Saturday, June 18, 2011

Chapter 160: Hidayah.


Assalamualaikum,

dekat sekolah menengah dulu.

dalam batch aku, aku ada 3 orang kawan nama hidayah.

seorang hidayah jamil

seorang hidayah raof

seorang hidayah othman

dulu asyik keliru je antara semua tu. lama lama dah kenal dah. apa orang kata, alah bisa tegal biasa.

tapi bukan hidayah tu yang ingin aku bicarakan.

................

kadangkala kita rasakan bahawa orang yang hidup dalam kemungkaran dan kemaksiatan sahaja memerlukan hidayah.



Manakala orang yang solat fardhu sempurna 5 waktu sehari, tutup aurat perfect, quran dekat tangan setiap masa, bercakap pun guna bahasa 'ana' enta' serta kopiah pun melekat sentiasa,

tak memerlukan hidayah Allah lagi dah.

sebab nya dia dah well-guided.


berani kita cakap macam tu? sedangkan Allah boleh tarikh hidayah tu bila bila saja.

..............

teruskan berdoa agar sentiasa diberi hidayah AKA petunjuk sentiasa supaya tak tergelincir ditengah jalan.

kalau tergelincir pun sentiasa doa dekat Allah untuk dipermudahkan untuk bangun balik dan terus berjuang.


jangan abaikan penghayatan surah alfatihah yang kita duk baca setiap rakaat solat kita tu.

sekian.

No comments: