Saturday, November 26, 2011

Chapter 182: Sikap yang tak perlu diikuti.


Assalamualaikum,

aku suka betul tengok sikap seorang sahabat aku ni.

hidup dia low-profile dia. banyak kerja belakang tabir dia buat. bukan sembarangan punya kerja. stok-stok kerja yang tak semua orang boleh buat.

Ramai orang tahu, dia ni sememangnya hebat. hebat dengan ilmunya, hebat dengan kata-katanya. Hafeez quran pulak tu.

Tapi diri dia maintain zuhud. setiap kata-kata yang keluar dari mulut dia. tak pernah dengan nada yang dia tu betul. walaupun memang betul dia cakap.

maksud aku, bila dia cakap tentang sesuatu. mesti dia ada sikap rendah diri dia. dia tahu diri dia ada kelemahan. jadi dia tak mengharapkan orang lain akan percaya dia 100 %.

walhal, memang betul pun dia cakap.

...........

Sayangnya, tak semua orang macam dia.

kita ni bila dah tahu kita ramai pengikut, ada pengaruh. dikagumi. direspeki dan macam-macam lagi.

bila kita buat katakan tentang sesuatu, kita susah nak tanggalkan elemen-elemen keegoan kita.

mungkin kita tak perasan. cuba cek perlahan-lahan.

memang betul apa yang kita cakap. tapi nada kita buat macam kita memang betul 100%. kata-kata ni memang orang lain perlu hormati. sebab kita ni kan hebat. kononnya.

tahu. kita perlu ada keyakinan diri. tapi kita perlu tahu bahawa tak semua orang boleh interpret kata-kata kita dengan sudut yang positif. nanti orang kata berlagak pula.

mulut orang, tak kisah, janji hati ikhlas.

jangan buat main. mula-mula boleh lah cakap ikhlas. takda niat nak berlagak mahupun riak. Tapi lama-kelamaan, takut lain pula nya yang jadi.


contohi sikap ulama-ulama kaum tua. kebanyakan mereka tak pernah bercakap besar dengan ilmu mereka. Nak ikutkan, banyak sangat sumbangan mereka. tak terkira.

tapi seboleh-bolehnya, mereka akan cuba untuk buat diri mereka seolah-olah takda pape. demi nak jaga niat punya pasal.

kita?

..........

aku sebenarnya nak merujuk kepada seseorang. untuk diambilkan iktibar kepada diri sendiri dan siapa yang terbaca.

tak tahu lah aku ja yang macam 'busuk hati' suka pandang negatif.

sekian. wasalm.

No comments: