Monday, December 12, 2011

Chapter 184: Kawan saudi baik belaka.


Assalamualaikum,

pergh. memang lah takde printer seksa betul nak buat kerja JSU.

nak menangis aku menguruskan printer 2nd hand yang aku beri dari senior ni. boleh jadi aku baru refill ink ni, komputer kata takde ink.

weh, orang bayar kot.

aiesh.

..........

aku dapat offer tumpang kereta member saudi hari ni.

memang orang kata, tak sia-sia kalau kita buat baik dengan orang yang kita tak kenal. sejujurnya, aku tak kenal sangat pun member saudi tu sangat. aku dan dia tahu yang masing-masing satu kelas.

aku tak buat banyak. aku hanya senyum. tegur apa khabar. macam mana belajar. lepas tu buat kerja sendiri.

nama pun tak tahu.

tapi yang untungnya, hari ini dia offer aku naik kereta dia. lepas habis lab. rezeki yang tak pernah diduga.

tapi jangan lah buat kebaikan dekat orang lain sambil mengharapkan orang tu buat baik balik dekat kita.

tak murni gitu.

..............

seronok belajar cultural bangsa lain. aku ingatkan orang arab ni semuanya sama ja cultural dia. walhal, ada sikit sikit lain kalau ikut negara. Saudi tak sama sangat dengan jordan.

Antara benda yang sempat aku belajar dari kawan aku tadi.

kabsah saudi punya.

dia bawah scholarship kerjaan saudi. dapat duit monthly 850 Jd sebulan.

Orang syiah dekat saudi pun dapat duit scholar. baik juga kerajaan depa ni.

budak kelas aku boleh kata mostly dari saudi ialah syiah, katanya lah.

orang arab saudi kalau tetamu datang rumah, masa makan-makan, dia tak akan bangun selagi tetamu tak habis makan. kalau dia bangun sebelum tetamu tamat makan, memang aib besar katanya.

tak pasal-pasal, kawan aku belanja aku makan hindi hari ini.

Dia ajar aku satu ayat kalau kita kena belanja untuk diucapkan kepada orang yang belanja kita.

" katharallahukhoirokum"

member aku cakap, takde respon spesifik. kau boleh jawab apa-apa sahaja.

...............

rasa seronok bila dapat kenal semua orang arab dalam kelas.

baik lelaki mahupun perempuan.

aku tak ingin famous. tapi rugi kalau duduk 5 tahun sekelas tapi tak pernah kenal.

mana tahu kot-kot dah besar nanti boleh buat link balik ke kan.

mengajar kat JUST ke kan. haha.

sekian.