Thursday, June 30, 2011

Chapter 163: Habis kena kritik.


Assalamualaikum,

hari ini Allah bagi aku peluang untuk bayar lawatan (pay a visit) ke rumah seorang kawan ku di edooon.

dekat dengar duwar nasim. atas sikit. jalan kaki dah boleh sampai.

Haritu masa dekat Mekah aku belanja dia roti canai. Lepas tu dia nak belanja aku balik bila sampai Jordan.

Sebab tu dia jemput ajak datang rumah sebab dia nak belanja aku makan mansaf which is mak dia yang masakkan sebenarnya.

..............

Seperti biasa. orang arab ni kalau datang rumah depa. memang susah nak jumpa orang perempuan. bukan aku nak usha. tapi nak juga aku jumpa mak dia ke apa.

kalau dekat malaysia. selalu aku jumpa lah mak member ke ape. nak tanya.

"apa kabar aunty?"

at least. tapi dekat sini. itu bukan satu budaya. jadi aku terpaksa bergerak mengikut arus budaya di sini.

mansaf mak dia masak sedap.ayam nya lembut. walaupun dah makan kebab balad sebelum tu. aku mampu makan lagi mansaf yang di masak oleh mak nya.

sedap oh mansaf!

...............

aku sengaja je nak uji dia soalan panas. soalan yang aku selalu guna untuk usik syabab melayu. soalan yang berbaur perkahwinan.

aku tanya dia. " kau pernah tak terbayang kahwin orang melayu?"

dia balas. " perbincangan ni perbincangan panjang. lepas kita makan nanti lah"

aku curious sangat. aku ingat apa lah sangat yang panjang tu.

........

member aku ni aku curious sangat sebab banyak benda dia tahu pasal Malaysia.

even crisis perkauman pun dia tahu. aku dah stok garu kepala banyak kali dah.

bila aku tanya mana dia tahu. dia kata dia ramai kawan melayu. So dia tanya kawan kawan melayu yang lain.

tapi memang betul pun dia ramai kawan melayu. even sampai dekat malaysia tu pun dia ada.

sampaikan dia claim yang dia dah jatuh cinta dengan sorang budak Uitm.

aku macam tak percaya juga. tapi bila tanya nama asal etc. dia jawab. siap nama bapak budak perempuan tu pun dia hafal.

pergh. lawan tokey ni. bisik aku dalam hati. haha.

dia kata perempuan tu pun suka dia juga. dia kenal melalui facebook tak silap. aku malas nak korek panjang. tapi satu benda yang respek. dia cakap dekat budak perempuan tu untuk remove most of the gambar budak perempuan dekat fb sebab dia kata yang dekat Jordan benda macam tu tak normal kalau untuk orang perempuan ni. dan perempuan tu pun ikut.

pergh lagi sekali.

macam aku cakap. aku malas nak korek panjang. pandai pandai lah kau eh. cuma aku nasihatkan kalau nak kahwin orang melayu. kena tahu adat2 melayu. kalau tak payah sikit.

no wonder lah banyak fakta Malaysia dia tahu. ada kekasih melayu rupanya.

katanya cinta jarak jauh ni susah. aku tak tahu nak deskrip cinta dia ni jenis macam mana since dia ni pun quite sikah juga kalau nak ikutkan.

aku hanya kategorikan ia sebagai 'suka sama suka' la kot. tak setaraf couple yang kita semua maklum.. harapnya dalam keadaan terkawal.

............


sampai satu babak tu, dia soal aku banyak benda. serta meluahkan beberapa perkara yang dia tak puas hati.

antaranya dia kata yang, orang Malaysia dekat sini macam berlakon jadi baik depan orang Arab Jordan.

Bila first time dengan statement tu, aku terkejut dan agak macam marah juga. tapi cuba kawal.

tapi bila dia explain lebih, aku pun faham. rupanya dia cerita, bahawa realitinya dia ingat orang melayu ni semuanya baik. jaga pergaulan. pergi masjid. tudung labuh. hormat lecturer. selalu jumpa dekat library dan etc.

tapi bila dia tahu yang sebenarnya ada orang yang tak menepati kesemua ciri ciri tu. dia mula pertikaikan. dia kata yang korang sebenarnya bukan macam tu. korang hanya berpura pura je kan? dia kata dia hilang respek bila tahu realiti yang sebenar.

aku pun terperanjat. apa benda nya sangat realiti dekat sini pun. aku rasa mostly orang melayu dekat sini, kalau paling kurang sikah pun. takda teruk mana pun.

Bila soal punya soal. dia sebenarnya terkait dengan realiti orang melayu dekat malaysia. Dia dapat tahu yang orang malaysia ni sebenarnya ada je couple2. ada je tak pergi tudung. ada je pakai tudung pastu couple. ada je pakai tudung pastu pakai short sleeve. ada je melayu hisap rokok. dan sampaikan dia tahu ada melayu buang anak luar nikah.

Jadinya, dia cuba pertikaikan.dia kata,
"korang sebenarnya tak sebaik yang aku sangkakan, aku kecewa sangat bila aku tahu realitinya"

aku pelik. dalam hati aku cakap. tu la. siapa suruh letak high expectation sangat dekat budak melayu ini.

lama juga aku nak explain satu persatu dekat dia untuk dia jelas.

aku faham dia bukan apa. cuma dia keliru. Secara tak langsung, dia kata yang orang melayu dekat sini hipokrit. sedangkan dia geram dengan sesetengah sikap orang melayu dekat Malaysia

Paling senang aku cakap,

"dekat mana mana tempat di dunia ini ada orang jahat, ada orang baik. Orang melayu yang datang dekat sini, Dekat Jordan ni, mostly yang baik, yang sekolah agama, yang belajar tinggi, dan bagus bagus. Jadi, kitorang semua dah macam biasa dengan biah yang agak solehah. Secara tak langsung, bila korang tengok ktoang, korang kata kitoang ni bagus2. orang malaysia bagus2. walhal bukan semua orang malaysia berpe'el seperti orang malaysia yang datang ke Jordan. yang datang Jordan ni antara yang terbaik je la...."

jenuh juga berdebat dengan dia. macam macam isu lain juga dia bangkitkan. banyak yang betul. aku akui. tapi aku cuba perjelaskan juga supaya dia tak salah faham.

dia kata dia cukup pelik dengan budaya keluar couple dekat malaysia. nak nak melibatkan orang yang pakai tudung. Dia kata, dia macam anggap akhawat dekat sini pun lebih kurang macam tu.

punyalah bersungguh aku cuba backup nama baik akhawat. bukan nak claim. tapi tu la. adehay.

Dia kata juga dia pelik dengan sikap perempuan melayu yang suka letak gambar gambar dekat facebook. aku tatahu nak jawab apa. cuma aku cakap dekat malaysia ini perkara biasa.

bila dia tanya pasal isu buang anak, lagi speechless aku dibuatnya.


dia juga kata orang melayu tak suka orang jordan. sedangkan orang jordan suka orang melayu. dia luahkan bila dia bercakap dengan kawan melayu. orang melayu pandang dia pelik.

aku pun macam pelik. itu benda biasa je kot. point ni aku tak setuju sangat. aku rasa dia sensitf sangat kot.

cuma satu point lagi yang aku stuju, dia kata budak melayu selekeh. pakai selipar pergi kelas. padahal duit banyak 500 Jd kerajaan bagi. tapi pakai selipar tandas pergi kelas?

aku stuju dengan dia. tapi apa kan daya.

soal penampilan ni aku dah pernah sebut. memang kena buat kempen rasanya.

aku rasa tu ja point yang aku dapat keluarkan. cuma aku masih tertanya tanya siapakah budak uitm yang member aku jatuh hati ni.

.........

semakin banyak kita bergaul dengan orang, semakin banyak pengalaman yang kita dapat.


zerius. kalau pasif seribu kata, macam mana nak dapat kawan, apatah lagi nak kongsi pengalaman?


sekian.

No comments: