Friday, July 9, 2010

Chapter 76: Gila kuasa.

Assalamualaikum,

kebelakangan ini, fenomena Pilihan Raya untuk semua perbadanan dekat Jordan ini semakin menjadi jadi.

nampak gayanya, ramai juga yang bersemangat untuk buat promosi pasal pilihan raya ini.

dan ada juga yang tak nak amik kisah langsung pun pasal benda ini. sebab yakinnya dalam diri masing masing tiada kepentingan langsung bagi mereka untuk mengundi.

lain orang, lain fikiran.

........
menjadi seseorang yang diberi kuasa untuk melakukan sesuatu sudah menjadi keinginan bagi setiap manusia dimuka bumi.

Sebab itu muncul istilah manusia gila kuasa.

Kuasa diberikan dengan penuh harapan demi pelaksanaan ke arah pembaikan.

tak semua penerima kuasa dapat melaksanakan pembaikan yang dimaksudkan secara sebaik mungkin.

tak semua juga yang lakukan semuanya.

bila sudah diterima kuasa, tampaknya tiada apa yang terlaksana melainkan orang hanya tertanya tanya.

kebaikan semua orang boleh buat. tapi pembaikan tak semua orang boleh buat.
betul ke?

itukah hakikat definisi kuasa?

....................

aku ada kuasa. satu kuasa. yang orang lain telah bagi dekat aku.

kuasa apa? takpayah cerita.

tapi sampai sekarang. secara jujur dan tulusnya, aku yakin aku masih gagal untuk buat pembaikan.


kawan kawan. maafkan atas kekurangan.


sekian.

2 comments:

Akhyar said...

kena tanggung skarang, pastu kena jawab seksok.
erm.jadi amir ni maknanya jadi khadam,.

:.Qushayyi.: said...

Akhyar-Kau nak cakap aku khadam la??
ceihh xguna