Wednesday, July 14, 2010

Chapter 80: meeting pasal akhawat.

Assalamualaikum,

hari ni gua bangga sebab dapat join meeting budak medik. bukan senang bai nak menyelit dekat meeting dorang. maklumlah, medik la katakan. aku ni hanya la seorang budak dentist.

aku kononnya jadi orang jemputan untuk bagi sedikit taklimat mengenai subjek ikhtiari serta subjek VB yang telah aku ambil pada semester lepas.

padahal takdalah legend mana pun. tapi takpala. member aku minta tolong bagi sedikit penerangan memandangkan aku sudah lalui kesemuanya itu.

terasa macam senior pulak masa back to school untuk 2nd semester haritu.

sebab tu gua kembang sikit tu. walaupun result gua tak sehebat azam farhan, zulfadhli marhalim dan kawan kawan dentist yang lain.

...........

okay. meeting pun bermula. agak lewat juga. berbanding dengan waktu yang dijanjikan memandangkan masing masing ada hal masing masing.

member aku mula kan meeting. meeting informal. bukan nya formal gitu. perlukan MC gitu. perlukan meja gitu. cukup apa yang ada. guna rumah member aku yang tinggi teramat. dan besar nya yang hebat. slack rumah tu tinggi yang amat ja. dah tak guna dah lagi rumah lagi satu tu. booo.

banyak juga topik yang diperbincangkan.lebih kepada pembelajaran.

katanya dalam masa terdekat ni nak buat makan makan batch untuk syabab memandangkan semester ni belum buat lagi. dah tanak buat barbeque sebab macam leceh. jadi decidenya nak makan dekat kfc ja. ada ke syabab yang boikot kfc?

sambung sambung.

okayh,aku hanya banyak mendengar pada mulanya. sebab aku datang hanya sebagai jemputan. jemputan la konon. bajet apa entah.

tiba tiba muncul topik pasal akhawat. aku pun pasang excited nak dengar . bukan apa. syabab mana tak excited bila dengar topik pasal akhawat.

.............

jangan salah anggap. kami tak bincang pun pasal akhawat mana yang hot. mana yang tak. mana yang boleh buat calon bini. mana yang boleh jadi ibu terbaik.

tak tak tak. takda masa kami nak bincang pasal benda tu beramai. watdehuk nak bincang ramai ramai. hal hal macam ni memerlukan 2 3 orang ja kalau nak bincang pun.

member aku kata nak buat meeting dengan akhawat batch sendiri. pasal tak pernah buat.

bila cakap pasal benda ni. semua buat gaya macam kecoh kecoh sikit. riuh sebentar. konon masing masing berbisik antara satu sama lain yang macam dalam novel cerita tu.

kononnya hangat lah topik yang diperbincangkan ni. tapi memang hangat pun hakikatnya.

timbul beberapa persoalan tentang motif perjumpaan ni.yelaa. no point kalau buat perjumpaan macam antara syabab dengan akhawat ni tanpa sebab. nak nak bila umur sudah semakin meninggkat sambil duduk dekat bumi jordan ni.

.............

personally speaking, aku rasa setuju perjumpaan ni perlu diadakan. hakikatnya aku paling malas dan agak tak gemar kalau ada perjumpaan antara syabab dan akhawat dalam mana mana hal.

sumpah teringat masa sekolah dahulu.

bukan apa. sebab aku tahu banyak prosudernya.banyak karenahnya. banyak adabnya. banyak benda yang nak dijaga. banyak benda yang perlu dicakap berlapis. banyak benda yang perlu difikir fikir masak masak habis habisan sebelum dikatakan.

sebab apa. aku takut jika salah sedikit. niaya sahaja aku ditembak tepat dikepala dengan teguran.

ini hanya anggapan ja. aku bukan nak salah sangka. aku bukan takut dengan teguran. cuma lelaki mana yang tak segan apabila perempuan menegurnya. nak nak dihadapan publik. tegur boleh. cuma kena ada caranya. laki ni ada egonya.

takpun. aku takut ada berlaku benda benda pertelingkahan yang tak diinginkan.

aku tatau la kalau ada krisis ke takda. cuma kadang kadng ada sahaja manusia yang suka simpan point. kemudian. bila meeting. dia keluar kan point itu sehabis mungkin sampai orang sekeliling pun meletus juga bila mendengari point dia.

ini semua hanya bayangan. aku bukan nak salah anggap dekat akhawat pun. harap tiada yang marah.

aku tahu akhawat tak macam ni. dan syabab pun tak macam ni. tapi semuanya tak macam ini apabila berhadapan dengan manusia sejenis. belum lagi berhadapan dengan berlainan jenis. maksud aku lelaki perempuan.

takut takut aku. aku teringin juga nak buat perjumpaan antara syabab dengan akhawat. tak kisah lah kalau orang tu nak usul yang kukuh ke apa. aku tetap nak buat perjumpaan juga. bukan sebab memberi peluang masing masing mencari jodoh. namun, demi membentuk kesatuan yang demi hari. demi bulan. menjadi rapuh dek kekurangan pemahaman.

interaksi dengan makhluk berlainan jenis tak semestinya pasal cinta ja. manusia otak tak betul ja fikir macam tu. masing masing kena matang kan kepala otak.

walaupun, perbezaan antara syabab dan akhawat batch aku agak macam langit dengan bumi la juga daripada segi pe'el masing masing. tapi aku rasa benda ni tak jadi masalah kalau untuk bersatu demi kepentingan bersama.

bukan bersatu sebab nak kahwin. aku risau betul orang yang asik asik pikir pasal kahwin ni. haishh.

perbandingan mcam langit dengan bumi tu takdala aku maksud kan seratus peratus. cuma kdang kadang sahaja.

dalam hal ini, aku pun malas nak rujuk tentang hal apa yang dilangitbumikan.

ini hanya pendapat aku. jangan maki aku.

..................

meeting tamat dengan keadaan agak suram. sebab kekurangan seseorang yang dianggap penting dalam perjumpaan tu. beliau macam ada masalah sedikit sewaktu itu.

biasalah.kata manusia. kdang kadang bila manusia ada masalah. masing masing perlukan ruang. takkan kita nak push dia selagi tak mampu bila dia ada masalah.

perselisihanfaham dalam persahabatan itu biasa.

kalau takda, memang bukan sahabat namanya.

tapi jangan la terlalu berdendam. sebab lama lama sia sia. tak bawak apa apa kebaikan pun.

sifar sifar aja lah.

...........

bapak lah. serius hati aku dah macam batu dah ni. keras nak betui. susah betul nak lembutkan ni.

sumpah aku harap kau orang doakan kelembutan hati yang kian mengeras dek kejahilan diri.

ampunilah dosaku ya Rabb.

sekian.

4 comments:

Akhyar said...

penat aku undi x perlu.
ceh.

Syahida Majid said...

I loike meeting batch sabab akhrowat. Bekoz batch kite macam tak da tanzim je, asing sabab akhrowat. Tapi bila apa-apa jadi, nanti orang still kata 'Batch awak la tu'

Meh, kite wat banner siap "MUKTAMAR THANAWI PERTAMA MEP09"

Wat kat hotel, gune duit JPA MARA MINDEF. Duit mak ayah tak boleh

Sekian

Anonymous said...

salam

meeting bukan sebab akhawat tapi akhawat satu usul dalam meeting..
kena faham...
hehehe

Anonymous said...

anon, sabab=syabab buknnye sebab :)