Saturday, September 24, 2011

Chapter 172: Lelaki.


Assalamualaikum,

kadang-kadang aku merasakan diri aku ni terlalu lemah lembut dan ramah dengan orang lain. Orang memandangkan ia satu yang mulia. Walhal ia tidak.

Boleh lah. Cuma jangan terlalu dan selalu.

Hidup sudah 20 tahun. Bila aku balik Malaysia, aku jumpa pelbagai macam orang.

Baru aku faham tak semua orang aku boleh senyum. Tidak semua orang aku boleh sapa dengan salam. Tidak semua orang aku boleh bercakap tentang Islam.

Aku perlu lebih keras dan tegas.

Mak selalu pesan, jangan jadi terlalu baik sampai mengorbankan diri sendiri. aku dah mula mengerti.

Kita selalu fikir nak buat baik dekat orang lain. Namun, kita tak fikir yang orang lain selalu nak amik kesempatan ke atas kebaikan kita.

tak salah rasanya belajar untuk menengking. Kita perlu. Cuma kena pada waktunya.

Jangan asyik, ' Ya, Baiklah'

agresif tidak salah.

sedang belajar untuk menjadi seorang lelaki yang lelaki.


sekian.

No comments: