Friday, July 23, 2010

Chapter 87: Makan makan batch musim summer.

Assalamualaikum,

hari ini hari jumaat. hari ini pasti akan ada orang solat jumaat. khususnya bagi kaum adam dekat muka bumi ini.

seharusnya, aku memang tidak terkecuali daripada kewajipan ini kerana itulah apa yang telah di ajar oleh Rasulullah sekian lama.


...............

semalam aku bersyukur sebab dapat buat majlis makan makan dengan batch sendiri. setelah lama tidak ketemu, masing msaing akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk bersama buat kali pertama bagi semester ini.

makanan ditempah di Warung Din memandangkan masing masing takda masa sangat nak masak. Lagipun, sekarang ini musim pindah rumah. Jadi, ramai yang lebih menumpukan usaha untuk memindahkan barangbarang mereka ke rumah baru.

majlis yang berlangsung tak da la formal mana sebab bukan program PERMAI pun.

buat pertama kali nya buat dekat rumah baru kawan aku yang baru aja pindah.

macam macam hal yang diperbincangkan.

.......................

aku tahu ramai yang geram kerana ada yang masih lagi tak mampu nak hadirkan diri.

program batch. tapi taknak hadirkan diri. watdehek?

aku faham. kalau satu dua kali tak datang tu takpa la. tapi kalau dah banyak kali tak datang dengan dihiaskan dengan alasan siapa tak menyirap.

orang lain dah penat penat siapkan semua barang. dia tak datang. watdehek?

takkan nak tunggu orang lantik AJK baru nak datang.

ingin aku nyatakan tulus hati ini. takpayah nak tunggu orang rasa diri kau tu penting baru kau nak dtang.

sebenarnya semua orang dalam batch itu penting. tak kisah lah ada jawatan ke tidak.

jawatan tak bermakna apa apa pun kalau tak reti nak interaksi dengan orang.

takkan nak kita bagi kuasa dahulu baru kau nak gerak. nak tunjuk yang kau tu wujud.
merepeklah semua tu.

dalam hal batch, semua orang terlibat, tiada siapa yang terkecuali. jangan rasa sebab orang tak suka kau. kau tak nak datang. kau cuba fikir kenapa orang tak suka kau. kau pun tak payah lah bodoh sangat nak buat orang lagi tak suka dekat kau dengan buat pe'el watdehek kau.

manusia zaman sekarang susah nak terima alasan. nak nak kalau asik bagi alasan. aku pun tak suka bagi alasan kalau nak ikutkan. cakap aja benda hakikatnya settle kerja.

tapi tolong la. benda benda kecik macam ini tak perlu dibesarkan lagi. kau akan hidup dengan kami bukan sekejap. tapi lama. 5 6 tahun.

tak salah kalau kau nak duduk dengan batch lain. tapi masalahnya fikir la dalam jangka panjang, siapa yang akan sentiasa bersama dengan kau.

bukan nya macam sekolah rendah dulu.ada PTS. kau boleh lompat tahun. itu semua benda dahulu. sekarang ini, terima sahaja hakikat yang kau sama batch dengan kami semua.

suka tak suka belakang cerita. boleh ubah bila bila masa.

.................

aku kesian dekat sestengah orang yang kadang kadang di uji dengan ketidakmahiran mereka untuk bergaul sebaik mungkin sehinggakan menimbul perselisihan faham yang kerap.

aku kesian dekat sesetengah orang yang berkelakuan sehabis mungkin untuk baik dengan semua orang. namun dalam sedar tak sedar, dia sebenarnya lakukan yang sebaliknya. buat lagi orang menyampah dengan dia.

aku kesian dekat orang yang masih lagi buat sesuatu benda yang orang lain tak suka. walaupun benda tu biasa bagi dia. namun masyarakat macam tak leh terima dengan dia bersikapp macam tu. dan dia masih berdegil untuk bersikap begitu kononnya ingin memiliki pendirian yang teguh. watdehek kalau nak miliki pendirian yang teguh, tapi orang lain tak suka. buat kesian dekat diri sendiri ja.

aku kesian dekat orang yang cuba nasihat orang. tapi orang tak nak dengar nasihat dia. sebab orang tu tak suka cara dia nasihat orang.

aku kesian dekat diri aku kalau aku buat semua benda yang orang yang aku kesiankan tu buat.

.................

hidup ni tak lain tak bukan semata mata nak dapat keredhaan Allah.

aku akui. kejahilan aku kadangkala telah bawak aku lari daripada keredhaan yang ingin aku kecapi.

aku sedih. ramadhan nak dekat dah.

Ya Allah bagi aku kemudahan. supaya ramadhan kali ini lebih bermakna daripada ramadhan yang lepas.

Ya Allah, matikan lah aku dalam keimanan.

sekian

No comments: