Thursday, June 30, 2011

Chapter 163: Habis kena kritik.


Assalamualaikum,

hari ini Allah bagi aku peluang untuk bayar lawatan (pay a visit) ke rumah seorang kawan ku di edooon.

dekat dengar duwar nasim. atas sikit. jalan kaki dah boleh sampai.

Haritu masa dekat Mekah aku belanja dia roti canai. Lepas tu dia nak belanja aku balik bila sampai Jordan.

Sebab tu dia jemput ajak datang rumah sebab dia nak belanja aku makan mansaf which is mak dia yang masakkan sebenarnya.

..............

Seperti biasa. orang arab ni kalau datang rumah depa. memang susah nak jumpa orang perempuan. bukan aku nak usha. tapi nak juga aku jumpa mak dia ke apa.

kalau dekat malaysia. selalu aku jumpa lah mak member ke ape. nak tanya.

"apa kabar aunty?"

at least. tapi dekat sini. itu bukan satu budaya. jadi aku terpaksa bergerak mengikut arus budaya di sini.

mansaf mak dia masak sedap.ayam nya lembut. walaupun dah makan kebab balad sebelum tu. aku mampu makan lagi mansaf yang di masak oleh mak nya.

sedap oh mansaf!

...............

aku sengaja je nak uji dia soalan panas. soalan yang aku selalu guna untuk usik syabab melayu. soalan yang berbaur perkahwinan.

aku tanya dia. " kau pernah tak terbayang kahwin orang melayu?"

dia balas. " perbincangan ni perbincangan panjang. lepas kita makan nanti lah"

aku curious sangat. aku ingat apa lah sangat yang panjang tu.

........

member aku ni aku curious sangat sebab banyak benda dia tahu pasal Malaysia.

even crisis perkauman pun dia tahu. aku dah stok garu kepala banyak kali dah.

bila aku tanya mana dia tahu. dia kata dia ramai kawan melayu. So dia tanya kawan kawan melayu yang lain.

tapi memang betul pun dia ramai kawan melayu. even sampai dekat malaysia tu pun dia ada.

sampaikan dia claim yang dia dah jatuh cinta dengan sorang budak Uitm.

aku macam tak percaya juga. tapi bila tanya nama asal etc. dia jawab. siap nama bapak budak perempuan tu pun dia hafal.

pergh. lawan tokey ni. bisik aku dalam hati. haha.

dia kata perempuan tu pun suka dia juga. dia kenal melalui facebook tak silap. aku malas nak korek panjang. tapi satu benda yang respek. dia cakap dekat budak perempuan tu untuk remove most of the gambar budak perempuan dekat fb sebab dia kata yang dekat Jordan benda macam tu tak normal kalau untuk orang perempuan ni. dan perempuan tu pun ikut.

pergh lagi sekali.

macam aku cakap. aku malas nak korek panjang. pandai pandai lah kau eh. cuma aku nasihatkan kalau nak kahwin orang melayu. kena tahu adat2 melayu. kalau tak payah sikit.

no wonder lah banyak fakta Malaysia dia tahu. ada kekasih melayu rupanya.

katanya cinta jarak jauh ni susah. aku tak tahu nak deskrip cinta dia ni jenis macam mana since dia ni pun quite sikah juga kalau nak ikutkan.

aku hanya kategorikan ia sebagai 'suka sama suka' la kot. tak setaraf couple yang kita semua maklum.. harapnya dalam keadaan terkawal.

............


sampai satu babak tu, dia soal aku banyak benda. serta meluahkan beberapa perkara yang dia tak puas hati.

antaranya dia kata yang, orang Malaysia dekat sini macam berlakon jadi baik depan orang Arab Jordan.

Bila first time dengan statement tu, aku terkejut dan agak macam marah juga. tapi cuba kawal.

tapi bila dia explain lebih, aku pun faham. rupanya dia cerita, bahawa realitinya dia ingat orang melayu ni semuanya baik. jaga pergaulan. pergi masjid. tudung labuh. hormat lecturer. selalu jumpa dekat library dan etc.

tapi bila dia tahu yang sebenarnya ada orang yang tak menepati kesemua ciri ciri tu. dia mula pertikaikan. dia kata yang korang sebenarnya bukan macam tu. korang hanya berpura pura je kan? dia kata dia hilang respek bila tahu realiti yang sebenar.

aku pun terperanjat. apa benda nya sangat realiti dekat sini pun. aku rasa mostly orang melayu dekat sini, kalau paling kurang sikah pun. takda teruk mana pun.

Bila soal punya soal. dia sebenarnya terkait dengan realiti orang melayu dekat malaysia. Dia dapat tahu yang orang malaysia ni sebenarnya ada je couple2. ada je tak pergi tudung. ada je pakai tudung pastu couple. ada je pakai tudung pastu pakai short sleeve. ada je melayu hisap rokok. dan sampaikan dia tahu ada melayu buang anak luar nikah.

Jadinya, dia cuba pertikaikan.dia kata,
"korang sebenarnya tak sebaik yang aku sangkakan, aku kecewa sangat bila aku tahu realitinya"

aku pelik. dalam hati aku cakap. tu la. siapa suruh letak high expectation sangat dekat budak melayu ini.

lama juga aku nak explain satu persatu dekat dia untuk dia jelas.

aku faham dia bukan apa. cuma dia keliru. Secara tak langsung, dia kata yang orang melayu dekat sini hipokrit. sedangkan dia geram dengan sesetengah sikap orang melayu dekat Malaysia

Paling senang aku cakap,

"dekat mana mana tempat di dunia ini ada orang jahat, ada orang baik. Orang melayu yang datang dekat sini, Dekat Jordan ni, mostly yang baik, yang sekolah agama, yang belajar tinggi, dan bagus bagus. Jadi, kitorang semua dah macam biasa dengan biah yang agak solehah. Secara tak langsung, bila korang tengok ktoang, korang kata kitoang ni bagus2. orang malaysia bagus2. walhal bukan semua orang malaysia berpe'el seperti orang malaysia yang datang ke Jordan. yang datang Jordan ni antara yang terbaik je la...."

jenuh juga berdebat dengan dia. macam macam isu lain juga dia bangkitkan. banyak yang betul. aku akui. tapi aku cuba perjelaskan juga supaya dia tak salah faham.

dia kata dia cukup pelik dengan budaya keluar couple dekat malaysia. nak nak melibatkan orang yang pakai tudung. Dia kata, dia macam anggap akhawat dekat sini pun lebih kurang macam tu.

punyalah bersungguh aku cuba backup nama baik akhawat. bukan nak claim. tapi tu la. adehay.

Dia kata juga dia pelik dengan sikap perempuan melayu yang suka letak gambar gambar dekat facebook. aku tatahu nak jawab apa. cuma aku cakap dekat malaysia ini perkara biasa.

bila dia tanya pasal isu buang anak, lagi speechless aku dibuatnya.


dia juga kata orang melayu tak suka orang jordan. sedangkan orang jordan suka orang melayu. dia luahkan bila dia bercakap dengan kawan melayu. orang melayu pandang dia pelik.

aku pun macam pelik. itu benda biasa je kot. point ni aku tak setuju sangat. aku rasa dia sensitf sangat kot.

cuma satu point lagi yang aku stuju, dia kata budak melayu selekeh. pakai selipar pergi kelas. padahal duit banyak 500 Jd kerajaan bagi. tapi pakai selipar tandas pergi kelas?

aku stuju dengan dia. tapi apa kan daya.

soal penampilan ni aku dah pernah sebut. memang kena buat kempen rasanya.

aku rasa tu ja point yang aku dapat keluarkan. cuma aku masih tertanya tanya siapakah budak uitm yang member aku jatuh hati ni.

.........

semakin banyak kita bergaul dengan orang, semakin banyak pengalaman yang kita dapat.


zerius. kalau pasif seribu kata, macam mana nak dapat kawan, apatah lagi nak kongsi pengalaman?


sekian.

Saturday, June 25, 2011

Chapter 162: Weird.

Assalamualaikum,

mungkin aku mudah terasa. orang nak bergurau. aku teranggap benda tu serius.

berlapang dada. depa bergurau.


fine with that.

