Sunday, July 18, 2010

Chapter 83 : pakcik arab tegur aku.

Assalamualaikum,

hari ni ada seorang pakcik arab bagi nasihat dekat aku masa dalam teksi.

.........

pagi tadi aku bangun sungguh la lewat. lebih kurang 1 jam sebelum kelas hari ini bermula. rumah sudah kosong melainkan aku tinggal keseorangan. masing masing dah pergi awal sebab ada yang ada lab bio chemistry.

bangun. mandi. siap siap cepat. lepas tu on9 sekejap nak tengok perkembangan terbaru facebook dan blog.

bukan nak baca surat khabar pun.

.........

keluar saja dari rumah. cahaya matahari begitu terik sekali. aku terpaksa menggunakan tapak tangan aku untuk meneduh mata yang silau dek cahaya.

nasib baik teksi ada teksi yang lalu lalang. aku pun angkat tangan sebagai syarat untuk meminta perkhidmatan.

pergi Mujamma' amman sahaja. bukan ke universiti terus memandangkan kalau seorang sahaja naik teksi untuk direct ke jamiah memang sesuatu yang rugi. rugi teramat.

.......

aku : assalamualaikum.

pakcik : waalaikumussalam.

aku : Apa kabar?

pakcik : hala'. hala'.

macam biasa. lepas tanya khabar. senyap sahaja la. sambil tunggu pakcik tu bawak aku ke destinasi yang aku inginkan.

tiba tiba sahaja..

pakcik : Mana kawan kawan kau yang lain?

aku : dorang dah pergi dah. aku lambat.

pakcik : tidur lambat ke semalam?

aku : aah.

pakcik : kenapa tidur lambat?

aku : sebab tengok muvie.... ( aku tatau nak cakap apa dalam bahasa arab yang sbenar apa. pakck tu pun tak paham)...aaa...

pakcik : tengok TV?

aku : tak tak... ( aku fikir ).. saya layan Internet.

sebenarnya aku nak cakap dekat dia yang aku tengok movie semalam. tapi terlepas cakap on9 sebab dah tatau vocab apa yang aku harus guna kalau nak cakap aku tengok movie.

pakcik : kenapa layan Internet malam malam buta? bukan ke kau patut belajar?

aku : ... ( diam seribu bahasa)

pakcik : kau datang dari malaysia ke sini bukan untuk internet. tapi untuk belajar bukan?

aku : bukannya selalu pakcik saya macam ni pakcik. malam tadi ja.

pakcik : takda takda. alasan ja semua tu. kau ni solat tak?

aku : solat.

pakcik : betul kau solatt?

aku : betul lah.

pakcik : bagus. solat dapat bantu kehidupan kau. otak yang baik. mata yang baik. telinga yang baik. semua yang baik baik. jangan tinggal kan solat!

aku : yela. solat tu kan tiang agama.

pakcik : kau hisap rokok tak? ( sambil tunjuk kotak rokok dia)

aku : takk..

pakcik : rokok tak bagus. tolong doakan aku berhenti merokok.

aku : InsyaAllah. tapi sejak bila kau hisap rokok?

pakcik : sejak umur 7 tahun.

aku : ouhh yeke..

tiba tiba masuk pasal perbincangan lain. terus lah sampai ke tempat destinasi.
dia puji orang malaysia semua nya baik baik belaka. sepanjang pemerhatian dia.

............

macam geram pulak bila pakcik tu cakap macam tu pada mulanya. tapi lama lama aku fikir balik. bukan senang pakcik teksi nak nasihat aku mcam tu.

nak nak agak sukar juga nak dapat nasihat orang tua sepertimana orang tua sendiri kita menasihati kita.

bagi aku, kawan kawan mahupun senior, bila bagi nasihat. tak sama aura nya bila orang tua yang bagi nasihat.

serius bai.

walaupun hati macam terluka sedikit. tapi tak palah. sebagai pengajaran hidup.

sekian

5 comments:

Berd said...

dah lama aku bagi nasihat macam tu kat kau. kau je wat tak tahu apa-apa.

Anonymous said...

haha..

Anonymous said...

mashaAllah..bagusnye pakcik tu..
smoga dia dpt bhenti rokok :)

bestlah ad org nk nasihat,,x slalu dpt gtu

Anonymous said...

mashaAllah..bagusnye pakcik tu..
smoga dia dpt bhenti rokok :)

bestlah ad org nk nasihat,,x slalu dpt gtu

atiQa said...

pernah satu kejadian bila tahan teksi satu ni :

saya : pak cik, kolej mara boleh?

pakcik : dengan cepatnya dia menjawab "Assalamualaikum!"

*malu tidak terkata*

dlm teksi tu, dia bg nasihat:

apa2 pun perbuatan kt ni, mesti balik kpd niat kita yg asal, kerana Allah.