. akhirnya aku berjaya belajar menjerit semua.
berlaung-laung memanggil orang untuk berkumpul.

serius teringat waktu dekat asrama dulu. Masa mula-mula jadi pengawas, bila bertugas untuk kosongkan asrama pagi2.

Ada seorang senior tu suruh jerit. untuk kosong kan asrama.

ayat dia macam ni lebih kurang.

" perhatian kepada semua pelajar, anda dikehendaki untuk kosongkan asrama dalam kiraan 10"


lepas tu, kira la. sepuluh, sembilan, lapan, sampai lah satu.

setiap ada satu setengah lagi segala. last last tengok muka senior pengawas tu jugak yang lambat.

-_-'

...........

masa tu memang aku mula belajar untuk menjerit.

kalau tak, haramlah tak reti bersuara tinggi.

segan gila tadi kena tegur dengan senior kata suara aku comel sangat masa bagi arahan.

terima kasih senior sebab bagi aku kesedaran.

sekian.

Monday, October 10, 2011

Chapter 174: Senior hebat.

Assalamualaikum,

OMG. lama aku tak menulis.

selalu mengelat bila menulis. idea macam-macam. tapi tangguh punya tangguh. tak tertulis.

sayanng sekali.

.........

baru balik dari rumah senior. senior yang sangat-sangat aku segani. dirinya begitu low profile. pernah menjadi orang besar dalam persatuan di sini.

tapi disebabkan masalah akademik yang menyebabkan beliau terpaksa repeat year. beliau tekad untuk diam setahun.

aku tak kenal sangat dia. setakat jumpa dekat masjid sahaja.

tahun ini baru berpeluang untuk kenal dia lebih dekat.

KAGUM.

akhlak yang terpuji, pemikiran yang mantap, gaya hidup yang simple, kerjanya teliti, mengalahkan akhawat.

banyak benda dia kongsi. pasal pengalaman dia. bila aku dengar, macam dia masih aktif lagi berpersatuan.

hati aku kagum.

dalam almari, beratur buku tersusun. Segala program, dia mampu bagi komen sebab dia hadir dan memerhati.

paling tak menahan, hampir sudah 2 tahun dia tinggalkan aktiviti persatuan. dia masih simpan lagi kertas kertas, resit resit yang dia dapat masa berkerja dahulu.

mak ai. kalau aku, dah masuk tong samp dah.

.............

Sekarang aku cuba untuk cari sumber inspirasi.

supaya boleh bernafas lagi.

Sekian.