.................

excited semalam nak tengok senior ada majlis konvo dekat universiti. first time nak tengok, jadi nak tak nak memang kena pergi juga.

naik teksi bersama 2 orang teman yang lain padahal dah ada bas cuma takut tertinggal katanya gate tutup pukul 5.

sebelum tu aku persiapkan diri. capai kemeja kuning. seluar jeans. kasut kebiasaan.

member sorang datang pakai simple je. tapi aku pun rasa aku simple juga. cuma nampak macam smart sikit bila orang lain yang tak pernah tengok aku pakai camtu.

selalu je aku pergi jamiah pakai macam tu.

...............

orang pergi konvo sepatutnya kena la pakai yang kemas sikit. at least pakai kasut orang kata.

ini tidak. pakai selipar . baju apa tah.

bukan aku suruh pakai brnded. tapi bila dah besar ni kena lah belajar belajar jaga image.


kalau dekat malaysia, tahu dress up.

tahu la 'bukan nya nak tunjuk siapa pun' dekat jordan ni.

tapi orang arab tu manusia juga. depa pun memerhati. lecturers, doctors juga memerhati.

apakah selekeh bebenar orang malaysia ni.

maaf lah kalau macam kasar. tapi kita perlu sedar yang melalui imej, kita sebenarnya dah mencerminkan sikap kita.

faham je kalau kadangkala kita nak zuhud. simple. tapi dalam waktu yang sama, kena tengok pada masanya.

............

biar papa asal bergaya.

bergaya tak bermakna perlu berjenama.

kekemasan tu penting.

sekian.

Wednesday, June 22, 2011

Chapter 161: Ajloun.


Assalamualaikum,

baru pulang dari Ajloun. Melawat sahabat disana.

on the way balik tadi, serius terasa macam dekat Malaysia. Jalan rayanya yang bagai ular kena palu tak ubah macam jalan kalau aku nak pergi sekolah. dengan suasana kampungnya.

memang batang melaka sangat lah.

teringat masa umi dengan abi hantar aku ke asrama pagi pagi buta. maklumlah, aku dulu dekat sekolah otai.

sentiasa balik lambat. kalau boleh, paling lambat antara orang lain. janji tak tinggal kelas, malam prep tak jumpa. esok pagi dah jumpa dalam kelas.

legeng tak legend aku? Ha Ha.

............

sebenarnya dah rancang awal dah nak pergi ajloun lawat malik yakni member aku dekat ajloun. tapi masa hari ini ahad hari tu dia busy. Jadi tangguh hari ini, Alhamdulillah dapat pergi juga.

aku ajak umair pergi sekali sebab aku rasa sunyi pulak pegi sorang sorang.

Dari duwar nasim. Malik bawak kitorang pergi ajloun naik bas.

Sebelum ini dah pernah lawat dia dan keluarga dia dah masa winter lepas.

Ini datang lagi sekali nak tengok.


serius aku anggap dia dan keluarga dia dah macam keluarga angkat aku.

;(

............

dari pagi sampai ke malam. aku dan umair dilayan seperti raja. semua benda kami didahulukan.

satu benda yang aku kagum dan aku cuba untuk pahatkan dalam hati

orang arab memang suka memuliakan tetamu. Sebab Rasulullah SAW pun ada ajar. cuma orang melayu tak praktis sangat.

kagum beribu ribu kali kagum.

bila ada kerusi, suruh aku duduk dulu. bila ada air, aku diberi minum dahulu, kawan kawan lain, kemudian baru si dia, yang menuangkan air itu.

sepanjang waktu dekat Ajloun, aku rasa syok pula kalau jadi arab. tak tahu la kenapa. tapi rasanya macam semuanya dah nak mula jadi kebiasaan bagi aku walaupun cakap arab tak seberapa fasih.

tapi aku masih masih mampu mabsuutkan diri.

...........

orang arab memang trend depa kalau dah lama tak jumpa. dia akan boos. atau cium. kalau bahasa omputih air kiss tak silap.

aku rasa bila buat boos tu, rasa macam kepuasan pulak.

melempiaskan rindu. bukan kepuasan apa. entah la. rasa memang feel bila kau buat tu dekat member kau yang dah lama kau tak jumpa.


kalau dekat malaysia, family belah ayah aku depa suka cium aku dengan adik bradik aku. takpun sapa2 je la. masa kecik. dah besar tak lah.

jujur aku kata, aku pun terikut ikut.

sampaikan najm, anak buah Malik. umur 5 tahun. habis kena cium dengan aku. cium pipi je. mana taknya geram aku tengok depa duk cium si Najm tu.

bagi tau awal awal, aku bukan pedo.

tapi dah budak tu comel. lagipun bagi arab, benda ni benda biasa.

nak cium adik bongsu aku, dah darjah enam kot. nak tunggu anak buah. abang sulung pun belum kahwin.

best betul bila ada budak kecik ni. best melayan.

najm oh najm.

................

sampaikan aku terbayang yang aku kahwin dengan orang Jordan dan tinggal dekat Jorda ni sebab aku rasa aku macam jatuh cinta dengan budi pekerti orang arab ni.

budi pekerti apa?


budi pekerti orang kampungnya yang sangat sangat ihtiram orang luar.

dua dua kampung dekat malaysia tengah tengah bandar. rumah batu. kebun takda.

bila datang ajloun, pergi kebun. makan buah live live lepas petik. takyah basuh pun. mula mula cuak. tapi beranikan diri juga untuk cuba. makan sayur macam tu ja.

mustahil kan aku berkeluarga di Jordan?

....................

rasa macam nak kerja dekat negara teluk bila dah besar nanti.

2 3 tahun ja. nak kumpul pengalaman.

sebelum tu kena mantapkan bahasa arab dulu.

insyaAllah.

sekian.




Saturday, June 18, 2011

Chapter 160: Hidayah.


Assalamualaikum,

dekat sekolah menengah dulu.

dalam batch aku, aku ada 3 orang kawan nama hidayah.

seorang hidayah jamil

seorang hidayah raof

seorang hidayah othman

dulu asyik keliru je antara semua tu. lama lama dah kenal dah. apa orang kata, alah bisa tegal biasa.

tapi bukan hidayah tu yang ingin aku bicarakan.

................

kadangkala kita rasakan bahawa orang yang hidup dalam kemungkaran dan kemaksiatan sahaja memerlukan hidayah.



Manakala orang yang solat fardhu sempurna 5 waktu sehari, tutup aurat perfect, quran dekat tangan setiap masa, bercakap pun guna bahasa 'ana' enta' serta kopiah pun melekat sentiasa,

tak memerlukan hidayah Allah lagi dah.

sebab nya dia dah well-guided.


berani kita cakap macam tu? sedangkan Allah boleh tarikh hidayah tu bila bila saja.

..............

teruskan berdoa agar sentiasa diberi hidayah AKA petunjuk sentiasa supaya tak tergelincir ditengah jalan.

kalau tergelincir pun sentiasa doa dekat Allah untuk dipermudahkan untuk bangun balik dan terus berjuang.


jangan abaikan penghayatan surah alfatihah yang kita duk baca setiap rakaat solat kita tu.

sekian.

Thursday, June 16, 2011

Chapter 159: Perempuan.


Assalamualaikum,

orang perempuan yang bekerjaya tinggi mempunyai risiko yang tinggi untuk kahwin lambat takpun tak kahwin langsung sampai lanjut usia.

kahwin lambat boleh terima lagi la. tak kahwin langsung tu kritikal sedikit.

ini bukan cakap kosong. aku cakap berdasarkan pengalaman keluarga terdekat dan juga cerita orang luar.

tadi ada bincang bincang sikit dengan sahabat.

kesian juga orang perempuan ni kalau nak ikutkan.

...............

bak kata seorang ustaz, orang lelaki kalau umur 30 tak kahwin lagi masih macam pisang panas lagi. tak kisah lah kerja apa pun. apatah doctor mahupun engineer.

tapi kalau orang perempuan, dah lanjut usia, dengan jawatan besar, doctor ke, bussineswoman ke, ape ke, yang meletakkan mereka pada level yang tinggi, agak macam tak sepanas orang lelaki.

kenapa?

orang perempuan ni kalau belajar tinggi tinggi, sampai kerja tinggi tinggi, orang lelaki memang takut nak masuk meminang.

alasannya, bimbang tak sekufu.

bukan nak kata takde lelaki yang higher education and reputation la ni, cuma faham faham je la yang sekarang ni perempuan punya nisbah pun berkali ganda kalau nak dibandingkan dengan lelaki.

selalunya, orang lelaki ni cepat je menyambar orang perempuan, tak kisah la prempuan tu berlatarbelakang apa pun.

dipendekkan cerita, mungkin agak rare nak jumpa lelaki yang berpelajaran tinggi, serta kerja top class untuk single sehingga akhir hayatnya.

paling kurang dia mesti akan kahwin.

............

orang perempuan, kalau kena lamar time time belajar tu, jangan cepat melenting untuk menolak bulat bulat.

cuba fikir baik baik.

bukan apa, takut nanti macam dah takda masa. lebih utama lagi, mereka yang jenis workaholic.

umur ni cepat je meningkat.

aku takda lah nak galakkan perempuan orang kahwin masa belajar. paling kurang lepas belajar setahun dua tu dah ada calon lah.

boleh jaga batasan. tapi jangan jual mahal sangat. sebab takut nanti orang nak masuk meminang pun jadi takut.

aku rasa zaman moden ni budaya kahwin awal ni perlu diihtiramkan dalam kalangan masyarakat kita.

bukan sebab aku nak kahwin awal.

cuma banyak kemaslahatannya.

kalau tak bersedia, bersedia lah dari sekarang. dah habis kerja nanti kan jadi doctor.mana ada masa nak belajar jaga rumah semua.

kan?

..........


sebagai seorang lelaki, aku cakap random sahaja. harap orang perempuan tak terasa hati.

sekadar pendapat.

tak setuju tak mengapa. harap tak melenting sangat.

boleh saya kahwin dengan awak??


sekian.

Wednesday, June 15, 2011

Chapter 158: Tasmi'.


Assalamualaikum,

alhamdulillah
baru sampai dari Mekah. excited. sebab banyak pengajaran yang dapat diambil sepanjang dekat sana.

antaranya.

ternampak seorang lelaki arab, duduk bersila. menghadap seorang perempuan yang juga duduk bersila sambil memangku Al Quran diantara dua pehanya.

aku yakin mereka pasangan yang baru kahwin.

romantiknya, apabila melihat seorang suami men'tasmi' isterinya di Masjidil Haram.

............

bagi saya masa untuk develop ilmu dalam diri sebab kalau nak tasmi bacaan awak sekarang memang tak lepas lah.

sekian.

Friday, June 3, 2011

Chapter 157: sunyi.


Assalamualaikum,

sunyi. satu definisi yang aku tak dapat nafikan setelah semua hausmet aku pulang ke Malaysia.

tinggal aku seorang dekat rumah.

serius hambar kalau duduk sorang sorang.

tak tahu la perasaan bila masuk kubur nanti sorang sorang. sekarang ni pun rasa macam dah tak tahan lagi dah.

.............

semalam aku teman sekumpulan akhawat muroqib pergi airport. naik pakcik khalid. bertolak pukul 845 gitu. sampai dalam pukul 1030 gitu. waktu malam.

padahal flight pukul 2.

precaution lah katakan memandangkan sebelum ni pernah ada kes tayar bocor masa on the way pergi airport. akhirnya terlepas flight.

pergi airport. jumpa member member yang terdiri daripada housemate juga.

orang melayu ramai sangat. akhawat lebih lebih lagi.

habislah sunyi irbid.


.................

5 hb kawan kawan lain bertolak ke malaysia juga. tinggalah beberapa kerat kami di Irbid ini.

nasib baik ada plan lain 5 hb. nak pergi umrah insyaAllah.

member arab aku beria ria nak jumpa aku sebelum 5 hb ini.

aku dah pening. tak tahu nak buat macam mana. terasa macam nak ajak datang rumah. memandangkan ahli rumah takda.

mungkin takda masalah. cuma tak tahu nak masa apa. orang arab pantang makan benda pedas pedas ni.

............

akan ku cuba manfaatkan cuti ini sebaik mungkin.

insyaAllah

P.S.I : I Rindu You All.

ROFL.


selamat