Thursday, June 16, 2011

Chapter 159: Perempuan.


Assalamualaikum,

orang perempuan yang bekerjaya tinggi mempunyai risiko yang tinggi untuk kahwin lambat takpun tak kahwin langsung sampai lanjut usia.

kahwin lambat boleh terima lagi la. tak kahwin langsung tu kritikal sedikit.

ini bukan cakap kosong. aku cakap berdasarkan pengalaman keluarga terdekat dan juga cerita orang luar.

tadi ada bincang bincang sikit dengan sahabat.

kesian juga orang perempuan ni kalau nak ikutkan.

...............

bak kata seorang ustaz, orang lelaki kalau umur 30 tak kahwin lagi masih macam pisang panas lagi. tak kisah lah kerja apa pun. apatah doctor mahupun engineer.

tapi kalau orang perempuan, dah lanjut usia, dengan jawatan besar, doctor ke, bussineswoman ke, ape ke, yang meletakkan mereka pada level yang tinggi, agak macam tak sepanas orang lelaki.

kenapa?

orang perempuan ni kalau belajar tinggi tinggi, sampai kerja tinggi tinggi, orang lelaki memang takut nak masuk meminang.

alasannya, bimbang tak sekufu.

bukan nak kata takde lelaki yang higher education and reputation la ni, cuma faham faham je la yang sekarang ni perempuan punya nisbah pun berkali ganda kalau nak dibandingkan dengan lelaki.

selalunya, orang lelaki ni cepat je menyambar orang perempuan, tak kisah la prempuan tu berlatarbelakang apa pun.

dipendekkan cerita, mungkin agak rare nak jumpa lelaki yang berpelajaran tinggi, serta kerja top class untuk single sehingga akhir hayatnya.

paling kurang dia mesti akan kahwin.

............

orang perempuan, kalau kena lamar time time belajar tu, jangan cepat melenting untuk menolak bulat bulat.

cuba fikir baik baik.

bukan apa, takut nanti macam dah takda masa. lebih utama lagi, mereka yang jenis workaholic.

umur ni cepat je meningkat.

aku takda lah nak galakkan perempuan orang kahwin masa belajar. paling kurang lepas belajar setahun dua tu dah ada calon lah.

boleh jaga batasan. tapi jangan jual mahal sangat. sebab takut nanti orang nak masuk meminang pun jadi takut.

aku rasa zaman moden ni budaya kahwin awal ni perlu diihtiramkan dalam kalangan masyarakat kita.

bukan sebab aku nak kahwin awal.

cuma banyak kemaslahatannya.

kalau tak bersedia, bersedia lah dari sekarang. dah habis kerja nanti kan jadi doctor.mana ada masa nak belajar jaga rumah semua.

kan?

..........


sebagai seorang lelaki, aku cakap random sahaja. harap orang perempuan tak terasa hati.

sekadar pendapat.

tak setuju tak mengapa. harap tak melenting sangat.

boleh saya kahwin dengan awak??


sekian.

No comments: